Friday, December 11, 2009

Sarah dan Walker

Setelah umur Sarah mencecah 5 bulan pada 26 November 2009 yang lalu, ayah dah masukkan sarah ke dalam walker ameer yang dulu-dulu..kesian sarah kerana pakai barang 2nd..tapi takpe la kena jimat-jimat sikit laipun barang2 tu masih cantik dan elok lagi..

Ayah tengok Sarah pun dah kuat badannya nak imbang badan dan kepalanya..so hari pertama sarah di dalam tu sangat la excitednya sampai bergerak satu rumah..dan leka main butang-butang yang ada kat atas tue...hahaha..so dapat la ayah dan mama membuat kerja rumah sikit, kalau tak kena dukung dan letak atas tilam ajer..nanti asyik jatuh pulak...

Ni antara pengalaman sarah yang pertama kali menggunakan walker tersebut...abang ameer tentu jeles dan siap berebut tak nak bagi sarah masuk dalam tue..."tu ameer nyerrrr"kata ameer kat ayah sambil muka monyok mencuka...tapi ayah pujuk balik"anak ayah ni kan dah besar, bagi kat adik pulak la.."...pastu satu ciuman sayang ameer kat adik dia...muaahhhhhhhh....


Sarah merenung jauh mengenangkan dirinya di dalam walker ini...

Tersenyum dalam keterpaksaan

Ameer yang memuncungkan mulutnya kerana walkernya telah dilucutkan haknya dan diberi kepada adiknya pula...ameer mungkin nak bawa ke tribunal antarabangsa ke atas hak dia ke atas walker tersebut...hahhaha

Ameer tersenyum sambil sarah merenung tajam kepada ayah

Ameer adalah yang paling sibuk masa tue...

Senyuman Sarah amelyn

Bebola tue permainan kesukaan sarah

Gaya sarah di dalam 'kenderaan' barunya itu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...