3 hb Julai 2009 (Jumaat) - Kota Bharu: Majlis bercukur jambul dan akikah telah dijalankan pada hari tersebut...setelah berbincang dengan ahli keluarga semua, ayah dan mama bersetuju untuk mengakikahkan terus si sarah dengan seekor kambing biri-biri.. Harga kambing tersebut RM350 sahaja...alhamdulillah, semuanya telah selamat....
Walaupun pada awalnya tidak merancang perkara ni tapi memandangkan sarah pun telah keluar awal dari tarikh asal jangkaan doktor..dan tambahan pula sebelum ayah pulang semula ke kuala lumpur pada hari sabtu keesokkannya, lebih baik dibuat segera...lagipun anak perempuan cuma seekor binatang saja...
Majlis diadakan selepas solat jumaat...ramai orang2 kampung yg hadir..macam biasa la penuh di bahagian ruang tamu... Seawal pagi lagi kerja-kerja menyembelih kambing telah dijalankan.. ayah bersama untuk memegang kambing bebiri tersebut sambil memasang niat..
Daging kambing bebiri itu dimasak gulai bersama umbai nyiur ( isi kelapa yg masih muda)...makanan tradisi orang kelate....(kalau salah eja mintak maaf yea)...memang sedap orang2 kampun buat... semua bekerjasama...apa yang penting!!!?? kerjasama....!!!!!
Masa detik nak menyembelih kambing..ameer menangis pasal dia sedih melihat kambing tu nak mati,...dan selepas kambing itu mati..ameer pun berkata.."habehhhh"..sambil memusing-musingkan tangannya...
Dibawah adalah antara detik yang sempat dirakamkan semasa majlis tersebut.
Kambing bebiri yang telah sampai pada lewat petang 2 julai 2009
Waktu pagi pada 3 julai 2009...masa nie ameer juga sibuk nak tengok kambing....
"bing..bing" kata ameer...
Setelah kambing disembelih..kerja-kerja melapah sedang dijalankan..
Majlis bercukur jambul sedang dijalankan oleh ustaz dan juga ayah mid...mengikut cara tradisi orang kelantan...
Ustaz memasukkan manisan2 dan air zamzam ke mulut sarah..nasib baik sarah baik tidak menangis atau meragam....senyap dan tidur dengan lenanya walaupun orang semua sedang berselawat dan berdoa...
No comments:
Post a Comment