Monday, October 26, 2009

Jalan-jalan kat Sogo , KL

Pada Jumaat lepas ( 23 Oktober 2009 ) - Ayah dan mama ambil cuti untuk hantar abang ipar ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan haji.. al-maklumlah musim haji telah bermula.. so kelana jaya menjadi sibuk sedikit terutama di malam hari.. so pada petang jumaat tu, ayah, mama, ameer yusuf, sarah, tok mek dan syaqif telah pergi ke Sogo untuk beli serba sedikit barang sebagai buah tangan sebelum balik semula ke Kelantan.. Di samping tu boleh bawa Syaqif berjalan-jalan kat bandar Kuala Lumpur nie..

Petang tu selepas solat jumaat, kami bergerak dan keadaan jalan sangat la sesak menuju ke pusat bandar.. sampai kat sogo terus naik ke tingkat 4 untuk membeli baju kanak-kanak.. ameer sampai je tertidur sudah..terpaksa la nak 'kereta' bergerak dia tue...nasib baik bawak tadi..disebabkan ameer tidur, so tak banyak la gambar ameer... Nur Sarah Amelyn ayah berkepit dengan ayah la sepanjang masa...Ye laa.. mama dan tok mek sibuk nak cari baju untuk sepupu-sepupu sarah yang kat kelantan sana...

Sarah pun duduk ngn ayah sampai tertidur jugak..maklumlah susah nak pilih...mana yang cari saiz lagi..so ayah serahkan kepada mama la urusan tue.. ayah dan sarah duduk kat kerusi depan pintu lif tue... tak de la berserabut sarah nak tengok orang lalu lalang...

Ameer yang sedang lena diulit intan... ni namanya tidur sambil mengaminkan doa...


Sarah isap bibir ke tue...

Sarah yang main lidah pulak...

Sarah tengok sapa tue?

Sarah macam nak nangis jer...

Sarah buat muka konpius....ayah pun jadi konpius nie..

Senyum sikit dari Sarah

Tok Mek, Syaqif dan mama sibuk sambil memilih warna yang sesuai untuk baju-baju nie..

mama:"kenapa mama ada bau busuk nie?"
Sarah:"sarah entut tadi la mama..hik hik hik...."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...