Tuesday, January 17, 2017

Cara Memindahkan Emel Ke Fail Arkib (archive.pst)


Manual Pengguna – Cara Memindahkan Emel Ke Fail Arkib (archive.pst)

Bahagian A : Pindah emel ke fail Arkib (archive.pst)


1. Klik pada butang FILE 


2. Graf menunjukkan baki quota yang terdapat pada mailbox masing-masing. Untuk teruskan, klik pada Cleanup Tools.


3. Kemudian klik pada Archive… 


4. Sekarang, pilih folder yang ingin dipindahkan ke arkib. Pemindahan folder ini hanya boleh dilakukan secara satu-persatu. Seperti contoh diatas, pilih (1 Inbox). Kemudian klik pada ( 2 Kalendar) dan pilih tarikh akhir emel yang hendak dipindahkan ke arkib. Sila ambil perhatian kepada (3 Lokasi). Lokasi yang dipaparkan adalah lokasi dimana fail arkib ini disimpan. Untuk teruskan, klik OK. 



5. Proses pemindahan ke fail arkib akan mengambil masa beberapa minit mengikut jumlah emel yang hendak dipindahkan.

6. Selepas proses pemindahan selesai, Satu tab baru akan muncul dengan folder yang telah dipindahkan sebentar tadi.



7. Untuk menyemak semula jumlah saiz mailbox yang masih ada, klik pada butang FILE dan lihat pada rajah seperti diatas.



Bahagian B : Membuka fail archives.pst di komputer lain. 


1. Klik pada Microsoft Outlook dan kemudian tekan Next > ( jika pertama kali membuka Microsoft Outlook ).


2. Klik pada butang No dan kemudian klik Next >


3. Tandakan pada Use Outlook without an email account. Kemudian klik Finish.


4. Seterusnya, klik pada FILE.


5. Kemudian klik pada Open & Export.



6. Pilih Open Outlook Data File



7. Pilih Outlook Data File archive.pst yang telah di simpan tadi dan klik Open.


8. Selepas beberapa minit, fail archive tadi akan dipaparkan pada tab sebelah kiri.



Semoga bermanfaat. Kongsikan kepada sahabat-sahabat yang memerlukan maklumat ini.

Terima kasih. Selamat mencuba.


Kredit: Team Email Administrator

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...