Monday, March 28, 2011

Genius Aulad : Trip to Taman Warisan Pertanian Putrajaya

28 Mac 2011 ( Isnin ) - wow..hari nie ameer yusuf ada trip Genius Aulad Cawangan Kelana Jaya ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya..seronok benar dia nak pergi ke sana... ayah dan mama masih belum pasti nak lepaskan dia pergi atau tak...ye laa, kecik lagi, nak bawak diri tue belum tentu lagi..tapi takpelah, biar sekali sekala dia berjalan sama dengan kawan-kawan dia...

So perkara yang diperlukan untuk pergi rombongan seperti di dalam message book dia catatkan:
  • T-Shirt putih
  • Seluar panjang/trek
  • Good morning towel
  • Baldi kecik
  • Baju extra
  • Air botol
Semalam tindakan untuk persediaan tersebut:
  • T-Shirt putih - dah ada walaupun bukan la warna putih sangat pun...hehehe
  • Seluar panjang/trek - dah beli kelmarin..nasib ada saiz.
  • Baldi kecik - dah beli semalam, walaupun tak kecik sangat...tu je yang ada.
  • Baju extra - Yang ni xde masalah.
  • Air botol - Air Ribena sebagai bekalan.
Disebabkan sarapan dan makan tengahari disediakan, so tak payah la bawak duit. Hantar seawal 8 pagi tapi bertolaknya lewat juga lebih kurang 8.30 pagi baru bertolak... biasalah budak-budak kecik ni bukan senang nak handle... ke sana ke sini teacher nak menguruskan.

Ameer dan kawan-kawannya satu kelas yang dipimpin oleh Teacher Sue akan naik van. So senang la dia nak handle berbanding bebudak yang naik bas persiaran tue..memang pening tengok gelagat bebudak nie..ameer senyap ajer duduk dalam row ke-3..ermmm..sama saiz je budak 4 tahun sekarang...hahaha...

Sampai pukul 1 tengahari, tapi ayah dah sampai kul 12.30 tghri. Patut la takde sapa-sapa pun..semangat betul ayah nak jemput ameer balik..adeh...pergi tengok notis kat depan sekolah, rupa-rupanya kul 1 daa...so terpaksa la ayah balik dulu dan datang balik kul 1 tengahari tue.. ingatkan dah sampai, rupa-rupanya jalan jem..lambat la sampainya..

Turun je dari van, mereka beratur untuk naik ke sekolah mereka dahulu untuk makan tengahari..so kene tunggu lagi la, dalam pukul 2.10 baru la diaorang keluar.. ameer pun macam biasa pun keluar kelas.. ayat pertama yang keluar dari mulut dia.." Baldi ameer dah hilang..." huhuhu... takpe la ameer, baldi tu hilang takpe, jangan ameer yang hilang udah ler...

Lepas tu terus hantar pulang ke rumah mama Kam ( pengasuh ameer dan sarah ), mesti letih sangat tue... air kotak pun habis dibedalnya tadi.. so tak sabar nak tunggu cerita dia malam nie...
Seronok atau tak...tapi ayah rasa mesti dia seronok pasal sampai hilang entah kemana baldi yang baru beli semalam...hahaha...

Ok laa.. next trip..tak tau la pergi mana puloppp....

p/s- gambar akan menyusul kemudian.

Monday, March 14, 2011

PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?

Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?

BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kodidentifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayiseperti berikut:
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan denganperkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’ .

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?

BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
  • KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
  • KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
  • KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahanbahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.
7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingk at k epada s emua pihak unt uk ‘phasing out’ bot ol s usu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?

Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :

i. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan
pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
ii. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu
bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
iii. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
iv. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya
terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat. Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?

Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.

Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?

Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.

18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?

Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?

Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini. Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.


Sharing is Caring

Sumber: KKM

PANDUAN SISTEM KOD IDENTIFIKASI PLASTIK

Salam semua,

Ramai antara kita yang mengambil mudah kod-kod yang dicetak dibotol-botol dan bekas makanan...ye la tak ramai yang nak ambik tahu tentang perkara ini..Yang biasa yang kita buat, selagi boleh guna, kita guna sampai rosak/jahanam ( ops macam kasar pulak ). Tapi tahukah anda bahawa setiap kod-kod bernombor ini mempunyai maklumat yang penting juga untuk kegunaan seharian kita.

Kebanyakan bahan pembungkus atau bekas makanan / minuman plastik diperbuat daripada enam (6) jenis resin yang biasa: polyethylene terephthalate (PET atau PETE), high-density polyethylene (HDPE), polyvinyl chloride (PVC atau V), low-density polyethylene (LDPE), polypropylene (PP) dan polystyrene (PS). Setiap jenis resin ini diwakili oleh ‘nombor’ di bawah Sistem Kod Identifikasi Plastik.

Sistem kod ini telah dicipta oleh The Society of Plastics Industry (sebuah persatuan perdagangan di Amerika Syarikat) pada tahun 1988 bagi tujuan kitar semula. Sistem kod ini terdiri daripada Nombor 1 hingga 7. Setiap nombor pada simbol kitar semula tersebut menunjukkan jenis-jenis bahan plastik yang digunakan untuk menghasilkan pembungkus atau bekas makanan dan minuman plastik.


Sharing is Caring

Sumber: Sini

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Sharing is Caring


Sumber: Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my


Korang dah baca ke? kepada ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak, sila tengok botol susu anak masing2..mana la taukan......semoga kita ingat mengingati antara satu sama lain..

Sumber: Berita Harian

Friday, March 11, 2011

Tsunami: Melanda Jepun

Hari ini dapat berita dari negara Jepun yang telah mengalami gegaran gempa bumi berukuran skala 8.9 magnitud...dan menyebabkan tsunami setinggi hampir 10 meter..bila tengok gambar dan video-video tu, naik seram pulak..

Semoga semua mangsa-mangsa dan rakyat Malaysia yang berada di sana juga dalam keadaan selamat dan mendapat bantuan segera..

macam-macam bencana sekarang ni berlaku..lepas satu, satu Allah nak uji kita...


Petikan dari SafeeSalee_10 Official


Sehinggakan di Indonesia juga telah dikeluarkan amaran bencana Tsunami nie.. kepada semua penduduk dipersisiran pantai terutama di Sabah/Sarawak supaya bersiap sedia untuk menerima arahan seterusnya.. Semoga kita semua dilindungiNya.

Cuti Sekolah Bermula...12 hingga 20 Mac 2011

Salam Jumaat...

YEahhhh..cuti sekolah bermula...seminggu beb... asal plak aku yang happy..patutnya ameer yang happy..tapi ameer muka mencuka ajer pasal tak dapat pergi school...balik sekolah tengahari tadi mengamuk kat rumah pengasuh..sebab next week dah tak sekolah..apa punya pesen laa...

So next week ameer yusuf dan sarah amelyn akan duk rumah mama Kam yea..so takde la terkejar sana sini yayah nak hantar dan jemput ameer ke sekolah..

penat...

tapi yayah akan susun jadual ameer untuk seminggu ni supaya dia tak bosan duk kat rumah..walaupun yayah dan mama tak dapat bercuti, kita study sama-sama macam biasa k.... adam and Dina...buku wajib setiap kali nak belajar..

Sooo selamat bercuti kepada mereka yang bercuti sakan yea...hati-hati...

jumpa lagi...

Tempoh Saman dilanjutkan lagi selapas 10 Mac 2011?

Salam semua,

Saman..saman dan saman...beratur panjang...merungut..dan sebagainya...salahkan sistem komputer bermasalah...minta penangguhan.... itulah mentaliti rakyat malaysia yang tidak habis-habis dengan tabiat buruk...last minute punya kerja!

Tak salah aku kerajaan memberikan penangguhan sejak tahun lepas lagi sehingga la 28 Februari 2011...dan oleh kerana sayangnya kerajaan kepada rakyat jelatanya ditambahkan lagi "diskaun" selama 10 hari lagi... tapi macam tue laa...hari yang terakhir jugak la yang sesak bangat... aku dah jangka dah..tambah 100 lagi sekali pun , hari terakhir jugak la dia duk beratur...punya banyak masa telah diberi...entah laa, nak komen panjang pun tak guna...tapi sendiri mau ingat laa.. akan nak dah berak, baru terhegih-hegih gali lubang...

Apapun terpulang la kepada kerajaan untuk menyenaraihitamkan pesalah trafik nie.. pada aku secara peribadi amat bagus untuk mendisiplinkan pemandu-pemandu "berhemah" rakyat Malaysia nie... cuma berkaitan saman ekor, adalah lagi molek kalau lepas detect laju tue, polis tahan kat depan..bagi surat saman terus... kalu ekor-ekor ni kekadang makan hati berulam jantung jugak bila dapat...huhuhuhu..

Cerita banyak tak guna...yang penting, berhati-hati dijalanraya dan lebuhraya...

Thursday, March 10, 2011

Perkembangan Persekolahan Ameer

Waahhh semangat betul untuk berblog hari nie..hahaha..azam baru ke...??

Bercerita tentang sekolah ameer, ermmm sudah masuk bulan ke-3 ameer bersekolah di Genius Aulad.. Alhamdulillah banyak dah perubahan yang berlaku...semakin banyak benda yang dia belajar kat sekolah agaknya... Kalau dulu malas nak belajar sangat, sampai kena paksa tapi sekarang sudah rajin..dan terlebih rajin.. samapai yayah dan mama penat nak mengajor dah..

Buku faveret tentulah reading book dia, "Adam and Dina".. Tak sangka baru 3 tahun setengah sudah boleh baca buku tue...walaupun pelatnya masih pekat dan masih susah nak sebut huruf "s" tapi banyak kemajuan yang dia capai...Untuk Iqra pula sedikit perlahan untuk rekod kemajuan bulan Januari tetapi sejak bulan februari, perkembangan positif dapat dilihat dah...baca pun dah lancar satu-satu huruf tue... ustazah pun dah banyak bagi bintang, bunga, layang-layang ataupun aiskrim... lagi laa bertambah semangat bebeudak ni nak membaca kat rumah.. satu teknik yang bagus juga untuk memberi galakan kepada mereka nie..

Kami pula guna pendekatan lain sikit, ameer suka sangat main game online macam Dora the Explorer la..Diego..Puzzle laa...dan macam-macam lagi...kekadang main game yang yayah pun tak reti nak main...paling respek bila dia main game tracking diego tue...game yang menggunakan fikiran untuk bergerak sari satu tempat ke satu tempat lain...yayah tak ajar pun main semua tu tapi mama ada ajar sekali je macam mana nak main..pastu pandai2 la dia main...last sekali, yayah tertengok dia main game tue...perghhh biar betuii budak2 skarang...

Tapi semua tue kena ada syarat... MESTI BACA BUKU DULU...apa lagi, sampai ajer rumah, belum sempat yayah nak letak beg kerja, dah terus ajak baca buku...nak kejar masa la katakan... adeh..penat sungguh nak melawan abangnya nie.. tu belum kita kerenah adiknya Sarah Amelyn tue...

Apapun semasa kecil ni kita mak ayah kena ambil berat tentang perkembangan anak-anak kita nie..cabaran untuk kita membesarkan mereka ni kerana di dalam dunia sekarang ni yang terlalu banyak anasir tidak sihat...bukan setakat diluar sana, malah sumber-sumber juga melalui internet dirumah...berjuta2 website yang tidak bagus untuk perkembangan anak-anak yang ada di luar sana, terpulang kepada kita nak mengawalnya..

Yang penting, kita betulkan diri kita dahulu sebelum kita nak membentuk anak-anak kita...jangan sampai menjadi seperti ibu ketam menyurh anaknya berjalan lurus... perghhh..dah macam "karam singh dilautan" pulak bermadah-madah nie...jumpa lagi dilain masa...

Wassalam..

Rombongan Sekolah Ameer

Salam semua..

Setelah ameer ambil cuti sendiri 2 hari kerana pulang ke kampung di Kelantan,so semalam adalah hari pertamanya ke sekolah..biasalah kalau dah 4 hari bercuti, memang berat sikit la dia ke sekolah..so yayah kena pujuk dengan pelbagai lawak supaya mood dia baik pagi tu..kalu la macam ni,yayah pun bleh pergi ujibakat rajalawak la mcm ni..hahaha..dah hari2 buat task lebih 15minit satu sesi..

Pulang ke rumah, yayah check message book dalam beg ameer..alamak,ameer ada rombongan sekolah la pada hari Khamis 10 Mac 2011. Mujurlah yayah buka buku kali ni, selalunya yayah buku sekolah ameer sahaja..So parent pun kena sediakan RM10 untuk tambang dan RM1 untuk derma masjid..nak tau rombongan pergi mana? Hahaha..tak jauh cuma Masjid Tabung Haji Kelana Jaya..ingatkan jauh..xpe la budak2 kecik susah nk jaga..

Objektifnya sgt baik utk mendekatkn budak2 kepada masjid dan memahami tatasusila di dlm masjid..bagus2 lagi pun dh biasa jg ke surau kt rumah tu..at least dia akan lagi dgr teacher dia ckp apa..

Apapun ameer nangis pagi tadi kerana dia dah cakap awal taknak naik van sekolah. Ameer nak yayah hantar..waduh2..lepas je hantar, yayah terus cabut,takut lagi panjang ceritanya. Tak sabar nak tunggu cerita dari ameer petang karang..hehehe

Wednesday, March 9, 2011

Lelong Kenderaan LucutHak Kastam kembali lagi..


Salam semua,

Buat mereka yang suka bertanya dan tidak tahu cara untuk mengetahui perkembangan lelong kenderaan lucut hak..sekarang telah dibuka tender secara terbuka bermula 8 Mac 2011 hingga 28 Mac 2011..Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah melawati portal kastam seperti berikut.
Info lanjut di http//:www.customs.gov.my atau Klik Sini

Live streaming malaysia vs pakistan 9 mac 2011


Frust sungguh bila tiada live bola kat astro mahupun RTM oleh kerana ada masalah teknikal di stesen penyiaran pakistan...Tidak la dapat jutaan rakyat Malaysia untuk melihat perkembangan terkini bola sepak tanahair..Apapun doa kami kejayaan adalah milik kita...Malaysia Boleh!

Update: 0-0.. Berdasarkan info dari facebook FootballPakistan.Com
Tamat perlawanan: Pakistan 0-0 Malaysia. So, Malaysia layak ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 dgn agregat 2-0. Pusingan kedua akan berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan. Malaysia akan bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam. Undian akan dibuat pada 30 Mac ini di Rumah AFC, Bukit Jalil, KL.

Ameer Yusuf masuk sekolah 2011

Salam semua...

Untuk entri kali nak bercerita tentang anak sulung yayah ameer yusuf yang telah masuk sekolah pre-school untuk umur 4 tahun..ameer yang nak sangat sekolah semasa yayah dan mama saja jalan-jalan di Genius Aulad, Kelana Jaya untuk melihat sekolah tersebut...so terus booking untuk sesi 2011...

Mula-mula yayah dan mama cuak jugak melihat anak sulung yayah ni, menangis ke dia nak sekolah...macam-macam perkara bermain difikiran...isk isk...pagi 5 Januari 2011, yayah dan mama ambil cuti untuk menguruskan persekolahan anak sulung la katakan,...Diawal pagi lagi ameer senang bangun dan mandi...semangat sungguh...siap pakai bedak dan tak sabar menyarung baju sekolahnya...dari malam lagi terbelek-belek semasa mamanya menggosok baju sekolahnya...

Sampai di Genius Aulad Kelana Jaya, suasana meriah..ramai ibubapa sudah hadir untuk menghantar sekolah anak masing-masing..Ameer pun tak sabar juga nak ke sekolah..setelah selesai mendaftar, ameer masuk kelas 4 Yathrib..kelasnya warna biru..cantik sungguh kelasnya..deco deco deco katanya....

Melangkah sahaja ameer ke dalam kelas, macam dah biasa dia terus ajer duduk kat satu kerusi yang kosong di tengah-tengah kelas...mamanya masuk sekali untuk meletakkan beg sekolah ameer,...ameer sangat pelik..kejap-kejap tengok kiri, tengok kanan..tengok depan, tengok belakang..semua budak menangis...huhuhuhu...siap ameer garu kepala, mesti dia pening tengok kenapa budak-budak ni menangis sedang dia sangat excited nak sekolah..mujur umur 3 tahun tak boleh register lagi...hahaha..

Untuk 30 minit, kami sempat duduk diluar kelas untuk melihat perkembangan ameer...kalau2 dia menangis dalam kelas bila tengok yayah dan mama takde...Tapi yayah sangat happy pasal ameer tak menangis dan tak merengek pun..walaupun semua kawan-kawannya yang baru masih belum dikenalinya...

Sampai 10.30 pagi- orentasi balik awal...untuk jadual biasa akan habis 11.30 pagi...yayah dan mama pun menjemput ameer yusuf...dengan happynya dia bercerita pengalaman barunya bersekolah...isk isk...seronok sangat ke sekolahnya...dan sampai tak sabar untuk ke sekolah esok paginya pula....harap-harap berterusanlah hendaknya,,,takdelah pening yayah dan mama nanti memikirkannya...


Ameer bersedia untuk belajar


dah siap baca doa belajar ke?


Pulangnya AtokMak ke Rahmatullah

Salam semua teman-teman,

Belangkasuwa al-fatihah buat atokMak ( nenek@wan ) Hajjah Saiyah Binti Haji Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.20 petang 27 Februari 2011.. Pemergiannya amat mengejutkan kerana atok sangat sihat dan ceria seperti biasa..Mungkin telah sampai masa dan ketikanya, dia mengadap yang Maha Esa..

Berita pada mulanya diterima dari emak dalam pukul 4.15 petang yang mengatakan atok sedang nazak...so aku segeralah mengemas barang yang sememangnya telah ada di dalam beg hijau...selesai solat asar, kami pun gerak..baru sahaja keluar untuk masuk LDP, emak call semula yang mengatakan atok dah tiada...dan diselangi panggilan dari pakcik utk menyampaikan berita yang sama...aduhhh..kelu lidah, kosong seketika pemikiran...tupppp..lantas kenangan bersamanya menggamit di dalam fikiran...terbayang ketika atok menjalani rawatan di HTAR, Klang sebulan yang lalu...setiap kali mahu pulang, ciuman pipi kiri dan kanannya pasti akan suara lembut berkata" Dah nak balik dah....Bila ko nak datang lagi" itulah kata-kata dia tiap kali aku untuk salam dan mencium pipinya....tanganku sentiasa digenggam erat seolah-olah berat hendak dilepaskan...tapi pasti aku membalasnya.."atok, ada masa ayie akan datang lagi jumpa atok...mak pun sama"....dan atok akan tersenyum manis....

Tidak sangka pemergian aku kali ni ke kampung untuk kali ini untuk mengadap atok yang sudah tidak bernyawa lagi...Allah sahaja yang tahu...Pelbagai kenangan terus bermain-main difikiran...tiada lagi insan yang akan menyuruh kami makan semasa dimeja makan...tiada lagi insan yang akan sibuk untuk menyuruh menyiapkan tempat tidur kami....tiada lagi insan yang akan menunggu kami dipintu rumah,sambil mengheret kerusi plastik sambil menunggu penuh sabar ketika anak cucu pulang....

Teringat waktu ketika dahulu, atok sering memberikan aku duit belanja walaupun adik-adik aku tidak dapat..sedangkan aku dah besar juga berbanding adik2 aku yg lain...atok pasti sorok-sorok bagi duit takut cucu-cucunya yang lain nampak...walaupun kekadang atok tiada duit pada ketika itu...

Seumur hidup aku, tak pernah atok marah kat aku..mungkin kerana aku cucu sulungnya...atok juga menjaga cucu-anak mak uda sejak kecil dan juga sepupu aku...mereka pasti lagi terasa....

Kenangan bersamanya pasti akan aku kenang selamanya...dan aku teringat sepasang kain warna merah yang atok berikan kepada aku dahulu, masih tersimpan di dalam laci almari yang masih belum dijahit untuk dibuat baju melayu...nanti aku nak tempah buat sepasang baju melayu sebagai kenangan arwah buat aku...

Walaubagaimanapun, aku tetap kagum dengan emak yang tidak sedikitkan menitiskan airmatanya di depan aku dan ahli keluarga lain..wajahnya tenang tapi pasti di dalam hatinya syahdu telah kehilangan bondanya,..emak ada menyatakan ralat sedikit kerana tidak pulang pada minggu sebelum tue..tapi bukan kita menentukan masa dan ketikanya..kebetulan seminggu sebelum pemergian atok, jiran sebelah rumah atok yang dikenali atok long juga telah meninggal dunia...emak masih teringat semasa mak lang memberitahu melalui panggilan telefon untuk disampai berita sedih itu...dan ketika hendak meletakkan telefon, terdengar suara atok memanggil dari jauh untuk bertanyakan bila emak nak datang...dan mak akan balik minggu ke-2 bulan mac ni kerana masa itu baru ada kelapangan..

Malam tu emak tidak tidur menemankan jenazah atok...aku dan juga sepupu serta pak sedara yang lain membacakan ayat-ayat al-quran dan surah yassin buat disedekahkan kepada atok...aku bertahan jam 3 pagi seblm berehat dan tertidur sebentar...

Keesokkan paginya, urusan memandi dan mengkafankan diuruskan mak andak dan juga orang kampung...emak, mak lang dan mak uda turut membantu...kami semua beratur untuk memberikan penghormatan terakhir..ciuman aku kali ni dibalas dengan kulit yang sejuk dan tiada lagi kata-katanya kepada aku...aku mengusungkan jenazah untuk diletakkan ditempat yang lapang untuk solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan islam Teluk Pulai, Banting..semua kerja-kerja pengkembumian selesai lebih kurang 10 pagi....jenazah atok dikebumikan selang beberapa kubur dari Kubur Arwah Atok Haji...

Semoga atok tenang disana dan rohnya dicucuri rahmat dariNya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...amin...

"DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali"

Tuesday, March 8, 2011

Aktiviti Mac 2011- Kepulangan Yang Dinanti

Salam buat semua..

Lama betul tidak update blog yang dah bersawang-sawang nie...kurang sikit komitmen untuk update kerana dok senantiasa update dalam facebook ajerk...ni la pengangan fb kt..kalu dah hp sentiasa ditangan..memang surelah update status dan semak cerita2 sana sini..

Terasa penat betul kerana baru pulang dari kota bharu kelantan..kebetulan keluarga mertua buat sedikit kenduri kesyukuran..walaupun secara tetiba je ada kenduri sabtu lepas, tp bagi menunaikan hasrat mama yang nak balik kerana dah lama tak jumpa meknya...ok jer...

Alhamdulillah perjalanan yg bermula pukul 5 pagi pada 5 mac 2011- ameer dan sarah siap mandi sekali...segar bugar jadinya dipagi yang hening...adehhh...tapi nak menyiapkannya satu cabaran...nak itu nak ini...last2 sampai tertinggal berus gigi dan sabun mandi...

Singgah isi minyak kat Shell sebelum masuk tol karak...dan lencong ke drivethru McD...perghhhh...pepagi dah breakfast set famili...ok jugak...sedap jugak....sedap atau lapar?...hahaha...mcm biasa, ambik je box kami terus gerak membelah keheningan pagi yang damai itu...

Singgah Petronas untuk menunaikan kewajiban seorang khalifah Allah....sementara berkumandang azan, kami makan2 dulu...sayup azan berkumandang dari corong speaker BB...Opppp..kita solat dulu... Ameer dan sarah masih dibuai mimpi indah...

Terpaksa kami bergilir2 untuk solat...dalam setengah jam kt situ, kami pun sambung la perjalanan...Tenang dan rileks..tiada kesesakan..tiada sempadan..tiada halangan..alhamdulillah...cuaca sangat baik, sampai area kuala krai...sudah terasa bahang mentari...

Kali ni pemanduan perhemah...biar lambat asal selamat...nak cepat naik kapal terbang,..malas nak bayar saman yang berekor-ekor nie..harap takde la yang sangkut...setelah kedua-dua pilot sudah clean dari saman...

Alhamdulillah, selamat sampai kat kota bharu jam 12.30 tgri...orang dah ramai kerana kenduri lepas zohor...rehat kejap, angkut barang dan sambung minum...hilangkan dahaga....semua kerja2 kenduri dah settle....penduduk kampung semua dah tolong mana yang patut...

Lepas luruskan badan sebentar, terus ke masjid utk solat zohor pulak...selesai doa, semua jemaah dijemput untuk ke rumah untuk solat hajat dan selawat beramai-ramai...alhamdulillah merasa la seekor kambing hari tue...macam biasa, gulai feveret tue...

Sampai ke maghrib pun masih ada yang datang utk ziarah dan makan-makan...penat la jugak bila dikenangkan...tapi itu tandanya muafakat....kita semua sepakat, dikampung hai pening lalat...elok sangat laa, dah dekat dekat dengan Kedai Lalat...hehehe...

Tapi yang penting sempat la merampas mayor untuk Kampung Pulau Belanga...hahaha..cuma kedai lalat je gagal untuk dirampas..xpe-xpe kita cuba lain kali...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...