Monday, October 26, 2009

Lambaian Kaabah Menggamit Kembali 1430H

23 Oktober 2009 (Jumaat) Jam 0100HRS ...ayah dan mama kena bangun awal untuk hantar abang ipar di komplek tabung haji..tok mek ameer dan syaqif duk sini sekali dan kami akan berjumpa di perkarangan kompleks tabung haji tersebut.. dalam pukul 2.00 lebih baru dapat gerak sebab nak siapkan 2 orang putera dan puteri ayah ni bangun dari tidur... Mula2 ayah hantar semua naik kereta, ingatkan nak parking aje kat sana lepas turunkan mereka kat pintu masuk kompleks tue..sekali parking penuh, dan ayah patah balik ke kuarters dan parking kereta kat sana,...senang jalan kaki lagi...hehehe...

Ameer mula2 mamai lagi dan bila dah sampai sana, matanya jadi bulat apabila melihat lampu2 dan juga belon2 yang dijual sana sini menghiasi perkarangan kompleks tabung haji tersebut..waa...meriah betul... ameer cam biasa mesti ada buah tangan sikit, dapat la belon spiderman dan lampu tangan tue...erm..nasib baik sarah kecik lagi, kalau tak kena beli 2 la jawabnya....

Disini antara gambar-gambar yagn sempat dirakamkan.. Sorry la kualiti gambar kurang memuaskan...



Ameer yang happy setelah dapat beli belon spierman..dari mula lagi dah mintak2...

Sarah dan ayah diperkarangan kompleks Tabung Haji Kelana Jaya... Jalan kaki pun boleh... parking kereta penuh...

Ameer yang sibuk tengok abang abid dia main mainan tue..

Tok mek ameer dan sebahagian dari jemaah- jemaah yang menunggu detik dan saat ketikanya....yang menghantar pun lebih 2-3 kali ganda bilangannya...biasalah...

Ameer yang bersedia membantu pihak polis trafik untuk menjaga ketenteraman sejagat...siap beli lampu... dah tiap kali musim haji mesti beli lampu nie..pastu rosak...pastu tahun depan kita beli lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiiiii....


Jalan-jalan kat Sogo , KL

Pada Jumaat lepas ( 23 Oktober 2009 ) - Ayah dan mama ambil cuti untuk hantar abang ipar ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan haji.. al-maklumlah musim haji telah bermula.. so kelana jaya menjadi sibuk sedikit terutama di malam hari.. so pada petang jumaat tu, ayah, mama, ameer yusuf, sarah, tok mek dan syaqif telah pergi ke Sogo untuk beli serba sedikit barang sebagai buah tangan sebelum balik semula ke Kelantan.. Di samping tu boleh bawa Syaqif berjalan-jalan kat bandar Kuala Lumpur nie..

Petang tu selepas solat jumaat, kami bergerak dan keadaan jalan sangat la sesak menuju ke pusat bandar.. sampai kat sogo terus naik ke tingkat 4 untuk membeli baju kanak-kanak.. ameer sampai je tertidur sudah..terpaksa la nak 'kereta' bergerak dia tue...nasib baik bawak tadi..disebabkan ameer tidur, so tak banyak la gambar ameer... Nur Sarah Amelyn ayah berkepit dengan ayah la sepanjang masa...Ye laa.. mama dan tok mek sibuk nak cari baju untuk sepupu-sepupu sarah yang kat kelantan sana...

Sarah pun duduk ngn ayah sampai tertidur jugak..maklumlah susah nak pilih...mana yang cari saiz lagi..so ayah serahkan kepada mama la urusan tue.. ayah dan sarah duduk kat kerusi depan pintu lif tue... tak de la berserabut sarah nak tengok orang lalu lalang...

Ameer yang sedang lena diulit intan... ni namanya tidur sambil mengaminkan doa...


Sarah isap bibir ke tue...

Sarah yang main lidah pulak...

Sarah tengok sapa tue?

Sarah macam nak nangis jer...

Sarah buat muka konpius....ayah pun jadi konpius nie..

Senyum sikit dari Sarah

Tok Mek, Syaqif dan mama sibuk sambil memilih warna yang sesuai untuk baju-baju nie..

mama:"kenapa mama ada bau busuk nie?"
Sarah:"sarah entut tadi la mama..hik hik hik...."

Ameer Teman Sejati Sarah


Ameer yang suka bergambar sambil sepetkan mata....kenapa yea?


Sarah yang baru lepas mandi...Opppss..malulah sarah, ayah...

Ameer yusuf yang jadi pengasuh kepada Sarah..tolong lapkan adik dia yang baru lepas mandi..


Ameer pulak yang nak tukar baju... dah comel la tue baju yang ameer pakai tue..

Baju Sarah Amelyn yang warna hijau..

Tarrraaa...cantik tak sarah mama dan ayah...??

Gambar-gambar ini diambil pada 24 Oktober 2009, semasa bersiap-siap hendak ke Zoo Negara..Kesian kat anak ayah Sarah pasal tak dapat nak ikut...Nanti Sarah besar, ayah bawak sarah pulak pergi jalan-jalan yea... Muka Sarah macam bengang ajer kena tinggal lepas tu..pakai baju lawa-lawa tapi kena tinggal,....huhuhuhu...


Sehari bersama Ameer Yusuf di Zoo Negara

24 Oktober 2009 (Sabtu) - Seperti dijanjikan ayah dan mama membawa Ameer Yusuf beserta sepupunya Fatihah dan Syaqif ke Zoo Negara..Disebabkan Ameer dah besar dan dah kenal binatang-binatang, so boleh la bawak ameer ke dunia binatang yang sebenar...

Maklumat lanjut mengenai Zoo Negara boleh dilayari : http://www.zoonegara.org.my/index.htm

Perjalanan dimulakan dari Kelana Jaya, ayah bangun pagi lagi nak siapkan anak-anak ayah...5.00 pagi ayah dah bangun, kul 6.00 pagi siap mandi dan solat subuh dan 6.30 pagi ayah dah turun beli nasi lemak kat depan kuarters nie.. kul 6.45 pagi ayah dah pergi pasar beli barang-barang dapur/basah untuk seminggu duduk kat kelana jaya nie... 7.30 pagi baru balik dan settlekan ameer dan sarah pulak...mama settlekan hal-hal rumah.. tapi lewat jugak gerak, pasal banyak benda kena settle sebelum nak gerak... Perjalanan diteruskan ke Bandar Tasik Putri, Rawang untuk hantar Tok Mek ameer dan juga sarah yang terpaksa ditinggalkan memandang sarah yang masih kecil utk mengenal "apa itu binatang?"....hehehe..kesian sarah dengan baju barunya itu kena tinggal dengan tok mek dan cik nor......

Fatihah ikut sekali untuk pergi ke zoo negara.. Pukul lebih kurang 12.00++ bergerak ke Zoo Negara..Perjalanan agak perlahan sedikit pasal banyak kenderaan kat area rawang dan juga susur ke bulatan Batu Caves tue.. dalam pukul 1.00 tghri baru sampai ke Zoo Negara nie.. Ramai jugak orang minggu nie... ameer dah tak sabar nak tengok binatang nie,...Mula-mula beli tiket..Uii dah mahal la tiket dia, dulu RM10 hengget jerk... ( tu zaman bila tu bro....)

Tiket dewasa : RM20.00
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun : RM6.00
Baby ( 1-2 tahun): Percuma
Total: RM52.00

Dibawah ni adalah antara gambar yang sempat dirakamkan untuk kenangan2..

Binatang pertama yang ameer tengok adalah Zirafah.... atau lebih dikenali dengan 'afah' oleh ameer yusuf.... terkujat ameer tengok binatang nie kat depan mata dia...sebelum ni tgk dalam tv dan buku ajerk... muka excited betul....


Fatihah,Ameer, mama dan Syaqif bergambar berlatar-belakangkan zirafah tue.. ameer masih tak puas nak tengok zirafah tu..sampai ambik gambar pun masih menoleh ke sana..


Zirafah yang sedang rehat2 sambil makan2... kelihatan seekor anak zirafah yang sedang tidur.. Oooo begini rupanya kalau zirafah tu tidur..siap kepala dia lipat2 kat badan dia.. menarik2...


ni pulak Gajah..binatang ke-2 yang ameer tengok...agak agresif sikit gajah masa nie..berdiri kat tepi tu sambil hayun belalai dia kat orang ramai.. lapar kot... ameer takut dengan gajah nie.. dari jauh ada la bunyi cakap gajah, pastu bila bawak dekat sikit, terus kaku.. sampai nak ambik gambar pun takut..menjerit...apa laaa..

Ameer yang ketakutan nak bergambar dengan gajah...

Shaqif dan Fatihah yang juga bergambar kenangan dengan gajah tue.. kesian, lapar sungguh sampai sembur2 pasir kat badan dia..

Bergambar dengan sekawan burung bangau yang kat tasik tue...


kat Taman Burung... ameer suka tengok burung-burung kat situ terutama burung enggang... tak banyak burung kat sini.. lain kali ayah bawak taman burung plak yea.. atau pun taman rama-rama..


Ameer tersenyum simpul disamping sepupu2nya..


Ameer sedang melihat rusa yang sedang makan daun2 kering..

Ameer dan Fatihah bergambar dengan rusa ni.. tak lari pun walaupun orang dekat dengan dia,,, "dia dah jinak.. berapa la dia training..." ( dialog cam cite pendekar bujang lapok)...hahhaa...


Tu dia ameer membuat aksi kangaroonya..suka sangat dia kali nie,..


Ayah dukung ameer untuk tengok kuda belang, burung unta, badak dan zirafah...

Ameer dan ayah bergambar dengan unta atau camel cakap omputihnya...ni namanya unta padang rumput tau.. bukan unta padang pasir lah....itu unta sudah majulah, takdak jumpa fasir lagi...semuanya rumput2 la.. manyak masyukkk laa...

Ameer takut sangat dengan patung beruk tue...hahaha...menggelupur..

Ameer yang senyum-senyum takut,,selepas melihat orang utan tu membuat bunyi2 pelik...


Bergambar dengan Singa...jinak betul singa nie...main jilat2 kaki plak kali nie..

Disebabkan singa tu jauh sangat nak bergambar, so ayahdan ameer beraksi dengan patung singa pun jadilah...


Ameer sedang mengkaji binatang apa plak yang berenang-renang dalam kolam nie... itu adalah labi-labi...bukan labu-labi...


Ameer sedang mengintai buaya...5 ekor je... mama dah letih nampaknya...


Besaunya kura-kura nie...


Nyaris-nyaris ameer nak masuk kandang kura-kura gergasi nie..aduyai..


Harimau yang sedang mandi-manda..


Kelihatan harimau yang muka yang tak puashati pasal tak dapat berenang sampai ke tepi...

Ameer dan ayah bergambar dengan orang utan yang bergayut kat belakang tue....

Orang utan yang bergayut2... fatihah dan syaqif mengintai2..

Gambar semasa pertunjukan binatang untuk show pukul 3 petang.. dah ramai masa nie, nasib baik sempat sampai dan ada tempat duduk..nak bagi ameer tengok singa laut beraksi dalam air tue..suka ameer tengok, sama2 tepuk tangan...



Ameer yang duduk dibarisan belakang..jauh sikit laa..mama kena angkat sikit kalu budak depan tu berdiri...


Penonton yang hadir ke persembahan nie..


Tu dia binatang anjing laut yang berusia 4 tahun..


ameer mengintai untuk melihat persembahan binatang tu dari celah-celah orang kat depan dia tue..sambil memegang zirafahnya itu..


khusyuknya anak ayah tengok yaa...


ameer dapat zirafah dan fatihah dapat kucing..


Dah habis dah... ayah dan ameer bergambar sekejap..


Lepas solat, kami pun balik laa.. dalam pukul 4.00 petang...sehari yang memenatkan...berjalan sana sini..


Ameer yang kepenatan...dah nak berdukung, pasal kalau berjalan pun dah tak betul..asyik terjatuh dan terliuk sana sini,,..masuk dalam kereta terus tidur...

Parking kena Rm4.20... beratur punya la panjang nak keluar...letih betul satu jalan keluar...semua orang penat hari tue, rasa tak sabar nak sampai rumah untuk rehat2...pastu lapar pulak tue...huhuhu.. lepas nie bila sarah dah besar, kita pergi lagi yea kat Zoo negara...bawak sarah jalan-jalan pulak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...