Pengisian masa hujung minggu sekarang terisi dengan aktiviti belajar berenang untuk Ameer Yusuf dan Sarah Amelyn. Bila sudah besar nie baru laa rasa confident sikit nak kasi lepas mereka belajar dalam kolam renang tuu.. Ye laaa ayah dan mama dia bukan pandai sanagat berenang... Kalau setakat nak survive diri sendiri boleh laaa....tu pun last sekali tenggelam...
Memandangkan Kolam Renang Kelana Jaya yang paling hampir dengan rumah kami, so ia adalah idea yang baik untuk mudah akses ke sana...5 minit dah sampai...tapi kalau nak berenang dari rumah..lambat laa nak sampai...
So kelas pertama diaorang 29 Ogos yang lalu...memang seronok laa diaorang belajar dengan cikgu Azman...seorang yang sabar dan tenang mengajar budak2... ye laaa.. sedangkan nak mengajar buku pun kekadang kita hilang sabar....inikan pulak mengajar budak2 berenang dalam kolam nie... selama ni datang main selam2 air je...tau laa budak2 ni kalau dah jumpa air...main2 tu yang lebih... so far hari pertama belajar basic untuk berenang seperti bernafas/hembus nafas dalam air, teknik kaki dan apungkan badan...
Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar boleh laa hadir ke sana... Antara tips2 untuk persediaan sebelum hadir ke sana:
1) Beli swimming suit untuk anak2 kita.
2) Beli google yang sesuai.
3) Kalau anak perempuan, beli laa penutup kepala supaya rambut kemas sikit.
4) Optional : Beli krim untuk kulit sebab biasalah terdedah dengan cuaca panas dan air klorin lagi.
Lain2 coach dah sediakan...
Yuran untuk kanak-kanak yang beginner RM230 untuk 8 sesi manakala dewasa RM300. Setiap sesi kelas belajar dalam 1 jam.. So jadual boleh bincang dengan coach pilihan. Banyak pilihan coach yang ada.
Nak masuk untuk premis kolam renang cuma RM1.50 untuk kanak-kanak pada sabtu dan ahad. Manakala hari bekerja RM1.00.
Sehingga minggu lepas telah 4 kali sesi.. Perkembangan mereka berdua nie memang boleh dibanggakan terutama Sarah yang lebih bertenaga berbanding Ameer... Sekurang-kurangnya janji nak bawa diaorang belajar telah ditunaikan... ada rezeki kita sambung lagi kelas sampai pandai...
No comments:
Post a Comment