Friday, May 6, 2016

TERKINI: Perkembangan helikopter terhempas di Kuching, Sarawak.

KUCHING – Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak semalam dijumpai bersebelahan Sungai Batang Lupar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini.

Najib berkata, serpihan dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi berdasarkan laporan yang diterima pada jam 9.50pagi.
Antara serpihan yang dijumpai kata Najib sebahagian daripada rotor, pintu dan alat kelengkapan helikopter.
Jelas Najib, usaha mencari akan diteruskan sehingga badan utama helikopter tersebut dijumpai.
Najib dalam sidang media tersebut turut mengesahkan senarai nama penumpang iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Turut berada dalam helikopter tersebut, suami kepada Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.
-Bernama




Friday, April 8, 2016

Treasure Hunt Persatuan Pegawai Kanan Kastam WPKL (PERKASA)



Kembali beraksi pasukan T4 Ver2.0 untuk mengharungi satu aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh semua ahli persatuan. Team kami mengekalkan ahli kumpulan yang sebelum ni iaitu kumpulan T4 dan kali ini team kami yang terdiri daripada Ashri, Saifitry, Rasha dan Fareeza akan memberikan saingan dalam memperbaiki kedudukan musim sebelum ini dimana tidak dapat mencapai apa-apa kemenangan kecuali membawa pulang hadiah cabutan bertuah saja...hehehe..

Walaupun tidak ada perancangan mahupun persediaan, kami cuma mahu enjoy dengan aktiviti dwi-tahunan ini memandangkan inilah masa dapat diluangkan bersama-sama kawan sekerja dari semua bahagian di Putrajaya dan WPKL.

Dalam sejarah penyertaan kami buat kali ke dua, team T4 Ver2.0 telah merangkul johan keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai RM800 beserta hadiah iringan cenderamata Treasure Hunt 2016 beserta medal johan... Tak sangka dengan kemenangan ini kerana bukan mudah juga untuk menyelesaikan soalan-soalan sebanyak 30 soalan sepanjang perjalanan dari Kelana Jaya ke Lumut.

Walaupun tidak meletakkan harapan yang tinggi memandangkan penyertaan kali ini untuk santai-santai dan ingin mengharapkan tuah untuk hadiah2 lumayan cabutan bertuah...hahaha,,, Mungkin rezeki kami dan syabas juga untuk semua 58 pasukan yang bertanding untuk program kali ini.

Dengan itu, dikongsikan 30 soalan Treasure Hunt 2016 yang telah kami lalui untuk para pembaca bersama-sama untuk melihat dan memahami selok belok permainan ini. Level kami rendah sahaja dan soalan adalah tidaklah susah sangat memandangkan ramai peserta yang pertama kali join pertandingan ini.

Semoga ia bermanfaat untuk anda semua... Sharing is caring..

Last check point submit jawapan.
T4 Version 2.0 Juara Treasure Hunt PERKASA 2016




Soalan 1:

Berbunyi seperti hujan lebat mungkin akan tiba disini.
Cubalah cari jawapannya dengan cara ia berbunyi.

Jawapan:



Hujan lebat = Heavy down pour= Rain
Cats and dogs


Soalan 2:

Mungkin kita boleh belajar ssesuatu daripada barang hiasan utama Halloween disini.

Jawapan:

Pumpkin - barang hiasan Hallloween
Beljar = Learning


Soalan 3:

They may capture better moments in this location, But, you need to find a local funny man known to sightly older generation.

Jawapan:

Capture moments = Photo
Local Funny man - Comedian = Mr OS
Known to older generation.

Soalan 4:

Cuba cari betul betul, mungkin anda akan jumpa satu senyuman sihat dari Singapura lama.

Jawapan:

Senyum = unuk Gigi - Pergigian /Dental
Singapura Lama ( Father of S'pore)
Sir Stamford Raffles


Soalan 5:

Mungkin seorang perisik yang terkenal menjadi besar dipekan ini.
Inilah penawar untuk jawapannya nanti.

Jawapan:


Perisik Terkenal - James BOND
Besar = MEGA
Penawar = Farmasi

Soalan 6:

Cuba berhubung dengan sesorang pemain samba disini.

Jawapan:

Pemain Samba ( Brazil) Player - KAKA

Berhubung - COMMUNICATIONS


Soalan 7:

Bila baca bersama berbunyi mereka akan nampak dan menguji kepintaran anda.

Jawapan:

Menguji kepintaran = IQ
Berbunyi = EYEQ
Nampak = Optocal


Soalan 8:

They would rather sink to seek the delight here

Jawapan:


Perahu ( Boat) Pecah ( Crack / Break )
= Boat To Sink
Delight = Restaurant


Soalan 9:

Undur kebelakang untuk jumpa suatu kunci, dimana paku duduk berdekatan dilokasi ini. Tapi awas, nama pemiliknya sahaja disoal disini.


Jawapan:

Kunci-KEY ( Undur belakang ) - YEK
Paku = NAIL ( Undur belakang ) LIAN
LIAN YEK Machinery Trading


Soalan 10:

Mungkin ada banyak persamaan disini.
Tapi cari satu celebrity yang kurus dengan cara ia berbunyi.

Jawapan:

Bintang = Celebrity
Slim = Kurus

Soalan 11:

Berbunyi seperti Tom Selleck mungkin akan cuba nasibnya disini.

Jawapan:



Tom Selleck - Actor Magnum PI ( TV series )
Nasib - Luck - 4D

Soalan 12:

Bila bersama, berbunyi seperti penyata bayaran untuk si Simba.

Jawapan:

Penyata Bayaran = Bil
Simba = LION ( watak kartun )
Bersama= BILLION

Soalan 13:

MIX And Rearrange in TWO Lingo.

Jawapan:

SRI MALIM

ALIM mix LIMA

SRIM mix RIMS


Soalan 14:

Bila rombak dan atur balik, namanya berbunyi seperti mengarahkan anda berhenti.

Jawapan:

Berhenti = STOP ( Atur balik ) = TOPS
Jawapan = TOPS SALOON


Soalan 15:

Cuba cari Ayam rojak yang sangkut ditengah Raja ini. Petuanya mungkin tersorok pada nama pemiliknya disini.

Jawapan:

KIN HENG
Ayam = HEN ( Mix atau rojak )
Raja= KING

Soalan 16:

AWAS! Berbunyi seperti anda akan ditipu secara cepat.

Jawapan:


Tipu = Cheat - berbunyi = CHIT
Soon = Cepat


Soalan 17:

Bila rombak dan atur balik jawapannya menanti.
Bila bahaya dalam dua bahasa petuanya tersirat disini.

Jawapan:


BALI - ( in mix BM)= BILA
GARDEN - ( in mix English) = DANGER = Bahaya


Soalan 18:

Carilah satu tempat yang mungkin digemari oleh Raja iskandar Shah.

Jawapan:

Raja Iskandar Shah = Parameswara

Soalan 19:

Like a clue before perhaps only the name in question You might need ti break and rearrange it for a roman solution.
Five mixed up with air is clued in this location.

Jawapan:

ARIV ( Romabn 5)
Mix ARI = AIR 5

Soalan 20:

Mungkin anjing Mickey akan mengejar bola terakhir ini.

Jawapan:


Anjing Mickey = Pluto
Bola Terakhir = 8 (hitam)

Soalan 21:

Secara singkat berbunyi seperti anda dan saya adalah kembar siam yang pandai berniaga disini.

Jawapan:

Anda    = U
Dan      = N
Saya     = I

Kembar = TWIN

Kembar siam = jawapan bersambung
Berniaga= Trading.

Soalan 22:

Secara bersama ia berbunyi seperti anda boleh nampak saya disini.

Jawapan:

Nampak = See -SI
Saya = Me - MEE

Soalan 23:

Stayin Alive, Tragedy dan Words adalah adik beradik ini.
Kini cari satu petua yang ada kena mengena dengan nama merekea secara berkumpulan disini.

Jawapan:

The Bee Gees were a pop music group that was founded in 1958. The group's line-up consisted of brothers Barry Gibb, Robin Gibb and Maurice Gibb.

Gibb Brothers
Berkumpulan = Co

Soalan 24:

Cari satu serangga yang boleh menghasilkan api dilokasi ini.

Jawapan:

CRICKET - Serangga
Menghasilkan = Pemetik Api

Soalan 25:

Mungkin satu perlumbaan tersorok pada jenama ini, Tapi awas, mungkin kena atur balik susunannya disini. Dimana anda mencarinya mesti diberitahu nanti.

Jawapan:

Perlumbaan = RACE ( Atur balik) ACER
ACER @ Fokus Computer Center.


Soalan 26:

Mungkin namanya saha disoal disini.
Bila dirombak dan atur balik mungkin berbunyi seperti satu gendang yang rosak nanti.

Jawapan:

MU RUIN DR A (name)
A RUIN DRUM - Satu Gendang Rosak.



Soalan 27:

When the front goes to the back you may see a deer next to the sea.

Jawapan:


A R U S = RUSA = DEER
SAMUDERA = Sea



Soalan 28:

Bila dirombak dan atur balik, sebahagian namanya berbunyi seperti perang dan siang hari bersambung disini.

Jawapan:

MAWAR

Siang Hari = AM
Perang = WAR



Soalan 29:

Kalau atur balik nama awalnya mungkin berbunyi kosong.
Yang selebihnya mungkin menunjukkan sesuatu.


Jawapan:

TM ( atur balik ) = MT bunyi Empty = KOSONG
POINT = TUNJUK /Showing

Soalan 30:

Dalam satu rombakan anda mungkin dapat cari satu topi besar pada nama ini.

Jawapan:

Topi = CAP
Besar = LARGE

REGALPAC ( rombak )


Treasure Clue 1

Kalau rombak dan atur balik namanya mungkin berbunyi seperti ada beberapa pena dalam dakapan nanti. Rasa rangup dengan sebahagian nama mercun harta ini boleh dijumpai. Pemenang pingat emas bersama permainan ping pong menjadi lambangnya bila dicari. Tak kurang 400 tapi tak lebih 430 itulah berat harta yang dikehendaki.

Jawapan:



Treasure Clue 2

Bawa satu harta pedas danberkari
Biar Atas bersama mesti ada pada bekasnya nanti.
Kalau dalam bahasa lain, senang ditemui.
Dengan segera tak lebih 60 bila dicari

Kalau nampak burung bersarang, itulah jenama yang kami hendaki?

Jawapan:








Thursday, February 18, 2016

Jaringan Faiz Subri Jadi Fenomena Dunia


video

Jaringan yang Hebat...Itu ungkapan yang dapat diungkapkan... Ia menjadi fenomena seantero dunia sehingga jaringan gol dari Faiz Subri ini dibandingkan dengan jaringan klasik Roberto Carlos suatu ketika dahulu.

Jaringan ini terhasil melalui teknik sepakan yang menarik dan tepat pada sasarannya sehingga mengelirukan penjaga gol PahangFC. Gaya sepakan yang menghala ke arah kiri pada mulanya tetapi melencong menuju ke penjuru kanan gol sehingga menyebabkan penjaga gol PahangFc terpaku dengan jaringan tersebut.

Credit to Artortoise

Jaringan ini menjadi viral seluruh dunia dan ramai beranggapan jaringan 'mustahil' mungkin menjadi salah satu jaringan yang akan dikenang sepanjang zaman baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Sebelum ini di Malaysia juga ada jaringan menarik seperti jaringan melalui sepakan lencong Mohd Hardi Jaafar aka Wak Tong yang memperdayakan penjaga gol dari arah tepi padang hasil tolakan semula selepas lontaran masuk. 

Apapun tahniah kepada Faiz Subri kerana jaringan menarik beliau menyebakan nama beliau, Pulau Pinang dan Malaysia menjadi perhatian dunia buat seketika. Semoga banyak lagi jaringan menarik dari pemain-pemain dalam Liga Malaysia. Sekurang-kurangnya ada benda yang masih boleh hendak peminat banggakan.

All the Best Faiz Subri and Penang.

Sunday, November 29, 2015

Tips beli keperluan sekolah.

Persiapan persekolahan sudah bermula.
Baju sekolah(anak perempuan) :
Baju kurung 5/6 helai (kena alter sebab akan labuh kat tangan)
Kain kurung : 2 helai kebangsaan,3 helai agama ( sebab 2 hari lagi akan pakai pakaian senaman seharian utk sekolah kebangsaan )
Tudung 5@6 helai ( 3 pagi 3 petang - sempat rotate masa basuh)
Baju sukan sepasang ( standby baju sukan biasa, sebab nanti akan beli baju sukan kat sekolah mengikut rumah sukan masing2 termasuk seluar sukan)
Kasut 2 pasang (nnt standby sepasang pertengahan tahun nanti baru beli ikut keperluan- incase kasut ketat sebab kaki cepat panjang atau kasut rosak)
Beg - 2 ( sekolah pagi dan petang)


Alat tulis - pencil case, pencil pemadam & so on
Pembalut buku teks
Stokin - 5 pasang


Tips tambahan:
-Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak bila diberus masa basuh...budak sekolah rendah terutama tahun 1 xpandai lg nk pakai kasut bertali...so pilih yang tahan sikit...

-Jangan beli jenama Ben10 ke.. princess ke...upin ipin ke...nanti cepat rosak...
Antara yang ok jenama BATA Spark atau Pallas...byk lg yg ok...pandai2 la survey...


Kalau beli beg...dicadangkan beli jenama SWAN..walau pun mahal dalam RM69.90 ke atas...sebab jenama biasa2 ni tahan tak sampai sebulan dua dah mula koyak..

Memang berbaloi beli sebab tahan lama..terbukti beg abang ameer yusuf tahan 2 tahun...so tahun 2016 kena beli baru laa... jangan beli yang beroda sebab agak berat dan susah utk naik kenderaan seperti bas mahupun van sekolah... kena anak2 kena tingkat tinggi kasihan kena pikul beg naik tangga...

Rasanya kos tiap tahun naik dan ibubapa kena prepare kelengkapan secara beransur dari awal bagi elak kesesakan dan perbelanjaan yang tinggi secara serentak...apapun berbelanjalah secara berhemah...terutama dalam keadaan ekonomi terkini nie....

Sunday, November 22, 2015

Pasar Tani Kelana Jaya



Kepada penduduk sekitar Petaling Jaya dan Kelana Jaya pasti mengetahui Pasar Tani Kelana Jaya yang beroperasi setiap pagi sabtu bertempat di belakang Pusat Kesihatan Kelana Jaya dan bersebelahan Kompleks Kastam WPKL.

Disini dijual segala macam makanan untuk sarapan dan juga barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran. Selalunya kami beli tempe asli Rm1 untuk seikat (dalam 5/6 bungkus). Makanan juga ada berbagai jenis dari nasi sehinggalah mee dan sebagainya.

Tapi antara makanan faveret kami sekeluarga adalah nasi kerabu, dicadangkan juga som tam untuk sesiapa nak try... sebungkus RM5 (2 bungkus RM9)...

Selain juga ada jual kambing bakar dan juga jus delima yang fresh diperah RM14 sebotol. Pastu pekena pulak kerepek pisang tanduk RM28/kg. Memang fresh sebab goreng kat situ. Tapi kena awal sikit sebab ramai orang tempah dan banyak pulak tu.

Tetiba teringat makanan ulam-ulaman yang dibeli di Pasar Tani Kelana Jaya.. Ulam pucuk ketereh dan ulam raja sudah cukup untuk santapan makan tengahari bersama budu yang dipotong cili beserta tempoyak...

So boleh laa mencuba untuk membeli belah disana. Diingatkan untuk datang awal memandangkan parking agak terhad dan kalau ramai orang, memang kena parking jauh la dan terpaksa jalan kaki ke dalam.


Ulam

Kejohanan Bolasepak Piala Guru Besar SKKJ 1 Tahun 2015 bawah 8 dan 10 tahun.


14 November 2015 ( Sabtu) telah berlangsung kejohanan Bola Sepak Piala Guru Besar 2015 untuk bawah 8 dan 10 tahun di Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1, Kelana Jaya. Pertandingan ini tertangguh berikutan masalah jerebu yang melanda lembah klang tempohari. Ameer Yusuf macam tahun lepas juga turut sama nak join kejohanan bola sepak bawah kategori 8 tahun. Dengan bayaran RM20 seorang, dia sangat bersemangat nak join pertandingan tu.

Seawal pukul 7.30 Ameer Yusuf sudah siap sedia hendak pergi ke sekolah. Pembahagian kumpulan dijalankan pada pagi tersebut berdasarkan kedatangan para peserta. Ameer Yusuf masuk dalam kumpulan Junior FC. Untuk game pertama tewas 1-0, game ke dua seri 1-1 dan perlawanan terakhir tewas 2-0. Dan berada tangga ke 4 dari 4 pasukan dengan hanya mengumpul 1 mata. Tapi cuma disebabkan cuma 4 pasukan bertanding, semua pasukan mara ke pusingan separuh akhir dimana pasukan ditangga 1 menentang tangga ke 2 manakala pasukan ke tangga 3 menentang pasukan tangga ke 4.

Seterusnya fasa separuh akhir, team Junior FC menentang pasukan ditangga ke 3 dan menang 3-0. Ini menyebabkan pasukan Junior FC mara ke perlawanan akhir menentang pasukan Borneo Fc yang diperkuatkan beberapa 'bintang' dari borneo termasuk seorang player perempuan.

Pada perlawanan akhir yang dijalankan pada 12.30 tghri berkesudahan Junior Fc dibelasah  4-0 oleh pasukan Borneo Fc dengan 2 jaringan dari pemain perempuan tersebut.

Buat kali ke dua, Ameer Yusuf pulang dengan medal tempat ke dua walaupun tidak juara. Sekurang-kurangnya berpanas sepanjang kejohanan membawa hasil juga untuk dibawa ke rumah. Tahniah ameer, walaupun badan kecil tapi semangat dia tinggi untuk main bola.. Nanti berlatih laa lagi dan jangan lupa makan banyak sikit supaya lebih fit nak challenge bola tu.

 Jumpa dikejohanan akan datang, InsyaAllah.



Pasukan Junior Fc berkumpul sebelum perlawanan bermula

Tengah merancang strategi pasukan..hahaha

Padang bola tempat pertembungan gergasi bola sepak SKKJ 1

Perlawanan pertama tewas 1-0

Perlawanan kedua seri 1-1

Aksi disemua posisi. Dimana ada bola disitu ada player...

Sedang menyerang

Mintak bola tuu...

Menanti bola


Perlawanan ketiga tewas 2-0

Perlawanan Akhir Piala Guru Besar 2015 Bawah 8 tahun antara pasukan Junior Fc dan Borneo Fc

Aksi Perlawanan Akhir

Mula agak sengit tetapi faktor kepenatan dan berlawan dengan pasukan yang kuat, akhir akur dengan kekalahan

Beratur untuk mengambil hadiah medal dan sijil untuk naib johan bawah 8 tahun

Baju TM ditaja oleh mama dia...hahaha


Bergambar kenangan bersama Guru Besar Tuan Haji Saidon bin Abas

Bergambar beramai-ramai dengan muka kepenatan setelah mengharungi 5 perlawanan di tengah panas

Bersama semua pasukan yang bertanding dikejohanan bola sepak Piala Guru Besar SKKJ 1 2015 bawah 8 dan 10 tahun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...