Tuesday, September 13, 2011

Koleksi Raya 2011


Sarah bersama baju kurung ada butterfly...mcmmana bunyik butterfly.."syhhhhhh"katanya...


Berparut di pagi raya gara-gara terkena getah buah pauh sehari sebelum raya..tu laa orang sibuk kait buah pauh, sarah sibuk kutip pastu terus nak gigit buah tue...


Ameer suka makan satey...berbaju melayu tanpa songkok dan sampin...( dah tak muat rupanyaa..hahahha)


Adik-beradik hafiza (Belakang: Kak Jea. Abg Yer,Kak Nor, Fiza)
(Depan: Abg Pauzi, Mek, Kak Nik, Abg Aziz)
Tiada didlm gambar: Kak Ni


Cucu perempuan


Cucu Lelaki



Mama dan Sarah yang tak boleh dipisahkan

Salam Aidilfitri 2011



Tahun nie kami beraya di Kota Bharu, Kelantan.. Start cuti 25 ogos sampai 4 september 2011...Bertolak balik dari Batang Kali selepas solat Subuh... Hari Khamis kan ramai lagi yg bekerja..so takde apa yg nak dirisaukan..

Perjalanan sangat lancar cuma di Bukit 7 je sedikit perlahan kerana ada 2 treller panjang yang sama2 konvoi...dan lagi cemerlangnya, kereta semua yg kat belakang pun sama konvoi untuk memeriahkan lagi...Lama jugak la nak tunggu turn potong lori tuee..

Sempat juga berpuasa di Kelantan, dapat la merasa juadah2 istimewa kat sana..Kami tak berjalan sangat pun pasal jalan jem sana-sini.. sampai sanggup naik motor dari kedai lalat ke kota bharu nak carik tudung raya!!..hahahaha...

Sambutan raya kali ni agak meriah juga pasal semua adik beradik mama ada kecuali kak Ni yang beraya di Sabah..Seronok bila ameer dan sarah jumpa semua sepupunya di sana..

Cuma kali nie, ameer dan sarah demam masa nak raya tue..memang sikit moody laa dan sentiasa meragam...yang paling teruk si sarah..terpaksa 2 kali pergi KBMC untuk check dengan doktor, dan hampir kena tahan wad...tapi memandangkan tempoh masa yang terhad nak kena duduk kat wad kanak2..kita ikhtiar makan ubat kat rumah dulu...

Syukur ada perubahan walaupun kena ambil masa yang lama untuk baik...

Bertolak balik hari Sabtu..seawal 3 pagi bangun untuk siap2kan barang2 dan punggah masuk dalam kereta..dan bertolak pukul 4.30 pagi..jalan memang tenang dan selesa..walaupun kereta banyak yg dah berkonvoi bersama...6.45 pagi solat subuh di RnR Gua Musang...kira ok la tuuu top speed...

Masuk pahang semua clear kecuali nak masuk Bentong pasal MB dia buat open house kat bandar bentong tu..dewan dah la tepi jalan..so sedikit sesak nak masuk situ...lain2 semua jalan clear sampai Batang Kali balik..sampai mendarat kul 12++...time yg ideal masa travel dimusim raya...kalau tak, ada yg makan jem 12-14 jam atas jalan...syukur alhamdulillah...

So misi untuk mengelak jem di jalan-jalan panas ni beraya untuk musim raya tahun nie...so kepada mereka yg terpaksa meredah jem yang teruk dan sendat..silalah rancang perjalanan anda, anda mampu mengubahnya...hehhehee...


Thursday, June 16, 2011

Serangan Siber ke laman web kerajaan.


Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam. Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.

“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM. Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan.


wow..dari 51, 41 dapat digodam...maknanya hanya 10 sahaja website/portal yang selamat dan mempunyai sistem sekuriti yang baik (setakat ini)...kalau dia nak godam, memang tetap ada jalannya... ;)

Apapun pengajaran kepada sistem admin untuk mengambil berat tentang sistem keselamatan masing-masing...setting laa apa2 yg patut kat firewall tue, tutup la mana2 port2 yang tidak digunakan...

Pagi ini kebanyakkan laman web rasmi milik Kerajaan Malaysia telah diserang. Punca serangan dikatakan oleh tindakan SKMM menyekat access pengguna (internat) dari melayari 10 laman website muat turun. Beberapa laman web tersebut telah di hacked sementara yang lain telah di DOS. Sumber dari news.world.yes.my telah menyenaraikan Senarai Laman Web Dalam Operation Malaysia Yang Digodam (hack) Oleh Hacker Anonymous. Website tersebut ialah:



SabahTourism.com – Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked
Tourism Malaysia – Unaffected
UiTM Penang – Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked
CIDB – Hacked but back up 12:20am
Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am
1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am
Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected
ASEANConnect – DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off
Ministry of Education – DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Unaffected


Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off
Parlimen Malaysia – DoS / Switched off
Malaysian Treasury – DoS / Switched off
University Kebangsaan Malaysia – DoS / Switched off
Jobs Malaysia – DoS / Switched off
Information, Communications and Culture – DoS / Switched off
Human Resouce Ministry – DoS / Switched off 3:59am
National Sports Council – DoS / Switched off
Polis Diraja Malaysia (PDRM) – DoS / Switched off

Sumber:news.world.yes.my

Thursday, May 12, 2011

Cara Untuk Delete/Remove 3rd Party Aplikasi di dalam Facebook

Salam semua,

Entri kali ini untuk berkongsi info berkaitan cara untuk delete/remove 3rd party aplication di dalam facebook yang pernah kita guna dulu-dulu.. Bukan apa sejak 2 menjak 3 menjak ni semakin menjadi-jadi akaun fb digula-gula Hackkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..sebagai contoh HotFM, Oh Media dan lain-lain lagi..kan tak pepasal dah jadi huru hara sekejap...

So sebagai antara langkah berjaga-jaga, boleh la removekan mana-mana aplikasi yang tidak digunakan lagi, kerana ada diantara aplikasi tersebut memerlukan maklumat peribadi diakses oleh pihak luar..Melalui perkongsian dan pendedahan macam menyebabkan banyak ruang untuk pihak tak bertanggungjawab ambil kesempatan.

Berikut antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk dikongsi bersama.


Pilih Account > Privacy Setting


Click Edit Your Setting

Click Remove unwanted or spammy apps.


Next delete je la mana-mana aplikasi dalam list tue..


Harap dapat membantu..Sharing is caring...





Wednesday, May 11, 2011

Ameer reading with Starter Words

Salam semua, kembali lagi dengan entri berkaitan perkembangan ameer untuk pre-school di Genius Aulad Kelana Jaya. Minggu nie ameer dah kena baca buku baru...Untuk Level 1 (Fun at Home), ameer dah habis baca dan beralih kepada level 2 ( I Like to Play ) pula. So dengan semangatnya ameer mengeluarkan buku barunya dan menunjukkan supaya ayah dan mamanya tolong ajar baca.

Ayah kena la balutkan buku ameer ni cepat-cepat, kalau tak nanti cepat rosak kalau dibiarkan macam tue jerk..Ok la tue, umur belum cukup 4 tahun dah boleh baca buku inggeris nie.. nanti sarah kena kalahkan abang yea...baca lagi cepat dari abang buku-buku nie..

Monday, May 9, 2011

Highlights BBC Sport Match Of The Day 2 08.05.10 - Manchester United vs Chelsea


Buat penyokong Manchester United dan Chelsea.. Jangan berdukalara yea.. ;)

Download here.

Free Download Maharaja Lawak (2011) SDTV Astro Warna


Konsep Rancangan

Program terbaru di Astro Warna yang menampilkan bekas peserta-peserta dari Raja Lawak musim-musim lalu untuk bertanding semula demi merebut gelaran Maharaja Lawak. Dengan format 50% dari juri profesional dan 50% undian SMS, mereka akan ditugaskan membuat persembahan untuk kekal sehingga minggu terakhir seterusnya dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Maharaja Lawak akan bersiaran secara langsung bermula pada 1 April 2011, Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna(132). Untuk episod 1 dan 2, Maharaja Lawak juga akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105).

Dapatkan info-info terkini mengenai Maharaja Lawak di laman web rasmi www.astro.com.my/maharaja lawak. Laman sosial Facebook rasmi, www.facebook.com/maharajalawak dan laman Twitter rasmi, www.twitter.com/maharajala

So bagi tidak menghampa orang-orang yang tak melanggan Astro Mustika nie, kita donlot je laa...sama jerk...hahaha..lagi pun seawal pukul 11 malam pun dah ada yang upload dalam youtube..cuma kekadang tu ada masalah audio sikit..

Minggu 1 ( Tiada Penyingkiran )

MKV (412MB)
part 1
part 2
part 3

RMVB (326MB)
part 1Linkpart 2

Minggu 2 ( WAI (Idlan & Kecik) & XN3 Tersingkir )

RMVB (287MB)
part 1
part 2

MKV (388MB)
part 1
part 2

Minggu 3 (R2 Tersingkir )

RMVB (345MB)
part 1
part 2

MKV (421MB)
part 1
Linkpart 2
part 3

Minggu 4 ( Alex Tersingkir )

RMVB (230MB)
part 1
part 2

MKV (288MB)
part 1
part 2

Minggu 5 (Jihan Tersingkir )

MKV (290MB)
part 1
part 2

RMVB (233MB)
part 1
part 2

Minggu 6 ( Tiada Penyingkiran )

MKV (400MB)
part 1
part 2

RMVB (270MB)
part 1
part 2

Pesanan Penaja:
Klik Skip Ad dan teruskan download. Jika file berformat .001.Sila join guna HJsplit.Dan sekiranya format RAR,sila extract guna Winrar @ Winzip.

Friday, May 6, 2011

Premium insurans kereta lama normal

Kenderaan lebih 10 tahun ke PUSPAKOM jika perlu

KUALA LUMPUR: Berkuat-kuasa serta-merta kenderaan persendirian melebihi jangka hayat 10 tahun akan dikenakan kadar premium pasaran normal dan tidak tertakluk kepada bebanan yang dikenakan terhadap kenderaan berisiko tinggi.

Serentak itu, pemilik kenderaan persendirian terbabit boleh mendapatkan perlindungan insurans di semua penanggung insurans dan pejabat pos seluruh negara.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan semalam turut mengumumkan penanggung insurans memberi komitmen untuk menyediakan perlindungan kepada motosikal ditajajamin Insuran Kenderaan Berkelompok Malaysia (MMIP).
“Sehubungan itu, penanggung insurans harus memberitahu pelanggan mereka sama ada perlindungan insurans motor yang ditawarkan, disediakan oleh pihak penanggung insurans atau MMIP.

“Selain itu, kenderaan melebihi 10 tahun atau ‘kenderaan tersisih’ hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) jika kenderaan terbabit dianggap berisiko tinggi,” kata kenyataan itu.

Pada tahun 2009, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak bercadang membatalkan perlindungan insurans bagi kereta lama dan kenderaan berharga bawah RM10,000.

Perdana Menteri berkata, kesukaran orang ramai mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah disebabkan syarikat insurans menanggung kerugian berikutan kos tuntutan tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium dikenakan.
BNM berkata, bagi memastikan hak pengguna dilindungi, pihaknya melarang penanggung insurans daripada memaksa pelanggan mereka supaya membeli produk bukan motor sebagai syarat untuk mereka menjual perlindungan insurans.

Katanya, langkah itu adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baru.

Sumber: 4 Mei 2011 ( Berita Harian ) Please Click Skip AD after 5 second ;)

Ini untuk rujukan aku, senang nanti nak renew insuran keta / motor takde la kena kencing selalu..

Thursday, May 5, 2011

Pre School Programme FEE Structure Genius Aulad


OPTION A (Full Payment of Material Fee)

  • Registration RM100
  • Annual Admission Fee RM220
  • Material Fee (1st Term) RM198
  • Material Fee (2nd Term) RM220
  • TOTAL RM738

OPTION B (Part Payment of Material Fee)

  • Regsitration RM100
  • Annual Admission Fee RM220
  • Material Fee (1st Term) RM198
  • TOTAL RM518

Balance of material fee (2nd term) RM220 to be paid by 20th may of the year.

Monthly Fee: January to November ( by 5th of every month) = RM238.

Uniform: (Quantity Optional) =RM38.

Tuesday, May 3, 2011

Sudah empat tahun la


23 April 2011 yang lalu, genap 4 tahun sudah ayah dalam perkhidmatan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia...Pelbagai pahit manis semasa berkhidmat disini.. Walaupun berbagai kisah yang tidak berapa enak untuk didendangkan berkaitan JKDM nie..dan pandangan serong terhadap kakitangan Kastam diseluruh Malaysia.. Tapi ia bagaikan penyuntik semangat untuk berkhidmat dengan penuh integriti dan membawa jabatan dalam mencapai misi dan visinya..

Apapun 3 bulan di Unit Penguatkuasaan Cukai Dalaman JKDM WPKL dan selebihnya bersama Unit tugas-tugas Khas GST hingga sekarang, banyak yang dipelajari dari mantan-mantan dan juga bos-bos yang banyak berkongsi pengalaman dan ilmu yang berguna.. dan sesungguhnya banyak lagi yang perlu dipelajari dan dikongsi bersama..Walaupun ada kerugian tidak bekerja secara khusus dalam perkastaman, tetapi kita kena percaya..setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas dan bersungguh, pasti Allah akan membalasnya...

Sebagai contoh semasa mengambil peperikasaan PTK untuk sesi terakhir tahun 201o, memang sangat terasa keperitan untuk menduduki exam tersebut kerana terpaksa study sendiri kerana tidak bekerja berkaitan perkastaman..tiada pengalaman secara rasmi dalam tugasan harian, hanya berdasarkan pengetahuan dari pembacaaan dan juga sikit2 ilmu masa berkursus di awal-awal berkursus asas dahulu...selebihnya kena bertanya kepada bos-bos yang sporting...kalau kerja IT semata-mata memang satu cabaran besar la untuk menjawab soalan kastam nie...Tapi itulah cabarannya..

Apapun banyak lagi masa yang perlu dilalui..semoga akan terus berjaya dalam kerjaya ini. Amin

Ameer Yusuf - Bukan Maharaja Lawak

Kisah ini berlaku semasa ayah sedang memandu kereta ketika pulang dari KL..Pada masa tu sedang melalui Jalan Parlimen yang ada banyak pokok-pokok di kawasan taman tersebut..So macam biasa la, ameer yusuf ni banyak sangat tanya itu dan ini..Ye laa, semakin banyak yang hendak ditanya dan ingin dia tahu...semuanya mesti kena ada reason dan penerangannya..kalau tak pasti lagi banyak persoalannya..

So bagi nak melekakan dia..ayah pun suruh la ameer cari burung atau pun rama-rama kat sekitar tepi jalan tue... so ameer dengan bersungguh mencari "sesuatu" yang boleh diperkatakan...dan ameer pun berkata " takde burung la ayah tapi ada monyet jer"...

Ayah pun tanya lagi" mana ada monyet duduk tepi jalan, kalau ada macam mana bentuk monyet??"...ayah saja nak tengok pemahaman ameer yusuf tentang apa yang dia cakap,,,

Ameer pun balas balik " Apa la ayah nie, bont*t monyet pulak...." sambil dia tergelak-gelak...

Ayah pun betulkan balik pemahaman ameer " Bukan bont*t la ameer, tapi bentuk.... bentuk ni rupa....apa rupa monyet"....

Ameer berkata "Ooooo...rupa..betul laaa ayah, ameer kata monyet..sebab dia ada tali...." dengan nada konfidennya dia bercakap...

Ayah kehairanan " Bertali?? bertali apanya ameer oiii" ayah pun konfius gak apa yang dia maksudkan..

Ameer dengan yakinnya.." Ye laa..ada tali dekat bont*tnya...terjuntai-juntai tali dia...

Ayah .."???????...hahahaha... itu bukan tali sayang oiii..itu adalah ekor monyet tu laa..."

Ameer "OOOoooooo..ekorrrr"...sambil mengangguk tanda faham....

Paling menarik bila cara ameer menerangkan apa yang dia nampak dan menggunakan apa yang dia faham..cuma kita yang kena perbetulkan mana yang betul mana yang salah..tapi adegan benar ni memang membuatkan ayah dan mama tergelak melihat keletah anak lelaki ayah nie...lepas nie kita layan pulak si sarah amelyn pula,...huhuhuhu

Kunci ke Ivory 2, Kota Emerald, Rawang Part II


Secara rasminya koleksi kunci rumah telah dimiliki pada 28 April 2011.. Ramai juga yang dah galak membuat renovation di kawasan rumah masing-masing.. Macam-macam style yang diaorang dok buat mengikut cita rasa masing-masing.. Untuk unit kami, biarlah dahulu keadaan standard..nanti pelan-pelan la kita buat satu persatu...

Rasa damai jugak kawasan kat sana..berdekatan dengan kawasan bukit dan kawasna padang golf..lagi pun tak jauh dari exit Tol Rawang...Selain itu, ada jalan alternatif sekiranya jalan utamanya sesak sangat kerana Emerald West bersambung ke Emerald East melalui satu jambatan merentasi highway...Tapi jalan ini untuk penghuni emerald sahaja..

Berhampiran jalan masuk ke kawasan Kota Emerald nie...Tersergam kawasan Anggun yang telah siap dan mula diduduki..memang cantik dan eksklusif.. Dan dalam pembinaan adalah Anggun 2... Dan yang paling utama adalah projek pembinaan Jusco yang sedang rancak dijalankan.Value hartanah dan juga rumah kat situ mesti naik dan bagus untuk dijadikan aset.

Tempiasnya juga akan dapat pada kawasan disekitarnya. Cuma diharapkan jangan la sesak kat jalan masuk tu nanti...

Ivory 2, Kota Emerald, Rawang Part I

Orang kata antara saat yang paling seronok adalah bila mendapat kunci rumah sendiri..memang teruja nak melangkah ke rumah sendiri..tak sabar rasanya menunggu 28 April 2011 untuk pergi mengambik kunci rumah...Dan akhirnya segala penantian berakhir... Janjitemu jam 2.00 petang di Pejabat Jualan, Kota Emerald West.

Tapi disebabkan kesesakan di KL setelah berjalan-jalan dulu ke Sunway..so sampai lewat dalam pukul 3 petang... Brother yang jaga site dah kemana perginya so terpaksa ambil kunci sendiri dan buat pemeriksaan sendiri... Tapi mujur la, dapat call balik dan ada wakil dari developer untuk membuat inspection kat rumah tue.. masa ni la nak complaint kalau ada masalah apa-apa ataupun tak berkenan dihati...

So far tak banyak sangat cacat celanya cuma ada beberapa bahagian yang perlu ditacap kemas semula dan juga beberapa bahagian yang perlu dibaiki. Bahagian-bahagian lain nampak ok dan berpuashati..Kena tunggu sebulan untuk kerja-kerja pembaikan. Segenggam kunci diuji satu persatu disetiap pintu untuk memasti semuanya dalam keadaan baik dan berfungsi.. Kebetulan pula pada waktu petang itu, hujan turun dengan lebatnya..Ini sangat bagus pasal boleh juga tengok kalau ada sebarang leaking/kebocoran di dalam rumah..

So untuk entri kali ni kita cuma paparkan pemandangan dari luar dahulu untuk kawasan Ivory 2 nie...so next entri baru kita tengok dalam pulak,..hehehe ;)

Permandangan dari luar rumah

Permandangan dari arah kanan rumah.

Permandangan dari arah kiri rumah.

Ruang parkir kenderaan

Dari arah depan

Misi ke Pantai Port Dickson

Satu lagi tugasan yang perlu dijalankan.. tugasan untuk aktiviti mama ke Port Dickson..So seperti biasa ayah, ameer dan sarah pun kena join sekali ke sana.. Perancangan bermula 30 April 2011 (Sabtu) bertolak pukul 12.30 tengahari.. Disebabkan masa nie public holiday dan ditambah dengan cuti gantian Hari Pekerja pada hari isnin, maka hotel kebanyakannya penuh...memang payah jugak nak dapatkannya..tapi mujur la ada Sunshine Bay Resort Port Dickson.. apartment pun ok laa dari takde...kalau kena duduk dalam keta baru haru biru....

Ok la jugak ada 2 bilik cuma privacy agak kurang sikit la pasal ramai orang..kalau nak mandi kolam tue memang kena fikir banyak kali..sampai nak penuh dalam tu orang berkubang...sampai payah nak cari ruang nak menyelam..hahaha...xpelahh kalu gitu, baik mandi laut....

So ayah bawak anak-anak ayah mandi je kat tepi pantai tue..cetek je kawasan tue..biasalah pantai PD ni pantainya jenis landai..so petang tu apa lagi berkubang sakan laa..pakai bot pelampung sorang satu mandi...sarah dan ameer memang excited tak hengat la main air...lepas main air, main pasir pulak...dah puas main pasir, turun masuk dalam air balik...

Malam tue mama ada annual dinner kat Hotel Selesa Port Dickson...So mama pergi la ke sana bersama kawan-kawannya..so anak-anak ayah kena tinggal ngan ayah kat bilik...adeh jadi Mr. Mama lagi la jawabnya... pening kepala bila ameer nak ikut mama dia..siap dah lari ke pintu lif nak ikut...mujur la lepas tu tertidur, kena pulak tv takde siaran...balik-balik siaran RTM1 je boleh tgk... yg lain punya siaran macam tgk dalam gua....nak buat macamne tempat bajet..hahaha..xpelah kira ok la tue...

Esok paginya turun laut lagi...kali bawak kamera sekali..dapat la snap serba sedikit buat kenangan... air baru nak pasang, so jauh ketengah sikit... pantai ni tak privacy pasal orang luar pun boleh join sekali mandi manda kat situ...lepas puas main-main air, balik bilik dan terus kemas barang.. check-out pukul 11.30 pagi...tue pun dah ramai orang Q nak masuk..huhuhu...

Berikut adalah antara gambar-gambar kenangan yang sempat dirakamkan....


Bermanja-manja sebelum nak masuk dalam air


Sarah tersenyum girang


Operasi korek pasir


Sarah berlari sana sini kejar air ombak


Ameer sedang buat istana pasir


Berposing ala pirate- sempena dinner mama malam tadi


Sarah senyum simpul





Thursday, April 21, 2011

Teknik Langgan ASTRO Mustika Secara Percuma




Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.

Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.


Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.

Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak percaya gak. Tapi balik rumah aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!


Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.


1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK.

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK.

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:

i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika< ruang >< ICNo > ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.


Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...

Takkan aku sorang jer terkena kan...


p/s : jgn marah2 erk...lawak2 jer ..hahahahaha..mesti sume angin jer nie..hahahaha

Wednesday, April 20, 2011

Susu punca batuk dan kahak?

Salam semua..

Entri kali ni nak berkongsi kisah si tembam kami bernama Sarah..Baru-baru nie dia demam yang berulang-ulang...memang kesian bila tengok dia batuk yang berkahak.. nak buang tak pandai nak keluarkan.. kekadang kalau malam sampai tak dapat nak tidur..dan mula la dia meragam kerana mata dah mengantuk tapi batuk gatal tu tak hilang-hilang...tu yang kekadang siap muntah..

Bila berlarutan beberapa hari.. ayah dan mama pun mendapatkan khidmat dan nasihat bersama Dr. Nik Muziana... Dan setelah melihat symptom-symptom yang ada pada sarah, doktor menasihatkan menukar susu yang biasa digunakan. Kemungkinan besar Sarah nie alah kepada Laktosa yang ada pada susu lembu nie..Apa lagi, doktor Nik pun siap bagi sample 3 jenis susu berlainan: Nutren Junior, Pediasure dan Isomil Plus..Semuanya berasaskan susu soya.

Nutren Junior


Pediasure

Isomil Plus

Setelah diuji dan dirasa oleh sarah dengan sample yang banyak diberikan oleh doktor tue, Sarah hanya boleh minum susu pediasure dan Nutren Junior. Dan untuk mendapatkan bekalan susu nie, Pediasure ni memang senang la nak beli, Speedmart99, Giant, Tesco dan sewaktu dengannya memang ada. TAPI untuk Nutren Junior memang susah nak dapatkan dipasaran. Cuma ada kedai Farmasi terpilih ( Guardian takde ) sahaja dan juga kedai khas jual barangan penjagaan baby.

So bermula bulan nie Sarah terpaksa la menggunakan susu baru iaitu Pediasure untuk mengurangkan lendir dan kahaknya kesan dari laktosa dalam susu lembu nie..harap ianya berhasil..

Rezeki Sarah nak minum susu mahal...dulu ameer minum susu Enfa , ayah dan mama rasa dah mahal dah.. rupanya Sarah nak susu lagi mahal dari abang dia..hehehe.. apa-apa sajalah asalkan sarah sihat dan bertambah baik.. Pandai-pandai la ayah dan mama berjimat cermat.. Oklah nanti kita survey harga terkini susu-susu diatas.

Monday, March 28, 2011

Genius Aulad : Trip to Taman Warisan Pertanian Putrajaya

28 Mac 2011 ( Isnin ) - wow..hari nie ameer yusuf ada trip Genius Aulad Cawangan Kelana Jaya ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya..seronok benar dia nak pergi ke sana... ayah dan mama masih belum pasti nak lepaskan dia pergi atau tak...ye laa, kecik lagi, nak bawak diri tue belum tentu lagi..tapi takpelah, biar sekali sekala dia berjalan sama dengan kawan-kawan dia...

So perkara yang diperlukan untuk pergi rombongan seperti di dalam message book dia catatkan:
  • T-Shirt putih
  • Seluar panjang/trek
  • Good morning towel
  • Baldi kecik
  • Baju extra
  • Air botol
Semalam tindakan untuk persediaan tersebut:
  • T-Shirt putih - dah ada walaupun bukan la warna putih sangat pun...hehehe
  • Seluar panjang/trek - dah beli kelmarin..nasib ada saiz.
  • Baldi kecik - dah beli semalam, walaupun tak kecik sangat...tu je yang ada.
  • Baju extra - Yang ni xde masalah.
  • Air botol - Air Ribena sebagai bekalan.
Disebabkan sarapan dan makan tengahari disediakan, so tak payah la bawak duit. Hantar seawal 8 pagi tapi bertolaknya lewat juga lebih kurang 8.30 pagi baru bertolak... biasalah budak-budak kecik ni bukan senang nak handle... ke sana ke sini teacher nak menguruskan.

Ameer dan kawan-kawannya satu kelas yang dipimpin oleh Teacher Sue akan naik van. So senang la dia nak handle berbanding bebudak yang naik bas persiaran tue..memang pening tengok gelagat bebudak nie..ameer senyap ajer duduk dalam row ke-3..ermmm..sama saiz je budak 4 tahun sekarang...hahaha...

Sampai pukul 1 tengahari, tapi ayah dah sampai kul 12.30 tghri. Patut la takde sapa-sapa pun..semangat betul ayah nak jemput ameer balik..adeh...pergi tengok notis kat depan sekolah, rupa-rupanya kul 1 daa...so terpaksa la ayah balik dulu dan datang balik kul 1 tengahari tue.. ingatkan dah sampai, rupa-rupanya jalan jem..lambat la sampainya..

Turun je dari van, mereka beratur untuk naik ke sekolah mereka dahulu untuk makan tengahari..so kene tunggu lagi la, dalam pukul 2.10 baru la diaorang keluar.. ameer pun macam biasa pun keluar kelas.. ayat pertama yang keluar dari mulut dia.." Baldi ameer dah hilang..." huhuhu... takpe la ameer, baldi tu hilang takpe, jangan ameer yang hilang udah ler...

Lepas tu terus hantar pulang ke rumah mama Kam ( pengasuh ameer dan sarah ), mesti letih sangat tue... air kotak pun habis dibedalnya tadi.. so tak sabar nak tunggu cerita dia malam nie...
Seronok atau tak...tapi ayah rasa mesti dia seronok pasal sampai hilang entah kemana baldi yang baru beli semalam...hahaha...

Ok laa.. next trip..tak tau la pergi mana puloppp....

p/s- gambar akan menyusul kemudian.

Monday, March 14, 2011

PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?

Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?

BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kodidentifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayiseperti berikut:
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan denganperkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’ .

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?

BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
  • KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
  • KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
  • KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahanbahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.
7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingk at k epada s emua pihak unt uk ‘phasing out’ bot ol s usu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?

Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :

i. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan
pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
ii. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu
bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
iii. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
iv. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya
terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat. Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?

Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.

Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?

Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.

18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?

Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?

Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini. Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.


Sharing is Caring

Sumber: KKM

PANDUAN SISTEM KOD IDENTIFIKASI PLASTIK

Salam semua,

Ramai antara kita yang mengambil mudah kod-kod yang dicetak dibotol-botol dan bekas makanan...ye la tak ramai yang nak ambik tahu tentang perkara ini..Yang biasa yang kita buat, selagi boleh guna, kita guna sampai rosak/jahanam ( ops macam kasar pulak ). Tapi tahukah anda bahawa setiap kod-kod bernombor ini mempunyai maklumat yang penting juga untuk kegunaan seharian kita.

Kebanyakan bahan pembungkus atau bekas makanan / minuman plastik diperbuat daripada enam (6) jenis resin yang biasa: polyethylene terephthalate (PET atau PETE), high-density polyethylene (HDPE), polyvinyl chloride (PVC atau V), low-density polyethylene (LDPE), polypropylene (PP) dan polystyrene (PS). Setiap jenis resin ini diwakili oleh ‘nombor’ di bawah Sistem Kod Identifikasi Plastik.

Sistem kod ini telah dicipta oleh The Society of Plastics Industry (sebuah persatuan perdagangan di Amerika Syarikat) pada tahun 1988 bagi tujuan kitar semula. Sistem kod ini terdiri daripada Nombor 1 hingga 7. Setiap nombor pada simbol kitar semula tersebut menunjukkan jenis-jenis bahan plastik yang digunakan untuk menghasilkan pembungkus atau bekas makanan dan minuman plastik.


Sharing is Caring

Sumber: Sini

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Sharing is Caring


Sumber: Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my


Korang dah baca ke? kepada ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak, sila tengok botol susu anak masing2..mana la taukan......semoga kita ingat mengingati antara satu sama lain..

Sumber: Berita Harian

Friday, March 11, 2011

Tsunami: Melanda Jepun

Hari ini dapat berita dari negara Jepun yang telah mengalami gegaran gempa bumi berukuran skala 8.9 magnitud...dan menyebabkan tsunami setinggi hampir 10 meter..bila tengok gambar dan video-video tu, naik seram pulak..

Semoga semua mangsa-mangsa dan rakyat Malaysia yang berada di sana juga dalam keadaan selamat dan mendapat bantuan segera..

macam-macam bencana sekarang ni berlaku..lepas satu, satu Allah nak uji kita...


Petikan dari SafeeSalee_10 Official


Sehinggakan di Indonesia juga telah dikeluarkan amaran bencana Tsunami nie.. kepada semua penduduk dipersisiran pantai terutama di Sabah/Sarawak supaya bersiap sedia untuk menerima arahan seterusnya.. Semoga kita semua dilindungiNya.

Cuti Sekolah Bermula...12 hingga 20 Mac 2011

Salam Jumaat...

YEahhhh..cuti sekolah bermula...seminggu beb... asal plak aku yang happy..patutnya ameer yang happy..tapi ameer muka mencuka ajer pasal tak dapat pergi school...balik sekolah tengahari tadi mengamuk kat rumah pengasuh..sebab next week dah tak sekolah..apa punya pesen laa...

So next week ameer yusuf dan sarah amelyn akan duk rumah mama Kam yea..so takde la terkejar sana sini yayah nak hantar dan jemput ameer ke sekolah..

penat...

tapi yayah akan susun jadual ameer untuk seminggu ni supaya dia tak bosan duk kat rumah..walaupun yayah dan mama tak dapat bercuti, kita study sama-sama macam biasa k.... adam and Dina...buku wajib setiap kali nak belajar..

Sooo selamat bercuti kepada mereka yang bercuti sakan yea...hati-hati...

jumpa lagi...

Tempoh Saman dilanjutkan lagi selapas 10 Mac 2011?

Salam semua,

Saman..saman dan saman...beratur panjang...merungut..dan sebagainya...salahkan sistem komputer bermasalah...minta penangguhan.... itulah mentaliti rakyat malaysia yang tidak habis-habis dengan tabiat buruk...last minute punya kerja!

Tak salah aku kerajaan memberikan penangguhan sejak tahun lepas lagi sehingga la 28 Februari 2011...dan oleh kerana sayangnya kerajaan kepada rakyat jelatanya ditambahkan lagi "diskaun" selama 10 hari lagi... tapi macam tue laa...hari yang terakhir jugak la yang sesak bangat... aku dah jangka dah..tambah 100 lagi sekali pun , hari terakhir jugak la dia duk beratur...punya banyak masa telah diberi...entah laa, nak komen panjang pun tak guna...tapi sendiri mau ingat laa.. akan nak dah berak, baru terhegih-hegih gali lubang...

Apapun terpulang la kepada kerajaan untuk menyenaraihitamkan pesalah trafik nie.. pada aku secara peribadi amat bagus untuk mendisiplinkan pemandu-pemandu "berhemah" rakyat Malaysia nie... cuma berkaitan saman ekor, adalah lagi molek kalau lepas detect laju tue, polis tahan kat depan..bagi surat saman terus... kalu ekor-ekor ni kekadang makan hati berulam jantung jugak bila dapat...huhuhuhu..

Cerita banyak tak guna...yang penting, berhati-hati dijalanraya dan lebuhraya...

Thursday, March 10, 2011

Perkembangan Persekolahan Ameer

Waahhh semangat betul untuk berblog hari nie..hahaha..azam baru ke...??

Bercerita tentang sekolah ameer, ermmm sudah masuk bulan ke-3 ameer bersekolah di Genius Aulad.. Alhamdulillah banyak dah perubahan yang berlaku...semakin banyak benda yang dia belajar kat sekolah agaknya... Kalau dulu malas nak belajar sangat, sampai kena paksa tapi sekarang sudah rajin..dan terlebih rajin.. samapai yayah dan mama penat nak mengajor dah..

Buku faveret tentulah reading book dia, "Adam and Dina".. Tak sangka baru 3 tahun setengah sudah boleh baca buku tue...walaupun pelatnya masih pekat dan masih susah nak sebut huruf "s" tapi banyak kemajuan yang dia capai...Untuk Iqra pula sedikit perlahan untuk rekod kemajuan bulan Januari tetapi sejak bulan februari, perkembangan positif dapat dilihat dah...baca pun dah lancar satu-satu huruf tue... ustazah pun dah banyak bagi bintang, bunga, layang-layang ataupun aiskrim... lagi laa bertambah semangat bebeudak ni nak membaca kat rumah.. satu teknik yang bagus juga untuk memberi galakan kepada mereka nie..

Kami pula guna pendekatan lain sikit, ameer suka sangat main game online macam Dora the Explorer la..Diego..Puzzle laa...dan macam-macam lagi...kekadang main game yang yayah pun tak reti nak main...paling respek bila dia main game tracking diego tue...game yang menggunakan fikiran untuk bergerak sari satu tempat ke satu tempat lain...yayah tak ajar pun main semua tu tapi mama ada ajar sekali je macam mana nak main..pastu pandai2 la dia main...last sekali, yayah tertengok dia main game tue...perghhh biar betuii budak2 skarang...

Tapi semua tue kena ada syarat... MESTI BACA BUKU DULU...apa lagi, sampai ajer rumah, belum sempat yayah nak letak beg kerja, dah terus ajak baca buku...nak kejar masa la katakan... adeh..penat sungguh nak melawan abangnya nie.. tu belum kita kerenah adiknya Sarah Amelyn tue...

Apapun semasa kecil ni kita mak ayah kena ambil berat tentang perkembangan anak-anak kita nie..cabaran untuk kita membesarkan mereka ni kerana di dalam dunia sekarang ni yang terlalu banyak anasir tidak sihat...bukan setakat diluar sana, malah sumber-sumber juga melalui internet dirumah...berjuta2 website yang tidak bagus untuk perkembangan anak-anak yang ada di luar sana, terpulang kepada kita nak mengawalnya..

Yang penting, kita betulkan diri kita dahulu sebelum kita nak membentuk anak-anak kita...jangan sampai menjadi seperti ibu ketam menyurh anaknya berjalan lurus... perghhh..dah macam "karam singh dilautan" pulak bermadah-madah nie...jumpa lagi dilain masa...

Wassalam..

Rombongan Sekolah Ameer

Salam semua..

Setelah ameer ambil cuti sendiri 2 hari kerana pulang ke kampung di Kelantan,so semalam adalah hari pertamanya ke sekolah..biasalah kalau dah 4 hari bercuti, memang berat sikit la dia ke sekolah..so yayah kena pujuk dengan pelbagai lawak supaya mood dia baik pagi tu..kalu la macam ni,yayah pun bleh pergi ujibakat rajalawak la mcm ni..hahaha..dah hari2 buat task lebih 15minit satu sesi..

Pulang ke rumah, yayah check message book dalam beg ameer..alamak,ameer ada rombongan sekolah la pada hari Khamis 10 Mac 2011. Mujurlah yayah buka buku kali ni, selalunya yayah buku sekolah ameer sahaja..So parent pun kena sediakan RM10 untuk tambang dan RM1 untuk derma masjid..nak tau rombongan pergi mana? Hahaha..tak jauh cuma Masjid Tabung Haji Kelana Jaya..ingatkan jauh..xpe la budak2 kecik susah nk jaga..

Objektifnya sgt baik utk mendekatkn budak2 kepada masjid dan memahami tatasusila di dlm masjid..bagus2 lagi pun dh biasa jg ke surau kt rumah tu..at least dia akan lagi dgr teacher dia ckp apa..

Apapun ameer nangis pagi tadi kerana dia dah cakap awal taknak naik van sekolah. Ameer nak yayah hantar..waduh2..lepas je hantar, yayah terus cabut,takut lagi panjang ceritanya. Tak sabar nak tunggu cerita dari ameer petang karang..hehehe

Wednesday, March 9, 2011

Lelong Kenderaan LucutHak Kastam kembali lagi..


Salam semua,

Buat mereka yang suka bertanya dan tidak tahu cara untuk mengetahui perkembangan lelong kenderaan lucut hak..sekarang telah dibuka tender secara terbuka bermula 8 Mac 2011 hingga 28 Mac 2011..Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah melawati portal kastam seperti berikut.
Info lanjut di http//:www.customs.gov.my atau Klik Sini

Live streaming malaysia vs pakistan 9 mac 2011


Frust sungguh bila tiada live bola kat astro mahupun RTM oleh kerana ada masalah teknikal di stesen penyiaran pakistan...Tidak la dapat jutaan rakyat Malaysia untuk melihat perkembangan terkini bola sepak tanahair..Apapun doa kami kejayaan adalah milik kita...Malaysia Boleh!

Update: 0-0.. Berdasarkan info dari facebook FootballPakistan.Com
Tamat perlawanan: Pakistan 0-0 Malaysia. So, Malaysia layak ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 dgn agregat 2-0. Pusingan kedua akan berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan. Malaysia akan bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam. Undian akan dibuat pada 30 Mac ini di Rumah AFC, Bukit Jalil, KL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...