Wednesday, July 8, 2009

Inilah Nur Sarah Amelyn

Di atas permintaan ramai, ayah dah updatekan gambar2 yg sempat untuk tatapan..tak sempat nak edit mahupun bercerita panjang... Kesuntukan masa semasa berkursus membataskan utk mem'blog nie...



Nama penuh: Nur Sarah Amelyn Bt Muhammad Ashri
Nama panggilan: Sarah
Tarikh lahir: 26hb Jun 2009
Hari: Jumaat
Masa lahir: 3.48 pagi
Berat : 3.7kg
Tempat:Kota Bharu Medical Centre (KBMC)
Cara bersalin: Normal
Tempoh sakit: lebih kurang 3-4 jam

Nur Sarah Amelyn Bt Muhammad Ashri dihari pertama selepas setengah jam dilahirkan. Siap diuruskan oleh nurse bertugas dengan baju pinknya..besar doww.....


Gambar juga dihari pertama semasa baru dibawa masuk ke dalam wad selepas dijaga oleh nurse di bilik jagaan baby tue..


Juga hari pertama, sarah masih tetap tidur dengan lenanya..

Gambar ini pula di hari kedua..asalnya buka mata tapi disebabkan flash kamera hp ni menyebabkan dia tutup mata dia..alahai sayang nie...


Masih tertidur dengan lenanya...senang la macam nie ayah dan mama...

Baru la dapat dirakamkan gambar anak ayah yang tengah buka mata..itu pun setelah ayah disablekan flash dia...

Saja ayah kenakan cahaya matahari pagi..nak bagi kacau dia tidur...walaupun sebenarnya baby sarah sihat...

Sapa lagi kalau bukan hero anak ayah yang sulung yang sekarang dah menjadi abang long... berada disisi adiknya y malu2 kucing menutup pipinya yg tembam...

Akhirnya pengasuh tertidur disisi adiknya...ameer tak nak dialihkan ke tempat lain kerana nak bersama adiknya..sehinggakan memarahi mamanya kerana nak baring sama... agaknya biar dia pulak yg jaga adik dia...sayang jugak dia,... masa tgh videocall masa tue, tgn kiri memeluk bahagian kepala adiknya seperti memberi perlindungan pulak... isk isk anak ayah..dia tau ayah takde kat sana,..sebagai abg dia jaga adik dengan baik yea... alhamdulillah..mudah2an...



Segala sumber gambar2 ni diperolehi dari mms mama pada ayah...itulah tempat melepaskan rindu..kalau tak call, video call... kalau tak sempat..mesej mahupun mms... itulah pentingnya teknologi zaman sekarang yea...

4 comments:

Puteri Safiya said...

comelnya sarah... nanti da blk umah, leh la main ngan aleesya... hehehe....

Putra Mama said...

cam iras ko jer ashri...

- eiNa - said...

waaaaa.. chumelnya... gebunya pipi... geram la plak...

Ameer Yusuf said...

Aleesya - nanti boleh main kat depan rumah...main petik2 pokok cili...

putramama - cam aku ker?

eina - agaknya makan durian byk sangat masa mengandung kot..naik byk msa last 2 week..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...