Salam kepada semua pembaca,
Jika sebelum ini entri berkaitan Tips Treasure Hunt Part I telah menceritakan berkaitan tips dan cara-cara permainan cari harta karun ini. So untuk entri kali ini, saya luangkan masa untuk berkongsi pengalaman menyertai satu pertandingan Treasure Hunt yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA WPKL)yang bermula dari Kelana Jaya dan berakhir di Melaka.
Pengalaman sangat berharga dimana kami yang dianggotai seramai 4 orang untuk setiap pasukan telah berjaya menghabiskan misi menjawab dan juga mencari destinasi seperti mana yang diarahkan di dalam kertas soalan. Ia sangat mencabar bagi kami memandangkan kami berempat tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pertandingan Treasure hunt ini dan tidak berapa mahir tentang selok belok jalan.
Berikut adalah 30 soalan yang perlu kami selesaikan dan saya berkongsi soalan dan jawapan untuk setiap permasalahan. Soalan-soalan yang ditunjukkan adalah tidak termasuk arah pandu ke setiap destinasi. So pecah kepala juga nak selesaikan setiap soalan dan ada beberapa soalan yang boleh diagak jawapannya.
Mungkin ini akan memberi idea dan gambaran kepada you all untuk memahami konsep dan cara nak memecahkan kod soalan. Ia bergantung kepada kreativiti setiap peserta. Apa yang penting semangat berpasukan boleh membantu menyelesaikan masalah.
Semoga ia bermanfaat yea. Sila la share.
Terima kasih
Sharing is caring
ayiesempoi
------------------------------------------------------------------
30 soalan Treasure Hunt
Soalan 1: Petua Treasure Hunt bermula dikawasan ini. Carilah satu keajaiban bila memasak disini. Berikan kami nama penuhnya untuk markah nanti.
Jawapan: Ajaib = Magic
|
Restoran The Magic Wok
|
Soalan 2: Soalan seterusnya untuk cuba disini. Kena mencuci untuk mencari petuanya nanti.
Satu raja yang bersih akan menanti.
Jawapan : Mencuci – Cleaning
Raja - King
|
Kedai Dobi : Dobi King
|
Soalan 3: Kalau
baca bersama, berbunyi seperti mereka akan bayar untuk kerja lebih masa secara
singkat disini.
Jawapan: Bayar = PAY
Kerja Lebih Masa = Overtime (Singkatan OT )
|
PAYOT
|
Soalan 4: Jaga-jaga, mereka mungkin ada satu plan
untuk mengotorkan diri. Dah empat tahun mereka berniaga disini.
Jawapan: Kotor – dirty
4 tahun ( dari tahun 2010)
Plan
|
Dirty Nelly's
|
Soalan 5: Masa untuk soalan anagram sudah tiba. Cuba
cari sejenis sayur sejuk yang dirombak bersama peha disini,
Tapi nama penuh sahaja kami menanti.
Jawapan: Sayur sejuk –
Timun
Peha – lap(Dirombak) pla + timun
|
Kafe & Bistro PLATINUM
|
Soalan 6: Mungkin
anda perlukan seabad untuk masuk disini.
Jawapan: Seabad
= seratus tahun
|
Restoran Lorong Seratus Tahun
|
Soalan 7: Bila
pecah dan atur balik petuanya nanti, mungkin jumpa satu binatang tertinggi
masuk bersama disini.
Jawapan: Binatang tertinggi = GIRAFFE
Masuk = IN
GIFFARINE
|
GIFFARINE
|
Soalan 8 : Mungkin kena pecah dan baca petua yang
bersambung disini.
Bila atur balik berbunyi rasa basah dipagi hari.
Jawapan: Rasa basah – ( kena hujan) – rain
Dipagi hari – (Singkatan) am
|
Marian
|
Soalan 9 : Mungkin
dapat kuasa bila anda dapat cari orang kuat dari A Team yang bersembunyi
ditengah benua ini.
Jawapan: Orang kuat A team = Mr T
Benua ini = Asia
Kuasa = Bateri
|
GP Penjual dan Pengedar Bateri |
Soalan 10: Dalam dua bahasa namanya kini diberi,
Secara Percuma ia Ada disini,
Tapi Awas jawapannya kena dirombak bila dicari.
Jawapan: Percuma
= Free ( FAREEDA )
Ada = ( FAREEDA )
|
Butik FAREEDA
|
Soalan 11: Mungkin boleh rasmi Masa yang Sedap dikedai
ini.
Mungkin petuanya dirombak disini,
Tapi jawapan penuh dan dimana ia dijumpai, mesti diberitahu nanti.
Jawapan: MASA (Rombak) = ASAM
SEDAP (Rombak) = PEDAS
|
Kedai Asampedas Bangi
|
Soalan 12: Berbunyi
seperti salah satu “Transformer” yang berlainan sesat disini.
Jawapan: Transformer = MEGATRON
Berlainan – UNIK (Unique)
|
MEGAHTRON UNIK Sdn Bhd
|
Soalan 13: Mugkin
satu masakan menarik akan dihidangkan oleh kembar popular ditempat ini.
Jawapan: Kembar
popular – Upin & Ipin
|
Kedai Makan Upin dan Ipin
|
Soalan 14: Mungkin
ada ruang yang kena dirombak untuk jawapannya disini.
Jawapan: Ruang
= Gap
|
PGA
|
Soalan 15: Kalau
masih ingat, sejenis haiwan makmal menjadui terkenal dipanggung wayang dulu.
Jawapan: Haiwan
maklmal terkenal = G-Force
|
Hint: G-Force |
|
GFOZ Gadgets factory Outlet Zone
|
Soalan 16: Mungkin
anda boleh cari perak dan batu berguling bersama disini.
Jawapan: Perak
& Batu = Silver & Stone
|
Silverstone Pusat Servis Tayar
|
Soalan 17: Bila dirombak dan atur balik mungkin
berbunyi seperti saya nampak banyak kosong disini.
Jawapan: ICEROOM
I = Saya
C=Nampak
More=Banyak
O= Kosong
|
ICE ROOM
|
Soalan 18: Mungkin
rasa licin bila mencari pelakon sampingan bersama disini.
Jawapan: Pelakon sasmpingan = co-star
Licin – minyak (pelincir)
|
Costar ( Minyak Pelincir Costar) |
Soalan 19: Puas berjalan letih berlari,
Kalau sakit perlulah berhenti,
Apa yang dipakai perlu dirawati,
Cari seorang pakar yang terdapat disini.
Jawapan: Rawatan = Klinik
Apa yang dipakai = Kasut
|
Klinik Kasut
|
Soalan 20: Mungkin Lagenda kita bersembunyi dikedai
ini,
Tapi jawapan penuh sahajalah kami menanti.
Jawapan: Local
Legend = Tan Sri P.Ramlee
|
Restoran 3 Abdul
|
Soalan 21: Nasib anda mungkin bertukar baik dengan
cepat bila mencari petua ini,
Tapi yang terakhir kena dirombak nanti.
Jawapan: HUAT = TUAH
SOON = cepat
|
Kedai Getah Soon Huat |
Soalan 22: Mungkin
kena lari dari belakang untuk berjumpa keldai ini.
Jawapan: Lari – Run= (NUR)
Keldai = ASS
|
NURASS Enterprise |
Soalan 23: Kena raba hati untuk namanya disini.
Perlu ke asana ke sini bila nak cari jawapan
ini.
Jawapan: Raba hati = ABARATHI
ABAR (Rombak) = Raba
ATHI ( Rombak) = Hati
|
A.BARATHI Enterprise
|
Soalan 24: Kalau nak cari sesuatu dari masa yang laluy
pada nama ini.
Atur balik sususnannya, jawapannya pasti jumpa
disini.
Jawapan: Masa
yang lalu = SILAM (mix) = MASLI
|
Masli Sdn Bhd
|
Soalan 25: Cuba
tunjuk sesuatu tajam dilokasi ini.
Jawapan: Tunjuk = Point
Tajam = Pin
|
Kedai Jam Pin Point Trading |
Soalan 26 : Kalau
nak berhubung, carilah mereka dari angkasa lepas.
Jawapan: Berhubung = Internet
Angkasa Lepas ( UFO dari angkasa lepas)
|
UFO Internet Cafe |
Soalan 27: Rombak
dan atur balik untuk mencari Kartunis tempatan yang dipanggila Roman disini.
Jawapan: TAMAN
ALOR
Hint: Kartunis tempatan = LAT
A ROMAN ( Lat)
|
Taman Alor
|
Soalan 28: Mungkin
banyak juga pekerjaan disini dirombak.
Jawapan: Pekerjaan = Jobs
Mixed up = OSJB
|
OSJB
|
Soalan 29: Cuba
cari Makhluk Asing yang Berdosa bersembunyi dinama ini. Mungkin kena pecah dan
atur balik susunannya nanti.
Jawapan: Makhluk Asing = ET
Dosa = SIN
T I E N
S
|
TIENS
|
Soalan 30: Seperti
petua yang lalu, anda mungkin akan jumpa sesuatu tajam bersama tikus yang
dirombak pada papan tanda ini.
Jawapan: Sesuatu tajam = PIN
Tikus= RAT ( dirombak ) = TAR
|
Kedai Buku PINTAR |