Wednesday, April 20, 2011

Susu punca batuk dan kahak?

Salam semua..

Entri kali ni nak berkongsi kisah si tembam kami bernama Sarah..Baru-baru nie dia demam yang berulang-ulang...memang kesian bila tengok dia batuk yang berkahak.. nak buang tak pandai nak keluarkan.. kekadang kalau malam sampai tak dapat nak tidur..dan mula la dia meragam kerana mata dah mengantuk tapi batuk gatal tu tak hilang-hilang...tu yang kekadang siap muntah..

Bila berlarutan beberapa hari.. ayah dan mama pun mendapatkan khidmat dan nasihat bersama Dr. Nik Muziana... Dan setelah melihat symptom-symptom yang ada pada sarah, doktor menasihatkan menukar susu yang biasa digunakan. Kemungkinan besar Sarah nie alah kepada Laktosa yang ada pada susu lembu nie..Apa lagi, doktor Nik pun siap bagi sample 3 jenis susu berlainan: Nutren Junior, Pediasure dan Isomil Plus..Semuanya berasaskan susu soya.

Nutren Junior


Pediasure

Isomil Plus

Setelah diuji dan dirasa oleh sarah dengan sample yang banyak diberikan oleh doktor tue, Sarah hanya boleh minum susu pediasure dan Nutren Junior. Dan untuk mendapatkan bekalan susu nie, Pediasure ni memang senang la nak beli, Speedmart99, Giant, Tesco dan sewaktu dengannya memang ada. TAPI untuk Nutren Junior memang susah nak dapatkan dipasaran. Cuma ada kedai Farmasi terpilih ( Guardian takde ) sahaja dan juga kedai khas jual barangan penjagaan baby.

So bermula bulan nie Sarah terpaksa la menggunakan susu baru iaitu Pediasure untuk mengurangkan lendir dan kahaknya kesan dari laktosa dalam susu lembu nie..harap ianya berhasil..

Rezeki Sarah nak minum susu mahal...dulu ameer minum susu Enfa , ayah dan mama rasa dah mahal dah.. rupanya Sarah nak susu lagi mahal dari abang dia..hehehe.. apa-apa sajalah asalkan sarah sihat dan bertambah baik.. Pandai-pandai la ayah dan mama berjimat cermat.. Oklah nanti kita survey harga terkini susu-susu diatas.

7 comments:

Putra Mama said...

xpe la mahal ckit, asalkan Sarah sihat.. ;)

Ameer Yusuf said...

tu laa, biar dia ok sikit..tapi sejak dah tukar susu ni nampak sikit perubahan...

Angin Selat Melaka said...

Daku boleh tolog serba-sedikit mengenai sesiapa yg terkena penyakit kahak banyak ni:

Rawatan Penghakisan Kahak dan Lendir secara Tradisional

Insyaallah berkesan. Cuma kepada bayi atau ibu mengandung disarankan agar elakkan dulu. Bahan dia selamat, cuma eloklah langkah berjaga2 dan hati2 diutamakan sebab kesan rawatan dia 'kuat'. Tq.

Unknown said...

Apa rawatan tradisional tu? Cara caranya?

Rehana said...

Mahal ooo susu ni. huhu. Tapi sedap.

abs said...
This comment has been removed by the author.
abs said...

sy rasa harga murah bg pediasure jika kita lihat ikut kuantiti. Pediasure 1.6kg rm 137 vs jenama lain 600g rm 65. Kita biasa tertipu dgn harga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...