Salam semua pembaca,
Motor SYM 200 atau aku panggil sebagai "siput gondang" nie aku beli September tahun 2014.. Hampir setahun berlalu, tapi meter mileage baru cecah 6000 km... banyak bertapa di tingkat 2 tu haaa...gilir-gilir guna dengan motor LC...rasa bosan itu pakai ini...macam tu laa lebih kurangnya...
Apapun motor nie memang sedap dan pick-up, cuma disebabkan body dia yang besar menyebabkan sering tumpas di kesesakan jalanraya memandangkan dalam keadaan tertentu susah nak cilok sana sini...tapi setakat highway atau pun jalan clear, memang sedap dan stabil. Paling best, barang-barang boleh simpan selamat bawah seat. segala macam harta karun, beg, baju hujan, helmet dan sebagainya boleh sumbat bawah tue...
Disebabkan dah mencecahkan 6000km, motor ni kena servis biasa termasuk servis CVT supaya lebih lancar perjalanan dia. So ini pengalaman pertama servis CVT dijalankan.
Servis dibuat di Chuan & Cycle Trading Sdn Bhd University Garden, Kelana Jaya. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa kerja-kerja servis dijalankan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Minyak 4T |
Siap sedia untuk dibedah |
Setelah belt dikeluarkan. Belt masih dalam keadaan baik |
Kerja pemasangan semula |
Bil servis motor |
Total semua servis hampir RM130... Fuhhh... boleh tahan...Service CVT pun dah naik, sebelum ini survey kedai yang sama dalam RM25. Kebetulan masa check, air filter pun dah agak kotor dan mengeras...so alang2 servis tu tukar laa sekali... Untuk tukar belt pula kedai nie charge RM115 sekali upah. So get ready bila dah cecah 12,000 KM nanti...
So harap member2 diluar sana boleh kongsi pengalaman tuan/puan dalam servis motor SYM200 nie...Mungkin mahal atau murah tidak dapat laa diceritakan sebab cuma tau kedai ini je yang terdekat dengan rumah. Selain itu motor memang beli dengan kedai ini dan Authorize Dealer motor SYM dan semestinya semua alat ganti adalah original.
Mungkin ada rider2 yang nak kongsi dan recommend kedai pun boleh tinggalkan komen dibawah. Bersama-sama kita berkongsi info. Sharing is caring...
Salam....
Info tambahan:
Brader pomen nie bagi tips:
-jalan pulas max masa mula2 nak jalan, tapi pulas dalam keadaan biasa supaya motor tak bergerak mengejut.. sebab boleh merosakkn motor... pickup memang pickup, tapi kalu dah meragam...jahanam...
-untuk letak kaki penumpang belakang, kalau nak buka, tekan dulu sebelum tekan punat atas tuu... sebab sekiranya kita asyik tekan direct macam tuu... nanti lama2 spring dia longgar dan pemijak tu takkan rapat... kalau nak tukar kena 1 set...so kalau nak tahan lama ikut nasihat2 nie.
-tukar minyak hitam dan minyak gear ikut tempoh masa... insyaAllah motor akan dalam keadaan baik.

No comments:
Post a Comment