Wednesday, September 30, 2009

Perjalanan Pulang dari beraya di Kelantan

25hb September 2009 (Jumaat) - Ayah, mama , ameer dan sarah bertolak balik ke Batang kali pada pukul 7.30pagi.. perjalanan yang dijangka agak perlahan memandang orang mula ramai untuk pulang semula ke ibukota,..Memang seperti diramalkan, perjalanan agak perlahan sedikit memandangkan kenderaan banyak di atas jalan yang sama menuju ke ibukota.. semua plat kereta KL atau Selangor... raya sakan katakan..

kami sampai di RnR Gua Musang pada pukul 10.15pagi tetapi terpaksa berhenti rehat hampir 30 minit kerana si sarah telah membuang bahan buangannya... parking kat situ sangat padat kerana banyak kenderaan berhenti di kiri dan kanan jalan menuju ke tempat rehat.. parking sure penuh dan kalau hendak ke tandas pun terpaksa la beratur menunggu giliran.. ayah dan mama settlekan dulu dan pastu baru settlekan sarah.. ameer masa tu telah terlena seketika..

Ayah ambil kesempatan untuk membuat susu ameer dan sarah untuk bekalan di dalam perjalanan nanti.. susu yang buat pagi tadi memang dah settle awal dah.. terutama si ameer nie yang terus balun hisap susu tue.. walaupun perjalanan baru seminit dua bergerak...

Perjalanan agak mula mencabar dan berjujuk panjangnya apabila kenderaan mula melalui kawasan merapuh dan bukit tujuh kerana cabaran untuk memotong lori balak sebanyak 6 buah...memandang ada dikalangan konvoi tu yang tak berani nak memotong..so terpaksa la yang kita terpaksa berkonvoi bersama-sama mereka juga... sabor2... kalau mama, memang dah tak sabar dah tue.. kalau boleh suruh terbangkan kereta nie terus...

Berhenti rehat di Genting Sempah dan memandang musafir di aidilfitri, ayah semayang jamak untuk hari tersebut... Rehat makan sebentar setelah drive thru di McD Genting sempah dan lepak duduk kat kawasan rehat sebelah petronas... Sebelum nak makan tue, kena settlekan si sarah yang membuang bahan buangannya lagi... sejarah dua kali buang nie...dulu masa ameer, dalam sejarah sampai sekarang tak pernah lagi membuang bahan buangannya di masa dalam perjalanan...

Setelah rehat 45 minit, kami meneruskan perjalanan ke batang kali melalui jalan ke genting highland.. sedap layan lap kat sana, cuma berhati-hati disetiap selekoh merbahaya pasal ada orang yagn ta bertanggungjawab yang telah meletakkan minyak diselekoh-selekoh itu utk menangguk di air yang keruh...

Selamat sampai dalam pukul 4 petang... rehat sebentar dan petang itu jugak ayah ambil kesempatan untuk membasuh kereta memandang agak kotor setelah berjalan sakan sebelum nie.. sarah sedikit meragam malam tue... ameer macam biasa sempoi ajerk... esoknya akan ke Banting pula....

Balik Hari Raya 2009 di Kelantan

Tahun nie ayah dan mama akan beraya bersama-sama anak-anak ayah di Kota Bharu, Kelantan.. Ayah dah ambil cuti lama bermula dari 17 september sehingga 25 september 2009.. bermakna ambil cuti 5 hari dan terus dapat 11 hari masa berehat sebelum dan selepas raya..terima kasih bos!

Raya kali ni amat bermakna kerana tahun lepas kami beraya hanya bertiga dan tahun ni kami akan beraya bersama kehadiran cahaya mata baru.. nur sarah amelyn yang turut sama akan meraikannya di kelantan... so persediaan kami ala kadar sahaja... baju melayu ayah dan ameer akan sedondon dengan tema berwatrna hijau.. sarah takde baju kurung pasal kecil sangat dan tiada saiz nak buat.. mama dengan 3 pasang baju raya tahun ni.. hijau, pink dan kuning.. ( raya sakan mama yea)

Untuk sarah, ayah dan mama belikan baju raya yang comel2 dan ditambah dengan baju yang dibeli oleh wan dan atok. walaupun satu baju tu tak muat untuk dipakai oleh si sarah nie.. al-maklumlah kerana badannya yang agak semangat..

Bercerita pasal persediaan ni, xde la best pun.. kuih raya pun takde la sangat nak beli kecuali kacang2 dan kerepek2 ajerk...duit raya pun tak banyak bajet pasal bonus pun tak dapat..so mana yang ada laa..huhuhu..

So nak bercerita pasal perjalanan nak ke kelantan.. sebab memang saban tahun tiap kali raya yang nak balik kelantan, pasti akan bercerita pasal kesesakkan yang luarbiasa ke arah pantai timur nie.. so memandangkan pengalaman kesesakan hampir 13 jam semasa raya 2 tahun lepas..tahun ni persediaan rapi telah dijalankan... survey2 telah dijalankan dikalangan kawan2 rapat yang menuju ke kelantan. dan kami merancang untuk balik pada awal pagi pada khamis 17 september 2009. Ikut rancangan awalnya nak bertolak pukul 1 pagi dan disebabkan nak menguruskan 2 anak ni jadi lewat sangat laa.. pukul 3.30 baru nak bergerak.. singgah ke McD dan isi minyak penuh2..ameer yusuf dan sarah amelyn dah sama-sama jaga tapi alhamdulillah bila dalam kereta tue, anak-anak ayah ni mula tidur kembali...

Perjalanan sangat lancar dan igauan untuk masuk bentong dan raub telah dilepasi dengan jaya tanpa ada sebarang kesesakan.. ayah bersahur di dalam kereta saja dengan bantuan mama yang tolong hulurkan makanan dan minuman..sempat la sampai gua musang pukul 7 pagi dan solat subuh di sana.. kalau ikutkan boleh sampai 6.30 pagi tapi disebabkan ada kemalangan kecil melibatkan muatan botol kaca oleh lori telah terbalik dan pecah di atas jalanraya.. so sesak tak bergerak atas jalan tu selama hampir 30 minit kerana terpaksa menunggu serpihan kaca tu dibersihkan dahulu..

Setelah rehat 30 minit, 7.30 pagi ayah terus memandu semula untuk terus ke kota bharu dan sampai di rumah tok mek ameer dan sarah pada pukul 10.30pagi..tiada kenderaan berat cuma beberapa lori membawa barangan2 yang memaksa mengambil masa untuk memotongnya di jalan yang lebar sedikit...sabar aje laa...

Sarah agak keletihan agaknya dan menyebabkan dia tidak tidur dengan selesa dan sering terjaga.. biasalah baby kalau bawak jalan jauh pasti meragam sikit.. tapi hari-hari berikutnya tiada masalah dah.. ameer yusuf macam biasa la excited bermain dengan sepupunya di sana.. main sampai tak nak balik rumah laa.. ermmm...

Kami berada di kelantan sehingga jumaat 25 september 2009.. Apapun perjalanan tahun ni selesa dan tenang...so takde la tekanan sangat di jalanraya...

Tuesday, September 29, 2009

Syawal yang ke sepuluh

29hb September 2009 (selasa) - Hari ni bersamaan dengan 10 syawal.., mungkin ramai yang dah berpuasa enam dan mungkin juga ada masih dalam mood raya... tadi pun baru ada jamuan hari raya di office putrajaya... alhamdulillah, murah rezeki hendaknya..

Nak bercerita pasal anak-anak ayah pulak setelah hampir beberapa bulan berehat dari alam maya dan sesawang nie..Anak ayah ameer yusuf dan nur sarah amelyn sekarang dijaga oleh wan dan atok kat batang kali... alhamdulillah setakat ini diaorang ceria la duduk kat sana... lagipun ramai dayang2 yang turut membantu memeriahkan suasana... ramai yang melayannya..

Anak ayah yang kecil ni, sarah amelyn sekarang telah berumur 3 bulan 3 hari hari nie.. dengan berat badan sekarang telah mencecah 6.9KG!... lagi 100 gram nak obes...huhuhu..walaupun berbadan agak besar tapi sarah dah berjaya untuk meniarap pada 19 september lalu semasa di dalam bilik tok meknya.. dan sekarang bertambah expert...siap nak kayuh2 kaki ke depan untuk mara ke hadapan... biar betul sarah nie.. cepat betul nak pintas abang ko ker?

Ameer sangat sayangkan adiknya... selalu cium pipi, dahi, kening, mata, mulut dan selagi sempat nak cium sampai berkelip2 mata sarah menahannya..kekadang kalau dah geram sangat, tu yang ameer gigit pipi tue..dah meraung si sarah dibuatnya..walau macammanapun sarah tetap suka melayan abang dia tue.. tetap tersenyum2 walau dah kena gigit...Sarah setakat ni minum gabungan susu mama dan susu formula...tapi yang paling banyak susu badan laa.. lagi elok untuk pertumbesarannya...

Bercerita pasal ameer pulak, hari sabtu lepas, masa ayah dan ameer pergi restoran mamak nak order roti canai, ameer pun duduk la kat meja makan tue.... dan terus tepuk meja sambil bercakap kat ayahnya " yayah, nak air uahhh.." ( ayah, nak air buah) ..aik.. sejak bila pandai mintak air buah nie... pastu ayah cakap la air dah ada kat rumah, kita beli bungkus roti canai ajerk.. diam sekejap si ameer nie.. pastu sat lagi tepuk meja... " yayah, nak air uahh" sambil menunjuk jari dia ke arah buah2 oren kat tempat buat air tue.. siap kalau pekerja kat restoran tu lalu, ameer akan angkat tangan macam kita selalu buat masa nak ambik order... aduyai... tapi kesian, ayah tetap tak pesan air untuk ameer..hehhee..

Kejadian ke dua : semalam semasa ameer menolong wan dia menjemur kain.. semasa ameer mengeluarkan baju sehelai demi sehelai untuk disidai.. dia terdiam seketika semasa dia memegang baju ucu ellahnya.. dan sambil berfikir.. terus menarik kain wan dia dan berkata.. "afah..afah"... wan dia ingatkan sampah... tapi ameer kata "ukan...ukan"..."afah..afah"..setelah lama wan berfikir, baru dapat tangkap apa yang di maksudkan dengan "afah..afah.." tue... rupa2nya baju tu kaler macam zirafah..warna belang2 oren dan kuning.. macam kaler zirafah dalam buku bergambar dia tue... tu pasal dia cakap "afah..afah.."

dah 2 malam ameer yusuf main bunga api dengan ayah kat laman rumah... nyaris si ameer ni nak bakar mercun gasing yang meletup tue. siap nak hulur sumbu kat lilin tue.. nasib baik sempat ayah tepis tangan dia dari terus membakar mercun tue... setakat bunga api yangh banyak asap tu takpe laa kan...

Ok laa tak sabar nak jumpa anak2 ayah petang nie... kena bertahan la dalam bulan ni untuk berulang alik dari batang kali ke kelana jaya nie...walaupun hampir 63 km sehala dan mengambil masa hampir 1 jam setelah termasuk jem.. kalu sesak lagi la letihnya... tu pun lalu sg tua....sementara nak bagi sarah ni bersedia untuk dihantar ke rumah orang...
Ok laa jumpa lain kali k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...