Ini adalah panduan newbie kepada pengguna kenderaan diluar sana... Kebanyakkan pengusaha bengkel tayar mengambil kesempatan kepada orang awam terutama kepada mereka yang tidak mahir tentang jenis penggunaan tayar ini. Maklumat ini sekurang-kurangnya dapat memberikan input dan gambaran mengenai spesifikasi tayar yang hendak kita beli... sekurang-kurangnya kita tidak mudah tertipu dengan tipu helah penjual yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan soal keselamatan pengguna.
Sebenarnya kita selalu kena tipu dengan pengusaha kedai tayar. Diaorang akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkn stok dan jual pada harga baru. So, kalau yang hendak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tidak mudah tertipu lagi.
Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu dan ambiltahu.
Semoga dapat manfaat bersama.
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tidak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).
Info Pasal tayar kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh: 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam
SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh: 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 40% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2017):
2016 = 20%
2015 = 40%
2014 = 60%
2013 = 80%
2012 ke bawah = PERCUMA.
*anggaran diskaun.Panduan hendak membaca code pada tayar anda. |
Panduan simbol speed. |
SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.
Rujukan gambar dari majalah permotoran.
1 comment:
Terima kasih info tuan atas perkongsian maklumat mengenai website di atas.
Post a Comment