Tuesday, September 14, 2010

Kerja di waktu mood raya

Waduh...orang lain sedang sedap bercuti sakan berhari raya..aku kena kerja pulak start 13 september sampai 15 september..huhuhuhu..mama dah awal2 lagi dah declare cuti 11 hari...thanks kepada tm bg cuti ketemo banyaknya kali nie...

Masuk hari isnin, opis lengang pasal orang tak dapat masuk..hehehe..dah aku yang pegang kunci..ikut suka hati aku la masuk ikut waktu kerja aku la 8.30 pagi..nak menunggu 5.30 petang bagaikan waktu yang panjang sangat...dah naik tepu duk opis menunggu...aku tgk pc..pc tgk aku balik..mujur la ramai jugak budak2 vendor nie yg dah masuk kerja macam aku nie...hahaha..tak la rasa macam terkejam sangat sangat...

Tapi yang pasti memang buhsannn yang amat sangat..tambahan pulak hari ni mama, ameer dan sarah dah balik ke kota bharu awal pagi tadi..so tinggal la aku keseorangan kat rumah...dah la sekarang ni musim hantu raya...bukak tv citer hantu dari petang sampai malam...apa kejadahnya citer hantu nie..baru lepas dibelengu ke apa nie...

Apapun kerja-kerja hakiki tetap dijalankan..mujurlah semuanya dalam keadaan ok dan terkawal..cuma tetiba pulak batang paip utama ke toilet perempuan ni pecah dan melimpah pulak..menambahkan kerja sampingan aku la hari nie..tapi nak buat macamne para-para technican semuanya cuti, so harap bersabar la yea tanpa air utk minggu nie...sehingga puak2 ni datang bekerja...aku tak tutup main coil dia..so pandai2 la guna toilet luar...

tengahari ni tak tau nak makan apa lagi...nak masak apa eik...rajin ke nak masak nie...erm....tengok la nanti, apa yang pasti nak settlekan kain2 kat rumah dulu...mana nak basuh, mana nak sidai dan mana nak lipat...at least nnt mama balik KB tengok rumah cantik dan berseri2.. baru kena dengan motto "anda ceria kami gembira"..hahaha..jangan sampai tukar motto baru pulak "i'm very particular tau"..mampuihhh...hahhaa

Oklah, buat semua pekerja-pekerja yang berdedikasi macam aku hari nie,... selamat bertugas yea walau dimana jua anda berada...cau cin cau bandung satuuuuu....

Sarah Melaram Baju Pra-Raya

Sarah dengan pra-raya untuk try baju yang wan dia buat untuk raya tahun nie..wow..merahnya mak ngah..nampak garangnya anak yayah nie...tapi suka benar pakai baju sampai tak nak bukak pulak...pastu siap dengan sikat nak berdandan lagi..dah la nak sikat sendiri..bedak sendiri...macam mak datin sungguh..

nak sikat rambut ke??nak jadi microphone tue..

tengok a'aah linlin sikat rambut, ok tak??

Kalu dah pakai baju baru, kehulu kehilir la nak posing depan orang ramai..

Main bunga api sebelum raya

Rumah dah siap pasang pelita keliling rumah...cantik diwarnai dengan cahaya pelita yang menyinari kegelapan malam..dan kemuncaknya ameer bermain "selamat hari raya"nya...a.k.a sebagai bermain bunga api..uuuiii dari siang lagi dia dah nak main tapi puas dipujuk untuk main masa malam...punya la tak sabar sampai lepas berbuka dah kalut ajak semua orang turun main bunga api...

Pandai nak bakar sendiri dan termasuk la cik sarah amelyn sekali yang turut sama nak bermain sama...yang ni yayah terpaksa pantau la pasal die pegang bunga api pun tak betul..ada ke pegang kat tengah2...

Sampai terteleng ameer nak bakar bunga apinya itu...apa yg pasti dia akan bakar start tengah, memang cepat habis laa..


Gaya ameer bila bunga apinya sudah terbakar...nak berposing jugak..

Sarah yang nak bakar bunga api..

Suka sangat la tue...

Projek Sarah yang meng"welding" jalan rumah atoknya...

Hari Raya 2010 1 - 10 September 2010

1 Syawal 1431H memang saat yang dinanti-nantikan terutama anak-anak kecil..Sarah dan ameer pun apa kurangnya..dah tak sabar nak pakai baju melayu dan baju kurungnya..tahun ni rezeki ameer ada 3 pasang baju melayu..set kuning, merah dan pink kaler...mana satu nak pakai pun tak tahu laa..yayah belikan satu je warna kuning tapi wan ameer beli lagi 2 pasang tue...raya sakan la jawabnya..sarah pun apa kurangnya...wan buatkan baju kurung dia dekat 4 pasang nie..baru pakai 2 pasang...baju jalan-jalan pun ada lagi tak habis pakai..huhuhu...tapi sayang gaun sarah muat2 ajer sedangkan wan dah belikan saiz utk 2 tahun... tgk mama belikan baju sarah untuk saiz budak 4 tahun tue...besaunya anak yayah nie...

Seperti sediamaklum tahun ni giliran rumah yayah untuk beraya..so pagi raya disambut dengan meriah dan bersolat sunat aidilfitri di masjid As-Sajidin Batang Kali bersama ameer yusuf.. walaupun pada pagi tersebut hujan lebat pada waktu subuh dan selepas itu renyai2 seketika. Syukur menjelang pukul 8 hujan sudah berhenti...dapatla ke masjid dengan selesa...

Ameer bersolat sebelah yayah dan anak ayah semakin besar..dan mudah dikendalikan..tak macam masa dia umur setahun dlu, risau yayah nak bawak ke masjid..

Pulang dari masjid sesi bermaaf-maafan dan bergambar dijalankan dengan suasana gembira...sarah awal-awal lagi baju dah basah terkena air,,,belum sempat nak bergambar baju dah basah dulu..hehehe..pada sebelah pagi, rumah dikunjungi oleh segerombolan sepupu dan mak sedara dari KKB..penuh laman rumah dengan 5-6 buah kenderaan...meriah dengan gelak tawa dan gurau senda..

Selepas solat jumaat, baru pulang ke Banting untuk melawat Atok mak kat sana...ameer dan sarah dapat la berjumpa dengan Moyangnya lagi...perjalanan yang lancar dan tak banyak kenderaan ke arah sana...cuma bila sampai sana, yang tak syoknya ada gangguan bekalan air pulak menyebabkan kegunaan air dicatu dan berjimat cermat..ameer dan sarah memang jenis suka mandi kalau diaorg tak selesa, ermmmm...bedal ajerlah mandi jugak sikit2...

Berada di kampung, cuma sempat beraya di rumah ucu amin, mak anjang dan rumah pak long...yang lain2 tak sempat kerana kesuntukan masa untuk keluar beraya..On the way balik singgah rumah mak long tapi tiada kat rumah lalu singgah ke rumah pakcik zainal..abang kepada abah..seronok juga dapat berjumpa sanak-saudara belah klang nie...terima kasih dengan layanan istimewa atas kunjungan mengejut ini...hehehe

Disebabkan cuti yayah hanya 3 hari, setakat itu je la perjalanan berhari raya kami...isnin dah masuk kerja...apapun buat semua pembaca, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap secara sengaja atau tidak dari hujung rambut hingga hujung kaki.. semoga kita semua akan dirahmati olehNya..aminnn...

Bergambar kenangan di pagi raya


Gambar famili di Hari Raya 2010


Ellah, Abah, Emak dan Ekin


Ameer dan sarah disamping mama tersayang


Ameer yang kemas dipagi raya

Monday, September 13, 2010

Takbir Raya 2010

Akhirnya termeterailah tarikh hari raya 2010 bersamaan 1 syawal 1431h pada hari jumaat 10 september 2010...macam biasa tradisi di malam raya dimasjid as-sajidin batang kali, program takbir raya rumah ke rumah akan dijalankan selepas solat isyak secara berjemaah di masjid..telah dibahagi2kan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut zon-zon tertentu bagi memudah dan mempercepatkan program ini dijalankan.

ini kerana semasa diawal-awal semasa program ini dijalankan sehingga rumah yang terakhir sekali dilawati sehingga pukul 2-3 pagi...perghhh memang mengantuk dan meletihkan...dan yang paling penting, perut sampai dah tepu tak boleh nak isi...

Tahun ini ameer yusuf ikut yayah pergi takbir raya nie..kemain seronok dia nak ikut..masa solat jemaah isyak kat masjid pun ok ajerk..duduk sama solat, takde geng dia nak main, so elok molek la dianya...tapi cepat betul dia berkawan dengan budak-budak nie,,macam tau-tau ajerk masuk saf kanak-kanak tanpa yayah suruh lagi..

Disebabkan ameer ikut, dapat jugak la ameer duit raya setelah menjelajah hampir lebih kurang 14 rumah..habis dalam pukul 12.15 malam..ok la tuu, tak la lewat sangat..tapi yang pasti ameer dah merengek nak balik masa 2 rumah yang last tue..kesian pulak tapi sayang la nak balik dulu..biar la bertahan..macam2 ameer makan, semua rumah dia nak try makan walaupun tak habis..

Apapun tahun nie yayah memang seronok pasal dapat sertai program ini dengan jayanya sehingga habis..so berjumpa la 2 tahun lagi kerana tahun hadapan giliran beraya di Kelantan pula...

Tuesday, September 7, 2010

Raya Khamis atau Jumaat?

Raya dah semakin dekat..membilang hari ajer menunggu saat dan ketikanya...Orang yang paling ditunggu2 iaitu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah individu yang paling menjadi tumpuan pada hari rabu malam khamis ini....

Dan heboh ada khabar angin mengatakan kita akan beraya pada hari khamis...macam dah confirm ajer JAKIM dah decide raya khamis,cuma nak umum lewat...susah la nak kata tapi ia sangat menyusahkan pasal nak bersiap-siap untuk memasak...kaum2 ibu terutama emak dirumah mesti teragak-agak nak masak rendang dan ketupat dan juga sewaktu dengannya..

Tapi kalau raya hari khamis, sangat dialu-alukan pasal aku tak payah datang kerja sorang2 kat opis...senang aku kunci terus opis nie..hehehe...

Tahun ni cuti raya tak dapat pun...lepas cuti umum hari malaysia baru dapat bercuti...9hb kena kerja lagi dan masuk kerja hari isnin 13hb sampai 15 hb, pastu baru la dapat cuti...huhuhu..mama jugak yang best pasal dapat 11 hari bermula 9 sept sampai 19 sept...tapi tiada maknanya...kalau encik hubbynya kena keleje..hehehe

Ameer yusuf dah tak sabar nak balik kampung wan...nak main "selamat hari raya" katanya....ala sebenarnya nak main bunga api tue..dia panggilnya selamat hari raya...huuii bab main bunga api serah kat dia..siang-siang pun nak main..tapi mujur la boleh dipujuk main malam2...no mercun2...bunga api asap sahaja dibenarkan..itu pun dibawah pengawasan orang dewasa..

Kawasan rumah di kampung dah dipasang dengan pelita..wow...cantiknya...nanti nak ambil gambar..teringat suasana damai dikampung, takde hiruk pikuk sangat macam kat bandar...walaupun bukan total kampung, pasal dah mula sibuk sebagai laluan utama dan alternatif ke kl/ipoh..tapi sekurang2nya meriah la jugak...semangat kunjung mengunjung dari rumah ke rumah pada malam raya sambil bertakbir raya memang menjadi budaya kat kampung tue...tu yg kekadang habis pukul 2-3 pagi..sampai yang kat rumah terakhir tu, confirm dah tak makan...

Dan teringat masa zaman2 bujang dlu, akan follow abah pergi takbir ni..pastu akan set rumah mana yang jamu makanan yang best..baru makan, yang tak best tu kitaorg duk dalam takbir sahaja, pastu cepat2 selawat...group kitaorg yg paling top pasai geng2 otai yg loyar buruk semua ada, dah tentu meriah sakan dengan gelak ketawa...ada saja ceritanya terutama abah yang suka sangat jadi penglipurlara...

Dan tahun ni juga dapat beraya bersama atok yang berada di Banting, Selangor...Tahun ni mesti balik punya...w/pun tak dapat lama...dah lama tak melawat atok kt sana..ameer dan sarah pun dah lama tak jumpa moyangnya...

Itulah kisah raya dan raya..semua orang dalam mood raya sampai dah takde semangat nak buat kerja...aku pun dah movekan jadual2 meeting lepas raya dan settlekan tugas2 buat MoM sebelum nak bercuti, sekurang2nya takdela terencat aku nak menikmati ketupat kalau memikirkan soal kerja..hehehe..yang lain tu kita bincang lepas raya...

Buat teman-teman, kawan-kawan, sahabat-sahabat, yang mengenali diri ini, dikesempatan ini diucapkan "Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin" dari ashri, fiza, ameer dan sarah amelyn..

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Oooo ramadhan

Dalam diam tak diam, dah masuk hari ke-15 hari ini kita semua berpuasa, dah separuh perjalanan bulan mulia ini kita lalui...dalam keadaan panas dari awal pagi sehinggalah ke lewat petang, panas cahaya matahari memang sememamng cerah...dugaan dikala tekak haus meronta meminta air...huhhh...dugaan,...

Anak yayah, ameer pun puasa..puasa yang yok...kalau ditanya "ameer puasa tak?"..pasti jawapannya "puasa.".pastu...ehhh.. "tak puasa laaa pasal ameer nak makan"...dan kalau makan mesti nak pelawa yayah makan, tapi bila nak bagi...baru dia teringat yg yayah puasa..."yayah tak leh makan la, yayah puasa..ameer bleh makan..ameer makankan utk yayah yea"...perghhh berbulu je dengar....hahahha

Sejak akhir2 ni mama rajin masak kat rumah, sampai gas habis la semalam...nasib baik mamak rahim tu hantar cepat tong gas baru, kalu tak memang berbuka dengan buah kurma yusuf taiyob je laa..hehehe...semalam tom yam, sedap..tapi perut ni memang ada skit problem la bila masuk tom yam...mula la rasa macam-macam perut nie,,..

hari ini tak tau la menu apa pulak...dah lama tak ke pasar ramadhan...hehehe ;p meriah memang meriah sampai tak tahu nak beli apa...tengok sana nak beli sini, tengok sini nak beli sana...rambang mata, last sekali jalan dari hujung sini sampai hujung sana dan patah balik tak tau nak beli apa...yang untung gerai yg hujung sekali pasal dah malas nak patah balik...apapun ameer la peneman yayah yang setia ke pasar ramadhan..upahnya adalah air...mesti kena beli air...kalau tak sepanjang jalan tu kang, merengek nak air..bukan nak minum pun tapi nak pegang ajer...

Sarah pulak tlg mama kat rumah..hahaha..selamat bertolong menolong yea mama... mama kemas sini, sarah "kemas" sana..tu yang kekadang berperang tue,..belum sempat mama ambik dia dah kebas dulu...anak dara yayah ni rajin betul...tak cukup baju yang baru angkat dari jemuran yang dalam bakul dia punggah, yang dah siap lipat dalam almari baju pun dia bawak turun sekali.. memang menguji kesabaran mama la jawabnya...

Kesimpulan memang letih bila duk rumah dalam bulan puasa nie..kalu kat opis tu sedap jer sejuk air-cond sampai tak sedar kat luar panas berdenting...

Moral: Dibulan puasa ni Allah turun pelbagai dugaan dan kepayahan kepada kita untuk menguji kita sejauh mana kita taat dan patuh kepada perintahNya..Bersabarlah wahai orang yang berpuasa, sesungguhnya Allah sudah menjanjikan sesuatu buat mereka yang taat dan patuh kepada perintahnya.

Sedih melihat beberapa anak muda kita yang makan dikhalayak ramai semasa di Midvalley tempohari.tiada rasa malu langsung, malu kepada orang ramai yang lalang dan yang paling penting malu kepada Allah...entah laa, semoga anak-anak kita semua dilindungi dan dipelihara dan anasir yang tidak sihat ini.. Jadikanlah mereka ini khalifah yang taat kepada perintahMu Ya Allah...

Kejadian yang tidak dapat yayah dan mama lupakan..

Setiap manusia ada tanggungjawab masing-masing..tak kira muda atau tua, masing-masing kena jalankan tanggungjawabnya, barulah semuanya akan moving forward...perasaan tanggungjawab itu hadir dari lahirkan perasaan sayangkan sesuatu..kalau kita, kita sayangkan kerja kita dan kita akan bertanggungjawab ke atas apa yang kita buat...kita akan pertahankan sebaik mungkin..kalau kita tak sayang kerja yang diamanahkan, dimana tanggungjawab kita untuk menjalankannya..

Dari situ yayah belajar sesuatu dari ameer yusuf..walaupun dia baru berumur 3 tahun tapi ada sesuatu yang yayah nak kongsi bersama anda semua...iaitu tanggungjawab abang kepada adiknya...walaupun di dalam usianya yang masih kecil dan tidak tahu apa itu tanggungjawab tapi dia telah melakukannya dengan terbaik pada mata yayah...walau ianya kecil tapi pada yayah ia memberikan suatu sumbangan yang bermakna untuk yayah dan mama..

Mereka berdua memang tidak boleh dipisahkan. Dimana ada ameer, disitu ada sarah, begitu juga sebaliknya..bagai belangkas bak kata bidalan dulu2..kalau sorang hilang, pasti ada bertanya..si adik akan mencari-cari abangnya..ke hulur ke hilir dengan mulut bok bek bok bek...kalau dah jumpa tu, senyum kemain panjang....

Hendak dijadikan cerita kejadian ini berlaku di rumah tok mek ameer di kelantan..masa tu yayah dan mama berehat di bahagian depan rumah di tepi tingkap...masa tu ameer dan sarah sedang melayan cerita kartun kat ceria@astro... tiba-tiba terbang seekor mentadak yang sederhana saiznya dan hinggap pada hujung kerusi di ruang tamu.. yayah pun memanggil ameer yusuf untuk tujuan mengenalkan binatang tue kepadanya..ye laa, asyik kenal ayam, cicak, kambing, burung dan yang biasa2 jumpa..so binatang ni jarang dapat jumpa...so ameer pun excited la nak kenal binatang nie...dan mencuit dengan jarinya...dah memang resmi mentadak ni akan bergoyang-goyang seolah hendak menggigit walaupun sebenarnya hanya nak bergerak ajer...

So ameer pun terkejut, mungkin sangkaannya nak gigit tangan dia...lepas tu dia hanya memerhatkan sahaja mentadak tu bergerak sambil tergoyang-goyang yang membuatkan ameer lebih berhati-hati..sedang leka layan binatang tu, sarah pun datang dari belakang, masa tu sarah masih tak perasan mentadak tue..so yayah pun tunjukkan la kat sarah...

Dan Sarah dengan selamba nak pegang mentadak tu dengan tangan kanannya dan dengan pantas jugak ameer tepis tangan sarah sambil menjerit..."jangaaannnnnn....araahhhhh..jangaaannnnn"...sarah tidak melayan abangnya dan masih nak memegang jugak dan menyebabkan ameer bertambah marah dan menjerit sehinggakan muka merah padam kerana tidak mahu adiknya memegang mentadak itu kerana takut kena gigit...sarah hulur tangan kanan, ameer paut kemas dan sarah hulur pulak tangan kiri , ameer tepis lagi dengan tangan yang lagi satu...sarah tolak badannya ke arah mentadak, ameer tahan dengan badan dia sambil kaki menahan ke arah kerusi yang hampir dengan mentadak itu..

Sambil merah padam dan menangis ameer cakap..."jangaaannnnn, araahhhh...jangaaannnnnn"lagi kuat abang dia jerit, lagi kuat sarah nak ke arah mentadak...drama ini berlaku hampir 2 minit lebih sambil yayah dan mama hanya memerhatikan sahaja gelagat 2 beradik ini....dan sehinggakan mentadak itu terbang semula ke luar tingkap barulah ameer lepaskan sarah...selepas tu ameer pandang sarah macam tak berkelip mata seolah-olah macam memberitahu jangan buat macam tue... sayang juga ameer kat sarahnya itu walaupun setiap masa mesti nak bergaduhkan sesuatu.. dalam konteks ni ameer telah menjalankan tanggungjawab sebagai abang untuk melindungi adiknya..walaupun kekadang dia sendiri pun tak pandai sepenuhnya untuk berdikari..

Apapun yayah dan mama bangga melihat reaksi ameer "menyelamatkan" sarah dari "digigit" mentadak itu...kesungguhan dia mempertahankan badan adiknya dari menghampiri mentadak tu adalah antara babak yang paling emosi yang pernah yayah tengok...bagaimana seorang anak kecil yang memerah keringat menyelamatkan adiknya...alangkah bagusnya yayah sempat rakamkan detik-detik itu, untuk yayah tunjukkan kat adik nanti bila dah besar kelak...supaya nanti dia tahu betapa suasah payahnya abang menyelematkan adiknya yang besar ini....apapun semua ini yayah dan mama akan simpan sebagai antara kenangan yang indah..

Moral : Setiap usaha dan apa jua yang dilakukan oleh anak kita, berilah mereka sedikit kata-kata pujian supaya menjadi motivasi untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan..tapi kalau apa yang dilakukan adalah salah, pandai-pandailah menegurkan dari awal kerana melentur buluh itu biarlah dari rebungnya!

Monday, August 23, 2010

Shopping raya

22 Ogos 2010 - Hari minggu yang mendamaikan..setelah cancel untuk balik Batang Kali pada minggu nie, so beralih arah untuk membeli baju-baju buat 2 orang permata hati yayah: ameer dan sarah...So planning antara Midvalley atau OneUtama..so last sekali pilih midvalley pasal dah tau mana nak pergi lokasi baju2 pilihan...OneUtama ni tak biasa sangat, nanti buang masa tercari sana sini...

Pagi rileks rumah dlu,dalam pukul 11.30 baru gerak ke KL..ameer dan sarah kena siap2kan dulu..nanti susah pulak takut ada yang tertinggal... check list:
  • susu siap bancuh...
  • susu tambahan..
  • stroller nazaria ( pasal apa pangggil stroller nazaria, pasal dia besar pastu bleh muat 2 org terus)..termasuk bawak barang2 yg dibeli sekali.
  • pampers tambahan.
  • kipas mudah alih.
  • kain tuala kecil.
  • biskut tigers ( emergency kalau budak2 lapar )
  • baju spare
Sampai sana parking kat The garden..port biasalaa...malas nak berebut-berebut kat dalam parking Midvalley tue..tambahan plak nak bawak "nazaria" tue..

Berbelanja kena berhemah, so bajet rm150 sahaja utk anak2...so mula-mula sekali tengok sandle kat clark..cantik pulak untuk sarah..rm68 jer..sekali ameer pun nak sekali...so mula2 yayah suh tengok yg ade kaler kelip2 tue..sekali harga dia mak aii rm148..sandle je bukan kasut pun...so ambil sama mcm sarah la..kaler biru..kaler yg ameer pilih sendiri...

So part baju ni yang pening skit, penat memilih mana yng sesuai mana yang reasonable skit...baru nak ukur, dah lari sana sini...penat sungguh...sarah pulak pun sama, saja campak botol suruh orang ambikkan...macam-macam la..

Lepas shopping baju anak-anak, giliran baju yayah dan mama pulak...mana yang berkenan tu kira sambar je la..pejam mata, bayar....sekali sekala setahun sekali..

Sedar tak sedar dah pukul 3.30 petang, so balik la segera kat rumah..sebelum tue singgah beli bubur mcD untuk budak2..konpem diaorang lapar..

Sampai rumah, memang letih..sarah dan ameer pun keletihan..tapi dalam keletihan tu masih sempat lagi berpossing dengan baju-baju baru mereka...sarah yang paling suka kalau dipuji, siap jalan ke hulu ke hilir nak tayang baju..abang ameer pun sama jugak, bawak ke mana sahaja sandle barunya itu...sampai tertidur pun tangan masih pegang paper beg kasut tue...

Moralnya: Kalau shopping bersama budak-budak nie kita kena berhati-hati..salah sorang ke jaga-jaga anak nie pasal mereka ni terlalu cepat 'hilang' di dalam kesesakan orang ramai tue..dan kalau mereka panik, mereka akan lari tak tentu hala dan kita susah nak mencarinya..Untuk itu yayah yang kena jaga tanggungjawab tue..tapi kalau rasa susah dan tak larat nak jaga, baik letak kat rumah pengasuh atau tinggalkan kat rumah mak..baru la aman skit nak shopping...

Saturday, August 21, 2010

Bila nak shopping raya?

Macam orang lain juga, masa ni pun keluarga kami pun sibuk jugak bershopping raya..alhamdulillah dapat sikit dana tambahan, bolehlah ayah dan mama sama-sama membeli belah serba sedikit untuk persediaan hari raya. Antara perancangan untuk raya kali nie:

  • Duit raya untuk tayar kereta..memandang cik vi punya tayar depan sudah mula agak botak pulak..so mungkin 2 tayar depan kena tukar dulu...walaumacammanapun keselamatan perlu diutamakan juga...kang layan 120-140, tayar tak cukup bunga nanti, merbahaya...
  • Duit raya untuk motor kecepai..yang ini memang banyak bajet sikit..nak tukar tayar depan belakang dan juga termasuk baterinya sekali...waduh2 tadi check tayar depan dan juga bateri motor tu digunakan sejak masa beli dlu lagi...pergghhhh..biar betul...beli tahun 2002 sampai sekarang tue....tu yang sampai mekanik cakap, "aiyaaa kawan, lu punya tayar manyak lama loo...tawun 2001 punya laa.. ini tayaaa aaa talak kula lagi loorr..." so dengan kuasa veto, memang WAJIB tukar...
  • Duit raya untuk external hardisk - ni kira hajat ayah la nak beli sendiri...setelah hardisk jabatan dah kong dan akan dipulangkan..so payah la nak backup movie2 citer korea mama...hehehhe..nanto boleh download sampai lebam...
  • Duit raya untuk baju anak-anak..yang ni confirm kena beli laa...macam tahun2 lepas..nak beli apa eik?ameer nak beli baju t-shirt comel2,hensem2...ala-ala ben10...hahaha...untuk cik nur sarah amelyn pulak, baju gugurl yg nmpak ayu sikit...tapi kena cari saiz besar sikit laa..nnt tak muat..untuk baju kurung, dah siap 3 pasang untuk raya ni,...baju melayu ameer pun dah siap..sama kaler dengan yayah...kaler kuning..
  • Duit raya untuk mama- baju raya tak sempat nak tempah..3 pasang ambil lepas raya..kesian mama baju tak siap, tu laa sapa suruh lewat hantar..mana ada orang nak lagi...tapi dah beli sepasang kaler sama ngan yayah -beli yang dah siap..
  • Duit raya untuk langsir-tahun ni tukar langsir tapi harap maklum..3 panel sahaja yang kat depan tu..hahahhaa..kaler merah meroon...yang sliding door tak beli lagi...hikhikhik...yg rambu2 tu macam yayah nak beli tapi sekali tgk harga rm200...ermmmm baik beli yg sliding door terus...
Masalahnya , bila la nak beli belahnya nie?

Moral: Berbelanjalah dengan berkhemah....Opppp silap..berhemah..kalau berkhemah kena pergi ulu yam...ok selamat berbelanja sakan dan selamat beramal...

Operasi 3S di rumah.

Demam 5S di pejabat telah menular sampai ke rumah...cuma guna 3 dari 5 tu..sisih, susun dan sapu ajer..yang lagi dua iaitu seragam dan sentiasa amal tu...lain kali la diamalkan..hehehe..

Tugas Ayah:
  • Sidai kain yang telah dibasuh semasa sahur tadi... ( bisa di atur )
  • Kemas stor rumah dan mengasingkan barang-barang yang tidak perlu lagi ke dalam plastik sampah untuk dibuang.
  • Menyusun semula kotak-kotak yang berada di dalam stor yang telah tunggang langgang itu, gara-gara hari itu mencari barang, pastu habis puas selongkar sana sini.
  • FB....(wakakkaka...lariiiikkkkkkkkk)
Tugas Mama:
  • Sapu sampah dan vakum habuk-habuk yang memang dah berabuk. Nak pijak lantai pun dah tak best...huhuhuhu
  • Mengemas almari baju budak-budak pasal nak bercampur aduk antara baju dan seluar yang disebabkan kekadang bebudak ni ambil sendiri baju mereka.
  • Pantau budak-budak sambil marah-marah...(wakakaka....)

Tugas Ameer Yusuf:
  • Tolong kemas mainan dia di dalam bekas mainan yang dah berlori-lori..tapi semuanya dah hancur berkecai sana sini...pastu puas suruh orang cari balik..
  • Lepas masukkan dalam bekas tu, dia tonggengkan balik dan semuanya bersepah semula di bilik belakang...
  • Menyanyikan lagu burung kakak tuanya sambil ada bau busuk di kawasan persekitarannya..( berak la pulak )->menambah kerja ayah nie..huhuhuhu
  • Bermain bola sepak diruang tamu...

Tugas Sarah Amelyn:
  • Tolong ikut punggung mama sana sini...tak boleh dipisahkan...
  • Menangis kalau kena tinggal..dah macam alarm kereta ajer..tinggal nangis..duduk diam, ok je dia...
  • Suka kacau permainan abang dia...pastu bawak lari ke depan..pastu kena kejar dan akhirnya kena rampas balik...dan muktamadnya dia menangis..dan akan repeat semula tugasan ini sampai rumah huru hara...( adoi pening2)

Akhirnya semua telah bekerjasama untuk menjayakan misi 3S ini dirumah, walaupun ada lagi yang tak sempat nak disettlekan..penatnya dibulan puasa nie,..

Moralnya: Kalau ada kelapangan setiap hari ambil masa 5-10 minit untuk mengemas rumah..kalau dah pakej macam nie sekali harung, perghhhh memang letih laa... selamat berkemas dan selamat beramal.. :)

Berbuka puasa

18 Ogos 2010 - Hari ini ayah dan mama planning nak berbuka diluar.. Selalunya memang makan kat rumah -tu pun hasil membeli belah di pasar ramadhan kelana jaya.. nak masak pun sekadar nasi dan lauk-lauknya pula cari dipasar ramadhan...kalau terasa nak makan ikan bakar, macam-macam ada dijual diluar sana.

So nak jadikan ianya spesel sikit, konon-kononya nak berbuka la di Jom Priok, Giant Kelana Jaya.. Setelah menyiapkan ameer dan sarah,dalam pukull 6.30 petang pun gerak la ke sana.. 1st time nak pergi tempat tue...so tengok pakej berbuka dia rm34++ untuk dewasa..untuk ameer dan sarah free..budak 6 tahun ke atas baru kena caj..

Disebabkan dah lama tak makan makanan laut ni, mama dengan penuh seleranya memakannya...dengan ketamnya, kepah, lala, lili, lulu dan segala jenis yg boleh dimakan yang dihidangkan kat kaunter tue...ayah layan fish ball dan seangkatannya..sambil tu makan juga makanan laut yg mama ambil...

Kira ok la tempat tu pasal tak sibuk sangat dan yang penting surau paling dekat..so takde la nak terkejar sana sini...

Ameer pulak, berebut nak letak dan ambik lauk dalam bekas tue...semua nak try tapi semuanya tak habis...harap pinggan lengkung lengkang ajer...Sarah pulak yang paling popular..pasal jatuhkan pinggan dekat 5-6 kali termasuk gelas plastik...mujur la kedai tu tak pakai pinggan kaca, kalau tak puas plak nak mengganti..sampai tokey kedai pun cakap, "takpe2, memang dah biasa dengan budak2 nie...tu yang tak pakai pinggan kaca"..malu betul la budak-budak nie..

Habis ajer makan dalam pukul 9 malam, kami bergerak nak ke dalam giant pulak..tapi mama tetiba sakit perut..memang pakej kali ni betul2 aktive5 laa...terus merengat...so kami terus balik laa..samapi rumah pulak, ayah pulak yang sakit perut...aduyai passing botton pulak...sama-sama sakit la malam tue...

Esoknya dua-dua pergi klinik dan ambil injection untuk control rasa memulas sakit perut nie..memandangkan masih meneruskan puasa, so lepas berbuka baru dapat makan ubat..tapi memang seksa laa...so doktor kata, perut kita ni kosong, pastu kita pulak bagi makanan laut yang macam2 jenis, so kadang-kadang perut jadi terkejut laa..kena pulak kuah tom yam dia lagi..so menjadi-jadi laa...

Kami tak salah kedai tu tapi perut ni je yang tak tahan dalam musim puasa nie..kalau bukan bulan puasa ok kot...hahaha...

Moralnya kalau nak berbuka tu, pilih la makanan yang sesuai untuk perut kita yang sedang kosong itu, kalau tak takut dia terkejut..tu yang merengat nanti...So berhati-hati memilih juadah berbuka tau.. selamat berbuka puasa dan selamat beramal.. :)

Wednesday, August 18, 2010

Kisah berpuasa di bulan ramadhan

Salam semua,

Telah lama tak update blog nie dan ada yang bertanya...hehehe bukan apa hilang semangat nak updatekan cerita2 terbaru, bukan takde cerita dan memang banyak yang hendak diceritakan...tapi apakan daya kesuntukan masa mengekang hobi berblogging nie..

Tibalah bulan Ramadhan dan menjengah hari ke-8 hari..cepatnya masa berlalu... teringat mula-mula puasa dlu, setiap saat dan detik bagaikan satu jangkamasa yang terlalu panjang lamanya...hendak menghabiskan masa sehari pun amat terasa...terkenang zaman kanak-kanak kita semua berpuasa, macam-macam ragam dan kerenah semasa melalui saat berpuasa nie... ada saja helah untuk ponteng puasa...mujur emak dan abah banyak bagi nasihat dan kata-kata semangat untuk meneruskan puasa...dari darjah 1 dah mula puasa penuh...ganjarannya sehari seringgit...hehehe...ye laa budak-budak dapat seringgit ni dah besar dah..so salam masa pagi raya pasti ditunggu2..

Bercerita pasal puasa nie, teringat masa kecil2 time petang tu memang mencabar, sudah la sekolah kebangsaan disebelah pagi, habis sekolah balik rumah dan rehat lebih kurang setengah jam sebelum ke sekolah rendah agama pula hingga 5.30 petang...aduhai..rasa letih bangat terutama bulan puasa..selalunya balik aje rumah, aku akan tidur bawah katil... bukan atas katil...pasal apa? pasal kat bawah katil tu sejuk skit, jauh dari cahaya matahari... ada kipas pun belum dapat menghilangkan rasa letih dan dahaga...tu yang kekadang puas emak cari aku untuk berbuka pasal dah "hilang" bawah katil.. tabiat betul laa..

Tu belum kira kain basah yang sentiasa membasahi dahi dan kepala...kadang2 sampai lencun baju seluar kena air sekali,...bila dah kering, masuk balik bilik air basah balik...kalau boleh rasa nak minum ajer air dalam kolah tue..tapi emak selalu pesan, "walaupun emak tak nampak, tapi Allah nampak" tu yang aku takut tue...

Itu puasa zaman dolu2 katakan, akan sekarang pun nak tidur bawah katil lagi.. petik suis aircond tidur je laa...hahaha...

Moralnya, kita kenalah didik anak-anak kita berpuasa sejak kecil lagi apa erti puasa sebenarnya..dan secara tak langsung kita dah memberi input untuk memberikan penerangan tentang tanggungjawab kita sebagai orang islam.. tak dapat sehari, kita mulakan dengan separuh hari..lama2 menjadi kebiasaan dan akan boleh berpuasa penuh setiap tahun..kepada ibu2 yang bercuti puasa, harap jangan la makan depan anak2 di bulan puasa pasal anak2 pun jadi konpius pulak...

Oleh itu, selamat berpuasa buat keluarga, sahabat handai dan juga semua pengunjung blog ini dan semoga semua amal ibadah kita dibulan ramadhan ini akan diberkatiNya.

Tuesday, June 22, 2010

Ameer Mengenali Perdana Menteri dan Mantan-Mantan Perdana Menteri Malaysia di PWTC

Ayah dan Ameer disebalik bendera UMNO... UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia....toing ..toing.....

Ameer memaut mamanya untuk bergambar

Mama bersama idolanya Tun Dr. Mahathir


Seterusnya mari kita mengenali mantan-mantan Perdana Menteri Malaysia dan pengasas UMNO.

Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Perdana Menteri Pertama ( Bapa Kemerdekaan )
Y.T.M Tunku Abdul rahman Putra Alhaj
1657-1970

Perdana Menteri ke-2 ( Bapa Pembangunan )
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
1970-1976

Perdana Menteri ke-3 ( Bapa Perpaduan )
Tun Hussein bin Dato' Onn
1976-1981

Perdana Menteri ke-4 ( Bapa Pemodenan )
Tun Dr. Mahathir Mohamad
1981-2003

Perdana Menteri ke-5 ( Bapa Pembangunan Modal Insan )*
Tun Abdullah Ahmad Badawi
2003-2009

Perdana Menteri ke-6 ( Bapa Transformasi )
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
2009 hingga kini.


*Sumber: Wikipedia
(Mengenali Perdana Menteri dan Mantan-Mantan Perdana Menteri Malaysia)

Monday, June 21, 2010

Konvokesyen OUM di PWTC

19 dan 20 Jun 2010 - Kami sekeluarga pergi ke konvokesyen OUM yang berlangsung di PWTC..memang ramai sangat orang sehinggakan nak parking kereta pun jauh..dah terpaksa ayah dropkan mama, sarah dan tok mek kat luar pwtc, manakala ayah dan ameer yg sedang todur lena mencari parking...setelah jenuh berpusing2, akhirnya ayah parking kat hentian putra dengan bayaran rm3 sekali masuk...nak parking dlm pwtc , penuh daahh...

Orang lain sibuk berkonvo, ayah dan ameer sakan bergambar kat dalam tue...memang memenatkan kerana ramai orang dan terpaksa menjaga anak2 yg tidak berapa selesa..mungkin rimas agaknya...alhamdulillah, ameer tidur masa peringkat awal dan bangun tanpa ragam..pastu giliran adiknya pulak tidur...so sama2 dapat kongsi stroller tue..takde la berebut...

sempat singgah ekso barangan buatan malaysia kat level 4 tue...melawat gerai member ayah ( chaq dan yana ) yg sibuk menjalankan bisnesnya itu...ramai orang so cepat2 keluar dari situ...buat pening kepala ajer...


Selesai konvo, kami pun beredar dan balik semula ke kelana jaya..dan masing2 keletihan kerana menunggu diluar sana...tapi sarah dan ameer leka bermain bersama sepupunya sehingga malam...malam tu yayah miss lagi nak tgk world cup...hahahha....

Thursday, June 17, 2010

Pengalaman dikejar dengan parang

Sambung lagi dengan cerita semasa zaman diploma nie..zaman yang penuh dengan suka dan duka...bila di kenangkan, ia buatkan aku ketawa..macam2 kerenah dan lawak jenaka...masing2 ade peranan memasing..

teringat aku masa tue, kejadian yang hampir2 merosakkan program kami beramai2... bermula dari kolej jati, kami merancanh utk keluar bersama beramai2..semua budak2 lelaki...masa tu lepas final exam , soo sesaja laa nak lepas tensen nie... rancang2 nak lepak2 kat kl laa nie...jadi kami keluar laa dari kolej jati dlm kul sepuluh...ermmm..sape eik yg pergi... ade gak 4-5 bijik motor..masa tue aku pakai RXZ..dan caeen pakai EX5 yang baru beli...din pun ade...hazrin pun ade, bonceng dengan aku.... mlm tue jugak tak salah aku besdey si din...31 oct... kejadian pertama masa tu kat federal...area susur suabang jaya..din tetiba ajerk sambil naik motor..berdiri dan melaungkan harijadi dia..nasib baik mamat motor dari belakang tak langgar...siut ajerk..sempat nak buat tatoo kat federal tue...tapi masa tu kami gelak2 lagie...

aku pun ronda2 laa..puas ke sana sini...tetiba fakir plak ajak g bukit tunku...ermmm ntah jalan aper ntah..tak salah aku kat area tugu negara tue... kami pun masuk laa beramai2 lalu dijalan yang gelap dan sunyi..mana ade orang lalu situ 3-4 pagi... sampai kat satu selekoh, keluar 2 orang lelaki menaiki motosikal samabil pemboncengnya menghalakan parang di helmet kami seolah2 nak tetak kami...aku yg belakang sekali masa tue..terus kami berhenti...yang 2 bijik lagi dah lepas masuk dalam tue..pastu 2 mamat tue dipercayai india, terus kejar member2 aku yang lain..apa2 lagie, atas sikap setia kawan yg tinggi...aaummmm..aku follow dari belakang nie..mengejar dan memberi bantuan jika perlu....dah lepas beberapa lenggok layan lap, lutut masih menggeletar ketakutan nie... nasib baik tindakkan bijak yang kat depan tue, patah balik kat satu lap yang luas skit... so mamat india tu terllajak ke depan dah.. apa lagi yang lain termasuk aku pun u-turn balik laa.. cain depan aku masa tue... budak2 lain semua dah rempit cepat2... tgl aku aku kat belakang sambil hazrin kat belakang aku nie... sambil rempit aku jeling side-mirror, aku dah nampak kilauan cahaya lampu motor dari geng2 diaoragn kejar dari belakang... macam racing laa, segala lap kat situ kitaorang sapu habis....kalau laa ade keta dari depan, alamatnya kitaorang sapu jugak kot...hehehe...

giler laa mas tue.. cuak giler...tak pernah rasa takut macam tue..ye laa kami tak bersenjata sedangkan mamat india tue dengan parang panjang yang berkilat2...siap ade kesan macam darah ajek..macam baru gaduh kongsi gelap ajerk... jantung macma nak gugur nie..aku kesian kat cain, dah laa motor baru..masih dara lagie..takut dia tertinggal nnt...tapi alhamdulillah semuanya selamat...

lepas jumpa jalan besar, kami pun terus rempit ke tasik titiwangsa dan terus lepak kat sana..masa tu dalam kul 5 pagie...sunyi dan sepi ajerk masa tue..kami ajer kat situ..sorang pun tak berbunyi...masing2 senyap seribu bahasa...takut masih menyelebungi kami msa tue..takut takut takut..setelah keadaan terkawal dan reda..mula laa kami bersuara dan bercerita semula detik2 yg amat menakutkan tadi..tetiba terdengar deruman enjin motosikal dari arah belakang kami..apa lagie, dengan berdebar kami menoleh ke belakang....tetibaa.....

emmm..rupe2nya apek cina datang nak berjogging pagi2 buta nie...fuuhhhh..cuak kejap..kami pun mula berjalan2 sekitar tasik titiwangsa nie..tenangkan fikiran...masa nie lawak pulak di hazrin..dia nak lemas plak kat padang tepi titiwangsa nie..apa yang dilemaskan pun kami tak tau...jadi bahan lawak pulak....setelah puas gelak sakan2, tapi perlu diingatkan, lutut kami masih terketar2 lagie nie... jam menunjukkan hampir pukul 6, kami pun nak beransur semula ke kolej jati...

masa on e way balik kat federal, si din sekali lagi membuat skill merempit yang tk terjangkau fikiran, masa kat roundabout kt shah alam...masa tu kami sama merempit...masa di susur tue.. aku slowkan motor tue..tapi aku tgk din memecut dari belakang.....preeennnngggg.....masa tu jugak aku dah nakpak sebijik motor dari arah bulatan tengah layan lap jujak..laju plak tue.... aku dah takde suara nak jerit....kalau din terus jugak ambik lap bulatan, memang ngam2 laa kena ngan mamat tue... tapi syukur..din pun cepat perasan....din ngn mamat tue sama2 elak terus menghala ke seksyen 17...takpasal2 kena pusing satu bulatan lagi kat seksyen 17 plak...bukan tak tau shah alam penuh dengan bulatan nie...

macam biasa laa kul 6, pak guard dah bukak pintu pagar...aku pun terus balik bilik,mandi2 dan solat semua...syukur semuanya selamat..

betul kata orang, jangan suka sangat nanti ade benda sedih pulak...tapi kami bersyukur, semuanya selamat..dan semuanya berjaya dalam cabaran seterusnya.Apa yang pastu malam tersebut penuh dengan suka duka yang akan terpahat di dalam hati antara kami.. ia mengajar erti semangat setia kawan...tolong menolong dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.. walaupun perangai kami macam nie,tapi nilai2 dan erti persahabatan tetap bersemadi dihati kami..

kepada korang sume, aku rindukan zaman dolu2 ler....


Ditulis pada:

Wednesday, January 31, 2007
Dipetik dari @yie blog ( Blog asal aku...)

Kenangan di Zaman Diploma Dis1998 hingga April 2002

Pengajian di ITM (sekarang Uitm) kemasukkan Disember 1998. fuhhh...nyaris tercicir aku dari terus menyambung belajar...Sebelumnya aku mendapat tawaran dari UM tetapi kena buat matrik Asasi Sains Fizikal di salah sebuah kolej swasta di lembah klang... emm..masa tue mana ade duit..nak kene sediakan RM5k.. giler aper..PTPTN pun xdok lagie...so aku pun tolak dan terus tukar ke uitm...masa tu guna UPU, so kena g kementerian pendidikan...mintak la tukar..tp hasilnya kecewa..

tapi aku tak mudah mengalah.. aku terus sendiri pergi ke ITM Shah Alam. Jumpa Dekan FTMSk ( Masa tue Azizi Ngah Tasir )..Ayat punya ayat..., dapat la masuk tapi kemasukkan disember... aku tak kisah, janji aku dapat blaja...

disember 1998, aku melangkah ke ITM shah alam egan penuh puas...yes yes..ke menara gading jugak aku akhirnya..meninggalkan kawan2 sepermainan yang membawa diri memasing.. ermmm..course science computer (CS!0)..sekarang code dia CS110...alaa lebih satu 1 jerk...aku dok kat kolej delima.. kami adalah generasi terkahir yang dapat duduk kat sana... 5 blok lelaki.. aku dok Delima 8 sebelah dengan ROTU punye blok..

orintasi seminggu..tapi takde rasa tekanan pun..macam biasa ajerk..kalau takat kene denda skit2..pasal lambat tue biase laa... bro PM pun sporting ajerk.. aku dok dlm 3 orang sebilik..sama ngan budak enjin...

lepas seminggu, kami diberikan pula bilik sebenar..emmm..blok delima 7..maka aku kena tuakr roommate lagik..kalai ni ngan budak johor dan sarawak... Mohd Fais , budak johor, sama course ngan aku gak..motor RG dier..no plat JDK####..masih aku ingat lagik..saorang lagi..Ramzi Bujang dari sarawak, ambik diploma statistik...emmm..ape nak komen eik..hehehe..dier nie ratu..lembut dan lemah gemalai...tapi bilik kami jadi bersih dan kemas kerana dia rajin mengemas dan sentiasa bau wangi dengan koleksi minyak wangi dier.. walaupun kadang2 dier bawak geng2 sejenis dengan dier.., tapi dier amat prihatin, tolong jaga "keterunaan" kami berdua...dia marah kawan2 dier akalu diaorang nak kacau kami...

walau aku ngan fais sama kursus tapi kami tidak sekelas..kawan sama sekolah aku si alin plak sama ngan si fais nie.. so aku xde kawan kenal lagi...walaupun memula tue macam nak tukar kelas...tapi akhir sekali aku rasa syok plak ngan kelas C tue...otak giler...majoriti budak johor, n9 dan KL/Selangor...

sejak itu aku mula rapat ngan klik baru... kamaruddin mahad ( Din Sentul ), Syahren Zamzuri ( Caen) dan Mohd Fakir ( Fakir )...pendek kata semua aktiviti mesti kami semua berempat akan sama2 join...port lepak kat foyer ataupun cafe...kalau tak cukup sorang, emmm...sunyi laa jadinya...

diaorang semua dok blok lain...antara blok 4 , 5 dan 6..tak berape perasan yg mana satu..yg aku ingat dewan makan ajerk.. syarikat lateh dan anak-anak jerk... ;p
kelas tak jauh dari kolej tempat tinggal...jalan kaki pun boleh..naik bas pun boleh... naik motor lagi boleh... nak sepppthh naik ngn member...hahaha...

masuk semester ke 2..aku dan cain dapat duduk kat kolej perindu...mendaftar jerk..aku dah cuak dan tak selesa pasal kolej perindu ni macam asrama...dok dlm 16-20 orang...sesak laa... barang2 pun xde privacy...leceh... dalam masa yang sama aku join komander kesatria...kononnya senang nak dapat kolej tahun berikutnya...sekali arahan baru, semua budak komander kena pindah kolej jadi blok F..aku pun pindah laa ke luar kat seksyen 2 tue...sebilik dengan Najamuddin...sama gak course dengan aku mamat nie...

kolej jati nie macam rumah pulak..lagi bagus..aku dapat dok dalam bilik ..aku ilih yang belakanh..junior..dok ruang tamu...hahaha..yg lagi otai kene dok bilik single..dier adalah Mustapa Akmal...emmm...budak masscom...kami macam keluarga di dlm rumah tue..muss macam abg kami laa..ketua rumah..uruskan urusan rumahtngga kami nie...ambil berat semuanyalah...walaupun begitu jiwanya sensitif..bunga2 gitu...hahaha..jgn marah mus...

Najamuddin pulak anak emak..baik ajerk depan emak tapi belakang mak, aku ajer laa yg tahu.....kulit bersih mcam kulit baby....xde bulu....( ehhhh....kantoi terberitahu hal rumahtangga )...aku tade masalah dok ngan dier nie..cume aku penat laa kene kejutkan dier bangun pagi solat subuh mahupun ke kelas... kalau tak, alamatnya terbabas memanjang...

Masa nie caen still dok perindu..manakalan fakir dan din dok jati.. so betambah dekat la aku ngan din fakir...lebih2 lagi si din nie.. ade bilik sendiri kat blok B tapi dok tido kat bilik aku jugak...bilik dia cume tempat mandi dan pakai baju ajerk.. study, makan minum dan tido..semua kat bilik aku...tapi takpe tak de hal semua tue...mlm2 lepas makan malam ..die akan bawak buku2 atau assignment kat bilik aku, pastu die bantai bergayut kat pondok telefon di tingkat bawah blok aku..masa tu ceweknya di sg buloh.... setia laa tuuhh...uhhhhh...krrooooghhh tuii...

bab tido sebantal setilam nie...tak payah laa cerita...tilam single tido berdua...hahaha..kekadang sampai tilam jatuh gelongsor bawah....aku pun sampai tido atas papan katil..si din sampai tido duduk..nak harap die bangun betulkan tilam, jgn harap..sampai ke pagi laa tido duduk... ;p...ade sekali tue...tangan die sampai atas muka aku.. aku masa tu mamai..macam dalam mimpi..aku fikir macam dah alihkan tangan..tapi kenape tangan macam ade kat muka aku lagi..rupenye tangan si din nie... isk...isk..betapa rapatnya aku ngan die...

emm....banyak lagi cerita yang ingin diabadikan dlm blog..nnt jumpe lagie..


Ditulis pada:

Sunday, December 24, 2006
Dipetik dari @yie blog ( Blog asal aku...)

Program Anak Angkat Bersama Skuad Reserve

Bagaimana kami dikenali skuad reserve???

Cuti semester pertama, aku terima panggilan dari Abg Din ( Ketua kelas aku)..dier suruh sediakan pakaian dan barang2 keperluan untuk 5 hari. Lantas aku ke shah alam, berkumpullah kami di stesen bas seksyen 2..Terus jumpa din , caen dan fakir... Masa tu baru dpt jumpe abg din..sekali kena join program anak angkat di Kg Ulu Sungai di daerah Raub, pahang....kami nie mencukupkan kouta ajerk dan tugas hanya bantu terutama utk sukan (Bola sepak).

Perghhh..that why kami digelarkan skuad reserve sebab disana tugas utama hanya untuk main bola menentang team orang2 kampung kat sana...selain itu kena laa duduk dengan famili angkat memasing.. aku dok yang paling jauh..hujung kampung tul...fakir , cain dan din berada disekitarnya...

mula2 sampai sana..kami berempat macam nak balik..cuak siut...ingatkan tinggal dalam 2 orang 1 famili tapi kena sorang satu...adusshhhh..macam mana nak buat niehh....memang cuak.. kalau tgk gambar dulu..senyum pun macam terpaksa... nak kata senyum kambing....pun lagi lawa...ni dah tahap senyum cipan dah nie....

kampung ulu sungai ini memang betul punya hulu... jauh dari pekan raub...aku rasa macam nak kematu punggung duk dlm bas...pertama kali aku menjejakkan kaki di kawasan yang tiada keperluan asas seperti elektrik, air dan telefon... tiada siaran radio mahupun tv...apatah lagi talian telefon TM mahupun handset...dlm kampung tue.. ketua kampung saje ade telefon..itupun telefon setellite..gunanya hanya ketika kecemasan saje...memang punya hulu punya hulu laa aku pergi....tiada pencemaran....berdekatan dengan anak2 orang asli...dan kalau nasib baik boleh jumpa orang asli bawak babi hutan atas motor selepas diaorang pergi berburu...telan air liur aku dengar dari cerita adik angkat aku tue..

rumah keluarga angkat aku pun sederhana ajerk... tiang rumah dari batang pokok.tapi semuanya berdinding papan biasa...memang mereka hidup susah tapi apa yang aku terharu bila mereka sangat mengalu2kan kedatangan tetamu.. bersungguh mereka menyediakan tempat tido aku..siap katil dan kelambu..emmm..makan berasaskan masakan kampung..memang kena la dengan selera aku..pasal aku pun dari kampung jugak... biasa dengan ulam2 nie...lagi berselera aku makan..dan masakan yang aku takkan lupa adalah masak gulai asam rom... tak tau nak eja macam mana..tapi bunyi macam room...emmm..specialnya ialah ia hanya ada di sana saja..tiada ditempat lain...asalnya diambil dari buah hutan yang cume ada di sekitar hutan di kawasan tue..
memang sedap..rasa masam2 macam tue...nak cerita lebih pun, aku plak terliur nak cerita...

masalah utama diawal pagie...nak mandi punya sejuk....sejuk giler...air bukit direct salur ke getah paip yg warna hitam tue....air dier kuat ajerk dan sentiasa mengalir di bilik air...teringat kat keluar angkat din pesan,,,hati2 ambik wuduk..takut pacat masuk mata...perghhh terkedu beb dengar ayat tuee.....

keluarga angkat aku nie, ada tanah tapi dia tanam pokok petai pulak..orang lain tanam buah2an...jadi diaorang dapt la makan buah2 puas..sampai tang aku, kena tengok pokok petai je la jawabnya..pokok pun tak kecik lagi...hahaha...nasib baik jiran sebelah umah ade jugak bg aku makan buah jambu die...kirenya xde laa kempunan tak makan langsung..

time friendly bola sepak...mula2 lawan ngn org2 tua..veteren,tapi stamina diaorang...peehhhh..kita pancit dah..tapi pakcik2 tu masih ligat berlari sana sini...
second half budak belia pulak masuk....lagi la pancit kami..kami dah xde player lain dah...full throtle la jadinya...tapi keputusannya seri 2-2 atau 1-1.. tak perasan plak...mana tak pancit..mana nak lari bawak bola lagi..nak elak periuk api lagi ( tahi lembu)....

pastu ade aktivit bersama orang kampung..perkampungan orang asli pun tak jauh..so ade aktiviti sukaneka, pastu ade sewang diketuai oleh orang2 asli sana...siap pakai lilitan dari daun kelapa kat badan dan kepala..layaaannnnn...memang best....pastu lawan tarik tali dalam air dlm sungai sungai..dah laa paras pinggang..lawan ngan orang kampung(veteren jugak)..mmm dua-dua set kalah..sekali tarik ajerk..dah menyukur ke dasar sungai..memang kuat2 laa orang sana...tak salah aku nama tempat tue..lata lembik... sedang sok2 mandi, orang2 kampung suruh naik cepat ke darat sebab air naik mendadak..takut ada "kepala air"...sebab sebelah atas bukit memang gelap nak hujan... tapi memang betul pun...sedang kemas2 barang..sekejap ajerk..batu besar tempat kitaorang lepak dah tenggelam..diaorang lagi arif...so kita kena ikut laa nasihat mereka..walaupun hati tak puas berendam lagie...

masa kat sana..sempat lagi aku pergi markas pas..puas jugak aku kena soal siasat ngn orang kampung kat sana..dia ingat aku ni spy kerajaan..kebetulan masa tue pilihanraya hendak dijalankan.. so aku pun dengar la cerita dan laporan pembentangan gerak gempur pas utk memengangi pilihnraya...tapi aku tak ambik port pun...bagi aku politik semua sama sajer..

di hari terakhir...majlis ucapan dan persembahan...masa tu sedih la kena tinggalkan keluarga..dan diakhir majlis..kami semua kena buat persembahan menyanyikan lagu perpisahan.." bertemu dan berpisah ..adat manusia biasa...hilang dimata tapi dihati tidak lupa..berdoalah kit agar aman dan sentosa..semoga berjumpa kita pula dilain masa"...tapi aku plak spoil....boleh plak salah nyanyi..lupe lirik..layan perasan sangat kot... ;p orang lain yang sedih masa tue, jadi lawak plak..langsung jadi gelak plak...adushh...buat malu ajerk... sampai sekarang, aku takkan lupa lagu tue...aku janji aku takkan lupekan lagu tue...hehehe

ketika melangkah pergi...yg dulu rasa macam nak balik awal..tapi sekarang rasa macam taknak balik pulak..rasa best walaupun kat sana banyak kekurangan kemudahan..tapi sekarang ni tak tahu la keadaannya...

aku bersyukur kerana join program nie merapatkan aku dengan rakan2 senior dan pelbagai bidang pengajian...semakin rapat dengan pensyarah..Pn Tini..semakin tahu erti kehidupan sebenar diluar sana.. aku tersentuh apabila mereka pertama kali melihat komputer dalam hidup mereka.. mereka tidak tahu dunia luar.. kehidupan mereka hanya dalam dunia mereka...

cuba bayangkan apa yang ada pada mereka kalau tiada pembaharuan dilakukan disana..tiada orang luar yang menjenguk mereka..yang mengambil berat hal mereka..apa yang akan terjadi kepada mereka...majoriti mereka adalah orang melayu...yea...orang melayu kita....dan bila aku fikir tentang diri aku, bersyukurnya aku dilahirkan di dlm keluarga yang masih mampu menikmati nikmat kemudahan yang tersedia ini...

cubalah belajar dari kesusahan orang lain, bukannya mengambil dari kesusahan orang lain...kerana ada yang tersirat disebalik setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita...Dan Allah menyuruh kita berfikir untuk mempelajarinya...Cuma jangan kita salah gunakannya....



Ditulis pada:

Dipetik dari @yie blog

Sunday, December 24, 2006

Mohabbathein...kisah disebaliknya..

Hari nie aku dikejutkan dengan sms dari caen..mengingatkan aku tentang satu cerita di tv2...yea...sebuah cerita yang banyak meninggalkan pelbagai kenangan manis antara kami bertiga.lantas aku pun sms kat din...huhuhu.. bergegas da balik dari K4 ..hahaha...itu la penangan mohabbathein nie..

apa yang menariknya...ermmm...sama je macam citer hindustan lain,..tapi kenangan masa belajar kami bertiga boleh gila layan citer hindustan nie...nak dibandingkan dengan cerita2 lain, cite ni je kamai layan habis terutama bab tarian dia yang mengasyikkan...hahaha...sampai kami berlatih kat dalam bilik nak menari ikut rentak shah rukh khan..tapi susah betui...

itu belum lagie kes caen yang masuk bilik aku pastu nyanyi lagu dengan gaya shah rukh khan mengalunkan gendang... attchaa....bile aku tgk part tue, nak tergelak pun ade...bukan setakat kami bertiga tapi satu bilik tue layan semuanya..termasuk fakir...dlm diam2 pun menari sama jugak..hahahhaa....jangan kata lelaki tak layan hindustan... tapi aku layan citer ni ajerk...yang lain..tak berape sangat laaa...

kami selalu membayang caen ni mamat yang berbadan sasa..berketak-ketak....pergghhhh cair laa minah2 yang tgk dier nie...hahahha...jgn marah eik caen...walaupun begitu masih mencari cinta sejati...tapi takpe..kawan-kawan tetap sabar menunggu sahabat yang ini... din plak dan on the way ke alam rumah tangga....semoga berbahagia selalu...

aku pulak...juga sudah selamat segalanya...

kata-kata...angin gurukul telah berubah... fakir selalu menyebutkannya...hehehe... hero yang sorang lagi yang takkan aku lupakan..shabbas merrabettha...berjaya dalam kerjaya dan juga telah kawen....hehehe..kenangan...kenangan...

sebenarnya masa belajar nie seronok utk dikenangkan...banyak masa dan setiap detik amat bermakna dalam kehidupan nie......

ok laaa...cerita nie pun dah nak habis dah...aku pun nak habiskan cerite nie...sementara aku teringat nak taipkan benda nie... apapun aku rindu giler kat geng2 aku,...bilekah dapat berjumpa nie????.........


ada kisah cinta yang kekal abadi....the end


Ditulis pada:

Friday, February 09, 2007
Dipetik dari @yie blog ( Blog asal aku...)

Hari yang penuh bererti dalam hidup kami

20hb Julai 2007 bersamaan hari jumaat...fiza pergi kerja macam biasa pada paginya..aku pun sama..tarikh jangka masih ada seminggu lagi..tapi bak kata orang , kita kena stanby dari awal...ermmm...malam tu kami duduk rileks2 sambil tgk tv tapi fiza seakan semacam ajer...berkerut dahinya menahan sesuatu.."sakit.." itu la katanya tapi dia masih bertahan..."takpelah, saya nak baring sambil berlunjur, mungkin penat berjalan tadi masa pergi training kt KL" pujuk hahinya... ermmm aku ia kan saja...

tapi kali nie lain macam plak...sakitnya semakin lama semakin kuat...lama-lama semakin menusuk...aku rasa tak sedap hati...dia telefon mek kat kampung,lepas tu telefon kak nor bertanyakan sesuatu..mungkin berkongsi sesuatu.. aku sedia di tepi katil mendengar butir2 katanya...tapi aku percaya dia masih menahan kesakitan itu...

dalam pukul 10.45malam, fiza dah tak tahan. Mek dan kak nor nasihatkan perggi check kat hospital..aku pun sama gak...aku pun siap2, sarungkan seluar jean disebalik pintu bilik sambil fiza memakai baju labuhnya tue... kami melangkah keluar dari rumah dalam pukul 11 malam...dalam kepala aku, cuma nak sampai hospital secepat mungkin. Sambil merenung jam di tangan, "Arghh dah kul 11 malam, akan jem lagi kat federal" rengus aku...walaupun masa tue hujan renyai2..pengalaman aku kerja kat itis dbkl,biasanya tak lah jem...

lepas je aku belok ke federal depan motorola dari LDP, aisey..jem teruk laa plak sampai tak nak bergerak...dalam hati aku, cisshhhh kantoi plak masa2 penting nie...ape lagi aku pun dengan penuh doa dan harapan supaya semuanya berjalan lancar dan fiza dapat bertahan selama mungkin... aku terus ke susur NPE dan terus menuju ke HUKM...

sesampai saja kat sana...aku terus ke tempat bahagian kecemasan bersalin..... aku suruh fiza masuk dulu sebelum aku park kita kat celah ambulan tue....xpe kejap ajer....fiza masuk check...doktor terus check apa2 yang patut. aku tunggu kat luar..aku terus call mak kat kampung,..bagitau yang fiza kat dalam hospital...ye laaa, kami berdua saja, bukan ada orang lain...aku cuma bertenang dan yakinkan diri yang aku kena bersedia menjadi ayah bila-bila masa dari sekarang..

fiza keluar dari bilik pemeriksaan... doktor kata dah 2cm..pastu kena masuk wad kat tingkat 1 tue...emmmm...aku pun terus bwk barang2 baby utk letak kat wad tue... selang beberapa minit lepas tu kak nor pun sampai...kesian jugak dia, yang datang dari rawang...dah esok keja lagie...emmm...fiza nak aku temankan tapi peraturan kat situ tak bleh sesiapa temankan..apa lagi , macam nak nangis dia..bukan pasal sakit tapi sebab tak dapat aku temankan..aku pujuk dia yang aku akan tunggu kat luar...

kak nor teman sebentar...baru dok kejap, nurse check lagi dah 3cm..cepatnya..air ketuban masih belum pecah lagie.....akhirnya doktor muda tu nasihatkan utk pecahkan air ketuban...aku pun tak tau..tetiba kak nor keluar dari bilik tu bagitau aku... kak nor kata, dia nak balik dulu...xpelah aku akan tunggu kat situ...mata yang letih sangat, tak jadi nak tido....aku pun turun semula kat parking...nak alih keta sambil ambil beg baju fiza pulak... bila aku naik, tetiba tengok fiza dah xde kat atas katil dia..cuak aku kejap..mana plak dia nie...

salah sorang nurse tu cakap , fiza dah dihantar ke bilik bersalin...apa lagi bertambah berdebar aku jadinya...aku pun letak beg dan terus ke tempat tue walaupun aku tak tau kat mana... aku pun isi borang pas keselamatan utk masuk ke bilik tersebut....bilik Mawar ...perlahan2 aku melangkah masuk..aik takde plak...akan salah bilik nie...sekali nurse yg jaga kat situ cakap, fiza pergi tandas sekejap...buang air , baru lepas bagi ubat...

aku pun dok kat kerusi yang disediakan...fiza pun masuk, dia buang air besar semua....terus baring kat atas katil...2 doktor pelatih pun masuk..dia nak pasangkan alat utk kesan gerakan baby pada perut fiza..bising tul alat tue, sensitif bunyi kuat....pastu alat utk uji tekanan darah...jam dah menunjukkan pukul 1 pagi 21 Julai 2007... sekali tiada talian dalam bilik tue....aku tanya fiza, dah minum minyak selusuh yang abang fauzi buatkan..."Belum...." erm....aku pun cari idea,...macam nak bawak masuk barang tue....

aku pun keluar cakap nak ambil air minuman...tetiba salah sorang nurse tue sound..."jgn nak bwaak air selusuh plak"...hehehe takdok laa haus kat dalam tue...jawab aku... aku pun ke wad dan terus ambil minyak dan terus masuk dalam poket seluar...air masak aku bawak sebagai mengaburi pihak lawan...hehehe..ingat aku bodo ke....

aku bagi minum...pastu sapun sikit kat perutnya...fiza semakin sakit...aku pegang erat tangannya...semakin kuat dia memegang...nampak sangat kesakitannya...menggeleser dia kat atas katil tue...kerna tak tahan sangat, nurse tu bagi satu suntikan tahan sakit..ntah apa namanya.....tapi sekadar nak kurangkan rasa sakit aje...lepas suntikan baru la fiza dapat pejamkan mata dan lelapkan mata...aku kat sebelah dia punya la mengantuk tapi aku lawankan...aku letakkan kepalaku kat sisi katil sambil tangan tak lepas dari genggaman tangan fiza..kadang2 fiza aku membetulkan posisinya,sambil melepaskan rasa sakit....aku dapat rasakan terlalu lama masa di dalam bilik tue...tetiba fiza cakap kepalanya rasa pusing dan nak muntah...habis semua keluar...petang semalam punya cempedak pun bleh kuar balik.. bak kata orang, sakit beranak nie sampai boleh muntah penangannya..aku pun kesian sangat, dan doa semoga penderitaan dicepatkan....

jam dah menunjukkan pukul 5.30 pagi....aku dalam kebingungan kerana seharian tak tidur...aku dikejutkan suara fiza yang cakap dia macm nak buang air besar...tapi aku rasa tak mungkin nk ke tandas lagi kerana tadi dah bagi ubat buang semua benda2 tue...aku pun bagi tau kat doktor tue...dn terus masuk utk tengok keadaan fiza masa tue...doktor pun memberi isyarat kepada nurse2 yang ada kat situ utk stanby kerana baby dah dekat nak keluar...

aku terus memegang fiza utk bagi semangat kepada dia supaya bersedia dan memberi kata2 perangsang dan ingatkan tuhan semasa proses tue.. fiza menganggukkan kepada tanda faham walaupun aku tak pasti dia masih dpt dengar apa yang aku katakan lagie...dari kaca mata terpancar kesakitan yang amat sangat....adushhh tak sanggup aku melihat keadaan dia yang terlalu sakit aku tgk...tak pernah aku tgk dia kesakitan mcm tue...dan aku tak sanggup melihatnya...jam menunjukkan jam 5.50..semua telah bersedia...peralatan, kain dan barisan mak bidan dan pembantu dan dibantu oleh 2 doktor dan 2 doktor pelatih...semuanya ada 8 orang...sorang mak bidan yang garang tapi sangat cekap... doktor memberi arahan kepda fiza cara dan teknk yang betul utk bersalin....kaki di kangkang dan tangan memegang pergelangan kaki...aku setia berada disisi fiza.... semakin kuat genggaman tangan fiza ke tangan aku dan akua tau betapa sakitnya yang ditanggungnya..aku berbisik ke telinga fiza " Sayang boleh buat.....yakinkan diri serah pada allah"....

keadaan semakin hampir,jam telah menunjukkan pukul 6.00 pagi..rambut bayi telah kelihatan....aku, doktor dan semua yang ada di situ tak putus2 utk memberi arahan dan kata2 perangsang kepada fiza..fiza meraung kesakitan yang amat sangat....bidan memotong utk membuka ruang lagi utk bayi keluar..mamancut darah keluar...Allah banyaknya darah....betul2 di depan mata.... kalau tak kuat semangat, bleh pengsan jugak.... kekuatan pada fiza dan aku nampak semangat keibuan yang ada padanya berusaha utk meneran sekuat mungkin...dan kepalanya telah berjaya keluar.....kami menjerit supaya usaha meneran diteruskan segera....agak lambat utk melepaskan bahagian bahu baby...masih tersangkut dan bidan berusaha utk memusing kepala bayi utk memberi ruang utk bernafas kerana takut lemas....saya memaling kepada fiza dan menjerit " sayang, sikit ajer lagie sayang...dah nak keluar dah...... fiza memejamkan mata dan menarik nafas sedalamnya dan denngan kekuatan yg masih tinggal fiza melepaskan seluruh tenaga dan alhamdulilah baby terus keluar dan kami semua berasa lega....tepat jam 6.08 pagi baby melihat dunia ini....

aku terus melihat fiza dalam keadaan yang sangat lemah..kehilangan darah yang banyak...terdengar jeritan mennagis baby dan bidan menunjukkan kepada kami baby boy kami dan terus diberikan kepada nurse utk dicuci dan disedut lendiran2 yg ada....

syukur kepada tuhan..semuanya telah selamat.....

tapi doktor cina itu mengambil alih utk mengeluarkan uri yang masih tertinggal dalam keadaan cemas...terus diserahkan kepada doktor pakar...dia pun masih gagal mengeluarkan.... keadaan semakin panik dan doktor mengambil keputusan utk dibawa ke bilik pembedahan utk diberi ubat bius dan terpaksa di seluk dengan tangan utk mengeluarkan uri yang tertinggal di dalam.. keadaan sangat genting dan aku memang sangat2 risau...

dalam pukul 6.45pagi fiza dibawa ke bilik bedah..aku pun keluar menuju ke surau dan terus menunaikan solat subuh dan sujud syukur....dan terus berdoa semoga diselamatkan nyawa fiza yang dalam bahaya....aku pun terus menefon semua sedara mara, mek, mak dan abg2 fiza...dan sms kepada semua kawn2 yang sempat aku hantar....sedang aku masih menunggu di depan wad... fiza di bawa ke wad dalam pukul 7.20pagi dan aku terus menemankan fiza hingga ke katil no 28....

aku memandang di bilik nursery dan ternampak baby boy...ameer yusuf yang seberat 3.18kg berada dalam bekas baby dan tidur dengan nyenyaknya....aku minta izin kepada nurse kat situ utk melihat baby aku dan mengambil kesempatan utk mengazan dan qamat di telingan kanan dan kirinya....

aku sekarang telah menjadi ayah....huhuhu...kita berjumpa lagi dengan cerita2 dan pengalaman aku dengan lebih detail lagi...coretan ni yang tak sempat dikarang dengan tersusun....

jumpa lagi....

ameer yusuf....

Ditulis pada:

Friday, August 17, 2007
Dipetik dari @yie blog ( Blog asal aku...)

Aku dan Dunia Misteri

Kuarters yang aku duduk sekarang ni memang lama tak diduduki sejak ia mula2 siap dibina dulu... ermmm mmg level 13 tu xde sape yg duduk,,, tapi aku dengan slumber ajer apply dok kat sana,,,...mana taknya masa aku tanye cif yg jaga tue cakap yg bawah2 tue dah ade org...sebenarnya ade kosong lagi cume tak update dalam sistem dier tue..nak kata ape, aku jalan je laa.. itu je rumah yg aku check ok skit kalau nak banding rumah2 lain yg ade byk yg rosak dan perlu diperbaiki....

masa mula2 aku pindah tue.. memang takde apapun berlaku...macma biasa laa..bunyi2 angin yg kuat tue..ye laa rumah tinggi..angin pun tentu laa kuat bangat....bilik 2 dan 3 memang tak pakai,,..yang selalu pakai pun bilik utama jer laa... yg lain jadi tempat simpan barang2 jer...rumah tue bleh tahan laa luasnya..jenuh jugak membersihkannya dulu...macam biasa buat solat hajat pastu baca yassin kat rumah tue...ye laa rumah kosong dah lame tak duduk...memang tiada apa2 gangguan laa sehinggalah kelahiran ameer yusuf tue... kenapa ade mengena dengan ameer yusuf....??

rupe2nya menurut pak haji zawawi tue.. sebenarnya selain dari aku duduk dalam rumah tue, ada juga makhluk allah yang lain yg turut sama duduk kat dalam tue.. ade 2 famili yg juga mempunyai anak2 yea... bile ade baby nie... so anak2 jin nie pun sama excited nak sama2 main.. tue yg kekadang ysuf selalu demam dan menangis2..kena sakat dengan "anak2 " dia... kan kata orang, budak kecik boleh nampak makhluk2 halus nie...

aku pun pernah terkena.... kejadian dimana laptop aku ade masalah... macam tertekan huruf "J".....sampi nak menaip pun tak bleh pasai asyik keluar huruf J ajer...samapai g repair tukar set baru keyboard dier...erm...yg muskil kenape yg rosak huruf J...bukan huruf M ke...? K ke?...adakah J dikaitkan dengan Jin...adakah ia sekadar kebetulan???? erm.... aku rasa kebetulan kot...ehehhehe...

seterusnya kejadian TV aku terpadam dengan sendirinya...mcm tak percaya..tp memang terpadam sendir..pastu aku cakap mungkin setting Sleep kt remote tue.. tapi aku check mmg xde ape2 setting pun dlm tue... pastu aku buat keras je laa, pasang balik kalu tertutup macam tue... 2-3 kali jugak laa terjadi macam tue... dan kemuncaknya ASTRO aku plak yg dier tutup... terkedu langsugn aku.. terus tutup tv, masuk bilik terus tido....ekeke....padan muka, sapa suh nak tgk tv sampai tgh malam....

Pak haji cakap kite kene jugak halau bende tue keluar dari rumah....seperti telah dijanjikan seperti sebelumnya...aku dapang ke tempat pak haji untuk menjemput datang ke rumah untuk usaha ikhtiar nak memagar rumah tue... sampai aje kat parking bawah tue, pak haji dah membisikkan sesuatu kat telinga aku..die dah merasakan sesuatu dari atas sana...dier cakap ade yg dah lari keluar...

dengan berbekalkan setengah kilo lada hitam, pak haji pun memulakan upacara tue...pak haji memandang ke sekeliling ruang rumah.. dan memandang ke luar jendela.... pak haji kata..benda nie ada datang dari kelab golf subang dan ada dari puchong... dan ade yang datang2 singgah bile diajak oeleh geng2 yea...

lada2 hitam tue pun digaul2kan sambil bacaan ayat2 al-quran...bau lada hitam semakin kuat... ketika digaul2 tue.. pak haji tersenyum... dia cakap..makhluk tue sindir dier buat benda tue..pasal nanti boleh dapat pitih.... hehehe..pandai plak makhluk tue eik....pak haji pun memulakan upacara tue dengan langkah yang lebih lembut untuk menghalau benda2 tua keluar...ditaburkan lada hitam disekeliling rumah dan sudut2 rumah sambil berselawat ke atas nabi..dan takbir allahuakhbar.....

setelah lengkap semua sudut rumah, pak haji pun berkata semua dah keluar..dan memesan menggunakan baki lada hitam tue kalau ade gangguan lagi...pak haji meminta lada hitam tue semua dibiarkan selama 2-3 hari..ini supaya ‘bende2’ tak dapat masuk dan terasa panas...kami pun bersiap-siap untuk menghantar pak haji ke rumahnya dan terus balik ke batang kali..kaki pun melangkah kea rah lif yang berada kira2 15 meter dari pintu rumah... setelah menekan butang lif tetiba baru teringat satu barang yusuf tertinggal..aku pun nak g laa ambik..tapi si fiza pulak dengan hati terbuka nak volunteer nak ambik....dalam hati aku “berani pulak dia nie”..ermmm....

Aku pun turun laa dengan pak haji ke kereta manakala fiza pergi ke rumah semula...menurut fiza, ketika nak bukak kunci mangga kat geril pintu..dengar bunyi lada-lada hitam seperti kena sapu dan dikibas-kibas..memang kuat dan jelas terasa..nak kata angin dari tingkap, mustahil pasal semua tingkap dan sliding door ditutup rapat..dan kalau pun masuk angin sekalipun dalam kadar yg skit dan takat ade bunyi je laa...apa lagi belum sempat nak bukak pintu fiza dah rasa meremang bulu roma dia..ape lagi langkah seribu laaa..lari ke lif...nak jadi cerita..lif semua kat level G...kene tunggu plak naik ke tingkat 13...aduyai..katanya hanya tuhan je yang tahu....

Aku nie baru je sampai kat kereta..tetiba toleh2 tgk dia dah sampai kat bawah... cepat benar dah sampai...aku tgk muka die pucat lesi....kalau toreh dengan pisau..sure tak kuar darah punyee....pak haji pun pandang dan terus pergi kat fiza dan baca doa dan ayat quran dan hembus kat telinga fiza..pastu suruh jamah skit lada hitam dan ludah semula,...supaya rasa pedas kat mulut skit...fiza pun terus masuk dalam kereta dan aku pun bai ameer kat dia...suh dia duk dlm kereta...

Aku dan Pak haji naik semula... pak haji cakap benda tue marah2 sebab kena halau keluar dari rumah... pastu dia bisik kat telinga aku, sebenarnya tadi ada benda yang ikut sama kat fiza..tu yg cepat pak haji bagi penawar... sampai kat rumah aku rasa macam lain macam skit...matahari panas tapi kat rumah aku macam bernaung..rasa kelam dan menakutkan...Pak haji cakap, kali nie akan buat cara keras skit untuk halau benda tue setelah secara halus dia agak memberontak...aku ikutkan aje janji semuanya selamat... dengan berbekalkan lada hitam yang ada lagi..pak haji memulakan rejaman ke setiap penjuru rumah...kali nie bacaan ayat2 kursi dibaca dengan jelas dan kuat....rejaman lebih di pintu sliding door dan tingkap2...pak haji tak bagi aku ikut dia kali nie..dia suruh aku dok kat ruang tamu ajerk...

Setelah habis seluruh rumah dan sebahagian di luar rumah... pak haji pun berkata kat aku bahawa benda tu tadi tumpang kat cermin yang aku pasang kat dinding di ruang tamu... cermin yang aku beli kat ikea yang ade 4 set...memang betul2 menghala kea rah sliding door dan jelas bertentangan..ini menyebabkan benda2 luar sana lebih tertarik untuk menelek diri memasing.. pak haji benda ni macam manusia juga..ade yg baik ada yang jahat,,,.ade berkeluarga...beranak pinak,...perangai macam2.. porak peranda...gaduh bergadduh..cemburu..macam manusia jugak.. suka menghias diri... katanya, family yg dalam rumah tue ok cuma anak2 dia agak nakal skit,,, macam kehidupan kita laa.tak dapat nak larang anak2 yg nakal nie... so yg fiza dengar lada hitam tue..mmg diaorg tgh mengemas rumah..cume mgkn ‘dia’ pun tak sangka yang tuan rumahpatah balik nak ambik barang.. so sesame terkejut laa nie,,,

Pak haji pesan..tanggalkan cermin tue..ermmm..dah laa aku baru je tambahlagi 4 keping cermin tue...dan pasang kat tempat lain..jangan menghala kea rah pintu rumah...takut menarik minat...so pak haji pun dah rejam kat cermin dan sliding door yang mana masa mula2 pak haji lupa kat 2 tempat nie... syukur laa semua dah mula okies...kami pun melangkah keluar..masa tue laa tetiba cahaya matahari mula terang masuk ke rumah...pak haji pun berkata..baru laa rasa terang sikit... dan tak mengantuk dah..tadi memang rasa berat mata ajerk...kami pun hantar pak haji balik dan teruskan perjalan ke batang kali,, malam tue kami tidur sambil memikirkan perkara misteri dalam hidup kami,,,,

Alhamdulillah,..setelah itu..keadaan dah beransur2 pulih dan selamat...tiada lagi gangguan yang besar2 lagie...lega rasanya... walaupun fiza dan family sibuk suruh pindah ke rumah lain..aku tetapkan pendirian untuk still duduk rumah tue.. bak kata pak haji.. kita yang potong elaun rumah bayar rumah..kita laa yang berhak duduk rumah tue...lagipun akan nak tinggalkan ain n family sorang2 kat atas tue... so alhamdulilah... dah masuk lagi 2 rumah... so kat level 13 dah ade 4 famili....so takde laa sunyi sangat kat atas tue.... lagipun aku suka dok atas tue pasal rasa nyaman dengan angin yg kuat dan permandangan yg cantik di tepi lebuhraya damansara –puchong nie....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...