Tuesday, September 8, 2015

Semak Cukai Taksiran dan Kemaskini Maklumat Surat Menyurat melalui Sistem Semakan Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS)


Kadang-kadang kita selalu terlepas pandang cukai-cukai tahunan yang perlu kita jelaskan memandangkan bil-bil ini akan dihantar ke rumah kita. Sebagai contoh Cukai Taksiran dari PBT. Sehingga kadang-kadang sehingga peringatan telah dihantar ke telefon kita. Masalah akan timbul jika bila kita beli rumah tetapi kita tidak duduk di rumah tersebut. Ditambah pula alamat surat menyurat pula tidak diupdate menyebabkan bil-bil yang dihantar tidak sampai kepada kita.

Walaubagaimanapun selain daripada kita kemaskini alamat surat-menyurat di Majlis Perbandaran yang berkenaan, sesetengah PBT juga menawarkan penghantaran bil cukai taksiran melalui email dan juga boleh disemak melalui website.

So hari ini nak share sikit perkongsian hendak semak Cukai Taksiran bagi kawasan jajahan Majlis Perbandaran Selayang melalui Portal Rasmi Majlis Perbandaran Selayang. Sebab ramai yang tidak ambil maklum tentang perkara ini. 


Atau layari portal rasmi MPS http://www.mps.gov.my/ dan pergi ke pautan e-perkhidmatan (e- Taksiran)

2) Isi maklumat seperti dipaparan dibawah. Masukkan no KP dan juga No Akaun Cukai Taksiran kita.

Landing Page Sistem Semakan Cukai Taksiran

3) Selepas itu, tekan butang kunci dan kita akan nampak maklumat lengkap premis kita dan jumlah cukai yang perlu dijelaskan.

Contoh paparan Cukai Taksiran
4) Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan perbankan internet. Hampir majoriti bank menawarkan kemudahan untuk memudahkan urusan ini. Kita boleh mencetak dan juga membuat salinan dalam bentuk PDF untuk simpanan dan rujukan kita pada masa akan datang.

5) Selain itu, kita boleh update/kemaskini maklumat seperti alamat surat menyurat dan no telefon melalui Sistem Semakan Cukai Taksiran ini. Ini memudahkan kita urusan kita dengan pihak MPS kerana maklumat ini akan dikemaskini dalam masa 14 hari masa bekerja.

Semoga perkongsian ini dapat membantu tuan dan puan untuk menyemak dan mengemaskinikan maklumat untuk kediaman kita. So tidak perlu bersusah payah ke pejabat PBT lagi untuk membuat urusan.

Terima kasih MPS atas kemudahan yang diberikan.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...