25 Disember 2009- Perjalanan balik ke kampung kelantan darul naim..
Perancangan nak bertolak dari batang kali tetapi terpaksa ditukar kerana masalah teknikal kerana ameer yusuf meragam mengada2 disaat2 hendak bertolak ke batang kali, dia telah membuat onar dengan menumpahkan makanan di dalam bilik dan ruang tamu. ini menyebabkan ayah dan mama yang kepenatan telah tidak larat nak melayan kerenah si ameer ni...dan ayah memutuskan untuk bertolak dari kelana jaya saja.
7.45am- bertolak dari rumah dan singgah minum pagi direstoran utara..lapar la pulak pasal semlm memang tak makan pun lagi, pasal bajet nak makan kat rumah batang kali...pukul 8.30am baru bertolak ke kelantan..
Perjalanan yang lancar dan bebas tekanan..cuma tekanan dari dalam kereta kerana ameer asyik bertukar tempat dari depan ke kebelakang sampai ayah naik pening tengok kerenah anak sulungnya..sarah macam biasa, tak nak tidur...hero dan keroin ayah memang tak tidur lama, paling lama setengah jam, pastu mereka terus setia menemani ayah disepanjang jalan..
Nasib baik jalan tidak jem langsung..dari bentung, raub sampai la ke gua musang, jalan clear dan ceria..dengar khabar minggu lepas, jalan jem agak teruk...memang kami bernasib baik balik minggu nie...hahaha..macam nak sambut raya krismas pulak...
sampai kat kelantan pukul 3.30petang dan semuanya berehat disebelah malam...ayah penat memandu terutama cuaca yang panas.. dah sampai area melor, mama sambung bawak kereta pula...dah sampai kawasan dia, baru bagi mama bawak..tu pun ayah terpaksa pantau jugak, pasal jln kampung pun nak rempit 100km/j..aduyai..pening2...
Sampai je sana,mama terus drive ke rumah mama yah untuk makan kat sana..kebetulan mama yah ameer ada buat bubur asyura..rezeki kami kot...al-hamdulillah, semoga rezeki kak Nik sekeluarga bertambah2 dimasa akan datang...lepas makan tue, baru balik rumah...
Malam tue, mama, ayah, sarah dan ameer semuanya tidur lena pasal seharian berjalan sana dan sini..
No comments:
Post a Comment