Thursday, February 18, 2016

Jaringan Faiz Subri Jadi Fenomena Dunia



Jaringan yang Hebat...Itu ungkapan yang dapat diungkapkan... Ia menjadi fenomena seantero dunia sehingga jaringan gol dari Faiz Subri ini dibandingkan dengan jaringan klasik Roberto Carlos suatu ketika dahulu.

Jaringan ini terhasil melalui teknik sepakan yang menarik dan tepat pada sasarannya sehingga mengelirukan penjaga gol PahangFC. Gaya sepakan yang menghala ke arah kiri pada mulanya tetapi melencong menuju ke penjuru kanan gol sehingga menyebabkan penjaga gol PahangFc terpaku dengan jaringan tersebut.

Credit to Artortoise

Jaringan ini menjadi viral seluruh dunia dan ramai beranggapan jaringan 'mustahil' mungkin menjadi salah satu jaringan yang akan dikenang sepanjang zaman baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Sebelum ini di Malaysia juga ada jaringan menarik seperti jaringan melalui sepakan lencong Mohd Hardi Jaafar aka Wak Tong yang memperdayakan penjaga gol dari arah tepi padang hasil tolakan semula selepas lontaran masuk. 

Apapun tahniah kepada Faiz Subri kerana jaringan menarik beliau menyebakan nama beliau, Pulau Pinang dan Malaysia menjadi perhatian dunia buat seketika. Semoga banyak lagi jaringan menarik dari pemain-pemain dalam Liga Malaysia. Sekurang-kurangnya ada benda yang masih boleh hendak peminat banggakan.

All the Best Faiz Subri and Penang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...