Tuesday, June 16, 2009

Fenomena banci menggamit kenangan

Jabatan Perangkaan laksana banci percubaan bulan depan

PUTRAJAYA: Jabatan Perangkaan Malaysia akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 di seluruh negara menerusi banci percubaan, bermula bulan depan.

Ketua Perangkaaan Malaysia, Wan Ramlah Wan Abdul Raof, berkata banci yang kelima itu sudah dirancang rapi dengan beberapa pembaharuan dari segi teknologi dan pendekatan yang pelbagai.

Banci seumpama itu, katanya, pernah dilaksanakan jabatan terbabit pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sambutan 50 tahun Jabatan Perangkaan Malaysia di sini, hari ini.

Banci itu dilaksanakan bagi tujuan untuk mengemaskini pangkalan data penduduk dan perumahan Malaysia yang komprehensif dan menyediakan statistik yang relevan sebagai input kepada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) nanti.

-----------------------------------------ulasan--------------------------------------------------

Bila terbaca petikan pasal perangkaan ini teringat zaman dulu-dulu semasa berkhidmat sebagai tukang banci rumah ke rumah...jawatan masa tu hanya sementara dan dikira sebagai gaji hari...ikut la berapa hari bekerja bulan tue,, cukup bulan baru isi borang untuk kira gaji kita... so dapat gaji lambat laa.. dalam 13 hingga 15 hb baru dapat untuk gaji bulan sebelumnya... bukan banyak pun... sehari dalam RM25++... nama jawatan kalau tak salah pembantu penolong perangkaan E17 di Jabatan Perangkaan WPKL. Masa tu saja aje kerja kat sana lepas tamat belajar kat itm dlu... degree dah ada tapi saja ambil pengalaman dan mudah untuk pergi interview nanti.. orang kata kerja jangan memilih..aku rembat ajer kerja tue.. biar susah senang dapat merasa sama... masa lepas SPM pun pernah kerja kilang....tau pahit maung cari duit nie...masa tingkatan 1-2 pernah jadi caddy.. angkat beg golf pikul sana-sini..dapat masa tu RM12-14 aje.. ok laa. dapat duit belanja sekolah..atau beli apa2 patut...

Berbalik kepada kerja di perangkaan tue, konsep bekerja adalah sangat mencabar urat saraf dan menuntut kesabaran yang tinggi... kalau tak sabar dan tak tebal muka, memang payah la nak jalankan tugas nie...bukan senang nak yakinkan orang sebab mereka ingat kerja ni macam orang direct selling rumah ke rumah.. kadang-kadang belum sempat bagi salam dah hempas pintu bagai nak rak...

"apa ingat aku ni pencacai ke hape nak kurang hajar macam tue" aku geram dan pendam dalam hati.. Memang kekadang sakit hati aja dengan layanan mereka.. bukan semua.. tapi segelintir laa.. kekadang melayu ni lagi kuat ego dan berlagak nak mamP**... setakat duduk kat setinggan dah berlagak macam tanah diaorang punya...pastu tak nak ngaku pulak tue.... Alamak aku start mengumpat pulak....ermm sori sori bukan apa..cuma lepas geram sikit2 ajer...

aku kerja ni punya la jauh berulang-alik..aku duduk kat batang kali berulang-alik ke pejabat kat KL tue..masuk pukul 8 pagi.. aku cargas 6.45 pagi...lalu jalan Ulu Yam/Sungai Tua...sejuk lalu awal pagi kat sana.. dan sepanjang aku berulang alik tu dah berapa kali kemalangan maut yg aku terserempak...tak ke seriau kekadang nak bawak motor.. paling tragis, sorang mamat motor tu meninggal pas terbabas bertembung dengan kereta.. padahal baru lepas potong aku kat selekoh sebelum tue.. itulah ajal di tangan allah... balik pulak kekadang 4.30 petang.. kalau kena paksa rela overtime pulak.. habis kerja pukul 10.30 mlm...sampai rumah pukul 12 malam... kena lalu jalan luar, nak lalu jalan ulu yam/sg tua tue malam bahaya sikit... banyak gangguan rohani dan jasmani.... ayaarkkk..seram....

ye laaa, banci siang2 kekadang takde kat rumah.. tu yang kekadang kena datang malam... kene kejar dengan anjing?? ermmm selalu bangat..hahhaa.. aku cabut.. bukan apa... bukan aku takut dengan anjing tue cuma anjing tu yang tak takut dengan aku....baik aku mengundurkan diri dengan rela hati...sepanjang aku bekerja dan berulang-alik tue sekali aje aku terbabas terlanggar belakang lori kecik tue.. ngam2 cermin lampu motor sondol belakang besi tue.. prangg...pecah habis kena ganti baru.. masa tu badan letih sangat dan hati kacau masa tu....so konsentrasi terjejas dan amat merbahaya....


Kawasan yang pernah aku cover masa bertugas dulu adalah ceruk rantau di Kepong, Selayang, Salak Selatan, Bukit Jalil, Sungai Besi, Kampung Malaysia Raya, dan banyak lagi kampung2 nie... Kl ni luas bro, nak cover semua nie memang letih.. macam aku ni kena naik motor kecepai aku tu kesana kesini... hikmahnya aku belajar jalan-jalan utama dan jalan-jalan tikus di KL nie.. sebut aje jalan mana masa tue, dapat tangkap dah dalam fikiran aku nie...dah capture macam google map dah jadinya..hahahha

Kat jabatan tue, peta dia peta zaman tok kaduk... tok kaduk pun xde peta huduh macam tue.. yang update punya xde lagi... so kena laa kami ni skuad rikki ni buat peta terkini dan sensasi.. aku yang jurusan IT ni tetiba dah pndai bab-bab kontur2 nie... bukit-bukau, paya semak, jenis2 rumah dan sebagainya... belajar sesuatu yang baru...menarik bukan??antaranya aku dapat peta kat bukit jalil.. ntah tahun bila punya peta..aku tengok macam tau ajer.. masa dalam peta tue masih ladang getah lagi...sedang pada masa tue.. kondominium, komplek sukan bukit jalil dah naik dah... ape daaa..tak update2..aku jugak kena lukis semua tue....termasuk la rumah awek aku ( sekarang dah jadi mama ameer yusuf dah) hik hik...di apartment sri rakyat di bukit jalil... tu yang aku offerkan diri nak buat peta kat situ..pasal nanti boleh aku buat peta lain kat sana nanti... g dating....hahhaharuunnnn....lagi pun aku dah expert kawasan tue..memang celah gigi je laa..tak payah tengok site pun aku boleh lukis kat rumah...hahahha....itu laaa rahsia pekerja cemerlang namanya,... masa bekerja pergi dating, masa kat rumah baru buat kerja....mantopp...

Antara banci yang aku pernah aku sertai adalah Banci Penduduk..banci Pertanian, banci Korporat... Banci pertanian paling mencabar kepala hotak aku.. aku ingat kl ni tak banyak la tempat pertanian ...tapi jangan tak caya... rekod menunjukkan banyak beb tempat pertanian-pertanian nie.. aku naik motor macam dah nak motor lasak dah masuk kawasan2 pertanian nie.. penat memang penat tapi mencari rejeki bak kata orang...

Pengalaman yang tak dapat dilupakan masa operasi banci kat rumah panjang kat kepong.... kawasan hitam nie... jangan ingat kat sarawak ajer rumah panjang nie.. kat kl pun ada tau... sewa murah gila oleh DBKL.. tak salah aku dalam Rm30-40 sebuah... memang banyak rumah tue..khas untuk pendapatan rendah laa.. tapi memasing renovate dah macam kondo... cam skrip cerita senario ..." fuhh luar nampak setinggan tapi dalam macam kondo"...masa tu aku sorang pergi sana, geng lain pergi kawasan... disebabkan aku ni hero masa tu ..kena tunaikan arahan sebaik mungkin... nak jadi cerita sampai kat rumah apek nie... boleh dia nak bantai aku dengan kayu beluti yang tersandar di tepi tembok tu... dan terus memaki hamun aku dalam bahasa cina,,,

"ape kejadah dia nak maki2 aku nie... aku bukan faham pun ape kau cakap.. mandarin sikit2 tau laa... wo ai ni... ni ne?....." kata aku dalam hati.. nasib baik dia orang tua, kalau tak dah lama aku tinju-tinju dengan kepala lutut aku nie,,,..sakit hati nie... mujur uncle dari rumah yang hujung tu yang lepas aku banci dia, datang tolong aku... dia la yang explainkan apek tue... rupa2 apek tu meradang pasal dia tak dapat rumah seperti yang telah dijanjikan oleh pihak DBKL sebelum nie.. rupa2nya sebelum ini memang pihak DBKL ada buat interview dan bancian pasal kelayakkan rumah murah tu dan menjanjikan kepada apek tue.. tapi last minit dia tak dapat dan jiran2 semua dapat.. tu yang dia meradang tue.. dia ingat aku ni dari DBKL jugak kot... lantak ko laa... aku blah macam tue aje.. malas nak layan dah.. nyawa aku lagi penting dari hal-hal macam nie...

Paling seronok masa banci musim raya cina.. setiap rumah aku singgah mesti bagi aku minum air tin dan limau.. tu kekadang aku tolak gak pasal dah kenyang minum nnt tugas pun tak settle2..ye laa asyik nak cari tempat nak membuang keperluan yang tidak diperlukan lagi,,,...

Tapi itulah pengalaman, bukan mudah untuk kita sampai ke sesuatu tahap kalau kita tidak berkorban.. aku ingat pesanan cikgu aku masa sekolah dulu...

"kalau kita hendak berjaya..kita kena bermula dari bawah kerana bila kitasudah mendaki satu langkah demi langkah dan sudah berada di atas..kita akan memahami nasib-nasib orang-orang di bawah sana.. disitu kita boleh menjadi seorang ketua yang baik dan mampu memimpin orang-orang bawahan kita"

Sebelum aku mengundurkan diri dalam entri kali nie...sebab utama kenapa aku pilih kerja ini sedangkan banyak lagi kerja lain yang telah diofferkan kat aku,,,sebab kerja ini memudahkan aku mearragekan jadual utk interview kat tempat2 lain pasal aku boleh adjust jadual banci aku ikut suka kepala hotak aku..asalkan kerja siap dan cemerlang... utk itu aku buka rahsia sikit, harap bos lama aku tak baca la entri aku nie... lagi pun otai2 yang ajar aku nie...hahaha...dulu masa kerja tue.. aku dah plan bila dah dapat kawasan mana dari bos...kerja mesti ada perancangan rapi... so aku rancang baik2 punya.. dan aku pulun satu hari kerja macam nak rak,,,.. biar lewat pun takpe... asal aku siapkan cepat2 dan sebanyak mungkin... yang ni aku tak claim OT pasal aku nak cover utk esok2 punya borang....so next day aku akan hantar 1/2 dari apa yang aku buat semalam dan selebihnya simpan buat stok hari berikutnya... so hari berikutnya aku boleh laa arrange nak g interview ke... aku ngular ke... atau aku balik rumah tidur... hahahha.... tapi tak selalu la buat pasal nnt gaji tak berkat .. sekali sekala laa mengikut keperluan.. tapi kalau OT, mesti buat punya...sebab nak gaji halal beb,....

3 comments:

azzul said...

mencabar gak kije banci2 ni ek..byk pengalaman ko dpt termasuk senang nk dating ye..

Empayar Properties said...

haha best baca nukilan awak ni. saya pembantu perangkaan tetap dari penang. skrg gaji hari dah naik. staf sambilan sekarang ni dibayar gaji rm54 sehari. memang betul yg hang kata, sekarang kerja lagi mencabar. sebabnya depa anggap kita ni org kerajaan,apa agensi pun depa anggap sama. apapun kerja perangkaan adalah terbaik. boleh ekjas ikut kepala kita kan. selamat maju jaya beb.

Ameer Yusuf said...

thanks amirul kerana sudi baca panjang lebar kisah di atas... banyak pengalaman yang dapat masa kerja dengan perangkaan.. dari situ dapat belajar bermacam-macam kemahiran dan ilmu dari senior2... mana yang baik kita ambil, mana yang buruk kita tolak ketepi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...