Friday, December 11, 2009

Stok keperluan Ameer dan Sarah

Macam ibubapa orang lain, persediaan untuk si anak kecil amat penting, terutama bajet untuk bulanan mereka..Macam famili kami, semua telah dibajetkan setiap bulan dalam kuantiti yang telah ditetapkan..sekiranya ada lebih, bulan berikutnya ada penjimatan dan bajet tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain pula,.macam nak beli baju, eksesori, mainan dan sebagainya..

Tapi ayah akan pastikan semua cukup untuk anak-anak ayah...Benda-benda lain tolak tepi terutama keperluan ayah dan mama..yang penting anak-anak ayah cukup makan, minum dan pakai..berapa habis tu belakang cerita la, janji anak-anak dapat yang terbaik...macam susu Sarah, dapat jimat sikit pasal dia masih menyusu badan...tak macam ameer, dia cepat berhenti menyusu badan dan bergantung sepenuhnya susu formula...

Ini adalah stok untuk bulan 12 nie..so mungkin boleh cover sampai pertengahan bulan januari 2010..hahaha..terlebih sudahhh....Bilik belakang kembali menjadi stor simpanan...hahaha..jadi serabut sikit laa...

Pampers Ameer dan Sarah...3 utk ameer dan 2 utk Sarah...

Susu Ameer dan Sarah..Nestum Sarah pun ada juga tapi 1 tin dah cukup laa...

Sebahagian tin-tin susu yang ameer yusuf dah minum, separuh dah buang..tgl lagi separuh nie...ayah tak sempat nak kemaskan tin-tin ni nak buang kat bawah tue...berapa kali nak angkut nnt...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...