25hb September 2009 (Jumaat) - Ayah, mama , ameer dan sarah bertolak balik ke Batang kali pada pukul 7.30pagi.. perjalanan yang dijangka agak perlahan memandang orang mula ramai untuk pulang semula ke ibukota,..Memang seperti diramalkan, perjalanan agak perlahan sedikit memandangkan kenderaan banyak di atas jalan yang sama menuju ke ibukota.. semua plat kereta KL atau Selangor... raya sakan katakan..
kami sampai di RnR Gua Musang pada pukul 10.15pagi tetapi terpaksa berhenti rehat hampir 30 minit kerana si sarah telah membuang bahan buangannya... parking kat situ sangat padat kerana banyak kenderaan berhenti di kiri dan kanan jalan menuju ke tempat rehat.. parking sure penuh dan kalau hendak ke tandas pun terpaksa la beratur menunggu giliran.. ayah dan mama settlekan dulu dan pastu baru settlekan sarah.. ameer masa tu telah terlena seketika..
Ayah ambil kesempatan untuk membuat susu ameer dan sarah untuk bekalan di dalam perjalanan nanti.. susu yang buat pagi tadi memang dah settle awal dah.. terutama si ameer nie yang terus balun hisap susu tue.. walaupun perjalanan baru seminit dua bergerak...
Perjalanan agak mula mencabar dan berjujuk panjangnya apabila kenderaan mula melalui kawasan merapuh dan bukit tujuh kerana cabaran untuk memotong lori balak sebanyak 6 buah...memandang ada dikalangan konvoi tu yang tak berani nak memotong..so terpaksa la yang kita terpaksa berkonvoi bersama-sama mereka juga... sabor2... kalau mama, memang dah tak sabar dah tue.. kalau boleh suruh terbangkan kereta nie terus...
Berhenti rehat di Genting Sempah dan memandang musafir di aidilfitri, ayah semayang jamak untuk hari tersebut... Rehat makan sebentar setelah drive thru di McD Genting sempah dan lepak duduk kat kawasan rehat sebelah petronas... Sebelum nak makan tue, kena settlekan si sarah yang membuang bahan buangannya lagi... sejarah dua kali buang nie...dulu masa ameer, dalam sejarah sampai sekarang tak pernah lagi membuang bahan buangannya di masa dalam perjalanan...
Setelah rehat 45 minit, kami meneruskan perjalanan ke batang kali melalui jalan ke genting highland.. sedap layan lap kat sana, cuma berhati-hati disetiap selekoh merbahaya pasal ada orang yagn ta bertanggungjawab yang telah meletakkan minyak diselekoh-selekoh itu utk menangguk di air yang keruh...
Selamat sampai dalam pukul 4 petang... rehat sebentar dan petang itu jugak ayah ambil kesempatan untuk membasuh kereta memandang agak kotor setelah berjalan sakan sebelum nie.. sarah sedikit meragam malam tue... ameer macam biasa sempoi ajerk... esoknya akan ke Banting pula....

1 comment:
bab sejarah membuang tu mmg lawak dibaca hahaha
Post a Comment