Wednesday, December 31, 2014

10 Tips Cara Mengatasi Anak Takut Ke Sekolah.




Musim persekolahan telah mula bermula dengan cuti sekolah telah pun menuju pengakhirannya. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah menangguhkan sesi persekolahan daripada 5 Januari 2015 kepada 12 Januari 2015 berikutan musibah yang melanda sebahagian daripada sekolah-sekolah yang telah ditenggelami air banjir terutama di negeri-negeri pantai timur yang melibatkan banyak kerosakan barang dan sebagainya. Selain itu ia menjejaskan persediaan persekolahan kepada anak-anak dimana ada yang telah rosak dan dinayutkan banjir,

Untuk anak-anak yang memasuki darjah satu, pelbagai kerenah yang akan dijumpai termasuk yang enggan memasuki kawasan sekolah. Ini mungkin berpunca dari satu kejutan buat diri mereka dimana terpaksa melalui alam persekolahan yang pada mulanya dianggap jangkal bagi anak-anak ini.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunapakai untuk ibubapa bagi memberi motivasi kepada anak supaya mereka tidak takut untuk pergi ke sekolah:


  1. Ibubapa selalu bercerita kepada anak-anak.
    • Ibubapa mengambilmasa bersama anak-anak untuk bercerita perihal sekolah baru yang akan mereka bersekolah. Kaitkan pengalaman yang menyeronokkan diri kita dulu-dulu supaya mereka terasa teruja untuk melalui saat-saat manis juga.

  2. Membeli barang-barang keperluan persekolah bersama-sama anak.
    • Bawa anak-anak ke kedai untuk mereka pilih sendiri apa barang yang perlu dibeli untuk dibawa ke sekolah. Biar mereka terasa teruja dengan barang-barang yang hendak dibeli.. Sekarang ini musim frozen... ben10.. spiderman.. biarkan mereka pilih dan kita sediakan wangnya...

  3. Mendedahkan tentang alam persekolahan kepada anak-anak.
    • Buat lawatan sambil belajar....bukan official tapi round2 kawasan berhampiran sekolah supaya mereka tahu itu sekolah mereka...tunjukkan blok2 bangunan sekolah, kantin dan sebagainya supaya mereka tahu lokasi sekolah mereka.

  4. Memberikan jaminan.
    • Selalu mengingatkan mereka bahawa sekolah adalah tempat yang selamat dan cikgu-cikgu semua baik-baik belaka. Selalunya cikgu adalah orang yang sentiasa akan dipercayai oleh seorang budak darjah satu.

  5. Meletakkan barangan kesayangan sebagai motivasi.
    • Letakkan barangan kesayangan mereka seperti mainan kecil sebagai teman mereka disekolah... Tapi jangan pula sampai bawa bear yang besar sampai beg sekolah pun tak muat nak letak...

  6. Temani anak pada waktu rehat.
    • Untuk minggu pertama, ambil sedikit masa untuk menemani anak ke sekolah di waktu rehat.. ajar anak-anak untuk membeli makanan dan minuman.. sambil itu kita boleh survey harga-harga makanan dan minuman di kantin sekolah.. Bina keyakinan mereka semasa membeli makanan dan masa yang sesuai untuk belajar mengira duit dan baki setiap kali membeli... supaya tidak kena tipu saja..

  7. Jangan ambil lewat anak di sekolah terutama dihari pertamanya!.
    • Bila berjanji biar ditepati...jangan dicapati... Hari pertama adalah hari yang penting untuk mencari keyakinan mereka kepada kita.. Awal ke sekolah untuk menanti anak balik sekolah... Sambut tangan mereka supaya mereka "happy" dan layankan saja apa yang diceritakannya.
    • Dalam masa yang sama ajarkan tempat selamat untuk menunggu sekiranya anak kita akan menggunakan kemudahan bas atau van sekolah... Biasalah budak-budak akan berlari sana sini, last sekali driver bas / van pening kepala nak mencari.

  8. Ajar anak-nak ke tandas.
    • Nampak simple tapi kena ajarkan supaya mereka berani dan tahu untuk menuju dimana tempat untuk melepas hajat... Ye laa sebelum ini mungkin dirumah kita yang mengasuhnya tetapi disekolah mereka perlu berdikari... Jangan sampai tercicir di dalam kelas...

  9. Cuba cari kawan-kawan yang dia kenal semasa di taska mahupun di taman perumahan kita.
    • Sekiranya anak-anak yang tinggal dirumah pengasuh/ taska, kemungkinan ada anak-anak yang akan sama bersekolah yang sama.. tidak kisahlah kelas sama atau tidak... sekurang-kurangnya ia boleh menjadi motivasi untuk mereka ke sekolah... ada teman sama-sama pergi dan balik sekolah...Nak membina keyakinan tu yang penting, nanti sudah biasa dah tak takut laa nanti..

  10. Membekalkan duit belanja sekolah yang mencukupi.
    • Jika ada kesempatan sediakan bekal dari rumah...Tapi kekadang ramai ibu pun sama bekerja mencari rezeki dan tidak sempat menyediakan sarapan untuk anak-anak... Sediakan wang belanja secukupnya, jangan lebih dan jangan kurang pula. Ye laa mana tau nanti kena "pau" dengan budak senior...kalau sedikit plak kang tak cukup makan pula... tu yang penting ibubapa kena buat survey kat kantin sekolah... Duit belanja yang ideal antara RM4- RM6 untuk sekolah pagi dan petang.


      Semoga tips ini sebagai tambahan untuk manfaat tuan-tuan dan puan-puan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...