Wednesday, June 24, 2009

Perjalanan Geng Ameer Yusuf bermula

24 Jun 2009 (Rabu) - Kelana Jaya - Persiapan kontinjen geng ameer telah siap siaga... pergh ayat... kalau tengok tajuk macam Upin dan Ipin pulak... pinjam kejap no.. nak buat pelaris...

So tentatif kita pada hari ni adalah untuk persediaan untuk balik ke kota bharu , kelate... kawe kene kecek kelate kohor2 deh....nak ambik mood kelantan nie...huhuhuhu..make budu la kawe nanti...hehehe..

Kalau mengikut jadual antarabangsa, perjalanan akan bermula pada pukul 4 pagi waktu tempatan... tak kira waktu tempat lain yea, harap maklum.. so kena bangun pagi pukul 3 pagi lagi. barang2 mungkin boleh dah ansur2 masuk dalam kereta malam nie... Harap cuaca elok pagi esok.. dan keadaan selesa ketika memandu..

Perjalanan dijangka tidak sesak di sepanjang jalan dan berharap akan sampai awal di sana sebelum tengahari kerana ada urusan penting lagi petang tu untuk check-up kat KBMC pula...at least 1 check-up baru boleh nak booking kat sana... nak guna GL mama la nie.. GL ayah dah guna masa ameer dulu.. dan sekarang nak merasa GL mama pulak.. Xpe..kite try test tengok...

Ameer yusuf dah biasa kena bangun awal dan rasanya insyaAllah tidak ada masalah menangis atau apa-apa..Asalkan ayah dan mama ada dan dia tak ditinggalkan.. Syarat wajib yang patut dipatuhi oleh ayah dan mama dia sekali...

So perginya ameer yusuf ke kelantan akan disambut oleh tok mek dia yang baru beberapa hari sampai ke sana setelah lama berkelana di Sabah dalam lebih kurang 2 minggu...so jumpa lagi kat sana..disamping sepupu dan sepapatnya yang ada disana... tentu ameer seronok pasal ramai sepupunya walaupun majoritinya adalah perempuan...

Sebagai pilot, ayah kena rehat yang cukup dan tidak boleh diganggu waktu tidurnya malam nie.. so harap kerjasama mama untuk menguruskan ameer yusuf malam nie yea...dan mungkin pastu tu blog ni akan terhenti seketika untuk diupdatekan pasal kesuntukan masa mahupun ketiadaan talian internet berkuasa tinggi mahupun rendah di sana...akan nak gie umah Tok guru Nik Aziz pinjam tenet kot..mungkin akan ada kerinduan nanti... huhuhuhu

Selamat bertugas kepada kawan2 ayah yang akan terus bertugas nantii...siap2kan minit-minit mesyuarat tue nanti yea... insyaAllah jumpa masa kursus asas PPIP kat AKMAL nanti...

wassalam

No Entry vs On Entry


Apa yang tidak kena dengan tulisan kat atas nie..Ia dirakamkan semasa kerja-kerja membaik-pulih saluran paip sampah dari perumahan ke tempat pengumpulan... Tertariknya disini tanda amarannya...
"AWAS ON ENTRY"

Moralnya adakah penting bahasa inggeris di dalam kehidupan harian kita? Fikir-fikirkanlah...

Kalau si manja sedang tidur

Ahhaaaa..kali ni ayah nak berkongsi dengan semua pasal gelagat ameer yusuf semasa dia tidur kat rumah mahupun dimana-mana jua berada..maknanya kalau dah mengantuk sangat dah tue memang tak boleh ditahan-tahan lagi..huhuhu.... bagai disorongkan bantai bak kata karam singh walia...

Secara seriusnya ameer yusuf ini jenis yang senang nak tidur jugak laa..mungkin semasa mama dia mengandungkan dia memang tidur awal..kul 9 malam dah masuk tidur..paling lewat pun kul 10 laa..tu pun dah kira overtime....kena bayar lebih laa tue...tu mungkin menurun kat ameer yusuf nie.. walaupun dah tidur petang tak hengat punya tapi time tidur malam takpe laa.... tapi dengan satu syarat muakat....lampu bilik tu kena tutup dan ayah serta mama kena pura-pura tidur sekali dengan dia... ameer akan mati akal dan terus duduk kat sebelah ayah dan tidur,.. cuma perlukan dalam 10-15 minit untuk dia tidur..masa tu kena sediakan sebotol susu secukup rasa dan pastikan suasana sunyi sepi...


Tapi sekiranya ada gangguan memang dia tak tidur laa sebab dia akan akan makhluk yang paling sibuk membantu tanpa disuruh... kalau takat nak buat kerja guna laptop dalam bilik..ermmm alamatnya memang shutdown aje kerja dia nanti...


Dan dibawah ni saksikanlah gaya-gaya dan aksi-aksi tidur ameer yang sempat dirakamkan oleh ayah...hahaha...


Ameer ketika masih kecil lagi - Gaya tidur masih sopan santun



Gaya tidur dengan nyenyaknya

Gaya tidur sambil memeluk erat botol supaya tidak diambil oleh ayah atau mamanya.. aksi ini menjanjikan tidur yang lebih lama kerana baru nak gerak..ayah dah henjut buai tu balik...lalalala

Gaya tidur sambil dikelilingi bantal-bantal

Gaya tidur sambil memeluk bantal bucuknya...yg digunakan sejak zaman mama lagi nie...turun temurun agaknye...

Gaya tidur sambil meletakkan tangan dibawah kepalanya... gaya ini agak sopan dan khusyuk tawaduknya...alahai anak sapa la nie...

Gaya tidur ameer yusuf yang tak keruan...posisi antara nak pergi mandi dulu atau terus tidur..akhirnya ameer memilih tidur dalam kemandian.....

Gaya tidur sambil tangan berzikir...kepenatan setelah penat berjalan-jalan sana dan sini.. akhirnya ia tewas di dalam buggynya itu...

Gaya tidur pula kali ni di depan tv sambil tidur layan wonderpets... tu yang ternga-nga tue.... "tutup mulut tu nnt masuk lalat...."


Gaya aksi terkini ameer..mungkin sedang bermimpi menjadi superboy agaknya...


Tuesday, June 23, 2009

Hari-hari yang sunyi

Hari-hari yang dilalui agak sunyi sedikit... agaknya bila la detik-detik menunggu kelahiran baby yg menjadikan tumpuan aku lebih kepada perkara itu... memandang sekarang hati semakin kacau dan perasaan gembira menanti kehadiran orang baru dalam famili kami menyebabkan kita hampir terlupa orang disekeliling kita...kita lupa aturan kehidupan kita dan kekadang kita lupa siapa diri kita...

Semalam aku dikejutkan dengan kembalinya kerahmatullah cif zamri mat isa pada waktu petang dan ia amat mengejutkan..walaupun arwah memang tidak berapa sihat tetapi pemergian beliau juga terasa juga..walaupun tidak mengenali dengan rapat dengan beliau tapi semasa bertugas selama hampir 3 bulan di WPKL..arwah banyak membantu memberi khidmat nasihat kerana beliau kaya dengan pengalaman..al-fatihah kepada arwah semoga diletakkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...

Itulah episod sebuah kehidupan.. setiap yang hidup pasti akan mati..dan kembali kepada penciptaNya...Adakah kita bersedia menghadapi saat getir ini? kekadang kita lupa.. kita lupa soal mati... kita lupa pasal dosa dan pahala.. kita lupa syurga dan neraka... kita lupa segala-galanya semata-mata hendak mengejar duniawi.... mengejar pangkat dan kekayaan...sehingga lupa janji kita kepadaNya... Janji kita sebagai khalifah dimuka bumi ini...

Bila difikirkan semula...cukup ke amalan kita selama ini untuk kita bawa bekal untuk hari yang kekal abadi.. cukupkah amalan kita untuk kita persembahkan kepadaNya nanti...Adakah tertunai tanggungjawab SEBENAR kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.. Kehidupan yang dipinjamkan ini hanyalah sementara tapi kalau dilihat diluar sana..penuh dengan mencari kemewahan, kesenangan, pangkat, kehormatan...sehinggakan kekadang kita hampir lupa tanggungjawab kita sebenarnya...

Bukan hendak menunjuk pandai, tapi sekadar menginsafi diri dan bertanya kepada diri sendiri...sejauh manakah sedianya kita untuk menemuiNya nanti..? Fikir-fikirkanlah...


Mama dah start sakit-sakit la

23 Jun 2009 (Selasa) - Mama telah mula sakit-sakit pinggan..ehhh silap....sakit pinggang dan bahagian bawah...Dari 2-3 malam dah terasa tapi tak la kerap sangat macam awal pagi tadi... Masa dalam kereta tadi pun dah mula tak senang duduk dalam kereta tadi..kejap ke tepi..ke jap ke tengah.. nasib baik la tak duduk atas ayah je tadi...hahaha...

Ayah risau jugak laa, memandangkan sakit katanya macam rasa nak bersalin dulu dah..tapi tanda2 awal masih takde lagi,.. Persoalan telah timbul..jeng jeng jeng....tooothhhhh...(rentak seram).....

"Adakah baby akan bersalin di lembah klang dan akan bernombor plat selangor?" atau tetap bertahan untuk balik ke kelantan pada awal pagi khamis nanti? jeng jeng jeng...persoalan yang bermain2 sepak takraw di dalam kepala ayah nie... dengan kebuntuan yang ada, dan ditambah dengan kekusutan persediaan untuk pergi kursus asas lagi menyebabkan ayah berasa runsing dan terbelengu bersendirian..(apa aku merepek nie)

Sekarang ni ayah berada di opis kelana jaya..hanya 15 minit dari sini ke bangsar sekiranya jalan tidak sesak..tapi mengambil masa hmpir 30-45 minit kalau sesak / sesak teruk... dan mengambil masa 3 jam kalau aku berlari-lari anak sambil memimpin ameer yusuf...ni dah kes parah la nie,....

So dengan mode standby..ayah senantiasa memegang kunci kereta dan telefon sentiasa berada di tengkok untuk memastikan deringan pertama ayah dah angkat... kalau boleh, masa mama nak ada niat nak call tue..ayah dah angkat dah telepon... perghh mantop2... ;p kesana kemari kumari dan seumpamanya ayah senantiasa bersedia...sekiranya berlaku apa2 yang berkemungkinan...

Dan ayah pun dah membuat kajian..dari bangsar untuk terus ke DEMC Shah Alam mengambil masa dalam 30 minit kalau jalan lancar dan mengambil masa 45 minit- 1 jam kalau sesak sekitar pj hilton tue.. tapi alternatif lain ada.. dengan kelajuan purata 110km/j ( hanya utk emergency sahaja) - selalunya ayah bawak 80 km/j aje kat federal nie.. cewaaahhh.... dan tiada gangguan/noise dari bas2, lori2 mahupun kereta2 yg sengal badak yg duduk lane laju tapi bawak cam siput vavi tue...insyaAllah, sasaran utama akan tercapai..namun sekiranya ada spesis yg tak sedar diri dan tak sedar ruang nie... memang boleh menyebabkan perjalanan akan tergendala sebentar..

Apapun tengahari kang nak bawak turun beg keperluan sebagai standby dalam kereta..beg dah lama dah isi tapi letak dalam bilik belakang..itu bukan standby namanya.. "apa la ayah nie..."itu la kata ameer kalau dia dah boleh bercakap... ( huhuhu..bile la ameer nak bercakap nie...)

Dengan pengalaman semasa kelahiran ameer yusuf dlu insyaAllah harap dapat membantu kelahiran baby ni nanti... kalau lahir awal sikit, tentu best pasal ayah boleh luang masa lebih lama sikit dengan baby nnt.. nanti dah berjauhan rasa rindu pulak....



Monday, June 22, 2009

Kursus oh kursus....

Surat kursus asas dah keluar..list nama bertali arus kat surat tue...adush...5 julai 2009 nie kena lapor diri...ermmm sampai 11 september 2009... perghhh sampai bulan puasa nie... waaaa ini baru betul mencabar minda dan jiwa raga nie... peraturan pun dah bermacam2 aneka ragam nie... harap2 ada la kelonggaran sikit.. kalau tak, letih laa macam nie..

Rasa seronok memang ada... pasal tangguh macam mana pun pasti kena pergi jugak..so baik pergi awal2 nie sementara kawan2 tengah ramai nie... nanti lewat kang, kawan dah lepas semua dan kita baru terhegih2 nak pergi..orang dah konpem... kita baru nak submit borang....

Tapi masalahnya sekarang adalah....... wife aku nak bersalin dan duenya pula adalah pada 6 julai 2009 nie... aduyai... konpius2.. fenin2...tentu la aku nak berada disisinya semasa proses kelahiran tue... sebagai suami adalah tanggungjawabnya memberi semangat dan dorongan terutama semasa detik2 melahirkan anak nie.. lagi pun dia dah pesan awal2 dah...ni yang dalam dilema...

Aku berdoa semoga Allah swt memberikan yg terbaik untuk kami... kalau bersalin awal adalah yang terbaik....Engkau permudahkan proses itu... dan sempat la aku menemankannya nanti sebelum aku melangkah ke AKMAL...andainya bersalin mengikut jadualnya adalah yang terbaik untuknya, Engkau juga permudahkan proses itu...

Apa yang penting, semoga si ibu dan anaknya dalam keadaan baik dan sihat seadanya.... "Ya Allah, Engkau peliharalah isteri dan anak-anakku dengan rahmatMu dan lindungilah mereka dari perkara-perkara yang tidak diingini. Amin..."

Nak Lon..Nak Lon...

Doremon terbang sana-sini ditiup angin

Ameer melarikan Doremonnya seperti bermain layang-layang..

Ameer cuba memikir bagaimana screw tu terikat di tali tersebut sambil cuba mengikat kakinya sekali bersama-sama tali belon itu..

21 Jun 2009 (Ahad) - Kompleks PKNS Shah Alam...Destinasi seterusnya kami sekeluarga untuk minggu nie.. Ameer yusuf yg masih kepenatan berjalan dari pagi tadi.... belum tidur2 lagi... penat sangat la tue....macam dah nak buat perangai dah tue..bunga2 dah nampak dah..... mama pulak nak beli set 60 hari lepas bersalin kat sendayu tinggi.... tak tau la tinggi mana dia punya sendayu tue.. yang pasti harga dia memang tinggi...tak boleh kurang langsung...huuhhh...

Set Amme complete bersama Corset = Rm414

Setelah habis berurusan kat kedai tue... kami pun bergerak nak balik ke rumah... ye laa badan dah penat...kena rehat laa.. ameer yusuf lagi laa.. dengan penatnya dan susu dia yang dah habis bekalannya...ermm.. air soya yang beli tadi pun dah habis... tapi ayah dia dah minum separuh..hehehe..niat murni ayah supaya tak tertumpah...ikhlas tue... ;p

sampai kat tangga tue. ..sekali ameer terdiam seketika..air kotaknya ditolak ketepi... matanya tertumpu kepada sesuatu yang menarik perhatiannya... seperti halilintar...dia menunjuk ke arah bro yg jual belon itu sambil berkata...."Nak lon...nak lon...nak lon"jerit ameer yusuf dikhalayak ramai... ayah terasa kemaluan yang amat sangat... badannya berpusing umpama tenggiling untuk melepaskan diri dari cengkaman ayah dia yang dari tadi memegang erat tadi..

mama pun belikan la belon udara tu dengan harga 5 hengget...ayah suruh pilih gambar doremon pasal itu aje yg menarik..yg lain cam biasa2 ajerk... ameer ni dia punya excitednya sampai tgh kesibukan orang ramai yang lalu lalang kat situ tidak diherankan dengan bermain belon tue...dia campak screw yg diiikat tali supaya tidak terbang tu ke sana sini dan ameer pun mengejarnya...

sampai kat kereta..ameer dah mengamuk pasal tak puas main belon kat situ..dalam kereta tu semua orang tak boleh pegang belon dia tue kecuali diri dia dan ayah dia... camna ayah nak pegang belon tue,ayah nak bawak kereta lagi.. dah la kepala doremon tue besar..nanti tersekat stering kereta tue....

setelah tunggang langgang dalam kereta..pastu kena marah dengan ayah sikit baru senyap...ameer bukannya nak duduk kat tok mek dan kak nurul ameer kat belakang tue...nak gak terselit kat celah tempat duduk depan tue.. bagai tak nak berpisah dengan ayah dia nie...


Moralnya..lain kali kalau beli belon udara tue..letak kat bonet kereta senang sikit.. kalau tak... rasa penuh pulak dalam kereta tue...dan agak merbahaya untuk para pemandu kerana menghalang pandangan ketika memandu..

Thursday, June 18, 2009

Jgn bagi anak2 anda bermain dgn Motorola/ Nokia flip

Siapa yang ada anak kecil kena hati-hati dengan h/p

kepada kengkawan yg menggunakan h/p flip tu hehati ler...
kejadian bebaru ni menyebabkan seorang kanak kanak lelaki hampir mengalami kecederaan yang teruk akibat dari penggunaan h/p jenis filp... sila lihat lampiran..

tengok bawah... dahsyat ....

























Evolusi handphone aku


Hari nak bercerita tentang jenis-jenis hp yang pernah digunakan sejak zaman belajar dulu-dulu kat itm ( sekarang ditukar ke UiTM) - ye laa nak tukar dari institut ke Universiti... Tak kisah la pasal itu semua..yang penting sekarang dah tamat belajar dan bekerjaya...

Macam orang lain jugak laa, dalam hati nak jugak nak pakai hp nie..ye la senang nak berhubung..nak sms mahupun call..nak ngorat cewek2... tapi masa tue mahal siut nak sms...bukan cam sekarang....call pun rate dia bapak mahal..mana ada active5 ke..active10 ke....x-pax ke..u-pac ke...semua masih baru dan mahal belaka.. aku ingat lagi sim kad hotlink prepaid yang aku beli masa tu harga dia around Rm223 dan aku beli masa tue pun Rm199...tu pun puas minta kurang dan kami beli 3-pek prepaid tue...nak top-up pun minum rm60 hengget...kopak duit ptptn aku..hahahha

Beli kad sim dulu tapi handphonenya takde lagi...simpan kat bilik dlu.. ansur-ansur dan akhirnya dengan berkat kesabaran masa tu..aku berjaya membeli hp Nokia 3210..masa ni dah kira hebat dah...hp pertama nokia tanpa antena... aku beli warna kelabu macam kat bawah nie... standard masa tue..dan casing dia dah bertukar banyak kali...kan masa tu macam2 design yang menarik...


Nokia 3210

Ini handphone pertama yang masih lagi ada sampai sekarang..cuma bateri aje dah kong..nak cari pun susah jugak sekarang nie.Lama pakai handphone nie sejak zaman belajar kat itm ..masa tu ambil diploma..dah semester 4/5 baru pakai handphone nie... puas pakai, siap compose2 lagu bagai...dan game snake adalah permainan ketika waktu boring dalam kelas mahupun sebelum tidur...hahhaa..

Hendak dijadikan cerita, tahun-tahun berikutnya pula bertukar angin kepada Nokia 5210...Asalnya nak beli model lain tapi sampai kedai beli model yang ini pulak... terpengaruh la masa tu dengan ciri2 yang ada kat hp tue.. cam menarik ajer boleh sukat suhu dan tahan lasak sikit... pastu lampu dia warna kuning dan boleh berkelip2 ikut irama lagu kita....syok2...

Nokia 5210

Sudah bosan dengan bunyi mono nie..aku beralih selera kepda hp Nokia 3530..Masa nie bunyi dia dah advance daaahhhh..boleh masuk ringtone poliphonic pulak...bunyi masa tue memang mantop dah kalu di kire zaman tue...

Nokia 3530

Handphone Nokia 3200 ni asalnya bukan aku beli tapi adik aku beli handphone nie.. lepas tue aku beli kat dia pasal dia nak tukar hp dia tue ke hp sabun...aku saja pakai sedangkan aku dah ada hp lain masa tue...memang kejap aja pakai pastu aku bagi kat mak aku pakai...


Nokia 3200

Aku beli hp daun nie model Nokia 6670..dia ni adik beradik dengan daun tue cuma beza kat button dia yang straight berbanding daun yang senget2 skit..masa aku beli ni aku kerja kat perangkaan kl.. masa tue mahal aku beli, masih baru laa dalam pasaran..dalam rm1300. Giler aku beli hp mahal2 macam tue masa tue...skang ni jadi spare-part agaknya kalu tolak balik...hehehe
Nokia 6670

Dan kini aku masih guna hp N73 me (music edition) nie..dah lama dah aku guna..Aku beli kat giants kelana jaya...Dua-dua hp ni N73 dan nokia 6670 masih lagi aku guna sampai sekarang... ...tapi hp N73 me ni byk problem laa.. kekadang byk hangin satu badan dengan kerenah birokrasi yang ada..hahhaa..aku format dah byk kali dah... kena buat backup kalau tak memang habis semua nombor2 hp tu hilang...tapi hari tu aku dah update firmware dia..dan sekarang dah ok sikit...tak meragam..kalau tak ....asyik "memory full..please delete..bla bla bla..."

Nokia N73

Tapi dalam banyak-banyak hp yang aku guna memang aku sayangkan nokia 3210 aku tu jugak laa... pasal penuh dengan nilai-nilai sentimentalnya..ye laa hp pertama tuee...cinta pandang pertama katakan....lagipun tahan lasak..setakat jatuh berkecai casing dari body tarak hal laa..pasang balik..on jalannnn balik..... pernah jatuh tengah jalan kat shah alam.. pastu kena langgar sipi2 dengan kereta..tapi masih bertahan lagi sampai sekarang...so kalau aku jumpa bateri dia lagi memang aku pakai hp tue...

Tak macam N73 me skang ni dah crack kat skrin dia..tak tahu la pasal apa..mungkin sejuk panas sejuk panas kat dalam server nie..tu yg crack kot....

Dan korang semua mesti pernah pakai macam2 jenis model dan jenama handphone kan? aku guna nokia ni pasai user-friendly skit dan senang nak cari spare-part dan dibaiki... eksesori pun byk dipasaran gelap mahupun terang..dan konsep aku sekarang nak beli hp ni, asal boleh cakap ngn wife aku dan mak aku kat kampung cukup laa..... ;p

Tuesday, June 16, 2009

Fenomena banci menggamit kenangan

Jabatan Perangkaan laksana banci percubaan bulan depan

PUTRAJAYA: Jabatan Perangkaan Malaysia akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 di seluruh negara menerusi banci percubaan, bermula bulan depan.

Ketua Perangkaaan Malaysia, Wan Ramlah Wan Abdul Raof, berkata banci yang kelima itu sudah dirancang rapi dengan beberapa pembaharuan dari segi teknologi dan pendekatan yang pelbagai.

Banci seumpama itu, katanya, pernah dilaksanakan jabatan terbabit pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sambutan 50 tahun Jabatan Perangkaan Malaysia di sini, hari ini.

Banci itu dilaksanakan bagi tujuan untuk mengemaskini pangkalan data penduduk dan perumahan Malaysia yang komprehensif dan menyediakan statistik yang relevan sebagai input kepada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) nanti.

-----------------------------------------ulasan--------------------------------------------------

Bila terbaca petikan pasal perangkaan ini teringat zaman dulu-dulu semasa berkhidmat sebagai tukang banci rumah ke rumah...jawatan masa tu hanya sementara dan dikira sebagai gaji hari...ikut la berapa hari bekerja bulan tue,, cukup bulan baru isi borang untuk kira gaji kita... so dapat gaji lambat laa.. dalam 13 hingga 15 hb baru dapat untuk gaji bulan sebelumnya... bukan banyak pun... sehari dalam RM25++... nama jawatan kalau tak salah pembantu penolong perangkaan E17 di Jabatan Perangkaan WPKL. Masa tu saja aje kerja kat sana lepas tamat belajar kat itm dlu... degree dah ada tapi saja ambil pengalaman dan mudah untuk pergi interview nanti.. orang kata kerja jangan memilih..aku rembat ajer kerja tue.. biar susah senang dapat merasa sama... masa lepas SPM pun pernah kerja kilang....tau pahit maung cari duit nie...masa tingkatan 1-2 pernah jadi caddy.. angkat beg golf pikul sana-sini..dapat masa tu RM12-14 aje.. ok laa. dapat duit belanja sekolah..atau beli apa2 patut...

Berbalik kepada kerja di perangkaan tue, konsep bekerja adalah sangat mencabar urat saraf dan menuntut kesabaran yang tinggi... kalau tak sabar dan tak tebal muka, memang payah la nak jalankan tugas nie...bukan senang nak yakinkan orang sebab mereka ingat kerja ni macam orang direct selling rumah ke rumah.. kadang-kadang belum sempat bagi salam dah hempas pintu bagai nak rak...

"apa ingat aku ni pencacai ke hape nak kurang hajar macam tue" aku geram dan pendam dalam hati.. Memang kekadang sakit hati aja dengan layanan mereka.. bukan semua.. tapi segelintir laa.. kekadang melayu ni lagi kuat ego dan berlagak nak mamP**... setakat duduk kat setinggan dah berlagak macam tanah diaorang punya...pastu tak nak ngaku pulak tue.... Alamak aku start mengumpat pulak....ermm sori sori bukan apa..cuma lepas geram sikit2 ajer...

aku kerja ni punya la jauh berulang-alik..aku duduk kat batang kali berulang-alik ke pejabat kat KL tue..masuk pukul 8 pagi.. aku cargas 6.45 pagi...lalu jalan Ulu Yam/Sungai Tua...sejuk lalu awal pagi kat sana.. dan sepanjang aku berulang alik tu dah berapa kali kemalangan maut yg aku terserempak...tak ke seriau kekadang nak bawak motor.. paling tragis, sorang mamat motor tu meninggal pas terbabas bertembung dengan kereta.. padahal baru lepas potong aku kat selekoh sebelum tue.. itulah ajal di tangan allah... balik pulak kekadang 4.30 petang.. kalau kena paksa rela overtime pulak.. habis kerja pukul 10.30 mlm...sampai rumah pukul 12 malam... kena lalu jalan luar, nak lalu jalan ulu yam/sg tua tue malam bahaya sikit... banyak gangguan rohani dan jasmani.... ayaarkkk..seram....

ye laaa, banci siang2 kekadang takde kat rumah.. tu yang kekadang kena datang malam... kene kejar dengan anjing?? ermmm selalu bangat..hahhaa.. aku cabut.. bukan apa... bukan aku takut dengan anjing tue cuma anjing tu yang tak takut dengan aku....baik aku mengundurkan diri dengan rela hati...sepanjang aku bekerja dan berulang-alik tue sekali aje aku terbabas terlanggar belakang lori kecik tue.. ngam2 cermin lampu motor sondol belakang besi tue.. prangg...pecah habis kena ganti baru.. masa tu badan letih sangat dan hati kacau masa tu....so konsentrasi terjejas dan amat merbahaya....


Kawasan yang pernah aku cover masa bertugas dulu adalah ceruk rantau di Kepong, Selayang, Salak Selatan, Bukit Jalil, Sungai Besi, Kampung Malaysia Raya, dan banyak lagi kampung2 nie... Kl ni luas bro, nak cover semua nie memang letih.. macam aku ni kena naik motor kecepai aku tu kesana kesini... hikmahnya aku belajar jalan-jalan utama dan jalan-jalan tikus di KL nie.. sebut aje jalan mana masa tue, dapat tangkap dah dalam fikiran aku nie...dah capture macam google map dah jadinya..hahahha

Kat jabatan tue, peta dia peta zaman tok kaduk... tok kaduk pun xde peta huduh macam tue.. yang update punya xde lagi... so kena laa kami ni skuad rikki ni buat peta terkini dan sensasi.. aku yang jurusan IT ni tetiba dah pndai bab-bab kontur2 nie... bukit-bukau, paya semak, jenis2 rumah dan sebagainya... belajar sesuatu yang baru...menarik bukan??antaranya aku dapat peta kat bukit jalil.. ntah tahun bila punya peta..aku tengok macam tau ajer.. masa dalam peta tue masih ladang getah lagi...sedang pada masa tue.. kondominium, komplek sukan bukit jalil dah naik dah... ape daaa..tak update2..aku jugak kena lukis semua tue....termasuk la rumah awek aku ( sekarang dah jadi mama ameer yusuf dah) hik hik...di apartment sri rakyat di bukit jalil... tu yang aku offerkan diri nak buat peta kat situ..pasal nanti boleh aku buat peta lain kat sana nanti... g dating....hahhaharuunnnn....lagi pun aku dah expert kawasan tue..memang celah gigi je laa..tak payah tengok site pun aku boleh lukis kat rumah...hahahha....itu laaa rahsia pekerja cemerlang namanya,... masa bekerja pergi dating, masa kat rumah baru buat kerja....mantopp...

Antara banci yang aku pernah aku sertai adalah Banci Penduduk..banci Pertanian, banci Korporat... Banci pertanian paling mencabar kepala hotak aku.. aku ingat kl ni tak banyak la tempat pertanian ...tapi jangan tak caya... rekod menunjukkan banyak beb tempat pertanian-pertanian nie.. aku naik motor macam dah nak motor lasak dah masuk kawasan2 pertanian nie.. penat memang penat tapi mencari rejeki bak kata orang...

Pengalaman yang tak dapat dilupakan masa operasi banci kat rumah panjang kat kepong.... kawasan hitam nie... jangan ingat kat sarawak ajer rumah panjang nie.. kat kl pun ada tau... sewa murah gila oleh DBKL.. tak salah aku dalam Rm30-40 sebuah... memang banyak rumah tue..khas untuk pendapatan rendah laa.. tapi memasing renovate dah macam kondo... cam skrip cerita senario ..." fuhh luar nampak setinggan tapi dalam macam kondo"...masa tu aku sorang pergi sana, geng lain pergi kawasan... disebabkan aku ni hero masa tu ..kena tunaikan arahan sebaik mungkin... nak jadi cerita sampai kat rumah apek nie... boleh dia nak bantai aku dengan kayu beluti yang tersandar di tepi tembok tu... dan terus memaki hamun aku dalam bahasa cina,,,

"ape kejadah dia nak maki2 aku nie... aku bukan faham pun ape kau cakap.. mandarin sikit2 tau laa... wo ai ni... ni ne?....." kata aku dalam hati.. nasib baik dia orang tua, kalau tak dah lama aku tinju-tinju dengan kepala lutut aku nie,,,..sakit hati nie... mujur uncle dari rumah yang hujung tu yang lepas aku banci dia, datang tolong aku... dia la yang explainkan apek tue... rupa2 apek tu meradang pasal dia tak dapat rumah seperti yang telah dijanjikan oleh pihak DBKL sebelum nie.. rupa2nya sebelum ini memang pihak DBKL ada buat interview dan bancian pasal kelayakkan rumah murah tu dan menjanjikan kepada apek tue.. tapi last minit dia tak dapat dan jiran2 semua dapat.. tu yang dia meradang tue.. dia ingat aku ni dari DBKL jugak kot... lantak ko laa... aku blah macam tue aje.. malas nak layan dah.. nyawa aku lagi penting dari hal-hal macam nie...

Paling seronok masa banci musim raya cina.. setiap rumah aku singgah mesti bagi aku minum air tin dan limau.. tu kekadang aku tolak gak pasal dah kenyang minum nnt tugas pun tak settle2..ye laa asyik nak cari tempat nak membuang keperluan yang tidak diperlukan lagi,,,...

Tapi itulah pengalaman, bukan mudah untuk kita sampai ke sesuatu tahap kalau kita tidak berkorban.. aku ingat pesanan cikgu aku masa sekolah dulu...

"kalau kita hendak berjaya..kita kena bermula dari bawah kerana bila kitasudah mendaki satu langkah demi langkah dan sudah berada di atas..kita akan memahami nasib-nasib orang-orang di bawah sana.. disitu kita boleh menjadi seorang ketua yang baik dan mampu memimpin orang-orang bawahan kita"

Sebelum aku mengundurkan diri dalam entri kali nie...sebab utama kenapa aku pilih kerja ini sedangkan banyak lagi kerja lain yang telah diofferkan kat aku,,,sebab kerja ini memudahkan aku mearragekan jadual utk interview kat tempat2 lain pasal aku boleh adjust jadual banci aku ikut suka kepala hotak aku..asalkan kerja siap dan cemerlang... utk itu aku buka rahsia sikit, harap bos lama aku tak baca la entri aku nie... lagi pun otai2 yang ajar aku nie...hahaha...dulu masa kerja tue.. aku dah plan bila dah dapat kawasan mana dari bos...kerja mesti ada perancangan rapi... so aku rancang baik2 punya.. dan aku pulun satu hari kerja macam nak rak,,,.. biar lewat pun takpe... asal aku siapkan cepat2 dan sebanyak mungkin... yang ni aku tak claim OT pasal aku nak cover utk esok2 punya borang....so next day aku akan hantar 1/2 dari apa yang aku buat semalam dan selebihnya simpan buat stok hari berikutnya... so hari berikutnya aku boleh laa arrange nak g interview ke... aku ngular ke... atau aku balik rumah tidur... hahahha.... tapi tak selalu la buat pasal nnt gaji tak berkat .. sekali sekala laa mengikut keperluan.. tapi kalau OT, mesti buat punya...sebab nak gaji halal beb,....

Hari ini janji untuk bertemu dengan seseorang

Ameer mengintai dar jendela hatimu

Berlari sana sini tak tentu arah

"Hello...sapa diluar sana yea "kata ameer dengan penuh senyuman

Ameer main meja komputer pulak dah...

Ameer dengan senyuman dia tue..


15 Jun 2009 ( Isnin ) - Setelah bersantai-santai, menghilangkan penat lelah, malam ni ayah dan ameer yusuf kena hantar mama check-up kat sebuah hospital swasta di Shah Alam... dengan berbekalkan temujanji yang telah dijanjipateri bersama dengan Dr. Mazita..Memang giliran minggu ini bersama Dr. Norleen pula... Pukul 7 petang kami bertolak dan sesampai disana kedengaran suara azan maghrib dari Masjid Shah Alam memecah kehirukkan -kesibukan warga kota untuk pulang ke rumah masing-masing.. Ayah memandu terus mencari parking yang paling hampir di hospital tersebut supaya mudah nak membawa pahlawan negara si ameer yusuf ni nanti...

Terus melangkah ke tingkat satu untuk mendaftarkan diri di kaunter tersebut... perghhh no giliran 0735..hahaha sama macam sebelum ni jugak... so ada 7 orang lagi tempoh menunggu.. Lantas kami menuju ke surau di tingkat 3 di bangunan yang sama...Kewajiban sebagai khalifah Allah mesti wajib ditunaikan juga hatta dimana kita berada... "Iman tak dapat dijual beli, iman tiada di gerai burger"....

"Mama solat dulu, biar saya jaga ameer.."kata ayah pada mama sambil memberi insyarat bahawa ruang untuk jemaah lelaki sudah penuh...hanya muat 3 orang sahaja... hendak sahaja komplen, bangunan besar-besar pun tapi surau kecik ketuik.... kena beratur la macam ni... Inilah dugaan... ameer pun kalut sama ambil air semayang...dan dengan tidak sabar-sabar untuk menjengah ruang solat tersebut... "Sabar ameer, kita solat jap lagi" ayah memberi nasihat kepada ameer... Ameer macam biasa, pandang-senyum-buat jugak....hehehe...

Setelah seketika menanti, mama sudah habis solat..Kini giliran ayah pula... Alhamdulillah, selesai tugasan untuk kali ini... diluar sana terdengar suara ameer yang bagaikan histeria....ayaahhh....kadang-kadang terdengar seperti yaya..yaya..... bila aku melangkah keluar dari surau tersebut, tergambar senyuman terukir dari raut wajahnya yang comel itu... "Gigi cover skit yea"kata ayah sinis...

Kami turun semula ke tingkat 1 untuk menanti giliran seperti yang telah digilirkan tadi...Sesi kali ni ramai pulak... agak lama juga la kami menanti... ameer sempat bermain-main di ruang yang disediakan di hospital tersebut..kemain suka berkawan, tak kira la orang tu besar mana pun tetap suka sangat.. gelak hilai tawa dia memecah kesunyian kami yang menunggu disitu,.. bro2 yang kat sebelah tu memandang sambil melihat kaca tv yg tergantung kemas di siling itu..

ting tong.... 0732...ermmm..lama lagi la no kita nie...takpe2 tempat selesa dan ameer pun tengah leka main tue..biarkan saja...

setelah membaca paper aka surat khabar...yang ntah bila punya hari bulan.. sampai jua ke giliran kita.. ameer yusuf dah puas bermain kot, tu yang dia macam dah tak excited sangat nak masuk dalam bilik doktor tue... sekali pintu dibuka...keriiiuuuuuukkk...erh Dr. Mazita lagi... hehehehe..Ok doktor nie, baik layanan dia.. dan penuh profesional... ameer pun suka.. terus terkam ke arah almari cermin di belakang doktor tersebut untuk melihat koleksi peribadi barangan-barangan cenderahati doktor itu...

Mama diperiksa dan alhamdulillah semuanya selamat.. pemeriksaan pada kandungan juga amat sihat dan berat baby pun sudah menjangkau 2.99kg...meningkat hampir 400 gram dari ukuran terdahulu...semuanya dalam keadaan baik dan baby pun sudah duduk di ruangnya...tapi masih belum masanya untuk keluar lagi...

Ameer yusuf menangis masa mama diperiksa..mungkin dia takut mama dia diapa-apakan.... Ayah pujuk tengok gambar-gambar baby yang tergantung kat dinding bilik doktor itu...Janji temu seterusnya akan dijalankan pada 24 Jun 2009 bersamaan hari rabu - sebelah petang. Setelah selesai pemeriksaan, ameer pun salam tangan doktor dan siap nak dukung lagi... isk isk.. malu la macam nie.. semua nurse dia salam.. siap bye bye lagi...

Kami turun semula ke ground floor untuk proses pembayaran..kali nie kena lebih sikit dari sebelum nie.. Masa nak ke tempat parking kereta, ameer dah tak nak pegang...nak jalan sendiri di jalan raya tue.. Ayah dan mama terpaksa menjadi pegawai trafik tak bertauliah untuk mengawal ameer supaya tidak berlari ke arah kereta yang sedang bergerak tue.. ini menguji tahap kecergasan dan kecekapan ayah untuk mengawal keadaan nie... hahaha macam cemas aje bunyiknya padahal xde apapun...

Masuk kereta , terus kami jalan.. sebelum menuju ke lampu isyarat disimpang empat itu..ayah membelok ke kanan untuk round-round di sekitar shah alam yang telah lama ditinggalkan ..sehinggakan ke seksyen 2.. syurga tempat makan kami dahulu... masa belajar di itm dlu...sekarang sudah berwajah baru... tiada lagi hamster ( tikus bapak besar macam org bela hamster ) dan lipas-lipas yg bermaharajalelawati...gluuuppp geli den...

Kami lalu sahaja sehingga ke bulatan di itm itu dan terserempak dengan sebuah kenderaan polis yang baru.. Mitsubishi Evo seperti yang aku tengok dalam email dulu2... dia dah buat jalan2..untung la drebar kereta tu dapat bawak evo...uhuhu..
Nie la dia Evo X milik polis diraja malaysia utk meronta...mantop2..

Sampai kelana jaya, kami singgah sekejap kat Restoran Fariz Maju..makan roti nan cheese dan teh tarik..ameer pun layan sekeping roti canai... dah kenyang, kami pun balik ke rumah..ameer tidur lewat malam tadi,, pukul 11.30 malam baru tidur...seronok sangat la tue jalan2 sampai malam...


Monday, June 15, 2009

Ameer dan majlis perkahwinan

13 Jun 2009 (Sabtu) - Perancangan seperti biasa...Berlandaskan prinsip-prinsip rukun negara yg tercinta kami bergerak ke Shah Alam utk ke rumah abang ambil minyak selusuh...tapi sayang , mama ameer tak baca sms yg dihantar sebelum nie...sesampai ajer kat pintu pagar rumah tue, bila check telepon...."Haaa, abang takde la kat rumah hari dan esok" .... perghhh tersentap hati nie....hahhahaa.. cuba check hp tu awal2 takde la membazir ke shah alam..dengan kekalutan hari yg semakin gelap yang hendak hujan nie... keluar semula ke jalan besar.... berderai titisan hujan membasahi jalanraya...

Ayah dengan tenang memasang wiper...mula-mula speed 1... dan ia semakin lebat dan lebat...speed semakin ditingkatkan....dan ayah terus menekan pedal membelah kekasutan ini... ( apesal ayat ni lain macam ajerk) ... terus masuk ke KESASS Highway menuju ke arah rumah pengantin memandangkan hari pun dah menjengah tengahari... Dgn peta di tangan, ayah mencari arah yang sebenar iaitu jalan yang lurus...kalau jumpa simpang kena belok jugak la....

Jalannya agak pelik...seolah-olah aku berada di alam yg lain... laluan amat mencabar..selekoh "L" memang mengundang prasangka... terutama diwaktu malam dan dinihari... Ternyata papan arah yg berwarna kuning banyak membantu ayah utk menyakinkan laluan ini adalah laluan yg diredhai...Harapkan mama kat sebelah, nnt jadi huru-hara jadinya... adalah lebih molek suruh aje mama mententeramkan ameer yusuf yang telah tidak ketentuan itu... fenin2.... baru setengah jam ayah bawak kereta tapi hakikatnya macam 3 jam suku bawak kereta...itu lah ameer kalau dah masuk regu utk naik minyak dia tue...Dah dekat nak sampai, baru la nak tidur... siap berdengkur satu alam nie...tak termasuk alam dan manusia...

Tapi apakan daya..tidur yang nyenyak itu terpaksa la ayah ganggu gugat jua memandangkan nasi minyak pengantin telah memanggil2 ke aarah ayah dan mama.... ameer tak nak makan ameer punya suka laa..pasal ameer dah mentekedarah susu sebotol tadi.. bukannya nak share ngan ayah pun tadi, sampai terkulat-kulit ayah melihat ameer minum susu tue..macam sedap sangat rupanya...

Ayah dan mama terus melangkah ke arah rumah pengantin...macam di arak mempelai dua sejoli ...tapi "sejali" ni berdukung pulak... aisey...potong stim betul...mengenangkan zaman muda dulu diarak sebagai pengantin baru... hahaha.... sesampai kami di kaki khemah juadah, kami disambut oleh pengantin lelaki yg segak bergaya bagai pahlawan di zaman purba....cantik dan kemas..bertanya "di mana pengantin perempuan?" oooo masih di seksyen 6 shah alam rupanya...

Ameer pun dah terjaga dari tidur dan melihat sekeliling bagai orang tak mandi pagi...tersenyum simpul melihat anak gadis yg cumil duduk di depannya sedang makan dan ameer pun mengcoverkan giginya sambil menguit2 tangannya manja di bawah ketiak ayahnya... "adui ...ko ni ameer buat ayah malu ajer laa.."keluh hati ayah ..

Mama pun ambil nasi dan lauk..ayah pegang ameer lagi ..Masa ni mood ameer masih cantek lagi..cool brother.... memang layan ajerk.. ayah pun tak sabar nak menyantap makan tengahari nie... terus bedal..ameer kat sebelah pun sama bedal..sampai habis baju putihnya dengan sambal dan kuah rendang...dan juga air sirap... dah jadi colourful dah.. betul kata orang ..anak ni umpama kain putih yang bersih..terpulang la kepada kita nak mewarnakannya.... so ameer ni dia warnakan sendiri..penuh dengan minyak dan buah tembikai... ayah...ermmm sabor ajer laa....

Dengan comot sana sini..ayah pun pergi basuhkan tangannya..terpaksa bawa ke tepi longkang...memandang kesan kotoran yg kalau nak diikutkan kena mandi nie....huhuhh..."ameer2, ko makan macam kat rumah ajer ko buat yea"detik ayah dalam hati... ( kenapa hati berdetik, otak berfikir agaknya)... Start dari situ, angin laut china selatan beserta jerebu-jerebu yg mengalutkan telah terkena kat si ameer nie.. apa yg tak kena pun tak tahulah....buat perangai masa orang tengah ramai nie... nak main payung laa.... sampai terkena orang lalu lalang... bila ambil payung tu mengamuk siap baring2 lagi... Uncle seeker...ehhh silap uncle suki ko siap ambik gambor2 ko ....ntah laa buat malu ajer...tu yg dalam diam ayah cubit kat kaki ameer tue... tensen plak kena pelempang ameer masa nak dukung dia tue... berdamur muka ayah jadinya... sabor2...

Sebabkan dah tak tahan tgk perangai ameer tue...ayah dan mama pun nak beransur pulang kerana perjalanan kami masih jauh.... lepas jumpa pengantin yg sedang nak makan tue...ameer ternampak pulak play ground kat rumah tue.. dengan selamba nak turun main kat situ... dah laa orang ramai masa tue... ayah nak balik dahh, tapi ameer siap buat aksi baring2 atas rumput dengan di saksikan orang ramai dan juga staff catering yg tersenyum riang melihat keletah ameer nie... kuak lentang kuah dada..semua ada...ntah la ameer...malu macam ni ayah nak bawak ameer kat majlis lain nie...

Dengan kesugulan dan "kemaluan" yg tinggi gara-gara perangai molek ameer kat majlis tue tadi ..ayah dengan inesennya terus memandu pulang kereta ke batang kali untuk memendam rasa ini... harap2 baby dalam perut mama tak ikut perangai abang dia yang semakin manja dan mengada2 nie...

Gambar takde lagii..tak sempat nak ambik sekeping pun pasal dah jadi penjaga setia ameer dari mula sampai habis...harap ehsan nanti dari member2 yang ada ke sana... Apapun selamat pengantin baru buat Wan Izham dan Maskina, dan semoga berbahagia ke akhir hayat...

p/s:Ini adalah coretan dari ayah yang penat melayan kerenah anaknya di majlis perkahwinan ittew....huhuhuhu

Nyaris-nyaris je tadi

15 Jun 2009 (Isnin) - Hari ni macam malang sikit laa...Hehehe, tak tau la kenapa hari nie..Dah la lewat nak hantar mama ke opis dia kat bangsar..baru nak masuk LDP kat kelana jaya nie dah tercium buntut keta kelisa... hahaha.."dah ko teragak2 bawak keta nak masuk lebuhraya tue..dah tau terus la masuk kiri, pastu slow2 la masuk... ni nak tunggu jln tu kosong tak dapat dek.... kan aku yg tercium keta ko... " keluh ayah dalam keta tadi...

nasib baik tak ada apa2... bagi bunyi bump skit ajerk...cuak dia..terus angkat tangan yea... takut ke..? bukan pembuli jlnraya nie.. terlanggar tak perasan yg ko brek kat simpang tue... mungkin tengok pakai uniform, tu yg dia cuak kot...


Rasanya xde ape2 hal..tadi lepas hantar turun tgk kereta xde apa2...cuma kesan hitam skit... tak jejas laa.. letak soft99 ok laa tue...

Moralnya, jangan dok lambat keluar kerja tue..ameer jangan buat perangai pagi2 pasal tu boleh menyebabkan ayah dan mama jadi lewat nak layan kerenah ameer nie...

Saturday, June 13, 2009

Pertanian adalah perniagaan

Pokok Cili Padi Kampung

Pokok Cili yang segar bugar


Pertanian adalah perniagaan..dengan slogan ini ayah menyahut cabaran mantan Tun Abdullah Ahmad Badawi utk bersama menghijaukan rumah kita...dulu mula2 ambik dari kampung..pokok cili ni memang dah besar dan siap berbuah..tetapi mungkin kerana kejutan cuaca dan budaya..ianya mati dan kering sehingga buah-buahnya gugur ke dalam pasu tue..dan sehinggakan ia tumbuh anak-anak benih baru pula...itu pun ameer dah banyak tolong cabutkan anak-anak benih tue...huhuhuhu

Dan sekarang, lihatlah hasilnya..sekarang dah naik dengan beberapa pokok lagi...dan memenuhkan 3 pasu ni...Dan semakin segar dan sihat... Rasa syok pulak tengok daun-daun dia lebar dan tak sabar untuk menunggu ia berbuah pula...

Mungkin nak cari baja buah untuk pokok cili nie...hari tu pernah nampak kat pasar ada baja untuk pokok cili nie...nanti kalau jumpa boleh la ayah beli dan letakkan kat pokok cili nie...

Kalau kita duduk kat kawasan perumahan yang ada tanah, tentu kita boleh buat lebih tersusun dan banyak lagi..Ni duduk kat rumah sekarang nie tak sesuai nak tanam banyak2..cukup sekadar nak menghijaukan rumah kita....

Teringat pulak kata-kata seorang penceramah motivasi, setiap rumah kalau boleh tanam satu pokok..tak kisah la pokok bunga atau sayuran...untuk menghijaukan rumah dan menjadikan suasana lebih tenang dan damai...kita akan jadi tenang dan mengurangkan stress semasa bekerja mahupun melayan kerenah anak...

Ameer dah sihat...

13 jun 2009 (Sabtu) - Hari nie ameer dah sihat dah macam biasa.. selsema pun dah ok,..cuma batuk tu aje sekali sekala,...rupanya cuaca kat luar sana teruk sangat dah sekarang..dah berjerebu di kawasan kelana jaya nie,...dah semacam aje... terus sekarang dah tak bukak tingkap, tak nak bagi udara kotor tu masuk... dah la rumah tingkat 13, dah tentu la angin2 tu masuk dengan jayanya.... doktor pun dah nasihatkan jangan bawak budak2 kat luar time sekarang nie...udara tak sihat..kita orang tua pun rasa tak sedap badan ajer...

Permandangan di sekitar kelana jaya yang teruk berjerebu dari rumah

Permandangan di Federal Highway sehingga cahaya matahari pun tak berapa jelas kerana kesan jerebu di lembah klang dan bangunan2 pun tidak jelas kelihatan..

Tapi hari ni ayah, mama dan ameer hendak pergi kenduri kahwin kat jalan klang lama..rumah wea izham dan kina...insyaAllah kami ke sana nanti...sebelum tue ameer akan ke shah alam sebentar berjumpa ayah zi utk ambil minyak selusuh utk mama bersalin nanti...Petang pulak kita balik kampung ayah kat batang kali,,,hahaha macam jalan jauh aje guna term balik kampung tue....

So aktiviti hari ni sudah dirancang dan bersedia utk bergerak ajerk....

Thursday, June 11, 2009

Bola VS Muktamar

Pemain-pemain simpanan selangor memanaskan badan sebelum separuh masa kedua bermula2..macam biasa main ayam2...

Perlawanan sedang berlangsung antara Selangor dan Harimau Muda

Suasana di dalam stadium Shah Alam..sekali sekala memandang bumbung stadium...

6 Jun 2009 (sabtu) - Stadium Shah Alam tempat persinggahan kali nie.. malam tu ada persahabatan bola sepak antara pasukan selangor dengan Harimau Muda... Bertolak dari rumah pun dah lewat..8.20 malam baru pergi, game start pukul 8 malam...... sampai2 aje kat area stadium shah alam, tgk bapak ramai orang.... baru teringat ada muktamar pas kat stadium melawati..so ada jual2 la kat perkarangan stadium tue... aku terus aje sampai, lepak kejap tepi warung2 tue dan masuk dalam tgk game....

Dengan blurrr semacam tgk game tue... ntah berapa dah score...tup-tup dah habis first half.... permainan macam biasa laa... cam hareeeemmm.....tau la friendly tapi main laa elok2 skit...2 nd half selangor terkena sbijik gol dari kesilapan pertahanan yg agak longgar masa nak clearkan bola...so jadi kelam kabut... habis game... rupa2 nya selangor menang 2-1 game tue.. cuma sempat tengok sebijik gol harimau muda aje malam tue...

Keluar dari stadium, aku di sapa oleh 2 orang pemuda dan seorang akak..dengan rendah diri dia bertanya kat aku...." Ceramah kat dalam dah habis ke???" ... Malu siut...aku dengan selamba dan muka confidennya berkata kat abang tue...."hehehe..dalam nie stadium bang...ada game bola tadi.. ceramah kat stadium melawati kat hujung sana tue...." Sambil menunjukkan ibu jari tangan ke arah stadium melawati dengan menundukkan badan sedikit tanda hormat dan malu....hehehe...terkena pulak aku... orang lain datang jauh2 nak dengar ceramah..aku pulak g tgk bola....hahha...disebabkan hidayah tue..aku berjalan2 kat perkarangan stadium dan sempat la beli cd ayat2 al-quran dan jeruk buah..aku round sekitar perkarangan sampai berhampiran stadium melawati tue...ramai orang...smuanya berkopiah putih dan memasing khusuk berborak antara satu sama lain...yg selebihnya dalam stadium tue kot...aku tak join laa, mana kenal pun...beli2 barang aje....

tapi apa yang menarik yang nak aku kongsikan... nampak sedap mata memandang melibat kaum muslimin dan muslimat yang hadir malam tue.. membawa anak2 mereka..kemas, cantik dan bertudung....suami isteri dan anak2 mereka bersama2 memeriahkan kawasan tue...rasa lain laa, kalau nak dibandingkan sbg contoh konsert jomheboh ke...apa ke... berserabut dengan org ramai yg tak tentu arah....tak tutup aurat...huu haa huu haa....pening... terutama remaja2 yg bukan muhrimnya berpeluk sana sini...tapi kat situ aku tgk,memang lain laa....mungkin hikmah abang tu tadi tegur aku, membuatkan aku singgah sekejap ke dalam aktiviti PAS nie... kalau tak tadi, memang aku terus balik rumah dah... walauapapun pada aku yg penting agama perlu dipegang dengan sempurna....tak kisah kita dipihak yang mana, tapi soal agama islam perlu dijaga dengan sebaik2nya....

Friendly futsal di HTO de Futsal di Subang Jaya

10 Jun 2009 (Rabu) - HTO de Futsal - Pukul 10 malam game friendly antara team ayah dan team caen...Player-palyer ayah ada dalam 6 orang dan import sorang suki utk memperkuatkan jentera serangan...dah lama rancang game nie tapi tertunda dek kerana ada halangan skit memandangkan banyak aktiviti lain yg perlu dipenuhi...

Team Kastam : Ashri, saifitry, Zainal, Syukri, kamsani, Rasha afzal, dasuki ( import )

Tapi semalam main dekat 2 jam..letih laa..penat diaorg main...team caen takpe la every week main bersama dan serasi bersama..team kami nie, setahun sekali baru main bersama2....campur2..
Semalam memang malang sungguh, sampai ajer kat tempat futsal tue...baru perasan stokin pulak tak bawak...aduyai..padahnya...melecet laa kaki kanan nie....Ni gara2 anak ayah la nie tak lepaskan pemergian ayah ke gelanggang futsal...duk layan dia langsung lupa nak ambil stokin dalam laci tue...lepas pujuk masuk bilik sambil bwak dvd player dan pasangkan cerita barney and friends baru la senyap skit.. dan senyap2 menyusup keluar sehinggakan terlupa langsung nak ambik stokin tue.....(padan muka...)

Untuk jumlah gol..ntah berapa belas gol dah disumbat....tp team caen lagi banyak laa sumbat...bukan apa, kitaorang dah penat main semalam...bajet2 main sejam aje...yea la setakat nak keluarkan peluh2 nie... rupa2 bersungguh2 pulak diaorg main...

Apapun ayah dah keluar awal....hehehe..lepas kaki dah melecet dan nak lari2 pun dah sakit...ayah keluar dan duduk kat luar...borak2...tanggal kasut, kaki dah pedih.... sebabkan kaki nak pakai lama dan penting untuk dalam sebulan nie...pasal nak travel jauh, baik tak payah main sungguh2 sangat, nanti injured ke...apa ke,... sapa nak bawak keta balik kelantan nanti...hahaha..baru haru -biru jadinya....

Ameer demam pulak

10 Jun 2009 (Rabu) - Lama tak update...... Ameer demam, dah 2 hari dah... Makan ubat yg ada dalam peti sejuk dlu...Awal pagi tadi, demam ameer semakin teruk... Panas sungguh kepala dia... Ayah terjaga bila ameer tiba2 bangun dari tidur sebelah mama dan baring sebelah ayah... Ayah terkejut panas sangat dah nie..patut la dia tak selesa.. ayah tutup suis air-cond takut ameer bertambah teruk nanti...

Ayah pergi cari kain tuala kecil dan basahkan untuk letakkan atas kepala ameer... cool fever ameer pun ntah kemana letaknya..mana nak cari kul 4 pagi nie....nampak macam ok dah mula nak tidur balik ameer tapi panasnya tak surut2 lagi.. so ayah pun ke dapur untuk ambil ubat yang masukkan kat punggung ameer....

Lepas 15 minit, suhu ameer terus turun tapi tuala basah masih kat kepala dia...baru la dia dapat tidur dengan nyenyak sikit...tidur tak selesa agaknya pasal macam kahaknya banyak...bernafas pun jadi berbunyi... ni kalau antar pantai , confirm kena sedut nie,,...

Petang tu lepas ayah balik kerja, ayah bawak mama dan ameer yusuf sekali ke klinik yg biasa datang..... mama ambil mc dan ameer ambik ubat... tapi mintak ubat demam dan antibiotik sahaja pasal ubat yang lain masih ada lagi.. membazir pulak kalu nak ambik lagi, nanti buang ke dlm tong sampah plak macam yg sebelum2 nie..doktor Nik Mizuana dah faham dah..kes ameer nie...tapi sebelum nak keluar dari bilik doktor tue, ameer sempat pau doktor tue biskut coklat atas meja dia...ni gara2 sebelum ni doktor tu pernah bagi kat dia biskut tue.. ameer nie jenis ingat, so dia dah stanby nak mengecek biskut tue....huhuhuhu malu ayah dan mama ajerk...

Malam tadi operasi memakan ubat...sedih tengok dia nak menghabiskan beberapa jenis ubat... antaranya ubat demam, antibiotik, ubat kahak dan ubat batuk. selsema tunggu dlu pasal masa tu dah berperang2 nak masukkan ubat dalam mulut dia...

So Ameer kena cepat2 elok yea.... nanti boleh main2 kat bawah...kalau tak sihat macam mana nak main.. mungkin cuaca sekarang yang agak panas dan berjerubu sikit dan kualiti udara yang tak elok menyebabkan mudah dijangkiti penyakit.. jgn kata budak2, orang tua pun rasa lain macam ajer badan nie..

Tuesday, June 2, 2009

Sepupu baru ameer yusuf dari Sabah

2hb Jun 2009 (Selasa) - Pagi tadi ayah dapat panggilan dari mama yang mengatakan bahawa ameer yusuf dapat sepupu baru dari Sabah...Kak Nie telah selamat melahirkan seorang baby boy yang seberat hampir 4kg di hospital Kota Belud, sabah... Akhirnya tercapai cita2 utk mendapat baby boy..alhamdulillah semuanya selamat...

Tok Mek ameeer yusuf pun dah berada kat sana...untuk bersama menyambut cucunya.. Raya tahun ameer dapat geng baru laa lagi...hehehe...Apa-apa perkembangan akan diupdatekan kemudian nanti,....

Banjir di rumah atok ameer yusuf (Batang Kali)

30hb Mei 2009 (sabtu) - pukul 4 pagi..hujan sangat lebat di batang kali..ayah dah kesejukan, ameer yusuf macam biasa laa mengendeng kat orang masa tidur..pastu bukan nak pakai selimut pun..kalu pakaikan pun tak sampai seminit, mesti dia tolak2 kain tue... ikut perangai ayah yang tak berapa suka pakai selimut kecuali dah sejuk2 sangat...Memang lebat betul pagi tue, ada la dalam 2 jam hujan lebat siap dengan kilat dan guruh di langit...lebat mungkin kat bahagian ulu sekali kot...terdetik pulak kat hati ayah, jangan la banjir pulak pagi nie...esok ada kerja2 penting nie..nnt berlumpur pulak...

Disebabkan hujan yang lebat tue, bertambah syok plak tidur...baru la ayah cari selimut nak sambung tidur...pagi bangun macam biasa... sedang duduk kat depan tue, atok ameer jerit dari bawah, "air dah naik laa"... bergegas kami melihat ke bawah...waaa, air dah naik sampai kat pokok rambutan tue laa...ke main deras lagi air naik tue...ermm...ameer pun sama bersorak, ingat dia mungkin ada benda best kott...lantak laa...

Ayah rileks dulu, sambil2 menjeling ke bawah..ermm cepatnya air nie naik, dah cecah laman rumah dan longkang keliling rumah pun dah penuh,,tak sampai berapa minit... nasib khemah untuk kenduri esok dah siap pasang kat bahagian kiri sikit pasal tanah kat situ tinggi sikit...aduyai, wan ameer dah susah hati, jangan la banjir teruk sangat, nanti leceh kalau dah berlumpur2 nanti... Agak2nya masin mulut ayah kot terdetik awal pagi tadi ..huhuhuhu....

Air naik melimpahi longkang dan masuk ke bawah rumah

Permandangan dari dapur ke bawah pokok rambutan

Permandangan dari halaman rumah

Air yang semakin naik masa nie

Kasut / selipar dan aneka barang yang berada di bawah tue dialihkan ke atas segera..Ameer pun kalut nak menolong sekali..apa yang ayah dia buat pasti dia nak buat jugak...dah tak kira yang dia tu kecik lagi tapi ada hati nak angkat tong ke sana sini...

Then ayah dan atok ameer tolong angkat baja satu guni....ada berat dalam 75kg gak, letak atas tangga..nanti terendam air, rosak pulak kang.... air memang laju naik...bawah rumah dah penuh dan terus melimpah ke atas simen..ruang halaman rumah yang bertar pun dan penuh air hampir separuh... kereta ayah dan atok ameer dah ayah alihkan ke penjuru rumah yang kawasannya lebih tinggi sikit...

Lepas semua dah settle kerja2 mengalih2 nie, ayah pun naik atas untuk sarapan pagi...makan nasi goreng wan ameer masak....sedang makan2 tue, atok ameer yang masih kat bawah tue cakap air dah bertahan dan mula surut...Ok laa, alhamdulillah, wan ameer la yang paling lega... so air banjir tak sampai satu tangga dah surut... lepas makan kerja2 membersihkan lumpur2 kat atas simen dan dalam longkang dijalankan segera..kalau lambat nanti dah mendap dan melekat, lagi susah nak bersihkan...sejam jugak nak settle bersihkan longkang dan atas simen keliling rumah tue....sambil pancut air sambil tolak dengan penyapu.. ameer dah menjerit2 kat atas rumah nak turun sama.... pastu macam dah nak siap, baru lepaskan ameer ke bawah.. tu la peluang ameer nak main air dengan ayah yea.. saja aje tunggu kat bahagian getah paip yang dah bocor dan memancut air tue... alang2 dah main air, ameer terus mandi laa..hehehhe...

Walaupn banjir sekejap aje tapi kesan lumpur memang jelas di atas rumput dan atas halaman nie...apapun tak la teruk sangat memandangkan pagi tue matahari pun terus memancarkan cahayanya dan diharap berterusan hingga keesok hari supaya ia cepat kering...

So hari tue ameer yusuf seronok dapat main air dengan ucu elah dan angah ikinnya....habis semua orang nak dipancutkan air tue...sampai marah bila orang dah nak tutup air paip tue... ingat ameer, "jangan membazirkan air, guna secara berhemah..."hik hik hik

Monday, June 1, 2009

Shopping raya

Disebabkan awal bulan 7 ni ayah nak kena pergi kursus selama 2 bulan so kena la beli baju raya utk ameer yusuf dan juga adik ameer nnt... so memang dah plan awal nak beli baju ameer kat sales poney kat south city plaza..Tapi hampeih betul la, tak banyak pilihan utk budak2 macam ameer nie...suma utk budak2 besar ajerk...memang menyesal la ke sana dengan jemnya, parking pun susah gak..(nasib ade keta keluar masa tue, bleh cilok terus)..Dapat la beli baju 2-3 helai dan seluar...besar lagi tapi simpan dlu laa...so dah keluar bajet rm50++.


Kasut adidas utk ameer utk raya tahun ni

Sebabkan tak puas hati kami terus ke midvalley untuk pergi ke metrojaya utk cari kat poney jugak..ada jugak salesnya dan baru2 lagi..kat sini ameer yusuf beli sehelai seluar dan baju sekali...pastu gaun warna hijau untuk baby...alang2 dah kat sana, terus beli kasut raya sekali..pusing2 ayah berkenan dengan kasut adidas nie...tapi takde saiz dah...so nak jimat sikit beli yg ada potongan 30% tue.. so jadi la rm90++...mama ameer pun carikan sandle utk ameer tapi sayang xde saiz utk ameer...yang berkenan aje mesti dah habis...so dengan apa yang ada tue , terus ke kaunter bayaran..fuhhh kena rm250++... aduiii, lebih bajet nie...xpelah sekali sekala berhabis utk ameer yusuf dan baby sekali..

dah siap membeli belah kat metrojaya, on the nak turun tue mama ajak singgah kat butik crocs pulak...huhuhuhu...tetap nak cari sandle untuk ameer nie...so sambar la crocs scooby doo rm129...pastu sempat sambar utk ayah sekali Navy_Islander sekali...hahaha....


Scooby-Doo™ ©Hanna-Barbera kids cayman

Navy_IslanderATHENS_MW-CHCOC-KHAKI_ANGLE

Siap2 smua, terus balik rumah kelana jaya...Malam nanti nak trus balik batang kali lagi..balik dalam keletihan...ameer macam biasa ada buah tangan untuknya....permainan thomas n friends..huhuhu pedih2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...