Sunday, November 29, 2015

Tips beli keperluan sekolah.

Persiapan persekolahan sudah bermula.
Baju sekolah(anak perempuan) :
Baju kurung 5/6 helai (kena alter sebab akan labuh kat tangan)
Kain kurung : 2 helai kebangsaan,3 helai agama ( sebab 2 hari lagi akan pakai pakaian senaman seharian utk sekolah kebangsaan )
Tudung 5@6 helai ( 3 pagi 3 petang - sempat rotate masa basuh)
Baju sukan sepasang ( standby baju sukan biasa, sebab nanti akan beli baju sukan kat sekolah mengikut rumah sukan masing2 termasuk seluar sukan)
Kasut 2 pasang (nnt standby sepasang pertengahan tahun nanti baru beli ikut keperluan- incase kasut ketat sebab kaki cepat panjang atau kasut rosak)
Beg - 2 ( sekolah pagi dan petang)


Alat tulis - pencil case, pencil pemadam & so on
Pembalut buku teks
Stokin - 5 pasang


Tips tambahan:
-Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak bila diberus masa basuh...budak sekolah rendah terutama tahun 1 xpandai lg nk pakai kasut bertali...so pilih yang tahan sikit...

-Jangan beli jenama Ben10 ke.. princess ke...upin ipin ke...nanti cepat rosak...
Antara yang ok jenama BATA Spark atau Pallas...byk lg yg ok...pandai2 la survey...


Kalau beli beg...dicadangkan beli jenama SWAN..walau pun mahal dalam RM69.90 ke atas...sebab jenama biasa2 ni tahan tak sampai sebulan dua dah mula koyak..

Memang berbaloi beli sebab tahan lama..terbukti beg abang ameer yusuf tahan 2 tahun...so tahun 2016 kena beli baru laa... jangan beli yang beroda sebab agak berat dan susah utk naik kenderaan seperti bas mahupun van sekolah... kena anak2 kena tingkat tinggi kasihan kena pikul beg naik tangga...

Rasanya kos tiap tahun naik dan ibubapa kena prepare kelengkapan secara beransur dari awal bagi elak kesesakan dan perbelanjaan yang tinggi secara serentak...apapun berbelanjalah secara berhemah...terutama dalam keadaan ekonomi terkini nie....

Sunday, November 22, 2015

Pasar Tani Kelana Jaya



Kepada penduduk sekitar Petaling Jaya dan Kelana Jaya pasti mengetahui Pasar Tani Kelana Jaya yang beroperasi setiap pagi sabtu bertempat di belakang Pusat Kesihatan Kelana Jaya dan bersebelahan Kompleks Kastam WPKL.

Disini dijual segala macam makanan untuk sarapan dan juga barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran. Selalunya kami beli tempe asli Rm1 untuk seikat (dalam 5/6 bungkus). Makanan juga ada berbagai jenis dari nasi sehinggalah mee dan sebagainya.

Tapi antara makanan faveret kami sekeluarga adalah nasi kerabu, dicadangkan juga som tam untuk sesiapa nak try... sebungkus RM5 (2 bungkus RM9)...

Selain juga ada jual kambing bakar dan juga jus delima yang fresh diperah RM14 sebotol. Pastu pekena pulak kerepek pisang tanduk RM28/kg. Memang fresh sebab goreng kat situ. Tapi kena awal sikit sebab ramai orang tempah dan banyak pulak tu.

Tetiba teringat makanan ulam-ulaman yang dibeli di Pasar Tani Kelana Jaya.. Ulam pucuk ketereh dan ulam raja sudah cukup untuk santapan makan tengahari bersama budu yang dipotong cili beserta tempoyak...

So boleh laa mencuba untuk membeli belah disana. Diingatkan untuk datang awal memandangkan parking agak terhad dan kalau ramai orang, memang kena parking jauh la dan terpaksa jalan kaki ke dalam.


Ulam

Kejohanan Bolasepak Piala Guru Besar SKKJ 1 Tahun 2015 bawah 8 dan 10 tahun.


14 November 2015 ( Sabtu) telah berlangsung kejohanan Bola Sepak Piala Guru Besar 2015 untuk bawah 8 dan 10 tahun di Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1, Kelana Jaya. Pertandingan ini tertangguh berikutan masalah jerebu yang melanda lembah klang tempohari. Ameer Yusuf macam tahun lepas juga turut sama nak join kejohanan bola sepak bawah kategori 8 tahun. Dengan bayaran RM20 seorang, dia sangat bersemangat nak join pertandingan tu.

Seawal pukul 7.30 Ameer Yusuf sudah siap sedia hendak pergi ke sekolah. Pembahagian kumpulan dijalankan pada pagi tersebut berdasarkan kedatangan para peserta. Ameer Yusuf masuk dalam kumpulan Junior FC. Untuk game pertama tewas 1-0, game ke dua seri 1-1 dan perlawanan terakhir tewas 2-0. Dan berada tangga ke 4 dari 4 pasukan dengan hanya mengumpul 1 mata. Tapi cuma disebabkan cuma 4 pasukan bertanding, semua pasukan mara ke pusingan separuh akhir dimana pasukan ditangga 1 menentang tangga ke 2 manakala pasukan ke tangga 3 menentang pasukan tangga ke 4.

Seterusnya fasa separuh akhir, team Junior FC menentang pasukan ditangga ke 3 dan menang 3-0. Ini menyebabkan pasukan Junior FC mara ke perlawanan akhir menentang pasukan Borneo Fc yang diperkuatkan beberapa 'bintang' dari borneo termasuk seorang player perempuan.

Pada perlawanan akhir yang dijalankan pada 12.30 tghri berkesudahan Junior Fc dibelasah  4-0 oleh pasukan Borneo Fc dengan 2 jaringan dari pemain perempuan tersebut.

Buat kali ke dua, Ameer Yusuf pulang dengan medal tempat ke dua walaupun tidak juara. Sekurang-kurangnya berpanas sepanjang kejohanan membawa hasil juga untuk dibawa ke rumah. Tahniah ameer, walaupun badan kecil tapi semangat dia tinggi untuk main bola.. Nanti berlatih laa lagi dan jangan lupa makan banyak sikit supaya lebih fit nak challenge bola tu.

 Jumpa dikejohanan akan datang, InsyaAllah.



Pasukan Junior Fc berkumpul sebelum perlawanan bermula

Tengah merancang strategi pasukan..hahaha

Padang bola tempat pertembungan gergasi bola sepak SKKJ 1

Perlawanan pertama tewas 1-0

Perlawanan kedua seri 1-1

Aksi disemua posisi. Dimana ada bola disitu ada player...

Sedang menyerang

Mintak bola tuu...

Menanti bola


Perlawanan ketiga tewas 2-0

Perlawanan Akhir Piala Guru Besar 2015 Bawah 8 tahun antara pasukan Junior Fc dan Borneo Fc

Aksi Perlawanan Akhir

Mula agak sengit tetapi faktor kepenatan dan berlawan dengan pasukan yang kuat, akhir akur dengan kekalahan

Beratur untuk mengambil hadiah medal dan sijil untuk naib johan bawah 8 tahun

Baju TM ditaja oleh mama dia...hahaha


Bergambar kenangan bersama Guru Besar Tuan Haji Saidon bin Abas

Bergambar beramai-ramai dengan muka kepenatan setelah mengharungi 5 perlawanan di tengah panas

Bersama semua pasukan yang bertanding dikejohanan bola sepak Piala Guru Besar SKKJ 1 2015 bawah 8 dan 10 tahun.


Thursday, November 12, 2015

Nasi Beringin Bangsar - Must Try... Jalan-Jalan Cari Makan



Nasi Beringin Bangsar

Beratur pada waktu puncak


Ini antara tempat favorite kitaorang makan tenghari jika berada disekitar Bangsar... Dan sangat-sangat disyorkan untuk try rasa nasi beringin nie... Tapi kalau nak datang ke sini kena pastikan datang awal kerana kalau waktu puncak, memang beratur panjang laa... Yang cantik time dalam pukul 12 tuu.. memang ramai yang datang tapau.. kadang2 kena tunggu ayam siap digoreng... Tapi owner memang cepat dan pantas membungkus dan menyediakan makanan... so xde laa kena tunggu lama sangat...biasanya sebelum pukul 3 dah habis...

Parking boleh di sekitar lot parking berhampiran NSTP, Floristika dan sekitarnya. Tapi selalunya penuh ( ikut nasib). Ataupun masuk ke dalam bangunan Mutiara Bangsar untuk parking ke Level 6... Tinggal no tel untuk memudahkan owner lain sebab kadang2 parking kena berlapis kat situ.

Nasi Beringin Bangsar
Aroma Nasi Beringin ni memang sedap... Ada lauk ayam goreng,  sambal sotong, kuah kari, kuah kurma, tauhu dan lain-lain... Menu biasa kitaorang ayam dan sotong. Boleh makan situ atau pun nak tapau... Kalau nak minum pula, boleh order kat kedai aney selang sebelah kedai Nasi Beringin... Dia punya air milo ais memang kaw-kaw...

So apa lagi.. boleh cuba kalau berkesempatan...

So dibawah ni adalah panduan untuk ke Nasi Beringin Bangsar:

Nasi Beringin Bangsar
Level 2, Stall No 20 (Food Court)
Menara Mutiara Bangsar
Jalan Liku
Off Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur 

Opening Hours: 
11 a.m. - 3 p.m.

Waze:
Menara Mutiara Bangsar

Landmark:
NSTP Bangsar, Floristika

Parking:

Visitor parking dalam bangunan Menara Mutiara Bangsar.(Level 6)
atau sekitar NSTP dan Floristika. Jangan lupa sediakan syiling untuk parking sebab penguatkuasa DBKL selalu buat operasi saman parking disitu. ( Jangan cakap abang tak bagitau yea ) hehehe... kat situ laa lubuk diaorang nak kejar KPI saman parking kalau nak tau laa... opppp....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...