24 Oktober 2009 (Sabtu) - Seperti dijanjikan ayah dan mama membawa Ameer Yusuf beserta sepupunya Fatihah dan Syaqif ke Zoo Negara..Disebabkan Ameer dah besar dan dah kenal binatang-binatang, so boleh la bawak ameer ke dunia binatang yang sebenar...
Maklumat lanjut mengenai Zoo Negara boleh dilayari : http://www.zoonegara.org.my/index.htm
Perjalanan dimulakan dari Kelana Jaya, ayah bangun pagi lagi nak siapkan anak-anak ayah...5.00 pagi ayah dah bangun, kul 6.00 pagi siap mandi dan solat subuh dan 6.30 pagi ayah dah turun beli nasi lemak kat depan kuarters nie.. kul 6.45 pagi ayah dah pergi pasar beli barang-barang dapur/basah untuk seminggu duduk kat kelana jaya nie... 7.30 pagi baru balik dan settlekan ameer dan sarah pulak...mama settlekan hal-hal rumah.. tapi lewat jugak gerak, pasal banyak benda kena settle sebelum nak gerak... Perjalanan diteruskan ke Bandar Tasik Putri, Rawang untuk hantar Tok Mek ameer dan juga sarah yang terpaksa ditinggalkan memandang sarah yang masih kecil utk mengenal "apa itu binatang?"....hehehe..kesian sarah dengan baju barunya itu kena tinggal dengan tok mek dan cik nor......
Fatihah ikut sekali untuk pergi ke zoo negara.. Pukul lebih kurang 12.00++ bergerak ke Zoo Negara..Perjalanan agak perlahan sedikit pasal banyak kenderaan kat area rawang dan juga susur ke bulatan Batu Caves tue.. dalam pukul 1.00 tghri baru sampai ke Zoo Negara nie.. Ramai jugak orang minggu nie... ameer dah tak sabar nak tengok binatang nie,...Mula-mula beli tiket..Uii dah mahal la tiket dia, dulu RM10 hengget jerk... ( tu zaman bila tu bro....)
Tiket dewasa : RM20.00
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun : RM6.00
Baby ( 1-2 tahun): Percuma
Total: RM52.00
Dibawah ni adalah antara gambar yang sempat dirakamkan untuk kenangan2..
Binatang pertama yang ameer tengok adalah Zirafah.... atau lebih dikenali dengan 'afah' oleh ameer yusuf.... terkujat ameer tengok binatang nie kat depan mata dia...sebelum ni tgk dalam tv dan buku ajerk... muka excited betul....

Fatihah,Ameer, mama dan Syaqif bergambar berlatar-belakangkan zirafah tue.. ameer masih tak puas nak tengok zirafah tu..sampai ambik gambar pun masih menoleh ke sana..
Zirafah yang sedang rehat2 sambil makan2... kelihatan seekor anak zirafah yang sedang tidur.. Oooo begini rupanya kalau zirafah tu tidur..siap kepala dia lipat2 kat badan dia.. menarik2...
ni pulak Gajah..binatang ke-2 yang ameer tengok...agak agresif sikit gajah masa nie..berdiri kat tepi tu sambil hayun belalai dia kat orang ramai.. lapar kot... ameer takut dengan gajah nie.. dari jauh ada la bunyi cakap gajah, pastu bila bawak dekat sikit, terus kaku.. sampai nak ambik gambar pun takut..menjerit...apa laaa..
Shaqif dan Fatihah yang juga bergambar kenangan dengan gajah tue.. kesian, lapar sungguh sampai sembur2 pasir kat badan dia..
kat Taman Burung... ameer suka tengok burung-burung kat situ terutama burung enggang... tak banyak burung kat sini.. lain kali ayah bawak taman burung plak yea.. atau pun taman rama-rama..
Ameer dan ayah bergambar dengan unta atau camel cakap omputihnya...ni namanya unta padang rumput tau.. bukan unta padang pasir lah....itu unta sudah majulah, takdak jumpa fasir lagi...semuanya rumput2 la.. manyak masyukkk laa...
Disebabkan singa tu jauh sangat nak bergambar, so ayahdan ameer beraksi dengan patung singa pun jadilah...
Ameer sedang mengkaji binatang apa plak yang berenang-renang dalam kolam nie... itu adalah labi-labi...bukan labu-labi...
Gambar semasa pertunjukan binatang untuk show pukul 3 petang.. dah ramai masa nie, nasib baik sempat sampai dan ada tempat duduk..nak bagi ameer tengok singa laut beraksi dalam air tue..suka ameer tengok, sama2 tepuk tangan...
Ameer yang duduk dibarisan belakang..jauh sikit laa..mama kena angkat sikit kalu budak depan tu berdiri...
ameer mengintai untuk melihat persembahan binatang tu dari celah-celah orang kat depan dia tue..sambil memegang zirafahnya itu..
Lepas solat, kami pun balik laa.. dalam pukul 4.00 petang...sehari yang memenatkan...berjalan sana sini..
Ameer yang kepenatan...dah nak berdukung, pasal kalau berjalan pun dah tak betul..asyik terjatuh dan terliuk sana sini,,..masuk dalam kereta terus tidur...
Parking kena Rm4.20... beratur punya la panjang nak keluar...letih betul satu jalan keluar...semua orang penat hari tue, rasa tak sabar nak sampai rumah untuk rehat2...pastu lapar pulak tue...huhuhu.. lepas nie bila sarah dah besar, kita pergi lagi yea kat Zoo negara...bawak sarah jalan-jalan pulak...
No comments:
Post a Comment