Tuesday, July 21, 2009

Harijadi ameer tanpa ayah

Hari ini tanggal 21 Julai 2009..genaplah anak sulung ayah Ameer Yusuf berumur 2 tahun..Pagi tadi ayah bangun dan terus teringat kat anak ayah yang sorang nie...rindu sangat2 pulak kat dia...sayang sekali, ayah jauh berada dan tidak dapat bersama-sama meraikannya bersama-sama mama dan sarah sekali...

Apakan daya terpaksa berada di "perbatasan" sekarang nie...ada kerja yang perlu dilakukan,,,..demi bangsa dan negara,...huhuhu...

Dah 2 tahun...mesti macam2 lagi akan ameer akan lalui selepas nie... rindu nak menunggu ameer akan bercakap dengan lancar nie....asyik sepatah sepatah ajerk...harap2 nanti habis ayah kursus nanti, ameer dah boleh cakap elok2 yea...huhuhu..

Buat mama, sorry yea tak dapat sama2 nak besarkan kedua-dua anak nie... tau je laa perangai diaorng nie...sorang asyik nak susu...sorang nak tgk ceria...fenin2...

Dari jauh peluk cium ayah buat ameer yusuf..semoga gembira kat sana dan jangan lupakan ayah kat sini...moga menjadi anak yang berjaya dan banggakan keluarga nanti...


Monday, July 13, 2009

Rindu kat anak-anak ayah

13 Julai 2009 (isnin) - baru seminggu berada di AKMAL , melaka nie...aduhai...ada 9 minggu lagi yang perlu dilalui..ada masa kelapangan pasti kena call mama tanya khabar berita mama dan anak-anak...bila berjauhan macam nie memang kena banyak bersabar dalam melalui detik-detik nie..

perkara wajib.....sms, mms, call dan video call tempat nak melepaskan rindu..nak tengok anak2 ayah terutama baby yang baru lahir tue....tak sempat nak manja2 main2 dengan dia... ameer yusuf pun rindu..kesian pulak bila dengar cerita mama yg marahkan ameer..pastu ameer nangis dan merajuk sampai sebut yayah..yayah..yayah...manja kat ayah sangat, tu yang bila ayah takde kat sisi jadi tak keruan...

Minggu nie last kawad kaki..memang meletihkan laa... tapi takpe..sedap sikit badan dan bersenam sambil berkawad...cuma kulit rentung sikit laa...kena repair balik la pasnie...hahaha...

Tak sabar nak menunggu detik-detik yang akan datang pula,...nak balik cepat2 duduk rumah plak...hahaha...walaupun kat sini ramai kawan2 baru dari seluruh malaysia... famili tetap penting dalam agenda harian... pengorbanan yang perlu dibayar untuk menjawat jawatan nie,,,lambat laun kena jugak pergi....


Wednesday, July 8, 2009

Majlis akikah Nur Sarah Amelyn


3 hb Julai 2009 (Jumaat) - Kota Bharu: Majlis bercukur jambul dan akikah telah dijalankan pada hari tersebut...setelah berbincang dengan ahli keluarga semua, ayah dan mama bersetuju untuk mengakikahkan terus si sarah dengan seekor kambing biri-biri.. Harga kambing tersebut RM350 sahaja...alhamdulillah, semuanya telah selamat....

Walaupun pada awalnya tidak merancang perkara ni tapi memandangkan sarah pun telah keluar awal dari tarikh asal jangkaan doktor..dan tambahan pula sebelum ayah pulang semula ke kuala lumpur pada hari sabtu keesokkannya, lebih baik dibuat segera...lagipun anak perempuan cuma seekor binatang saja...

Majlis diadakan selepas solat jumaat...ramai orang2 kampung yg hadir..macam biasa la penuh di bahagian ruang tamu... Seawal pagi lagi kerja-kerja menyembelih kambing telah dijalankan.. ayah bersama untuk memegang kambing bebiri tersebut sambil memasang niat..

Daging kambing bebiri itu dimasak gulai bersama umbai nyiur ( isi kelapa yg masih muda)...makanan tradisi orang kelate....(kalau salah eja mintak maaf yea)...memang sedap orang2 kampun buat... semua bekerjasama...apa yang penting!!!?? kerjasama....!!!!!

Masa detik nak menyembelih kambing..ameer menangis pasal dia sedih melihat kambing tu nak mati,...dan selepas kambing itu mati..ameer pun berkata.."habehhhh"..sambil memusing-musingkan tangannya...

Dibawah adalah antara detik yang sempat dirakamkan semasa majlis tersebut.


Kambing bebiri yang telah sampai pada lewat petang 2 julai 2009


Waktu pagi pada 3 julai 2009...masa nie ameer juga sibuk nak tengok kambing....
"bing..bing" kata ameer...


Setelah kambing disembelih..kerja-kerja melapah sedang dijalankan..


Abang fendi sedang kosek gulai sambil berposing...


Ameer yusuf bersama abang Eih nya..sebuk nak main pasir kat bawah pokok rambutan tue...


Majlis bercukur jambul sedang dijalankan oleh ustaz dan juga ayah mid...mengikut cara tradisi orang kelantan...

Ustaz memasukkan manisan2 dan air zamzam ke mulut sarah..nasib baik sarah baik tidak menangis atau meragam....senyap dan tidur dengan lenanya walaupun orang semua sedang berselawat dan berdoa...

Ameer nak bermanja dengan ayah


Ameer yusuf yang berposing untuk gambarnya dihantar kat ayahnya sebentar tadi..mama dia cakap baru lepas main lompat-lompat...macam2 la tue nak main,..mama cakap ameer main kucing...peluk kucing laa...tangkap kucing... meng"kuda"kan kucing la...sampai nak lembik kucing tu kang...tak tau la,nak sampai sebulan lebih duduk sana..mahu terseksa kucing2 tue...

Sekarang ameer yusuf dah kuat jeles la kat adik... mesti nak baring kat tempat adik dia si sarah tue.. mentang2 la adik tu tak tau apa2...terpaksa la mengalah kat abang pulak...tapi kekadang sayang kemain dia... peluk cium bagai,sampai tak nak bagi orang pegang..biar dia yang mengasuh adik dia tue....ermmm macam2...

Walaupun kepenatan lepas berkawad dari pukul 7.00 pagi hingga ke 2.30 petang tadi..ayah curi2 masa untuk updatekan cerita ameer nie....rindu kat kedua-dua anak ayah nie... mama dia?ermmm..tentu la rindu jugak kan...tak sabar nak habiskan kursus 2 bulan setengah nie,...hari baru hari ke-2...aduyai banyak tul hari nie... letih2....


Inilah Nur Sarah Amelyn

Di atas permintaan ramai, ayah dah updatekan gambar2 yg sempat untuk tatapan..tak sempat nak edit mahupun bercerita panjang... Kesuntukan masa semasa berkursus membataskan utk mem'blog nie...



Nama penuh: Nur Sarah Amelyn Bt Muhammad Ashri
Nama panggilan: Sarah
Tarikh lahir: 26hb Jun 2009
Hari: Jumaat
Masa lahir: 3.48 pagi
Berat : 3.7kg
Tempat:Kota Bharu Medical Centre (KBMC)
Cara bersalin: Normal
Tempoh sakit: lebih kurang 3-4 jam

Nur Sarah Amelyn Bt Muhammad Ashri dihari pertama selepas setengah jam dilahirkan. Siap diuruskan oleh nurse bertugas dengan baju pinknya..besar doww.....


Gambar juga dihari pertama semasa baru dibawa masuk ke dalam wad selepas dijaga oleh nurse di bilik jagaan baby tue..


Juga hari pertama, sarah masih tetap tidur dengan lenanya..

Gambar ini pula di hari kedua..asalnya buka mata tapi disebabkan flash kamera hp ni menyebabkan dia tutup mata dia..alahai sayang nie...


Masih tertidur dengan lenanya...senang la macam nie ayah dan mama...

Baru la dapat dirakamkan gambar anak ayah yang tengah buka mata..itu pun setelah ayah disablekan flash dia...

Saja ayah kenakan cahaya matahari pagi..nak bagi kacau dia tidur...walaupun sebenarnya baby sarah sihat...

Sapa lagi kalau bukan hero anak ayah yang sulung yang sekarang dah menjadi abang long... berada disisi adiknya y malu2 kucing menutup pipinya yg tembam...

Akhirnya pengasuh tertidur disisi adiknya...ameer tak nak dialihkan ke tempat lain kerana nak bersama adiknya..sehinggakan memarahi mamanya kerana nak baring sama... agaknya biar dia pulak yg jaga adik dia...sayang jugak dia,... masa tgh videocall masa tue, tgn kiri memeluk bahagian kepala adiknya seperti memberi perlindungan pulak... isk isk anak ayah..dia tau ayah takde kat sana,..sebagai abg dia jaga adik dengan baik yea... alhamdulillah..mudah2an...



Segala sumber gambar2 ni diperolehi dari mms mama pada ayah...itulah tempat melepaskan rindu..kalau tak call, video call... kalau tak sempat..mesej mahupun mms... itulah pentingnya teknologi zaman sekarang yea...

Tuesday, July 7, 2009

Rindu pada mama, ameer dan sarah

07/07/2009 Selasa - Berada di AKMAL selama hampir 2 bulan setengah...Satu cabaran untuk meninggalkan baby sarah yang baru lahir pada 26 jun lepas..belum sempat nak bermanja2 tapi ayah terpaksa mengikuti kursus nie...sabar ajer laa...

Nak balik hujung minggu pun cam tak berbaloi pulak pasal nak balik dari air keroh ke kota bharu bukannya dekat,..terpaksa la video call setiap malam atau ada masa terluang untuk melihat gambar dan perkembangan terkininya,...

Untuk kali ni tak sempat nak tulis panjang2 pasal esok ada kawad kaki lagi..hampir 10 hari yg bermula hari nie.. alamatnya bertambah cerahlah kulit nie...jangan sampai anak tak kenal sudahlah...

Tapi kesian kat ameer yusuf yang asyik rindu kat ayah,,..ayah pun rindu jugak...masa on the way balik dari kota bharu tu rasa sayu pulak pasal sunyi drive sorang2..pasal selalunya ameer akan temankan ayah sepanjang jalan dengan kerenah2 yg macam2...

Bila berseorangan ni rasa sedih sangat..sampai menitis air mata jugak...huhuhu..kasihnya seorang ayah,,,dan bila ameer asyik memanggil yayah,...yayah..yayah..yang merujuk ayah tue...terasa rindu pulak...

Semoga jumpa lagi dilain kelapangan....salam utk semua....

p/s: Gambar sarah akan diupdatekan kemudian..insyaAllah......


Sunday, July 5, 2009

Penantian akhirnya tiba jua

25hb Jun 2009 (Khamis) - Perjalanan yang jauh akan kami lalui hari nie,.. ameer yusuf, mama dan ayah akan bergerak ke Kelantan seperti yang dirancangkan....Perjalanan kami yg biasanya mengambil masa 8-9 jam termasuk waktu berhenti rehat..terutama yang beranak kecil nie dah tentu asyik berhenti byk kali... hahaha...

Perancangan awal gerak kul 4 pagi..hehehe tapi kantoi laa... terkandas sehingga lewat gerak dari rumah... akhirnya tepat pukul 5.30 pagi kami bergerak ke kelantan... Dengan melalui keheningan pagi yang syahdu itu, ayah membelah laluan LDP menuju ke arah Gombak....Sungguh selesa perjalanan kami pagi tu..tak banyak kereta lagi... sesampai ajer selepas tol kat damansara perdana... dah start ramai org yang hendak pergi kerja,...kami? yahoooo..cuti.....

Kami berhenti rehat sebentar di stesen minyak di karak dan bersolat subuh di sana...perjalanan diteruskan selepas semuanya selesai...6.30 kami sambung perjalanan... 10 pagi kami sampai di Gua Musang dan berehat sebentar di Masjid atas bukit sambil makan sarapan yg merangkap makan tengahari... ameer yusuf siap jatuh2 kat sana...sampai luka di dahinya...gara2 nak kejar ayah nak pergi toilet... 10.45pagi kami meneruskan perjalanan semula,...

Matahari semakin panas...Fuhhh... boleh tahan panas kat luar sana.. kami dalam kereta sedap la lagi...dengan jalan yang lengang dan tak banyak kereta..cuma sekali sekala jumpa dengan geng2 lori balak nie...tu yg kekadang slow sikit terpaksa follow dari belakang....

Pukul 1 tengahari kami selamat sampai di rumah tok mek ameer.... barang2 dipunggah ke rumah... macm nak pindah daaa....hehehe...lepas letak barang semua, ayah ambil masa sikit utk melelapkan mata sampai pukul 2 petang... selepas tu mama ajak ayah makan,, dan sempat la makan sikit...tak lalu nak makan sangat pasal penat memandu,,,

Janji temu pukul 3 kat KBMC kena pergi petang tu jugak,,, so lepas solat zuhur...kul 2.45 kami pun pergi..mula2 nak tinggalkan ameer tapi last2 dia menangis na ikut jugak,... disebabkan jln aga sesak menghala ke kota bharu tue.. kami lewat sikit dalam pukul 3.30 ptg baru sampai.. terus ke meja pendaftaran dan check dengan Dr Lily...Appointment yg mama buat sebelum nie staff tak buat log dan terpaksa isi semula... memandang Dr Lily pun tidak sibuk, dia datang semula ke hospital...Kami menunggu sebentar,,

Dalam pukul 4 petang, doktor pun sampai dan pemeriksaan dijalankan,,,..tujuannya nak cukupkan syarat at least sekali membuat pemeriksaan kat KBMC baru boleh bersalin kat sana...tak boleh main serbu ajerk...setelah pemeriksaan tekanan darah dijalankan, Dr Lily berlaih kepada scan baby pula.... Dr kata berat babu sudah 3.6kg...wow..baru seminggu lepas berat babu 2.9kg...cepat tul naik..mama makan ape nie???

Seterusnya doktor melihat kelainan pada kandungan mama dan meminta mama diperiksa kadar denyutan jantung baby...ia dijalankan di labour room....dan doktor berserta jururawat pn hasanah dan lain2 lagi membantu urusan disitu..Dr melihat keadaan denyutan jantung baby agak lemah dan ada keganjilan disini...Dr pun memeriksa bahagian bawah dan rupa-rupanya sudah 4cm!!!!!!

Aiyooooooo....dah la baru sampai ,..tak sempat nak makan2 best kat rumah mek...dah kena tahan wad terus.. beg baju pun tak bawak tadi sebab bajet singgah sekejap utk checkup biasa sebelum balik semula ke rumah...ni dah jadi lain...nak tak nak, kena tunggu laa kat wad terus...
Tok mek datang berserta kak nik utk hantar brang2 dan ambi jemput ameer yusuf.. ayah kena jaga mama nanti dalam bilik bersalin...sampai pukul 9mlm..dah start rasa sakit tapi boleh bertahan... ayah lapar daaa...dengan berat hati tinggalkan sebentar mama di dalam wad No 114 tu dan mencari kedai makan...kebetulan ada pasar malam...sempat la beli burger,roti kebab,apam balik, air tebu dan ABC... balik semula ke wad...mama pun lapar jugak...makan burger tu..lapar betul mama....

Pukul 12 malam, mama dah start sakit yg semakin kuat...mama bertahan lagi...tapi pukul 2 mama dah tak tahan...nurse pun check mama dan seterusnya dibawa ke bilik bersalin,.. ayah pun ikut sama ke bilik tersebut...ayah kena tenangkan mama pasal kami sebenarnya belum bersedia untuk menempuhi saat2 nie pasal due masih lama lagi 6 julai...ni baru 26 jun...tapi mungkin baby nak masa yg lebih lama bersama ayah dia kut,...

Kesakitan semakin terasa.... doktor dihubungi...pahit maung dilalui oleh mama... ayah disisi senantiasa memberi kata2 semangat,.. akhirnya tepat pukul 3.48 pagi...baby girl ayah yang ayah namakan Nur Sarah Amelyn lahir ke dunia dengan berat 3.7kg...kelahiran dia pun agak berlainan dengan ameer...dimana semasa baby keluar tue... tangan dan kakinya terus aktif mengapai2 macam berenang...

Itulah dia kelahiran baby kami yang kedua yang penuh dengan kejutan....Mungkin sudah ditakdirkan baby dilahirkan di Kelantan jua..sesampai kami ke kelantan terus nak keluar yea....inilah kuasa Allah swt...kami bersyukur kerana sepanjang perjalanan kami dari kelana jaya ke kota bharu berjalan lancar dan mama tidak pula mengalami masalah sakit2 sehinggalah masa appointment jam 3 petang tersebut... akhirnya termakbul doa ayah dan doa tok mek supaya semuanya selamat sampai ke kelantan...

Semua orang terkejut dengan kelahiran ni pasal beg baju dan barang2 pun tak sempat kemas dalam bilik lagi tapi baby dah kalut nak keluar sama,..adik beradik pun belum jumpa lagi...tau2 dah duduk kat hospital ajer,...hehehe...syukur alhamdulillah...semuanya selamat dan ia menjadi pengalaman yang amat berharga buat kami sekeluarga,,,......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...