Monday, October 26, 2009

Lambaian Kaabah Menggamit Kembali 1430H

23 Oktober 2009 (Jumaat) Jam 0100HRS ...ayah dan mama kena bangun awal untuk hantar abang ipar di komplek tabung haji..tok mek ameer dan syaqif duk sini sekali dan kami akan berjumpa di perkarangan kompleks tabung haji tersebut.. dalam pukul 2.00 lebih baru dapat gerak sebab nak siapkan 2 orang putera dan puteri ayah ni bangun dari tidur... Mula2 ayah hantar semua naik kereta, ingatkan nak parking aje kat sana lepas turunkan mereka kat pintu masuk kompleks tue..sekali parking penuh, dan ayah patah balik ke kuarters dan parking kereta kat sana,...senang jalan kaki lagi...hehehe...

Ameer mula2 mamai lagi dan bila dah sampai sana, matanya jadi bulat apabila melihat lampu2 dan juga belon2 yang dijual sana sini menghiasi perkarangan kompleks tabung haji tersebut..waa...meriah betul... ameer cam biasa mesti ada buah tangan sikit, dapat la belon spiderman dan lampu tangan tue...erm..nasib baik sarah kecik lagi, kalau tak kena beli 2 la jawabnya....

Disini antara gambar-gambar yagn sempat dirakamkan.. Sorry la kualiti gambar kurang memuaskan...



Ameer yang happy setelah dapat beli belon spierman..dari mula lagi dah mintak2...

Sarah dan ayah diperkarangan kompleks Tabung Haji Kelana Jaya... Jalan kaki pun boleh... parking kereta penuh...

Ameer yang sibuk tengok abang abid dia main mainan tue..

Tok mek ameer dan sebahagian dari jemaah- jemaah yang menunggu detik dan saat ketikanya....yang menghantar pun lebih 2-3 kali ganda bilangannya...biasalah...

Ameer yang bersedia membantu pihak polis trafik untuk menjaga ketenteraman sejagat...siap beli lampu... dah tiap kali musim haji mesti beli lampu nie..pastu rosak...pastu tahun depan kita beli lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiiiii....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...