Wednesday, September 30, 2009

Balik Hari Raya 2009 di Kelantan

Tahun nie ayah dan mama akan beraya bersama-sama anak-anak ayah di Kota Bharu, Kelantan.. Ayah dah ambil cuti lama bermula dari 17 september sehingga 25 september 2009.. bermakna ambil cuti 5 hari dan terus dapat 11 hari masa berehat sebelum dan selepas raya..terima kasih bos!

Raya kali ni amat bermakna kerana tahun lepas kami beraya hanya bertiga dan tahun ni kami akan beraya bersama kehadiran cahaya mata baru.. nur sarah amelyn yang turut sama akan meraikannya di kelantan... so persediaan kami ala kadar sahaja... baju melayu ayah dan ameer akan sedondon dengan tema berwatrna hijau.. sarah takde baju kurung pasal kecil sangat dan tiada saiz nak buat.. mama dengan 3 pasang baju raya tahun ni.. hijau, pink dan kuning.. ( raya sakan mama yea)

Untuk sarah, ayah dan mama belikan baju raya yang comel2 dan ditambah dengan baju yang dibeli oleh wan dan atok. walaupun satu baju tu tak muat untuk dipakai oleh si sarah nie.. al-maklumlah kerana badannya yang agak semangat..

Bercerita pasal persediaan ni, xde la best pun.. kuih raya pun takde la sangat nak beli kecuali kacang2 dan kerepek2 ajerk...duit raya pun tak banyak bajet pasal bonus pun tak dapat..so mana yang ada laa..huhuhu..

So nak bercerita pasal perjalanan nak ke kelantan.. sebab memang saban tahun tiap kali raya yang nak balik kelantan, pasti akan bercerita pasal kesesakkan yang luarbiasa ke arah pantai timur nie.. so memandangkan pengalaman kesesakan hampir 13 jam semasa raya 2 tahun lepas..tahun ni persediaan rapi telah dijalankan... survey2 telah dijalankan dikalangan kawan2 rapat yang menuju ke kelantan. dan kami merancang untuk balik pada awal pagi pada khamis 17 september 2009. Ikut rancangan awalnya nak bertolak pukul 1 pagi dan disebabkan nak menguruskan 2 anak ni jadi lewat sangat laa.. pukul 3.30 baru nak bergerak.. singgah ke McD dan isi minyak penuh2..ameer yusuf dan sarah amelyn dah sama-sama jaga tapi alhamdulillah bila dalam kereta tue, anak-anak ayah ni mula tidur kembali...

Perjalanan sangat lancar dan igauan untuk masuk bentong dan raub telah dilepasi dengan jaya tanpa ada sebarang kesesakan.. ayah bersahur di dalam kereta saja dengan bantuan mama yang tolong hulurkan makanan dan minuman..sempat la sampai gua musang pukul 7 pagi dan solat subuh di sana.. kalau ikutkan boleh sampai 6.30 pagi tapi disebabkan ada kemalangan kecil melibatkan muatan botol kaca oleh lori telah terbalik dan pecah di atas jalanraya.. so sesak tak bergerak atas jalan tu selama hampir 30 minit kerana terpaksa menunggu serpihan kaca tu dibersihkan dahulu..

Setelah rehat 30 minit, 7.30 pagi ayah terus memandu semula untuk terus ke kota bharu dan sampai di rumah tok mek ameer dan sarah pada pukul 10.30pagi..tiada kenderaan berat cuma beberapa lori membawa barangan2 yang memaksa mengambil masa untuk memotongnya di jalan yang lebar sedikit...sabar aje laa...

Sarah agak keletihan agaknya dan menyebabkan dia tidak tidur dengan selesa dan sering terjaga.. biasalah baby kalau bawak jalan jauh pasti meragam sikit.. tapi hari-hari berikutnya tiada masalah dah.. ameer yusuf macam biasa la excited bermain dengan sepupunya di sana.. main sampai tak nak balik rumah laa.. ermmm...

Kami berada di kelantan sehingga jumaat 25 september 2009.. Apapun perjalanan tahun ni selesa dan tenang...so takde la tekanan sangat di jalanraya...

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...