Nasi Beringin Bangsar
Beratur pada waktu puncak |
Ini antara tempat favorite kitaorang makan tenghari jika berada disekitar Bangsar... Dan sangat-sangat disyorkan untuk try rasa nasi beringin nie... Tapi kalau nak datang ke sini kena pastikan datang awal kerana kalau waktu puncak, memang beratur panjang laa... Yang cantik time dalam pukul 12 tuu.. memang ramai yang datang tapau.. kadang2 kena tunggu ayam siap digoreng... Tapi owner memang cepat dan pantas membungkus dan menyediakan makanan... so xde laa kena tunggu lama sangat...biasanya sebelum pukul 3 dah habis...
Parking boleh di sekitar lot parking berhampiran NSTP, Floristika dan sekitarnya. Tapi selalunya penuh ( ikut nasib). Ataupun masuk ke dalam bangunan Mutiara Bangsar untuk parking ke Level 6... Tinggal no tel untuk memudahkan owner lain sebab kadang2 parking kena berlapis kat situ.
Nasi Beringin Bangsar |
Aroma Nasi Beringin ni memang sedap... Ada lauk ayam goreng, sambal sotong, kuah kari, kuah kurma, tauhu dan lain-lain... Menu biasa kitaorang ayam dan sotong. Boleh makan situ atau pun nak tapau... Kalau nak minum pula, boleh order kat kedai aney selang sebelah kedai Nasi Beringin... Dia punya air milo ais memang kaw-kaw...
So apa lagi.. boleh cuba kalau berkesempatan...
So dibawah ni adalah panduan untuk ke Nasi Beringin Bangsar:
Nasi Beringin Bangsar
Level 2, Stall No 20 (Food Court)
Menara Mutiara Bangsar
Jalan Liku
Off Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur
Opening Hours:
11 a.m. - 3 p.m.
Waze:
Menara Mutiara Bangsar
Landmark:
NSTP Bangsar, Floristika
Parking:
Visitor parking dalam bangunan Menara Mutiara Bangsar.(Level 6)
atau sekitar NSTP dan Floristika. Jangan lupa sediakan syiling untuk parking sebab penguatkuasa DBKL selalu buat operasi saman parking disitu. ( Jangan cakap abang tak bagitau yea ) hehehe... kat situ laa lubuk diaorang nak kejar KPI saman parking kalau nak tau laa... opppp....
No comments:
Post a Comment