Friday, January 8, 2010

Ameer yusuf dengan basikal barunya



Basikal baru ameer yang masih baru dapat lesen "P"

Ameer yang menangis ditepi basikal kerana takut ayah ambil basikal dia

19 Disember 2009 - Ayah dan mama telah belikan sebuah basikal untuk ameer yusuf. Setelah melihat ameer yang sudah pandai untuk naik basikal sepupunya. Ayah terpaksa survey harga dibeberapa kedai untuk memastikan mendapat harga yang paling 'best'. Setelah berpusing dan bvertanya hampir 3 buah kedai di Bandar Baru Batang Kali, ayah pun mengajak mama untuk pergi ke kedai Kee Hock yang berada disebelah rumah wan dan atok ameer.

Setiap kali masuk kedai, mesti ameer akan duduk dah atas basikal tu..dan terpaksa la ayah pujuk ameer dlu, dan akhirnya bila dah betul2 puashati ayah pun beli la sebuah basikal yang ameer boleh naik...kalau ikut ayah nak belikan lagi satu model tu, lagi cantik dan teguh..tayar hidup dan ada jaring tapi terlalu besar untuk tinggi ameer nie.. so lain kali laa...(kalau tak tentu jimat beli pasal boleh tahan lama sikit)...

Dengan harga RM80, basikal tu dibawa balik ke rumah wan dan ameer dengan tidak sabar untuk bermain basikal tersebut sampai menangis ditepi basikal kerana dia ingat ayah tak belikan basikal tue...

Nanti main la puas2 kat rumah kelana jaya yea...senang hati tengok hari-hari boleh main basikal tue...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...