Wednesday, August 25, 2010

Kejadian yang tidak dapat yayah dan mama lupakan..

Setiap manusia ada tanggungjawab masing-masing..tak kira muda atau tua, masing-masing kena jalankan tanggungjawabnya, barulah semuanya akan moving forward...perasaan tanggungjawab itu hadir dari lahirkan perasaan sayangkan sesuatu..kalau kita, kita sayangkan kerja kita dan kita akan bertanggungjawab ke atas apa yang kita buat...kita akan pertahankan sebaik mungkin..kalau kita tak sayang kerja yang diamanahkan, dimana tanggungjawab kita untuk menjalankannya..

Dari situ yayah belajar sesuatu dari ameer yusuf..walaupun dia baru berumur 3 tahun tapi ada sesuatu yang yayah nak kongsi bersama anda semua...iaitu tanggungjawab abang kepada adiknya...walaupun di dalam usianya yang masih kecil dan tidak tahu apa itu tanggungjawab tapi dia telah melakukannya dengan terbaik pada mata yayah...walau ianya kecil tapi pada yayah ia memberikan suatu sumbangan yang bermakna untuk yayah dan mama..

Mereka berdua memang tidak boleh dipisahkan. Dimana ada ameer, disitu ada sarah, begitu juga sebaliknya..bagai belangkas bak kata bidalan dulu2..kalau sorang hilang, pasti ada bertanya..si adik akan mencari-cari abangnya..ke hulur ke hilir dengan mulut bok bek bok bek...kalau dah jumpa tu, senyum kemain panjang....

Hendak dijadikan cerita kejadian ini berlaku di rumah tok mek ameer di kelantan..masa tu yayah dan mama berehat di bahagian depan rumah di tepi tingkap...masa tu ameer dan sarah sedang melayan cerita kartun kat ceria@astro... tiba-tiba terbang seekor mentadak yang sederhana saiznya dan hinggap pada hujung kerusi di ruang tamu.. yayah pun memanggil ameer yusuf untuk tujuan mengenalkan binatang tue kepadanya..ye laa, asyik kenal ayam, cicak, kambing, burung dan yang biasa2 jumpa..so binatang ni jarang dapat jumpa...so ameer pun excited la nak kenal binatang nie...dan mencuit dengan jarinya...dah memang resmi mentadak ni akan bergoyang-goyang seolah hendak menggigit walaupun sebenarnya hanya nak bergerak ajer...

So ameer pun terkejut, mungkin sangkaannya nak gigit tangan dia...lepas tu dia hanya memerhatkan sahaja mentadak tu bergerak sambil tergoyang-goyang yang membuatkan ameer lebih berhati-hati..sedang leka layan binatang tu, sarah pun datang dari belakang, masa tu sarah masih tak perasan mentadak tue..so yayah pun tunjukkan la kat sarah...

Dan Sarah dengan selamba nak pegang mentadak tu dengan tangan kanannya dan dengan pantas jugak ameer tepis tangan sarah sambil menjerit..."jangaaannnnnn....araahhhhh..jangaaannnnn"...sarah tidak melayan abangnya dan masih nak memegang jugak dan menyebabkan ameer bertambah marah dan menjerit sehinggakan muka merah padam kerana tidak mahu adiknya memegang mentadak itu kerana takut kena gigit...sarah hulur tangan kanan, ameer paut kemas dan sarah hulur pulak tangan kiri , ameer tepis lagi dengan tangan yang lagi satu...sarah tolak badannya ke arah mentadak, ameer tahan dengan badan dia sambil kaki menahan ke arah kerusi yang hampir dengan mentadak itu..

Sambil merah padam dan menangis ameer cakap..."jangaaannnnn, araahhhh...jangaaannnnnn"lagi kuat abang dia jerit, lagi kuat sarah nak ke arah mentadak...drama ini berlaku hampir 2 minit lebih sambil yayah dan mama hanya memerhatikan sahaja gelagat 2 beradik ini....dan sehinggakan mentadak itu terbang semula ke luar tingkap barulah ameer lepaskan sarah...selepas tu ameer pandang sarah macam tak berkelip mata seolah-olah macam memberitahu jangan buat macam tue... sayang juga ameer kat sarahnya itu walaupun setiap masa mesti nak bergaduhkan sesuatu.. dalam konteks ni ameer telah menjalankan tanggungjawab sebagai abang untuk melindungi adiknya..walaupun kekadang dia sendiri pun tak pandai sepenuhnya untuk berdikari..

Apapun yayah dan mama bangga melihat reaksi ameer "menyelamatkan" sarah dari "digigit" mentadak itu...kesungguhan dia mempertahankan badan adiknya dari menghampiri mentadak tu adalah antara babak yang paling emosi yang pernah yayah tengok...bagaimana seorang anak kecil yang memerah keringat menyelamatkan adiknya...alangkah bagusnya yayah sempat rakamkan detik-detik itu, untuk yayah tunjukkan kat adik nanti bila dah besar kelak...supaya nanti dia tahu betapa suasah payahnya abang menyelematkan adiknya yang besar ini....apapun semua ini yayah dan mama akan simpan sebagai antara kenangan yang indah..

Moral : Setiap usaha dan apa jua yang dilakukan oleh anak kita, berilah mereka sedikit kata-kata pujian supaya menjadi motivasi untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan..tapi kalau apa yang dilakukan adalah salah, pandai-pandailah menegurkan dari awal kerana melentur buluh itu biarlah dari rebungnya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...