Thursday, April 21, 2011

Teknik Langgan ASTRO Mustika Secara Percuma




Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.

Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.


Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.

Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak percaya gak. Tapi balik rumah aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!


Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.


1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK.

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK.

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:

i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika< ruang >< ICNo > ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.


Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...

Takkan aku sorang jer terkena kan...


p/s : jgn marah2 erk...lawak2 jer ..hahahahaha..mesti sume angin jer nie..hahahaha

Wednesday, April 20, 2011

Susu punca batuk dan kahak?

Salam semua..

Entri kali ni nak berkongsi kisah si tembam kami bernama Sarah..Baru-baru nie dia demam yang berulang-ulang...memang kesian bila tengok dia batuk yang berkahak.. nak buang tak pandai nak keluarkan.. kekadang kalau malam sampai tak dapat nak tidur..dan mula la dia meragam kerana mata dah mengantuk tapi batuk gatal tu tak hilang-hilang...tu yang kekadang siap muntah..

Bila berlarutan beberapa hari.. ayah dan mama pun mendapatkan khidmat dan nasihat bersama Dr. Nik Muziana... Dan setelah melihat symptom-symptom yang ada pada sarah, doktor menasihatkan menukar susu yang biasa digunakan. Kemungkinan besar Sarah nie alah kepada Laktosa yang ada pada susu lembu nie..Apa lagi, doktor Nik pun siap bagi sample 3 jenis susu berlainan: Nutren Junior, Pediasure dan Isomil Plus..Semuanya berasaskan susu soya.

Nutren Junior


Pediasure

Isomil Plus

Setelah diuji dan dirasa oleh sarah dengan sample yang banyak diberikan oleh doktor tue, Sarah hanya boleh minum susu pediasure dan Nutren Junior. Dan untuk mendapatkan bekalan susu nie, Pediasure ni memang senang la nak beli, Speedmart99, Giant, Tesco dan sewaktu dengannya memang ada. TAPI untuk Nutren Junior memang susah nak dapatkan dipasaran. Cuma ada kedai Farmasi terpilih ( Guardian takde ) sahaja dan juga kedai khas jual barangan penjagaan baby.

So bermula bulan nie Sarah terpaksa la menggunakan susu baru iaitu Pediasure untuk mengurangkan lendir dan kahaknya kesan dari laktosa dalam susu lembu nie..harap ianya berhasil..

Rezeki Sarah nak minum susu mahal...dulu ameer minum susu Enfa , ayah dan mama rasa dah mahal dah.. rupanya Sarah nak susu lagi mahal dari abang dia..hehehe.. apa-apa sajalah asalkan sarah sihat dan bertambah baik.. Pandai-pandai la ayah dan mama berjimat cermat.. Oklah nanti kita survey harga terkini susu-susu diatas.

Monday, March 28, 2011

Genius Aulad : Trip to Taman Warisan Pertanian Putrajaya

28 Mac 2011 ( Isnin ) - wow..hari nie ameer yusuf ada trip Genius Aulad Cawangan Kelana Jaya ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya..seronok benar dia nak pergi ke sana... ayah dan mama masih belum pasti nak lepaskan dia pergi atau tak...ye laa, kecik lagi, nak bawak diri tue belum tentu lagi..tapi takpelah, biar sekali sekala dia berjalan sama dengan kawan-kawan dia...

So perkara yang diperlukan untuk pergi rombongan seperti di dalam message book dia catatkan:
  • T-Shirt putih
  • Seluar panjang/trek
  • Good morning towel
  • Baldi kecik
  • Baju extra
  • Air botol
Semalam tindakan untuk persediaan tersebut:
  • T-Shirt putih - dah ada walaupun bukan la warna putih sangat pun...hehehe
  • Seluar panjang/trek - dah beli kelmarin..nasib ada saiz.
  • Baldi kecik - dah beli semalam, walaupun tak kecik sangat...tu je yang ada.
  • Baju extra - Yang ni xde masalah.
  • Air botol - Air Ribena sebagai bekalan.
Disebabkan sarapan dan makan tengahari disediakan, so tak payah la bawak duit. Hantar seawal 8 pagi tapi bertolaknya lewat juga lebih kurang 8.30 pagi baru bertolak... biasalah budak-budak kecik ni bukan senang nak handle... ke sana ke sini teacher nak menguruskan.

Ameer dan kawan-kawannya satu kelas yang dipimpin oleh Teacher Sue akan naik van. So senang la dia nak handle berbanding bebudak yang naik bas persiaran tue..memang pening tengok gelagat bebudak nie..ameer senyap ajer duduk dalam row ke-3..ermmm..sama saiz je budak 4 tahun sekarang...hahaha...

Sampai pukul 1 tengahari, tapi ayah dah sampai kul 12.30 tghri. Patut la takde sapa-sapa pun..semangat betul ayah nak jemput ameer balik..adeh...pergi tengok notis kat depan sekolah, rupa-rupanya kul 1 daa...so terpaksa la ayah balik dulu dan datang balik kul 1 tengahari tue.. ingatkan dah sampai, rupa-rupanya jalan jem..lambat la sampainya..

Turun je dari van, mereka beratur untuk naik ke sekolah mereka dahulu untuk makan tengahari..so kene tunggu lagi la, dalam pukul 2.10 baru la diaorang keluar.. ameer pun macam biasa pun keluar kelas.. ayat pertama yang keluar dari mulut dia.." Baldi ameer dah hilang..." huhuhu... takpe la ameer, baldi tu hilang takpe, jangan ameer yang hilang udah ler...

Lepas tu terus hantar pulang ke rumah mama Kam ( pengasuh ameer dan sarah ), mesti letih sangat tue... air kotak pun habis dibedalnya tadi.. so tak sabar nak tunggu cerita dia malam nie...
Seronok atau tak...tapi ayah rasa mesti dia seronok pasal sampai hilang entah kemana baldi yang baru beli semalam...hahaha...

Ok laa.. next trip..tak tau la pergi mana puloppp....

p/s- gambar akan menyusul kemudian.

Monday, March 14, 2011

PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?

Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?

BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kodidentifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayiseperti berikut:
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan denganperkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’ .

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?

BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
  • KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
  • KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
  • KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahanbahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.
7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingk at k epada s emua pihak unt uk ‘phasing out’ bot ol s usu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?

Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :

i. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan
pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
ii. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu
bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
iii. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
iv. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya
terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat. Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?

Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.

Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?

Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.

18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?

Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?

Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini. Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.


Sharing is Caring

Sumber: KKM

PANDUAN SISTEM KOD IDENTIFIKASI PLASTIK

Salam semua,

Ramai antara kita yang mengambil mudah kod-kod yang dicetak dibotol-botol dan bekas makanan...ye la tak ramai yang nak ambik tahu tentang perkara ini..Yang biasa yang kita buat, selagi boleh guna, kita guna sampai rosak/jahanam ( ops macam kasar pulak ). Tapi tahukah anda bahawa setiap kod-kod bernombor ini mempunyai maklumat yang penting juga untuk kegunaan seharian kita.

Kebanyakan bahan pembungkus atau bekas makanan / minuman plastik diperbuat daripada enam (6) jenis resin yang biasa: polyethylene terephthalate (PET atau PETE), high-density polyethylene (HDPE), polyvinyl chloride (PVC atau V), low-density polyethylene (LDPE), polypropylene (PP) dan polystyrene (PS). Setiap jenis resin ini diwakili oleh ‘nombor’ di bawah Sistem Kod Identifikasi Plastik.

Sistem kod ini telah dicipta oleh The Society of Plastics Industry (sebuah persatuan perdagangan di Amerika Syarikat) pada tahun 1988 bagi tujuan kitar semula. Sistem kod ini terdiri daripada Nombor 1 hingga 7. Setiap nombor pada simbol kitar semula tersebut menunjukkan jenis-jenis bahan plastik yang digunakan untuk menghasilkan pembungkus atau bekas makanan dan minuman plastik.


Sharing is Caring

Sumber: Sini

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Sharing is Caring


Sumber: Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my


Korang dah baca ke? kepada ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak, sila tengok botol susu anak masing2..mana la taukan......semoga kita ingat mengingati antara satu sama lain..

Sumber: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...