Thursday, July 3, 2014

Mari kita kenali apa itu Rutab dan Tamar




TAHUKAH ANDA..
Rutab ialah kurma basah manakala tamar pula merupakan kurma yang telah dikeringkan. Dari segi jumlah lembapan, rutab mengandungi lembapan atau kandungan air yang tinggi berbanding tamar. Dari segi kalori, rutab memiliki separuh daripada kalori tamar.
Antara kelebihan dan keistimewaan KURMA :
Saintis mendapati kurma mengandungi gula yang membekal tenaga segera dan dilengkapi dengan pelbagai nutrien lain seperti vitamin, mineral, bioflavonoid, asid amino dan lemak. Ia mengandungi serotonin yang juga dikenali sebagai hormon ‘gembira’.
Dalam tubuh haiwan dan manusia, serotonin didapati di dalam otak (bertindak sebagai neurotransmitter), trek penghadaman dan platelet.
Fungsi utamanya ialah menyumbang rasa selesa, sihat dan gembira. Ia juga membantu mengawal mood, mengurangkan rasa marah dan meredakan kemurungan.
Ia juga membantu seseorang mudah tidur dan tidur lebih lena. Selain itu ia dikatakan memainkan peranan penting dalam mengawal seksualiti, sifat panas baran dan selera makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...