Tuesday, August 8, 2017

C-HR Toyota Bakal Memasuki Pasaran Malaysia.




New Toyota C-HR. Tiada maklumat mengenai harga lagi. Model yang dipamerkan adalah yang low spec. Kemungkinan ada perubahan untuk pasaran Malaysia. Tapi sesiapa yang nak tengok bolehlah ke showroom Toyota. Memang mercik tapi harga dia mungkin mercik jugak. 😅

#Toyota
#ToyotaMalaysia
#CHR
#ToyotaCHR

Lampu Toyota C-HR

Stereng MultiFunction Toyota C-HR

Meter Info Toyota C-HR

Logo depan Toyota C-HR

Panel di Dashboard Toyota C-HR

Kedudukan belakang Toyota C-HR

Side sisi belakang Toyota C-HR

Toyota C-HR

Design Lampu belakang Toyota C-HR

Toyota C-HR

Dashboard Toyota C-HR

Pandangan dari arah penumpang depan Toyota C-HR

Pintu Penumpang Depan Toyota C-HR

Ruang Pemandu Toyota C-HR

Ruang dalam view dari belakang Toyota C-HR

Ruang Simpanan Barang Toyota C-HR

Pandangan Sisi Toyota C-HR

Toyota C-HR

Tayar Rim 17

Enjin C-HR

Pandangan Belakang

Pandangan Sisi Depan

Pandangan Belakang

Pintu Belakang

Friday, July 7, 2017

Webe Offer free Hotspot 10Gb sehingga akhir tahun 2017 ini.



Kepada semua pengguna Webe sediaada, berita baik untuk anda semua. Bermula 12 Julai sehingga akhir tahun 2017, anda akan layak untuk mendapat 10Gb data sebulan bagi mobile hotspot dan tethering ke device lain. Sebelum ini selama 3 bulan telah bagi 1Gb sebulan. Itu pun bukan habis guna pun... Itu pun banyak yang kecam macam nak rak... Bila check tak ramai pun yang menggunakan tethering ni tapi cuma ramai keyborad warrior saja...

So far dah guna hampir setahun webe nie, alhamdulillah la.. Kadang2 pada peringkat awal dulu memang tidak stabil dan kadang-kadang terputus-putus semasa panggilan dibuat dan ada masa mobil data lost terus...Benda baru banyak kena ada penambahbaikan.. Masa DiGi, Celcom, Maxis masa mula-mula dulu pun sama jugak... Teringat masa guna DiGi siap kalau nak bercakap kena duduk tepi tingkap masa kat hostel... Kalau masuk ke dalam terus xde line... tapi tengok sekarang, liputan semakin baik.. slow-slow perbaikinya...

Yang penting xde kontrak...Kalau ada offer yang lagi baik, kita berhijrah..Tapi setakat ni webe yang paling murah untuk unlimited data yang bersesuaian dengan penggunaan kami sekeluarga... Korang boleh sesuaikan yang mana telco yang paling sesuai dengan tahap penggunaan dan keperluan masing-masing...




#webe
#TM
#webemalaysia

Perangai driver di Malaysia.


Antara perangai2 org kita dijalanraya:
1. Suka uturn suka hati...
2. Duduk lane kanan tp slow gile bawak...Cuba duduk kiri jika tidak memotong....
3. Kalau kat higway tak kira laaa 3 atau 4 atau 5 lane... tetap nak bawak slow dilane tgh dan laju...kdg2 lane kiri plak yg kosong...
4. Dah nak masuk simpang baru nak bg signal...
5. Pejalan kaki melintas xtgk kiri kanan...
6. Dan kalau melintas pun tolong laaa jalan laju sikit...mula2 je berlari tp dh separuh jln tu mula laa mcm nak merangkak biawak...
7. Kalau hujan lebat... driver xreti2 nak pasang lampu utk bantu penglihatan pemandu didepan dan belakang...tp terlebih bijak pasang lampu kecemasan sambil memandu...(belajar sekolah memandu mana ni??)
8. Bawak keta sambil text msj kt hp...
9. Tukar lane xbagi signal...
10. Keluar dari simpang tp terus nak duduk lane kanan. Rileks laa dulu ambik kiri dulu pastu bila dah clear baru tukar lane kanan...
Tu atas pemerhatian dan pengalaman dlm menghadapi kerenah seribu satu jenis pemandu di Malaysia.
Kalau nak tambah, silakan.




Jawapan terbaik bila ditanya soalan survey di dalam telefon.

Sekarang ni macam2 cara marketing orang buat.. mula2 call cakap nak buat survey laaa....pastu cakap bertuah laaa dari bank... offer insuran laaa... offer pinjaman peribadi laa.. nak offer kad kredit laaaa.... kdg2 scammer pun byk menyamar utk buat penipuan...

Tapi ada satu panggilan ni kononnya nak buat survey katanya...tapi cara cakap tuu macam nak offer benda2 mcm kat atas nie... so dia tanya " Encik, dalam banyak2 bank, bank mana yg paling banyak encik gunakan? 

Dengan jujur, ikhlas dan selamber aku cakap Power bank .. Pastu terus senyap panggilan tuu...tuuuttt...tuuutttt...tuttttttt....


aik...salah ke jawapan tuu...? ðŸ˜… akan melawak skit pun sentap... ðŸ˜‰ jgn laa mare... abam gurau2 je... jgn serik call lagi yea... hehehe... ðŸ˜Ž

Tuesday, January 17, 2017

Cara Memindahkan Emel Ke Fail Arkib (archive.pst)


Manual Pengguna – Cara Memindahkan Emel Ke Fail Arkib (archive.pst)

Bahagian A : Pindah emel ke fail Arkib (archive.pst)


1. Klik pada butang FILE 


2. Graf menunjukkan baki quota yang terdapat pada mailbox masing-masing. Untuk teruskan, klik pada Cleanup Tools.


3. Kemudian klik pada Archive… 


4. Sekarang, pilih folder yang ingin dipindahkan ke arkib. Pemindahan folder ini hanya boleh dilakukan secara satu-persatu. Seperti contoh diatas, pilih (1 Inbox). Kemudian klik pada ( 2 Kalendar) dan pilih tarikh akhir emel yang hendak dipindahkan ke arkib. Sila ambil perhatian kepada (3 Lokasi). Lokasi yang dipaparkan adalah lokasi dimana fail arkib ini disimpan. Untuk teruskan, klik OK. 



5. Proses pemindahan ke fail arkib akan mengambil masa beberapa minit mengikut jumlah emel yang hendak dipindahkan.

6. Selepas proses pemindahan selesai, Satu tab baru akan muncul dengan folder yang telah dipindahkan sebentar tadi.



7. Untuk menyemak semula jumlah saiz mailbox yang masih ada, klik pada butang FILE dan lihat pada rajah seperti diatas.



Bahagian B : Membuka fail archives.pst di komputer lain. 


1. Klik pada Microsoft Outlook dan kemudian tekan Next > ( jika pertama kali membuka Microsoft Outlook ).


2. Klik pada butang No dan kemudian klik Next >


3. Tandakan pada Use Outlook without an email account. Kemudian klik Finish.


4. Seterusnya, klik pada FILE.


5. Kemudian klik pada Open & Export.



6. Pilih Open Outlook Data File



7. Pilih Outlook Data File archive.pst yang telah di simpan tadi dan klik Open.


8. Selepas beberapa minit, fail archive tadi akan dipaparkan pada tab sebelah kiri.



Semoga bermanfaat. Kongsikan kepada sahabat-sahabat yang memerlukan maklumat ini.

Terima kasih. Selamat mencuba.


Kredit: Team Email Administrator

Tuesday, January 10, 2017

Info Mengenai Tayar Kereta Anda.


Ini adalah panduan newbie kepada pengguna kenderaan diluar sana... Kebanyakkan pengusaha bengkel tayar mengambil kesempatan kepada orang awam terutama kepada mereka yang tidak mahir tentang jenis penggunaan tayar ini. Maklumat ini sekurang-kurangnya dapat memberikan input dan gambaran mengenai spesifikasi tayar yang hendak kita beli... sekurang-kurangnya kita tidak mudah tertipu dengan tipu helah penjual yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan soal keselamatan pengguna.

Sebenarnya kita selalu kena tipu dengan pengusaha kedai tayar. Diaorang akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkn stok dan jual pada harga baru. So, kalau yang hendak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita  tidak mudah tertipu lagi.

Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu dan ambiltahu.

Semoga dapat manfaat bersama.   
            
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tidak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:

    Contoh: 205/65/R1594H

    205 = Lebar 
      65 = Tinggi
        R = Radial
      15 = Saiz / Rim
      94 = Had Maksimum 
               Bebanan
       H = Had Maksimum 
              Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju 
      180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 
      190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 
       200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 
       240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 
       240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 
        270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju 
        300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar.

    Contoh: 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 40% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2017):

2016 = 20%
2015 = 40%
2014 = 60%
2013 = 80% 
2012 ke bawah = PERCUMA.
 *anggaran diskaun.

Panduan hendak membaca code pada tayar anda.

Panduan simbol speed.





SILA KONGSI MAKLUMAT INI.

Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Rujukan gambar dari majalah permotoran.


Aku dan dunia misteri

Kisah ini memang terjadi kepada kami sekeluarga...Walaupun tidak seseram mana dan tidak pernah nampak sebarang entiti pelik...cuma kekadang terasa macam ada "kehadirannya" di sisi... tapi itu cerita dulu2 laa...sekarang sudah tiada lagi... kisah ini mengimbas kenangan masa mula2 duduk kuarters di Kelana Jaya...Hingga kini hampir 10 tahun duduk sana dan kami happy dengan keadaan sekeliling...

Ini antara cerita disebalik apa yang pernah terjadi yang sempat dicoretkan untuk tatapan pembaca..sori laa kalau jalan cerita tidak menarik...sekadar saja berkongsi cerita dan pengalaman...

Kuarters yang aku duduk sekarang ni memang lama tak diduduki sejak ia mula2 siap dibina dulu... ermmm mmg level 13 tu xde sape yg duduk,,, tapi aku dengan slumber ajer apply dok kat sana,,,...mana taknya masa aku tanye cif yg jaga tue cakap yg bawah2 tue dah ade org...sebenarnya ade kosong lagi cume tak update dalam sistem dier tue..nak kata ape, aku jalan je laa.. itu je rumah yg aku check ok skit kalau nak banding rumah2 lain yg ade byk yg rosak dan perlu diperbaiki....

masa mula2 aku pindah tue.. memang takde apapun berlaku...macma biasa laa..bunyi2 angin yg kuat tue..ye laa rumah tinggi..angin pun tentu laa kuat bangat....bilik 2 dan 3 memang tak pakai,,..yang selalu pakai pun bilik utama jer laa... yg lain jadi tempat simpan barang2 jer...rumah tue bleh tahan laa luasnya..jenuh jugak membersihkannya dulu...macam biasa buat solat hajat pastu baca yassin kat rumah tue...ye laa rumah kosong dah lame tak duduk...memang tiada apa2 gangguan laa sehinggalah kelahiran ameer yusuf tue... kenapa ade mengena dengan ameer yusuf....??

rupe2nya menurut pak haji.. sebenarnya selain dari aku duduk dalam rumah tue, ada juga makhluk allah yang lain yg turut sama duduk kat dalam tue.. ade 2 famili yg juga mempunyai anak2 yea... bile ade baby nie... so anak2 jin nie pun sama excited nak sama2 main.. tue yg kekadang yusuf selalu demam dan menangis2..kena sakat dengan "anak2 " dia... kan kata orang, budak kecik boleh nampak makhluk2 halus nie...

aku pun pernah terkena.... kejadian dimana laptop aku ade masalah... macam tertekan huruf "J".....sampi nak menaip pun tak bleh pasai asyik keluar huruf J ajer...sampai g repair tukar set baru keyboard dier...erm...yg muskil kenape yg rosak huruf J...bukan huruf M ke...? K ke?...adakah J dikaitkan dengan Jin...atau dikaitkan dengan bangsa J...Opssss...hehehe....adakah ia sekadar kebetulan???? erm.... aku rasa kebetulan kot...ehehhehe...

seterusnya kejadian TV aku terpadam dengan sendirinya...mcm tak percaya..tp memang terpadam sendiri..pastu aku cakap mungkin setting Sleep kt remote tue.. tapi aku check mmg xde ape2 setting pun dlm tue... pastu aku buat keras je laa, pasang balik kalu tertutup macam tue... 2-3 kali jugak laa terjadi macam tue... dan kemuncaknya ASTRO aku plak yg dier tutup... terkedu langsung aku.. terus tutup tv, masuk bilik terus tido....ekeke....padan muka, sapa suh nak tgk tv sampai tgh malam....

Pak haji cakap kite kene jugak halau bende tue keluar dari rumah....seperti telah dijanjikan seperti sebelumnya...aku datang ke tempat pak haji untuk menjemput datang ke rumah untuk usaha ikhtiar nak memagar rumah tue... sampai aje kat parking bawah tue, pak haji dah membisikkan sesuatu kat telinga aku..die dah merasakan sesuatu dari atas sana...dier cakap ade yg dah lari keluar...

dengan berbekalkan setengah kilo lada hitam, pak haji pun memulakan upacara tue...pak haji memandang ke sekeliling ruang rumah.. dan memandang ke luar jendela.... pak haji kata..benda nie ada datang dari kelab golf subang dan ada dari puchong... dan ade yang datang2 singgah bile diajak oleh geng2 yea...kira macam ziarah menziarahi...hidup berjiran katakan,...huhuhuhu...

lada2 hitam tue pun digaul2kan sambil bacaan ayat2 al-quran...bau lada hitam semakin kuat... ketika digaul2 tue.. pak haji tersenyum... dia cakap..makhluk tue sindir dier buat benda tue..pasal nanti boleh dapat pitih (duit).... hehehe..pandai plak makhluk tue eik....pak haji pun memulakan upacara tue dengan langkah yang lebih lembut untuk menghalau benda2 tua keluar...ditaburkan lada hitam disekeliling rumah dan sudut2 rumah sambil berselawat ke atas nabi..dan takbir allahuakhbar.....

setelah lengkap semua sudut rumah, pak haji pun berkata semua dah keluar..dan memesan menggunakan baki lada hitam tue kalau ade gangguan lagi...pak haji meminta lada hitam tue semua dibiarkan selama 2-3 hari..ini supaya ‘bende2’ tak dapat masuk dan terasa panas...kami pun bersiap-siap untuk menghantar pak haji ke rumahnya dan terus balik ke batang kali..kaki pun melangkah ke arah lif yang berada kira2 15 meter dari pintu rumah... setelah menekan butang lif tetiba baru teringat satu barang yusuf tertinggal..aku pun nak g laa ambik..tapi si fiza pulak dengan hati terbuka nak volunteer nak ambik....dalam hati aku “berani pulak dia nie”..ermmm....

Aku pun turun laa dengan pak haji ke kereta manakala fiza pergi ke rumah semula...menurut fiza, ketika nak bukak kunci mangga kat geril pintu..dengar bunyi lada-lada hitam seperti kena sapu dan dikibas-kibas..memang kuat dan jelas terasa..nak kata angin dari tingkap, mustahil pasal semua tingkap dan sliding door ditutup rapat..dan kalau pun masuk angin sekalipun dalam kadar yg skit dan takat ade bunyi je laa...apa lagi belum sempat nak bukak pintu fiza dah rasa meremang bulu roma dia..ape lagi langkah seribu laaa..lari ke lif...nak jadi cerita..lif semua kat level G...kene tunggu plak naik ke tingkat 13...aduyai..katanya hanya tuhan je yang tahu....

Aku nie baru je sampai kat kereta..tetiba toleh2 tgk dia dah sampai kat bawah... cepat benar dah sampai...aku tgk muka die pucat lesi....kalau toreh dengan pisau..sure tak kuar darah punyee....pak haji pun pandang dan terus pergi kat fiza dan baca doa dan ayat quran dan hembus kat telinga fiza..pastu suruh jamah skit lada hitam dan ludah semula,...supaya rasa pedas kat mulut skit...fiza pun terus masuk dalam kereta dan aku pun bagi ameer kat dia...suh dia duk dlm kereta...

Aku dan Pak haji naik semula... pak haji cakap benda tue marah2 sebab kena halau keluar dari rumah... pastu dia bisik kat telinga aku, sebenarnya tadi ada benda yang ikut sama kat fiza..tu yg cepat pak haji bagi penawar... sampai kat rumah aku rasa macam lain macam skit...matahari panas tapi kat rumah aku macam bernaung..rasa kelam dan menakutkan...Pak haji cakap, kali nie akan buat cara keras skit untuk halau benda tue setelah secara lembut dia agak memberontak...aku ikutkan aje janji semuanya selamat... dengan berbekalkan lada hitam yang ada lagi..pak haji memulakan rejaman ke setiap penjuru rumah...kali nie bacaan ayat2 kursi dibaca dengan jelas dan kuat....rejaman lebih di pintu sliding door dan tingkap2...pak haji tak bagi aku ikut dia kali nie..dia suruh aku dok kat ruang tamu ajerk...

Setelah habis seluruh rumah dan sebahagian di luar rumah... pak haji pun berkata kat aku bahawa benda tu tadi tumpang kat cermin yang aku pasang kat dinding di ruang tamu... cermin yang aku beli kat ikea yang ade 4 set...memang betul2 menghala ke arah sliding door dan jelas bertentangan..ini menyebabkan benda2 luar sana lebih tertarik untuk bersolek diri memasing.. pak haji benda ni macam manusia juga..ade yg baik ada yang jahat,,,.ade berkeluarga...beranak pinak,...perangai macam2.. porak peranda...gaduh bergaduh..cemburu..macam manusia jugak.. suka menghias diri... katanya, family yg dalam rumah tue ok cuma anak2 dia agak nakal skit,,, macam kehidupan kita laa tak dapat nak larang anak2 yg nakal nie... so yg fiza dengar lada hitam tue..mmg diaorg tgh mengemas rumah..cume mgkn ‘dia’ pun tak sangka yang tuan rumah patah balik nak ambik barang.. so sesame terkejut laa nie,,,

Pak haji pesan..tanggalkan cermin tue..ermmm..dah laa aku baru je tambah lagi 4 keping cermin tue...dan pasang kat tempat lain..jangan menghala ke arah pintu rumah...takut menarik minat...so pak haji pun dah rejam kat cermin dan sliding door yang mana masa mula2 pak haji lupa kat 2 tempat nie... syukur laa semua dah mula okies...kami pun melangkah keluar..masa tue laa tetiba cahaya matahari mula terang masuk ke rumah...pak haji pun berkata..baru laa rasa terang sikit... dan tak mengantuk dah..tadi memang rasa berat mata ajerk...kami pun hantar pak haji balik dan teruskan perjalan ke batang kali,, malam tue kami tidur sambil memikirkan perkara misteri dalam hidup kami,,,,

Alhamdulillah,..setelah itu..keadaan dah beransur2 pulih dan selamat...tiada lagi gangguan yang besar2 lagie...lega rasanya... walaupun fiza dan family sibuk suruh pindah ke rumah lain..aku tetapkan pendirian untuk still duduk rumah tue.. bak kata pak haji.. kita yang potong elaun rumah bayar rumah..kita laa yang berhak duduk rumah tue...lagipun akan nak tinggalkan ain n family sorang2 kat atas tue... so alhamdulilah... dah masuk lagi 2 rumah... so kat level 13 dah ade 4 famili....so takde laa sunyi sangat kat atas tue.... lagipun aku suka dok atas tue pasal rasa nyaman dengan angin yg kuat dan permandangan yg cantik di tepi lebuhraya damansara –puchong nie....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...