Wednesday, September 9, 2015

Ultras Malaya mengamuk di Stadium Shah Alam!!!




Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi dicemari dengan tindakan diluar kawalan oleh pihak Ultras Malaya yang cuba memberi mesej kepada pihak FAM di atas kekecewaan para peminat bola sepak tanahair yang kecewa dengan kemerosotan pasukan bolasepak Malaysia.

Walaupun pada awalnya geng Ultras Malaya ini tidak duduk dalam satu kumpulan seperti kebiasaan tetapi mereka duduk merata di dalam stadium. Sehinggalah pada penghujung babak pertama dalam minit ke 40 mereka mula bergerak untuk membentuk satu kumpulan yang besar sambil menyanyikan lagu yang menghentam FAM.

Berikut adalah antara visual amatur yang sempat dirakam semasa bergerakan ahli-ahli ultras Malaya yang bergerak beramai-ramai dari setiap pelusuk stadium untuk berkumpul dalam satu kumpulan di penjuru stadium.

Ini mungkin salah satu tanda sabotaj oleh pihak Ultras Malaya kepada pihak FAM dan pihak keselamatan juga tidak dapat membuat apa-apa memandangkan mereka bergerak dalam satu kumpulan yang agak besar.

Apapun kita tunggulah apa hukuman yang akan diterima oleh Malaysia dari pihak FIFA kerana kegagalan mengawal penonton sehingga berlakunya kejadian yang tidak diingini. 

Pihak pengurusan Stadium Shah Alam pasti mengalami kerugian memandangkan banyak kerusi yang mengalami kerosakan di atas tindakan liar ini.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...