Wednesday, February 7, 2018

Fenomena Unifi Mobile


Unifi Mobile kembali dengan satu pakej baru #bebas #kredittakmati #topupbilabilamasa.

TM sekarang melancarkan satu pakej baru Unifi Mobile dimana setelah sebelum ini mereka menghentikan pendaftaran untuk pakej WEBE unlimited, ia untuk pasaran terkini mengikut kehendak dan keperluan semasa pengguna biasa. Bagi pengguna WEBE sedia ada, nikmatilah panggilan/sms dan data unlimited. :)

Kita sedia maklum, ada sebahagian pengguna tidak menggunakan data, panggilan ataupun sms yang kerap tetapi perlu mengisi topup setiap bulan sehingga menjadi satu komitmen yang wajib setiap bulan. Sedangkan jumlah kredit masih banyak dan jumlah data masih berbaki tidak habis digunakan. Sesetengah telco boleh carry forward dan perlu topup untuk terus aktif. dan sesetengah pula terus "burn" sahaja. 

Untuk itu Unifi Mobile ini sesuai untuk pengguna yang tidak hardcore menggunakan internet mahupun bukan kaki gayut. Ini kerana kredit akan kekal dan topup sekiranya diperlukan. Pastikan kekal aktif untuk tempoh 90 hari dengan cara membuat  1 panggilan, 1 sms mahupun add on dalam pakej sedia ada.

Promosi sekarang Unifi Mobile memberikan simkad percuma ( boleh daftar sehingga 5 simkad seorang) beserta percuma 20 GB 4G LTE dan 10 minit masa berbual serta 10 SMS. Sekiranya telefon anda tidak menyokong 4G LTE, anda hanya akan memperolehi 50MB sahaja data interet.
Berbaloi bukan.. Sudahlah simkad free, diberi pulak macam-macam lagi benda FREE... Tak nak ke?

Untuk ingatan juga, 20GB 4G LTE ini HANYA untuk pengguna dikawasan yang mempunyai coverage 4G LTE sahaja dan telefon pintar yang menyokong 4G LTE sahaja. Sila ingat 2 perkara ini betul2. Jangan pulak datang maki hamun tak dapat nak guna. Ramai jugak yang tak faham bahasa dan komplen pula kenapa saya tidak dapat guna data 20GB. Kang abang tampar laju-laju baru tahu.

Macam mana nak dapatkan simkad free?

Sila muat turun apps Unifi Mobile di Apple Store untuk pengguna Iphone atau Play Store untuk pengguna Android. Register dan boleh pilih berapa simkad hendak pilih dan boleh juga untuk pilih nombor baru atau kekal no lama. Selepas selesai, anda boleh memilih untuk self pickup di TMPoint yang dipilih ataupun melalui pos dengan caj tambahan untuk penghantaran sebanyak RM10.60.

Kena cepat kerana ia terhad untuk sejuta simkad pertama sahaja atau sah sehingga 31 Mac 2018.  Tapi macam tak sempat aje, sebab semakin hari semakin ramai sehinggakan banyak TMPoint kehabisan stok.

Cubalah kelainannya. Saya pun telah menggunakannya dan ia sesuai untuk saya berikan kepada anak-anak saya dan juga mak ayah dikampung yang tidak berapa aktif menggunakan hp yang hanya untuk sekadar menggunakan telefon semata-mata. Jadi saya lebih jimat, tidak perlu topup setiap bulan untuk terus aktif.


Aktiviti Anak yang hendak menjadi Super Hero: Captain America aka Kapten AMEEReka...

5 Februari 2018

Hari ini aktiviti sekolah ameer yusuf untuk subjek Bahasa Inggeris. Ada program menyambut pelajar sekolah di pintu pagar masuk ke Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1. Minggu ini adalah minggu berbahasa Inggeris. Kelas 5 Budi bertugas dengan kostum SuperHero.

Alamak... Apa yea untuk disediakan untuk Ameer ni?

Disebabkan kekangan masa, Ameer memilih superHeronya iaitu Kapten AMEEReka...hahaha.. Captain America dengan shieldnya... Nasib ada dah permainan dia tuu.. SO bawak je ke sekolah untuk aktiviti kali nie... Cuma tak sempat pulak nak beli topeng super hero tuu....

Ok laaa... untuk kenangan di awal 2018 nie... Kawan-kawan sporting dan cikgu pun sempoi...

Terbaik tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya I.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...