Tuesday, June 23, 2009

Mama dah start sakit-sakit la

23 Jun 2009 (Selasa) - Mama telah mula sakit-sakit pinggan..ehhh silap....sakit pinggang dan bahagian bawah...Dari 2-3 malam dah terasa tapi tak la kerap sangat macam awal pagi tadi... Masa dalam kereta tadi pun dah mula tak senang duduk dalam kereta tadi..kejap ke tepi..ke jap ke tengah.. nasib baik la tak duduk atas ayah je tadi...hahaha...

Ayah risau jugak laa, memandangkan sakit katanya macam rasa nak bersalin dulu dah..tapi tanda2 awal masih takde lagi,.. Persoalan telah timbul..jeng jeng jeng....tooothhhhh...(rentak seram).....

"Adakah baby akan bersalin di lembah klang dan akan bernombor plat selangor?" atau tetap bertahan untuk balik ke kelantan pada awal pagi khamis nanti? jeng jeng jeng...persoalan yang bermain2 sepak takraw di dalam kepala ayah nie... dengan kebuntuan yang ada, dan ditambah dengan kekusutan persediaan untuk pergi kursus asas lagi menyebabkan ayah berasa runsing dan terbelengu bersendirian..(apa aku merepek nie)

Sekarang ni ayah berada di opis kelana jaya..hanya 15 minit dari sini ke bangsar sekiranya jalan tidak sesak..tapi mengambil masa hmpir 30-45 minit kalau sesak / sesak teruk... dan mengambil masa 3 jam kalau aku berlari-lari anak sambil memimpin ameer yusuf...ni dah kes parah la nie,....

So dengan mode standby..ayah senantiasa memegang kunci kereta dan telefon sentiasa berada di tengkok untuk memastikan deringan pertama ayah dah angkat... kalau boleh, masa mama nak ada niat nak call tue..ayah dah angkat dah telepon... perghh mantop2... ;p kesana kemari kumari dan seumpamanya ayah senantiasa bersedia...sekiranya berlaku apa2 yang berkemungkinan...

Dan ayah pun dah membuat kajian..dari bangsar untuk terus ke DEMC Shah Alam mengambil masa dalam 30 minit kalau jalan lancar dan mengambil masa 45 minit- 1 jam kalau sesak sekitar pj hilton tue.. tapi alternatif lain ada.. dengan kelajuan purata 110km/j ( hanya utk emergency sahaja) - selalunya ayah bawak 80 km/j aje kat federal nie.. cewaaahhh.... dan tiada gangguan/noise dari bas2, lori2 mahupun kereta2 yg sengal badak yg duduk lane laju tapi bawak cam siput vavi tue...insyaAllah, sasaran utama akan tercapai..namun sekiranya ada spesis yg tak sedar diri dan tak sedar ruang nie... memang boleh menyebabkan perjalanan akan tergendala sebentar..

Apapun tengahari kang nak bawak turun beg keperluan sebagai standby dalam kereta..beg dah lama dah isi tapi letak dalam bilik belakang..itu bukan standby namanya.. "apa la ayah nie..."itu la kata ameer kalau dia dah boleh bercakap... ( huhuhu..bile la ameer nak bercakap nie...)

Dengan pengalaman semasa kelahiran ameer yusuf dlu insyaAllah harap dapat membantu kelahiran baby ni nanti... kalau lahir awal sikit, tentu best pasal ayah boleh luang masa lebih lama sikit dengan baby nnt.. nanti dah berjauhan rasa rindu pulak....



2 comments:

- eiNa - said...

wahaha.. best nye nk dpt baby lagi... mesti gelabag kan sbb tunggu masa je.. nanti, bila dah selamat bersalin, jgn lupa tepek gambar eh.. x sabar neh.. wish everything fine... :)

hah said...

hehe..macam2 ayie ni citerllehah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...