Friday, May 6, 2016

TERKINI: Perkembangan helikopter terhempas di Kuching, Sarawak.

KUCHING – Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak semalam dijumpai bersebelahan Sungai Batang Lupar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini.

Najib berkata, serpihan dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi berdasarkan laporan yang diterima pada jam 9.50pagi.
Antara serpihan yang dijumpai kata Najib sebahagian daripada rotor, pintu dan alat kelengkapan helikopter.
Jelas Najib, usaha mencari akan diteruskan sehingga badan utama helikopter tersebut dijumpai.
Najib dalam sidang media tersebut turut mengesahkan senarai nama penumpang iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Turut berada dalam helikopter tersebut, suami kepada Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.
-Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...