Saturday, June 13, 2009

Pertanian adalah perniagaan

Pokok Cili Padi Kampung

Pokok Cili yang segar bugar


Pertanian adalah perniagaan..dengan slogan ini ayah menyahut cabaran mantan Tun Abdullah Ahmad Badawi utk bersama menghijaukan rumah kita...dulu mula2 ambik dari kampung..pokok cili ni memang dah besar dan siap berbuah..tetapi mungkin kerana kejutan cuaca dan budaya..ianya mati dan kering sehingga buah-buahnya gugur ke dalam pasu tue..dan sehinggakan ia tumbuh anak-anak benih baru pula...itu pun ameer dah banyak tolong cabutkan anak-anak benih tue...huhuhuhu

Dan sekarang, lihatlah hasilnya..sekarang dah naik dengan beberapa pokok lagi...dan memenuhkan 3 pasu ni...Dan semakin segar dan sihat... Rasa syok pulak tengok daun-daun dia lebar dan tak sabar untuk menunggu ia berbuah pula...

Mungkin nak cari baja buah untuk pokok cili nie...hari tu pernah nampak kat pasar ada baja untuk pokok cili nie...nanti kalau jumpa boleh la ayah beli dan letakkan kat pokok cili nie...

Kalau kita duduk kat kawasan perumahan yang ada tanah, tentu kita boleh buat lebih tersusun dan banyak lagi..Ni duduk kat rumah sekarang nie tak sesuai nak tanam banyak2..cukup sekadar nak menghijaukan rumah kita....

Teringat pulak kata-kata seorang penceramah motivasi, setiap rumah kalau boleh tanam satu pokok..tak kisah la pokok bunga atau sayuran...untuk menghijaukan rumah dan menjadikan suasana lebih tenang dan damai...kita akan jadi tenang dan mengurangkan stress semasa bekerja mahupun melayan kerenah anak...

2 comments:

azzul said...

wah rajin nye tanam pokok cili..klu dh berbuah antor le kat aku sikit..kn jiran gak

Ameer Yusuf said...

aku tgh tunggu pokok tue berbuah...dan mungkin terpaksa letak kat luar...minta ehsan kawan2 tolong siramkan...kan dah nak g kursus nnt...kang mati kering plak dlm rumah tue....hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...