Sunday, September 13, 2015

30 Soalan Treasure Hunt ( Mencari Harta Karun )


Salam kepada semua pembaca,

Jika sebelum ini entri berkaitan Tips Treasure Hunt Part I telah menceritakan berkaitan tips dan cara-cara permainan cari harta karun ini. So untuk entri kali ini, saya luangkan masa untuk berkongsi pengalaman menyertai satu pertandingan Treasure Hunt yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA WPKL)yang bermula dari Kelana Jaya dan berakhir di Melaka.

Pengalaman sangat berharga dimana kami yang dianggotai seramai 4 orang untuk setiap pasukan telah berjaya menghabiskan misi menjawab dan juga mencari destinasi seperti mana yang diarahkan di dalam kertas soalan. Ia sangat mencabar bagi kami memandangkan kami berempat tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pertandingan Treasure hunt ini dan tidak berapa mahir tentang selok belok jalan. 

Berikut adalah 30 soalan yang perlu kami selesaikan dan saya berkongsi soalan dan jawapan untuk setiap permasalahan. Soalan-soalan yang ditunjukkan adalah tidak termasuk arah pandu ke setiap destinasi. So pecah kepala juga nak selesaikan setiap soalan dan ada beberapa soalan yang boleh diagak jawapannya.

Mungkin ini akan memberi idea dan gambaran kepada you all untuk memahami konsep dan cara nak memecahkan kod soalan. Ia bergantung kepada kreativiti setiap peserta. Apa yang penting semangat berpasukan boleh membantu menyelesaikan masalah.

Semoga ia bermanfaat yea. Sila la share. 

Terima kasih

Sharing is caring

ayiesempoi

------------------------------------------------------------------

30 soalan Treasure Hunt

Soalan 1: Petua Treasure Hunt bermula dikawasan ini. Carilah satu             keajaiban bila memasak disini. Berikan kami nama penuhnya           untuk markah nanti.

Jawapan: Ajaib = Magic

Restoran The Magic Wok

Soalan 2: Soalan seterusnya untuk cuba disini. Kena mencuci untuk             mencari petuanya nanti. 
          Satu raja yang bersih akan menanti.

Jawapan : Mencuci – Cleaning
          Raja - King

Kedai Dobi : Dobi King

Soalan 3Kalau baca bersama, berbunyi seperti mereka akan bayar               untuk kerja lebih masa secara singkat disini.

Jawapan: Bayar = PAY

         Kerja Lebih Masa = Overtime (Singkatan OT )

PAYOT

Soalan 4: Jaga-jaga, mereka mungkin ada satu plan untuk mengotorkan           diri. Dah empat tahun mereka berniaga disini.

Jawapan: Kotor – dirty
         4 tahun ( dari tahun 2010)
         Plan
Dirty Nelly's

Soalan 5: Masa untuk soalan anagram sudah tiba. Cuba cari sejenis             sayur sejuk yang dirombak bersama peha disini,
          Tapi nama penuh sahaja kami menanti.

Jawapan: Sayur sejuk – Timun
         Peha – lap(Dirombak) pla + timun


Kafe & Bistro PLATINUM

Soalan 6Mungkin anda perlukan seabad untuk masuk disini.

Jawapan: Seabad = seratus tahun


Restoran Lorong Seratus Tahun


Soalan 7Bila pecah dan atur balik petuanya nanti, mungkin jumpa             satu binatang tertinggi masuk bersama disini.

Jawapan: Binatang tertinggi = GIRAFFE
         Masuk = IN
         GIFFARINE

GIFFARINE


Soalan 8 : Mungkin kena pecah dan baca petua yang bersambung disini.
           Bila atur balik berbunyi rasa basah dipagi hari.

Jawapan: Rasa basah – ( kena hujan) – rain
         Dipagi hari – (Singkatan) am


Marian

Soalan 9Mungkin dapat kuasa bila anda dapat cari orang kuat dari            A Team yang bersembunyi ditengah benua ini.

Jawapan: Orang kuat A team = Mr T
         Benua ini = Asia
         Kuasa = Bateri

GP Penjual dan Pengedar Bateri




Soalan 10: Dalam dua bahasa namanya kini diberi,
           Secara Percuma ia Ada disini,
           Tapi Awas jawapannya kena dirombak bila dicari.

Jawapan: Percuma = Free ( FAREEDA )

         Ada     = ( FAREEDA )

Butik FAREEDA

Soalan 11: Mungkin boleh rasmi Masa yang Sedap dikedai ini.
           Mungkin petuanya dirombak disini,
           Tapi jawapan penuh dan dimana ia dijumpai, mesti                    diberitahu nanti.

Jawapan: MASA (Rombak) = ASAM
         SEDAP (Rombak) = PEDAS


Kedai Asampedas Bangi

Soalan 12: Berbunyi seperti salah satu “Transformer” yang berlainan            sesat disini.

Jawapan: Transformer = MEGATRON
         Berlainan – UNIK (Unique)


MEGAHTRON UNIK Sdn Bhd


Soalan 13Mugkin satu masakan menarik akan dihidangkan oleh kembar            popular ditempat ini.

Jawapan: Kembar popular – Upin & Ipin


Kedai Makan Upin dan Ipin

Soalan 14: Mungkin ada ruang yang kena dirombak untuk jawapannya                disini.

Jawapan: Ruang = Gap

PGA

Soalan 15: Kalau masih ingat, sejenis haiwan makmal menjadui                    terkenal dipanggung wayang dulu.

Jawapan: Haiwan maklmal terkenal = G-Force


Hint: G-Force

GFOZ Gadgets factory Outlet Zone

Soalan 16: Mungkin anda boleh cari perak dan batu berguling bersama            disini.

Jawapan: Perak & Batu = Silver & Stone


Silverstone Pusat Servis Tayar


Soalan 17: Bila dirombak dan atur balik mungkin berbunyi seperti                saya nampak banyak kosong disini.

Jawapan: ICEROOM

         I = Saya
         C=Nampak
         More=Banyak
         O= Kosong

ICE ROOM

Soalan 18: Mungkin rasa licin bila mencari pelakon sampingan bersama            disini.

Jawapan: Pelakon sasmpingan = co-star
         Licin – minyak (pelincir)


Costar ( Minyak Pelincir Costar)


Soalan 19: Puas berjalan letih berlari,
           Kalau sakit perlulah berhenti,
           Apa yang dipakai perlu dirawati,
           Cari seorang pakar yang terdapat disini.

Jawapan: Rawatan = Klinik
         Apa yang dipakai = Kasut


Klinik Kasut

Soalan 20: Mungkin Lagenda kita bersembunyi dikedai ini,
Tapi jawapan penuh sahajalah kami menanti.

Jawapan: Local Legend = Tan Sri P.Ramlee


Restoran 3 Abdul

Soalan 21: Nasib anda mungkin bertukar baik dengan cepat bila                  mencari petua ini,
           Tapi yang terakhir kena dirombak nanti.

Jawapan: HUAT = TUAH
         SOON = cepat


Kedai Getah Soon Huat


Soalan 22: Mungkin kena lari dari belakang untuk berjumpa keldai                ini.

Jawapan: Lari – Run= (NUR)
         Keldai = ASS

NURASS Enterprise


Soalan 23: Kena raba hati untuk namanya disini.
           Perlu ke asana ke sini bila nak cari jawapan ini.

Jawapan: Raba hati = ABARATHI
         ABAR (Rombak) = Raba
         ATHI ( Rombak) = Hati


A.BARATHI Enterprise

Soalan 24: Kalau nak cari sesuatu dari masa yang laluy pada nama                ini.
           Atur balik sususnannya, jawapannya pasti jumpa disini.

Jawapan: Masa yang lalu = SILAM (mix) = MASLI


Masli Sdn Bhd


Soalan 25: Cuba tunjuk sesuatu tajam dilokasi ini.

Jawapan: Tunjuk = Point
         Tajam = Pin


Kedai Jam Pin Point Trading


Soalan 26 : Kalau nak berhubung, carilah mereka dari angkasa lepas.

Jawapan: Berhubung = Internet
         Angkasa Lepas ( UFO dari angkasa lepas)


UFO Internet Cafe


Soalan 27: Rombak dan atur balik untuk mencari Kartunis tempatan                yang dipanggila Roman disini.

Jawapan: TAMAN
         ALOR

Hint:    Kartunis tempatan = LAT
         A ROMAN ( Lat)


Taman Alor 


Soalan 28: Mungkin banyak juga pekerjaan disini dirombak.

Jawapan: Pekerjaan = Jobs

         Mixed up = OSJB


OSJB


Soalan 29: Cuba cari Makhluk Asing yang Berdosa bersembunyi dinama              ini. Mungkin kena pecah dan atur balik susunannya nanti.

Jawapan: Makhluk Asing = ET
         Dosa = SIN

         T I E N S


TIENS


Soalan 30: Seperti petua yang lalu, anda mungkin akan jumpa sesuatu            tajam bersama tikus yang dirombak pada papan tanda ini.

Jawapan: Sesuatu tajam = PIN
         Tikus= RAT ( dirombak ) = TAR


Kedai Buku PINTAR 


Servis Motor SYM 200



Salam semua pembaca,

Motor SYM 200 atau aku panggil sebagai "siput gondang" nie aku beli September tahun 2014.. Hampir setahun berlalu, tapi meter mileage baru cecah 6000 km... banyak bertapa di tingkat 2 tu haaa...gilir-gilir guna dengan motor LC...rasa bosan itu pakai ini...macam tu laa lebih kurangnya...

Apapun motor nie memang sedap dan pick-up, cuma disebabkan body dia yang besar menyebabkan sering tumpas di kesesakan jalanraya memandangkan dalam keadaan tertentu susah nak cilok sana sini...tapi setakat highway atau pun jalan clear, memang sedap dan stabil. Paling best, barang-barang boleh simpan selamat bawah seat. segala macam harta karun, beg, baju hujan, helmet dan sebagainya boleh sumbat bawah tue...

Disebabkan dah mencecahkan 6000km, motor ni kena servis biasa termasuk servis CVT supaya lebih lancar perjalanan dia. So ini pengalaman pertama servis CVT dijalankan. 

Servis dibuat di Chuan & Cycle Trading Sdn Bhd University Garden, Kelana Jaya. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa kerja-kerja servis dijalankan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Minyak 4T

Siap sedia untuk dibedah

Setelah belt dikeluarkan. Belt masih dalam keadaan baik





Kerja pemasangan semula


Bil servis motor

Total semua servis hampir RM130... Fuhhh... boleh tahan...Service CVT pun dah naik, sebelum ini survey kedai yang sama dalam RM25. Kebetulan masa check, air filter pun dah agak kotor dan mengeras...so alang2 servis tu tukar laa sekali... Untuk tukar belt pula kedai nie charge RM115 sekali upah. So get ready bila dah cecah 12,000 KM nanti...

So harap member2 diluar sana boleh kongsi pengalaman tuan/puan dalam servis motor SYM200 nie...Mungkin mahal atau murah tidak dapat laa diceritakan sebab cuma tau kedai ini je yang terdekat dengan rumah. Selain itu motor memang beli dengan kedai ini dan Authorize Dealer motor SYM dan semestinya semua alat ganti adalah original.

Mungkin ada rider2 yang nak kongsi dan recommend kedai pun boleh tinggalkan komen dibawah. Bersama-sama kita berkongsi info. Sharing is caring...

Salam....

Info tambahan:

Brader pomen nie bagi tips:

-jalan pulas max masa mula2 nak jalan, tapi pulas dalam keadaan biasa supaya motor tak bergerak mengejut.. sebab boleh merosakkn motor... pickup memang pickup, tapi kalu dah meragam...jahanam...

-untuk letak kaki penumpang belakang, kalau nak buka, tekan dulu sebelum tekan punat atas tuu... sebab sekiranya kita asyik tekan direct macam tuu... nanti lama2 spring dia longgar dan pemijak tu takkan rapat... kalau nak tukar kena 1 set...so kalau nak tahan lama ikut nasihat2 nie.

-tukar minyak hitam dan minyak gear ikut tempoh masa... insyaAllah motor akan dalam keadaan baik.

Wednesday, September 9, 2015

Ultras Malaya mengamuk di Stadium Shah Alam!!!




Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi dicemari dengan tindakan diluar kawalan oleh pihak Ultras Malaya yang cuba memberi mesej kepada pihak FAM di atas kekecewaan para peminat bola sepak tanahair yang kecewa dengan kemerosotan pasukan bolasepak Malaysia.

Walaupun pada awalnya geng Ultras Malaya ini tidak duduk dalam satu kumpulan seperti kebiasaan tetapi mereka duduk merata di dalam stadium. Sehinggalah pada penghujung babak pertama dalam minit ke 40 mereka mula bergerak untuk membentuk satu kumpulan yang besar sambil menyanyikan lagu yang menghentam FAM.

Berikut adalah antara visual amatur yang sempat dirakam semasa bergerakan ahli-ahli ultras Malaya yang bergerak beramai-ramai dari setiap pelusuk stadium untuk berkumpul dalam satu kumpulan di penjuru stadium.

Ini mungkin salah satu tanda sabotaj oleh pihak Ultras Malaya kepada pihak FAM dan pihak keselamatan juga tidak dapat membuat apa-apa memandangkan mereka bergerak dalam satu kumpulan yang agak besar.

Apapun kita tunggulah apa hukuman yang akan diterima oleh Malaysia dari pihak FIFA kerana kegagalan mengawal penonton sehingga berlakunya kejadian yang tidak diingini. 

Pihak pengurusan Stadium Shah Alam pasti mengalami kerugian memandangkan banyak kerusi yang mengalami kerosakan di atas tindakan liar ini.




Waktu Operasi Kaunter Serahan Tingkap Pejabat Pos Kelana Jaya



Perkhidmatan Pos Malaysia masih lagi relevan digunakan buat masa sekarang walaupun ia dicengkam dengan dunia IT dan Komunikasi yang lebih pantas dan cepat. Bagi peniaga2 Online ia adalah satu keperluan untuk memastikan barang-barang yang dihantar selamat selamat sampai kepad pelanggan.


Menyebut berkaitan penghantaran barang, kadang-kadang abang-abang Pos Malaysia tidak dapat menghantar barang yang dihantar kepada owner kerana tiada penghuni berada di alamat tersebut, maka dia akan tinggalkan 1 Notis pemberitahuan untuk kita menuntut barang/surat berdaftar di Kaunter Serahan Tingkap di Pejabat Pos yang dinyatakan.

Untuk memudahkan tuan dan puan, POS Malaysia cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya terletak berhampiran dengan Dewan Gemilang Yayasan Felda.

Pejabat POS Malaysia Kelana Jaya


Lokasi Kaunter Serahan Tingkap

Alamat:


POS Malaysia Kelana Jaya

No 2, Jalan SS 6/2
Ss 6
47301 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia


Waktu Operasi untuk Kaunter Serahan Tingkap:

ISNIN - JUMAAT: 8.30 PAGI - 5.30 PETANG
SABTU         : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG

No Tel: 03-78030263

(Sabtu minggu pertama tutup)
Ahad/Cuti Umum : TUTUP


Tuesday, September 8, 2015

Helmet J-Force II Jack Red terjual dengan harga RM47K


Hebat....tahniah anak muda... Helmet J-Force II Jack Red dengan harga RM47K...bukan RM4.7K tau... Hanya jiwa motor saja yang memahami isi hati mereka...

Ramai yang tertanya-tanya akan helmet semahal itu?

Tapi cuba google skit... tgk dia punya harga... fuhhh...



Jadi tak heran kalau helmet-helmet ini berharga ribuan ringgit... sebab limited edition dan permintaan yang tinggi dari kaki-kaki motor... so lepas ni jangan pula pandang rendah tengok helmet mat-mat motor nie... sebab mungkin boleh bayar sebijik kereta perodua... huhuhuhu..

Apapun mereka memang terbaik...

P/S: Aku hanya mampu pakai helmet RM100++ je... Asal lekat dikepala bukan diraga motor...

Kalau dah minat, kasi angkat laa...

Cer tengok list nie:

Shoei J-FORCE II (Secondhand) ---
J-Force II Hitam - RM2050
J-Force II Silver – RM2450

J-Force II Grey – RM2550
J-Force II Putih – RM2100
J-Force II Putih Mutiara - RM2200
J-Force II Maroon - RM3500
J-Force II Biru - RM3700
J-Force II Kuning - RM4300
J-Force II Oren – RM8000 (NOS) secondhand RM5000
J-Force II Jack Hitam – RM4900
J-Force II Jack Silver – RM6000
J-Force II Jack Biru – RM7000
J-Force II Jack Grey - Unknown estimate around RM22000 – 4-5 biji --
J-Force II Jack Putih – Unknown estimate around RM17000 – 4-5 biji --
J-Force II Jack Merah - estimate around RM40000 – 3-4 biji --
J-Force II Jack Kuning - estimate around RM26000 – 4-5 biji --
J-Force II Kenny Robert – RM6500
J-Force II Factory Kuning – RM7500
J-Force II Factory Biru – RM11000
J-Force II Factory Merah - RM7000
J-Force II Factory Silver – RM6000
J-Force II Factory Grey – RM8600
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Biru – RM12000
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Merah – RM10500
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Merah (NOS) - RM13000 
J-Force II Team Honda Hitam - RM2000
J-Force II Team Honda Putih - RM2100

--- Shoei J-Stream (Secondhand) ---
J-Stream Yamaha Biru - RM4500
J-Stream Yamaha Merah – RM4000
J-Stream Yamaha Silver - RM3200
J-Stream Polaris Merah - RM3000
J-Stream Polaris Biru - RM3000
J-Stream Polaris Kuning – RM5000
J-Stream Polaris Grey - unknown estimate RM5000 - RM10,000 
J-Stream Polaris Hitam – RM2450
J-Stream Polaris Putih – RM2500
J-Stream Honda Merah - RM2000
J-Stream Honda Silver - RM2000
J-Stream Amo Hitam - RM1550
J-Stream Amo Putih - RM1600
J-Stream Couture - RM1600



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...