Sunday, September 13, 2015

30 Soalan Treasure Hunt ( Mencari Harta Karun )


Salam kepada semua pembaca,

Jika sebelum ini entri berkaitan Tips Treasure Hunt Part I telah menceritakan berkaitan tips dan cara-cara permainan cari harta karun ini. So untuk entri kali ini, saya luangkan masa untuk berkongsi pengalaman menyertai satu pertandingan Treasure Hunt yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA WPKL)yang bermula dari Kelana Jaya dan berakhir di Melaka.

Pengalaman sangat berharga dimana kami yang dianggotai seramai 4 orang untuk setiap pasukan telah berjaya menghabiskan misi menjawab dan juga mencari destinasi seperti mana yang diarahkan di dalam kertas soalan. Ia sangat mencabar bagi kami memandangkan kami berempat tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pertandingan Treasure hunt ini dan tidak berapa mahir tentang selok belok jalan. 

Berikut adalah 30 soalan yang perlu kami selesaikan dan saya berkongsi soalan dan jawapan untuk setiap permasalahan. Soalan-soalan yang ditunjukkan adalah tidak termasuk arah pandu ke setiap destinasi. So pecah kepala juga nak selesaikan setiap soalan dan ada beberapa soalan yang boleh diagak jawapannya.

Mungkin ini akan memberi idea dan gambaran kepada you all untuk memahami konsep dan cara nak memecahkan kod soalan. Ia bergantung kepada kreativiti setiap peserta. Apa yang penting semangat berpasukan boleh membantu menyelesaikan masalah.

Semoga ia bermanfaat yea. Sila la share. 

Terima kasih

Sharing is caring

ayiesempoi

------------------------------------------------------------------

30 soalan Treasure Hunt

Soalan 1: Petua Treasure Hunt bermula dikawasan ini. Carilah satu             keajaiban bila memasak disini. Berikan kami nama penuhnya           untuk markah nanti.

Jawapan: Ajaib = Magic

Restoran The Magic Wok

Soalan 2: Soalan seterusnya untuk cuba disini. Kena mencuci untuk             mencari petuanya nanti. 
          Satu raja yang bersih akan menanti.

Jawapan : Mencuci – Cleaning
          Raja - King

Kedai Dobi : Dobi King

Soalan 3Kalau baca bersama, berbunyi seperti mereka akan bayar               untuk kerja lebih masa secara singkat disini.

Jawapan: Bayar = PAY

         Kerja Lebih Masa = Overtime (Singkatan OT )

PAYOT

Soalan 4: Jaga-jaga, mereka mungkin ada satu plan untuk mengotorkan           diri. Dah empat tahun mereka berniaga disini.

Jawapan: Kotor – dirty
         4 tahun ( dari tahun 2010)
         Plan
Dirty Nelly's

Soalan 5: Masa untuk soalan anagram sudah tiba. Cuba cari sejenis             sayur sejuk yang dirombak bersama peha disini,
          Tapi nama penuh sahaja kami menanti.

Jawapan: Sayur sejuk – Timun
         Peha – lap(Dirombak) pla + timun


Kafe & Bistro PLATINUM

Soalan 6Mungkin anda perlukan seabad untuk masuk disini.

Jawapan: Seabad = seratus tahun


Restoran Lorong Seratus Tahun


Soalan 7Bila pecah dan atur balik petuanya nanti, mungkin jumpa             satu binatang tertinggi masuk bersama disini.

Jawapan: Binatang tertinggi = GIRAFFE
         Masuk = IN
         GIFFARINE

GIFFARINE


Soalan 8 : Mungkin kena pecah dan baca petua yang bersambung disini.
           Bila atur balik berbunyi rasa basah dipagi hari.

Jawapan: Rasa basah – ( kena hujan) – rain
         Dipagi hari – (Singkatan) am


Marian

Soalan 9Mungkin dapat kuasa bila anda dapat cari orang kuat dari            A Team yang bersembunyi ditengah benua ini.

Jawapan: Orang kuat A team = Mr T
         Benua ini = Asia
         Kuasa = Bateri

GP Penjual dan Pengedar Bateri




Soalan 10: Dalam dua bahasa namanya kini diberi,
           Secara Percuma ia Ada disini,
           Tapi Awas jawapannya kena dirombak bila dicari.

Jawapan: Percuma = Free ( FAREEDA )

         Ada     = ( FAREEDA )

Butik FAREEDA

Soalan 11: Mungkin boleh rasmi Masa yang Sedap dikedai ini.
           Mungkin petuanya dirombak disini,
           Tapi jawapan penuh dan dimana ia dijumpai, mesti                    diberitahu nanti.

Jawapan: MASA (Rombak) = ASAM
         SEDAP (Rombak) = PEDAS


Kedai Asampedas Bangi

Soalan 12: Berbunyi seperti salah satu “Transformer” yang berlainan            sesat disini.

Jawapan: Transformer = MEGATRON
         Berlainan – UNIK (Unique)


MEGAHTRON UNIK Sdn Bhd


Soalan 13Mugkin satu masakan menarik akan dihidangkan oleh kembar            popular ditempat ini.

Jawapan: Kembar popular – Upin & Ipin


Kedai Makan Upin dan Ipin

Soalan 14: Mungkin ada ruang yang kena dirombak untuk jawapannya                disini.

Jawapan: Ruang = Gap

PGA

Soalan 15: Kalau masih ingat, sejenis haiwan makmal menjadui                    terkenal dipanggung wayang dulu.

Jawapan: Haiwan maklmal terkenal = G-Force


Hint: G-Force

GFOZ Gadgets factory Outlet Zone

Soalan 16: Mungkin anda boleh cari perak dan batu berguling bersama            disini.

Jawapan: Perak & Batu = Silver & Stone


Silverstone Pusat Servis Tayar


Soalan 17: Bila dirombak dan atur balik mungkin berbunyi seperti                saya nampak banyak kosong disini.

Jawapan: ICEROOM

         I = Saya
         C=Nampak
         More=Banyak
         O= Kosong

ICE ROOM

Soalan 18: Mungkin rasa licin bila mencari pelakon sampingan bersama            disini.

Jawapan: Pelakon sasmpingan = co-star
         Licin – minyak (pelincir)


Costar ( Minyak Pelincir Costar)


Soalan 19: Puas berjalan letih berlari,
           Kalau sakit perlulah berhenti,
           Apa yang dipakai perlu dirawati,
           Cari seorang pakar yang terdapat disini.

Jawapan: Rawatan = Klinik
         Apa yang dipakai = Kasut


Klinik Kasut

Soalan 20: Mungkin Lagenda kita bersembunyi dikedai ini,
Tapi jawapan penuh sahajalah kami menanti.

Jawapan: Local Legend = Tan Sri P.Ramlee


Restoran 3 Abdul

Soalan 21: Nasib anda mungkin bertukar baik dengan cepat bila                  mencari petua ini,
           Tapi yang terakhir kena dirombak nanti.

Jawapan: HUAT = TUAH
         SOON = cepat


Kedai Getah Soon Huat


Soalan 22: Mungkin kena lari dari belakang untuk berjumpa keldai                ini.

Jawapan: Lari – Run= (NUR)
         Keldai = ASS

NURASS Enterprise


Soalan 23: Kena raba hati untuk namanya disini.
           Perlu ke asana ke sini bila nak cari jawapan ini.

Jawapan: Raba hati = ABARATHI
         ABAR (Rombak) = Raba
         ATHI ( Rombak) = Hati


A.BARATHI Enterprise

Soalan 24: Kalau nak cari sesuatu dari masa yang laluy pada nama                ini.
           Atur balik sususnannya, jawapannya pasti jumpa disini.

Jawapan: Masa yang lalu = SILAM (mix) = MASLI


Masli Sdn Bhd


Soalan 25: Cuba tunjuk sesuatu tajam dilokasi ini.

Jawapan: Tunjuk = Point
         Tajam = Pin


Kedai Jam Pin Point Trading


Soalan 26 : Kalau nak berhubung, carilah mereka dari angkasa lepas.

Jawapan: Berhubung = Internet
         Angkasa Lepas ( UFO dari angkasa lepas)


UFO Internet Cafe


Soalan 27: Rombak dan atur balik untuk mencari Kartunis tempatan                yang dipanggila Roman disini.

Jawapan: TAMAN
         ALOR

Hint:    Kartunis tempatan = LAT
         A ROMAN ( Lat)


Taman Alor 


Soalan 28: Mungkin banyak juga pekerjaan disini dirombak.

Jawapan: Pekerjaan = Jobs

         Mixed up = OSJB


OSJB


Soalan 29: Cuba cari Makhluk Asing yang Berdosa bersembunyi dinama              ini. Mungkin kena pecah dan atur balik susunannya nanti.

Jawapan: Makhluk Asing = ET
         Dosa = SIN

         T I E N S


TIENS


Soalan 30: Seperti petua yang lalu, anda mungkin akan jumpa sesuatu            tajam bersama tikus yang dirombak pada papan tanda ini.

Jawapan: Sesuatu tajam = PIN
         Tikus= RAT ( dirombak ) = TAR


Kedai Buku PINTAR 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...