Wednesday, December 31, 2014

Harga Minyak Petrol Terkini RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Januari 2015




Ramai rakyat Malaysia sedang menunggu-nunggu berapakah anggaran harga minyak pada awal tahun 2015 selepas harga pasaran dunia bagi minyak menunjukkan penurunan harga.
 

Berita harga terkini Ron95, Ron97 dan Diesel turun lagi mulai 1 Januari 2015. Menerusi pekeliling yang telah diedarkan kepada seluruh stesen minyak disetiap negeri,  harga minyak turun ke RM1.93 seliter bagi RON 95 manakala RM2.13 seliter bagi RON 97 dan RM1.96 seliter bagi Diesel berkuatkuasa mulai 12.01 pagi 1 Januari 2015. Berbanding harga terdahulu pada 1 Disember 2014 lalu, RON95 mencatat harga RM2.26 seliter, RON97 (RM2.46 Seliter) dan Diesel (RM2.23 Seliter).






Harga Terkini RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Januari 2015
  • RON95: RM1.93 Sen Seliter
  • RON97: RM2.13 Sen Seliter
  • Diesel: RM1.96 Sen Seliter
Harga Terdahulu RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Disember 2014
  • RON95: RM2.26 Sen Seliter
  • RON97: RM2.46 Sen Seliter
  • Diesel: RM2.23 Sen Seliter
Pekeliling Harga Terkini Ron95, Ron97 Dan Diesel Mulai 1 januari 2015


P/S: Kita pakat tunggu esok baru isi minyak yea...hehehe...

Sumber: Harga Terkini RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Januari 2015 | melvister.com 

1 comment:

Ameer Yusuf said...

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.

Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97.

Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Pada 21 November lalu, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010.

Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak tahun 1983, iaitu kerajaan menetapkan harga runcit pada suatu paras tertentu dengan sebarang perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...