Friday, January 8, 2010

Saat menanti mama di dalam kereta

Ameer dan sarah yang saling bergurau senda yang memening kepala ayah

Ameer yang begitu semangat mengikut ayah

Sarah yang "terpaksa" duduk di situ... Sori ayah tak dapat nak pegang sarah..nanti sapa yang nak bawak kereta pulak....

Kalau mama naik tren balik kerja, ayah , ameer dan sarah akan jemput mama kat stesen LRT Taman bahagia di kelana jaya nie... So disebabkan jalan kekadang jem, ayah terpaksa membawa 2 orang hero dan heroin sekali di dalam kereta..Sarah terpaksa duduk di dalam car sit dan ameer akan teman disebelahnya.. kekadang tu ameer leka main kat belakang...

Pernah satu kali ayah tak bawak car sit dan terpaksa bawak kereta sambil memangku sarah amelyn.. pastu ayah taubat dah tak bawak macam tu lagi.. dah la payah nak bawka kereta pastu sarah pulak kekadang menolak badan dia sampai terdongak2 kita dibuatnya..

Nanti dah besar, sarah boleh duduk kat belakang ne sambil bermaind engan abang ameer yea...

Dari sudut kacamata Nur Sarah Amelyn





Anak ayah bernama Nur Sarah Amelyn.

Jalan-jalan kat Sunway Pyramid

Ameer dan mama bergambar kat tepi ais

Sarah yang sentiasa berada kat ayah.

Ameer main kereta la.

Berpusing-pusing tangan pegang stereng

Mama atau ameer yang mainkan nie?



12 Disember 2009 - Ayah dan mama membawa Ameer Yusuf dan Nur sarah Amelyn jalan-jalan kat Sunway Pyramid. Sebenarnya niat asal ayah nak pergi survey harga laptop kat sana kerana itu yang dekat kat rumah..Sampai sana, keluar je dari parking kereta, terus ke tempat permainan kanak-kanak nie...

So mama pun dengan semangatnya membawa ameer ke semua tempat untuk main permainan dan siap pergi tukar token lagi kat kaunter...Ameer bukan reti main pun, tangan kat stereng tapi mata melilau kat tempat lain..Sibuk tengak orang lain main, yang diri sendiri entah kemana hala game tue..

Pastu main ketuk-ketuk katak dan seterusnya main bowling... habis semua token, ayah dan mama pun beredar pasal orang-orang yang nak main luncur ais semakin ramai kat bawah tue...so kami teruskan pusing2 sebentar dan kami terus balik pasal sarah dan ameer dah mula tak selesa ramai orang...

Ameer yusuf dengan basikal barunya



Basikal baru ameer yang masih baru dapat lesen "P"

Ameer yang menangis ditepi basikal kerana takut ayah ambil basikal dia

19 Disember 2009 - Ayah dan mama telah belikan sebuah basikal untuk ameer yusuf. Setelah melihat ameer yang sudah pandai untuk naik basikal sepupunya. Ayah terpaksa survey harga dibeberapa kedai untuk memastikan mendapat harga yang paling 'best'. Setelah berpusing dan bvertanya hampir 3 buah kedai di Bandar Baru Batang Kali, ayah pun mengajak mama untuk pergi ke kedai Kee Hock yang berada disebelah rumah wan dan atok ameer.

Setiap kali masuk kedai, mesti ameer akan duduk dah atas basikal tu..dan terpaksa la ayah pujuk ameer dlu, dan akhirnya bila dah betul2 puashati ayah pun beli la sebuah basikal yang ameer boleh naik...kalau ikut ayah nak belikan lagi satu model tu, lagi cantik dan teguh..tayar hidup dan ada jaring tapi terlalu besar untuk tinggi ameer nie.. so lain kali laa...(kalau tak tentu jimat beli pasal boleh tahan lama sikit)...

Dengan harga RM80, basikal tu dibawa balik ke rumah wan dan ameer dengan tidak sabar untuk bermain basikal tersebut sampai menangis ditepi basikal kerana dia ingat ayah tak belikan basikal tue...

Nanti main la puas2 kat rumah kelana jaya yea...senang hati tengok hari-hari boleh main basikal tue...

Thursday, January 7, 2010

Perjalanan balik dari kelantan ke kuala lumpur

2 Januari 2010 (sabtu)

Kami bergerak pukul 8.40 pagi..cuaca hari ni mendung dan pastinya hujan akan turun bila2 masa.. ayah macam biasa pukul 6.30 dah bangun dan siap mandi..sebelum nak mandikan anak2 ayah nanti...so nak kemaskan baju2 yang tak sempat nak kering semalam...

Lepas mandikan ameer dan sarah, baru minum pagi..tok mek siapkan daging goreng pagi nie..walaupun pagi tu jadi kelam kabut pasal gas memasak habis pulak pagi tue...hehehe..

Dengan bismillah kami memulakan perjalanan,..mama dah sedih pasal rindu nak tinggalkan tok mek ameer kat kampung...biasalah drama bersiri air mata mama memang setiap kali balik kampung nie...tambah pulak kalau dah duduk lama kat sana,,,..

Baru sampai binjai, hujan renyai2 sudah turun dan sepanjang jalan selepas tue, perjalanan kami ditemani hujan renyai2 nie,..alhamdulillah tidak lebat sangat dan sejuk sikit perjalanan ni nanti...

Perjalanan agak perlahan kerana kenderaan yg banyak yang agak 'sengal' membawa kereta,,, dah tau nak bawak kereta to slow, tolong la duduk di lorong kiri makcik pakcik abang kakak....ni tak, bawak 40-50km/j tapi perasan dah bawak 160km/j...sakit betul hati ayah tgk perangai puak2 darat nie...hati keras macam batu.... rasa nak komen je kat JKR supaya tambah 1 baris ayat lagi kat papan tanda semasa jalan 2 lorong dikawasan berbukit,...bukan setakat ayat "kenderaan berat sila ikut kiri" aje kena tulis, malah "Kenderaan yang bawak perlahan sila duduk kiri jugak"...

Ayah bawak bukan la laju tapi ikut kelajuan biasa lebuhraya dan jalan persekutuan nie...hehhee..tapi agak2 la, kami ni dalam perjalanan yang jauh, lambat lagi nak sampai...tolong la jangan penting diri sendiri...kalau takat nak g pasar, tlg duduk kiri yea...

Disebabkan kes2 macam ni la, perjalanan nak kuar dari kawasan ni jadi lambat..terutama kat area Melor nie...Hujan semakin lebat, ayah tak isi minyak pun, pasal dalam tangki ada stok minyak cukup utk sampai gua musang...

Sarah dan ameer macam biasa duduk dengan mama,..ameer duduk depan dan belakang...tak duduk diam malah tak tidur2...susu dah habis...sampai hentian rehat dan rawat gua musang pukul 11.15am...berhenti buang air dan ameer serta sarah tukar pampers..mama buat susu..settle semua, kami masuk stesen minyak isi lagi Rm44..full balik tank.. 11.45am sambung jalan balik...


Cuaca masih mendung dan kadang kala hujan renyai turun..beberapa tempat yang agak lebat dan ayah terpaksa memandu dengan berhati-hati sekali..ingat orang tersayang yang menanti dirumah... :)

Pukul 1.30pm..ayah singgah kat masjid kuala lipis...port biasa dulu2 nak rehat singgah,..mama mesti tau kenangan kat masjid nie,,,Macam biasa nur sarah amelyn ayah yang comel lagi cute nie telah memerut dan menyebabkan satu kereta berbau haruman kasturinya itu...sambil sarah tersenyum yang menampakkan 2 batang giginya baru nak tumbuh menyebabkan ayah merelakan pit-stop kali kedua nie,,,ameer yang baru terlena terus terjaga, bagai dipasang alat anti gerakan pada badannya, saat kereta berhenti seketika ayah baru nak keluar dari kereta, ameer terus terjaga..dan sibuk nak turut serta dalam operasi khas sarah nie,,,

Disebabkan zohor pun dah masuk, ayah dan mama pun solat terus sekali kat masjid tue...perjalanan kami teruskan...selepas kuala lipis, cuaca semakin panas...terasa bahang bila saat pintu kereta dibuka...ayah teruskan perjalanan tanpa berhenti di genting sepah..selalu ayah dan mama akan berhenti rehat kat sana...tapi kali ni ayah teruskan memandangkan mama dah pening nak layan ameer dan terutamanya sarah yang tak nak tidur sangat dalam kereta...ameer dengan aksi ultraman gaya dia...habis di"fire"nya adiknya sampai sarah malas nak layan dah...

Ayah ikut genting highland untuk balik ke batang kali...masa nak naik, jalan ok...sama2 cucuk kereta kompressor org singapura,...masa dah nak turun dari genting awana tu ke batang kali...kesabaran ayah teruji jugak, pasal ada kereta tu bawak 30-40km/j turun bukit sepanjang jalan dari awana genting tue...aduyai...pastu 2nd car dan 3rd car pulak boleh pakat konvoi senak-senak kat belakang tue..ayah 4th yg follow pun jd boring laa....apatah lagi yg berderet2 kat belakang nie...semua orang tau jalan genting memang bahaya masa turun atau naik pasal bengkang bengkok dan selekoh tajam tapi jangan la bawak kereta macam tak gerak kereta tue...tapi mujur la ada kat satu jalan lurus skit tu sebelum selekoh tajam tu ayah speed skit dan lega pasal lepas satu cabaran hari nie...

Sampai rumah atok dan wan ameer kat batang kali pukul lebh kurang 4 petang, lewat sikit...setelah mengharungi perjalanan hampir 456km dari kota bharu ke batang kali,...

Bila keluar dari kereta, mak ai kotornya body kereta pasal jalan hujan dan pastu kena panas pulak bila dah nak sampai,..so jadi corak abstrak la jawabnya,,,memang kena basuh sebelum nak pergi kerja isnin nanti,..

Akhir kisah ini, berhati-hati ketika memandu dan bertimbang rasa kepada pemandu lain...duduk dilorong yang sewajarnya...ingat pesanan penaja nie,jangan sampai mama ameer turun kepok kepala sorang2...pasal nanti dia membebel kat ayah, dan ayah pulak yg jadi tensen bawak kereta pasal kena presure utk potong......arggghjhhhhh

Sarah dapat gelang rantai baru.



Rezeki sarah ameelyn untuk dapat gelang baru dari pemberian tok mek ..disebabkan sarah ni cucu perempuan, dan macam cucu-cucu perempuannya yang lain, tok mek akan belikan gelang emas..

Emas sekarang ni dah mahal betul laa, semakin hari semakin naik...kalau nak bandingkan dengan dulu2 tak la semahal nie...untuk sarah je yang kecil molek pun mahal...cecah rm8++...kalau rantai leher confirm ribu2 nie...

Takpe la asalkan sarah amelyn nampak comel cantik...walaupun tangan sarah agak besar, tapi gelang tu terpaksa dipotong sikit pasal takut terlolos...rugi woooo...

Masa beli ameer memang jeles tak hengat,,,masa orang nak pilih2 rantai gelang tu, ameer dah siap nak naik atas meja kaca tue..pastu sebuk tunjuk tangan dia...ayah cakap, oran lelaki tak pakai emas,..pastu sibuk tanya jam upin dan ipin dia,,,saja nak ambil perhatian.... mentang orang tengah sibukkan sarah nie,,hehehe...

Terima kasih tok mek kerana belikan rantai gelang emas untuk sarah,,,

Main air Pantai Irama, Bachok, Kelantan


Permandangan di Pantai Irama, Bachok, Kelantan

Permandangan dari arah berbeza di Pantai Irama, Bachok, Kelantan


Mama, sarah dan ameer bergambar di tepi pantai.


Ayah meneman ameer bermain air


Sarah Amelyn turut berendam kaki

Ameer yang excited menunggu ombak menghempas pantai


Ameer leka bermain air


Sungguh teruja nak ke laut


Melihat kakinya yang terbenam di dalam pasir pantai


Ameer yang sugguh happy pada petang itu

27 disember 2009- 5.30 petang - ayah dan mama telah membawa sarah dan ameer ke Pantai Irama, Bachok..tidak jauh dari rumah tok mek...disebabkan cuaca yang berangin kuat, menyebabkan ombak agak tinggi dan merbahaya untu bot-bot kecil...hahahha...ayah hanya menemankan ameer bermain di gigi air...punyalah suka yusuf main air, siap kejar sana sini dari buih2 dilautan,..

Pantai kat sini agak tidak sesuai utk mandi manda memandangkan ombak lautnya agak kuat dan struktur pantai yg tidak landai seperti di PD ataupun Morib menyebabkan ia agak dalam walaupun berada ditepi pantai..dah nama laut china selatan, kalau belah sana selat melaka lain laa.

Tapi excited sangat dengan air laut nie, siap tanggal seluar nak mandi tapi ayah tak bagi pasal bahaya sangat..setakat nak main buih2 ombak kat tepi tu boleh laa,,,Sarah amelyn pun sama jugak main air tapi kaki je laa..mama yang rendam kaki dia, sampai terangkat2 tahan sejuk agaknya,,

Lepas main air, ayah dan mama membawa ameer yusuf dan sarah amelyn ke gerai berdekatan untuk menjamu selera.. minum air kelapa, abc dan keropok lekor rm 2 = 20 keping...syok duduk sini cam ni jimat banyak dah... kalu kat kl,20 keping dah rm4 dah...

pukul 6.40 petang, gerak balik rumah tok mek ameer yusuf kembali..mama tunjuk jalan ikut chica menyabong, kalau sebelum ni yang dah pernah pergi, lalu ikut pantai senok..mama cakap ikut sana lagi jauh....

kalau ada masa nak pergi jalan ke Tok Bali...katanya cantik permandangan kat sana...takpelah lain kali laa kita pergi sana, tunggu ayah nak beli kamera baru,,,asyik guna kamera hp ajerk...hehehe...

Jalan-jalan ke Jeli Kelantan


26 Disember 2009 - Setelah penat didalam perjalanan dari kelana jaya hingga ke kota bharu yang sejauh 478KM dan mengambil masa purata 7-8 jam ini, di hari kedua, tok mek ameer mengajak pergi ke rumah tok mek adah di Jeli, Kelantan pula... walaupun di dalam negeri yang sama tapi perjalanan dia pun boleh tahan..hampir 3 jam perjalanan jugak...hampir 135Km dari kota bharu..disebabkan jalan kampung dan berbukit,tambahan pula first time ayah lalu jalan tue, menyebabkan kelewatan sedikit...


Dari satu kampung ke satu kampung kami rentasi, dari satu jembatan ke satu jambatan diseberangi, dan dari satu sungai ke satu sungai kami lintasi, masih tak sampai2...bak kata orang, tempat baru dituju, pokok bertasbih dan memberi salam kepada kita...tu yang rasa lama tue...tapi akhirnya kami sampai jua ke sana dengan selamat.

Balik dari sana singgah sebentar di Bukit Bunga untuk beli barang2an buah tangan..ayah dan mama tak beli sangat pasal harganya adak mahal sedikit berbanding kat rantau panjang, pengkalan kubor...tapi still murah berbanding KL..hehhehe...

Ameer beli bantal upin dan ipin, belon buih tiup dan bola warna-warni. sarah , tok mek belikan baju ala-ala hawaii..hahaha comel je sarah pakai baju tue...

Sampai rumah tok mek pukul 7.30 malam, memang letih lagi.. malam tu ayah dan mama dah tak lalu nak makan lagi dan terus tidur lepas solat isyak,...nasib baik ameer yusuf dan sarah pun tidak banyak masalah tentang hal itu...

Destinasi kami di musim perayaan krismas - Welcome to Kelantan


25 Disember 2009- Perjalanan balik ke kampung kelantan darul naim..

Perancangan nak bertolak dari batang kali tetapi terpaksa ditukar kerana masalah teknikal kerana ameer yusuf meragam mengada2 disaat2 hendak bertolak ke batang kali, dia telah membuat onar dengan menumpahkan makanan di dalam bilik dan ruang tamu. ini menyebabkan ayah dan mama yang kepenatan telah tidak larat nak melayan kerenah si ameer ni...dan ayah memutuskan untuk bertolak dari kelana jaya saja.

7.45am- bertolak dari rumah dan singgah minum pagi direstoran utara..lapar la pulak pasal semlm memang tak makan pun lagi, pasal bajet nak makan kat rumah batang kali...pukul 8.30am baru bertolak ke kelantan..

Perjalanan yang lancar dan bebas tekanan..cuma tekanan dari dalam kereta kerana ameer asyik bertukar tempat dari depan ke kebelakang sampai ayah naik pening tengok kerenah anak sulungnya..sarah macam biasa, tak nak tidur...hero dan keroin ayah memang tak tidur lama, paling lama setengah jam, pastu mereka terus setia menemani ayah disepanjang jalan..

Nasib baik jalan tidak jem langsung..dari bentung, raub sampai la ke gua musang, jalan clear dan ceria..dengar khabar minggu lepas, jalan jem agak teruk...memang kami bernasib baik balik minggu nie...hahaha..macam nak sambut raya krismas pulak...

sampai kat kelantan pukul 3.30petang dan semuanya berehat disebelah malam...ayah penat memandu terutama cuaca yang panas.. dah sampai area melor, mama sambung bawak kereta pula...dah sampai kawasan dia, baru bagi mama bawak..tu pun ayah terpaksa pantau jugak, pasal jln kampung pun nak rempit 100km/j..aduyai..pening2...

Sampai je sana,mama terus drive ke rumah mama yah untuk makan kat sana..kebetulan mama yah ameer ada buat bubur asyura..rezeki kami kot...al-hamdulillah, semoga rezeki kak Nik sekeluarga bertambah2 dimasa akan datang...lepas makan tue, baru balik rumah...

Malam tue, mama, ayah, sarah dan ameer semuanya tidur lena pasal seharian berjalan sana dan sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...