Hari-hari yang dilalui agak sunyi sedikit... agaknya bila la detik-detik menunggu kelahiran baby yg menjadikan tumpuan aku lebih kepada perkara itu... memandang sekarang hati semakin kacau dan perasaan gembira menanti kehadiran orang baru dalam famili kami menyebabkan kita hampir terlupa orang disekeliling kita...kita lupa aturan kehidupan kita dan kekadang kita lupa siapa diri kita...
Semalam aku dikejutkan dengan kembalinya kerahmatullah cif zamri mat isa pada waktu petang dan ia amat mengejutkan..walaupun arwah memang tidak berapa sihat tetapi pemergian beliau juga terasa juga..walaupun tidak mengenali dengan rapat dengan beliau tapi semasa bertugas selama hampir 3 bulan di WPKL..arwah banyak membantu memberi khidmat nasihat kerana beliau kaya dengan pengalaman..al-fatihah kepada arwah semoga diletakkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...
Itulah episod sebuah kehidupan.. setiap yang hidup pasti akan mati..dan kembali kepada penciptaNya...Adakah kita bersedia menghadapi saat getir ini? kekadang kita lupa.. kita lupa soal mati... kita lupa pasal dosa dan pahala.. kita lupa syurga dan neraka... kita lupa segala-galanya semata-mata hendak mengejar duniawi.... mengejar pangkat dan kekayaan...sehingga lupa janji kita kepadaNya... Janji kita sebagai khalifah dimuka bumi ini...
Bila difikirkan semula...cukup ke amalan kita selama ini untuk kita bawa bekal untuk hari yang kekal abadi.. cukupkah amalan kita untuk kita persembahkan kepadaNya nanti...Adakah tertunai tanggungjawab SEBENAR kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.. Kehidupan yang dipinjamkan ini hanyalah sementara tapi kalau dilihat diluar sana..penuh dengan mencari kemewahan, kesenangan, pangkat, kehormatan...sehinggakan kekadang kita hampir lupa tanggungjawab kita sebenarnya...
Bukan hendak menunjuk pandai, tapi sekadar menginsafi diri dan bertanya kepada diri sendiri...sejauh manakah sedianya kita untuk menemuiNya nanti..? Fikir-fikirkanlah...

No comments:
Post a Comment