Wednesday, June 24, 2009

Perjalanan Geng Ameer Yusuf bermula

24 Jun 2009 (Rabu) - Kelana Jaya - Persiapan kontinjen geng ameer telah siap siaga... pergh ayat... kalau tengok tajuk macam Upin dan Ipin pulak... pinjam kejap no.. nak buat pelaris...

So tentatif kita pada hari ni adalah untuk persediaan untuk balik ke kota bharu , kelate... kawe kene kecek kelate kohor2 deh....nak ambik mood kelantan nie...huhuhuhu..make budu la kawe nanti...hehehe..

Kalau mengikut jadual antarabangsa, perjalanan akan bermula pada pukul 4 pagi waktu tempatan... tak kira waktu tempat lain yea, harap maklum.. so kena bangun pagi pukul 3 pagi lagi. barang2 mungkin boleh dah ansur2 masuk dalam kereta malam nie... Harap cuaca elok pagi esok.. dan keadaan selesa ketika memandu..

Perjalanan dijangka tidak sesak di sepanjang jalan dan berharap akan sampai awal di sana sebelum tengahari kerana ada urusan penting lagi petang tu untuk check-up kat KBMC pula...at least 1 check-up baru boleh nak booking kat sana... nak guna GL mama la nie.. GL ayah dah guna masa ameer dulu.. dan sekarang nak merasa GL mama pulak.. Xpe..kite try test tengok...

Ameer yusuf dah biasa kena bangun awal dan rasanya insyaAllah tidak ada masalah menangis atau apa-apa..Asalkan ayah dan mama ada dan dia tak ditinggalkan.. Syarat wajib yang patut dipatuhi oleh ayah dan mama dia sekali...

So perginya ameer yusuf ke kelantan akan disambut oleh tok mek dia yang baru beberapa hari sampai ke sana setelah lama berkelana di Sabah dalam lebih kurang 2 minggu...so jumpa lagi kat sana..disamping sepupu dan sepapatnya yang ada disana... tentu ameer seronok pasal ramai sepupunya walaupun majoritinya adalah perempuan...

Sebagai pilot, ayah kena rehat yang cukup dan tidak boleh diganggu waktu tidurnya malam nie.. so harap kerjasama mama untuk menguruskan ameer yusuf malam nie yea...dan mungkin pastu tu blog ni akan terhenti seketika untuk diupdatekan pasal kesuntukan masa mahupun ketiadaan talian internet berkuasa tinggi mahupun rendah di sana...akan nak gie umah Tok guru Nik Aziz pinjam tenet kot..mungkin akan ada kerinduan nanti... huhuhuhu

Selamat bertugas kepada kawan2 ayah yang akan terus bertugas nantii...siap2kan minit-minit mesyuarat tue nanti yea... insyaAllah jumpa masa kursus asas PPIP kat AKMAL nanti...

wassalam

2 comments:

Zue AnnaLeeya said...

oghe kelate ghupernyer... maghi ah nok kecek kelate.. he3..

selamat bercoti.. smoga selamat dlm perjalanan...

Ameer Yusuf said...

wife ore kelate...kawe org selangor.. tapi boleh laa fhm2 skit.. kecek kohor2 jah,...ehhehe...seronok klik deno..makey sedap2 belako...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...