Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Oooo ramadhan

Dalam diam tak diam, dah masuk hari ke-15 hari ini kita semua berpuasa, dah separuh perjalanan bulan mulia ini kita lalui...dalam keadaan panas dari awal pagi sehinggalah ke lewat petang, panas cahaya matahari memang sememamng cerah...dugaan dikala tekak haus meronta meminta air...huhhh...dugaan,...

Anak yayah, ameer pun puasa..puasa yang yok...kalau ditanya "ameer puasa tak?"..pasti jawapannya "puasa.".pastu...ehhh.. "tak puasa laaa pasal ameer nak makan"...dan kalau makan mesti nak pelawa yayah makan, tapi bila nak bagi...baru dia teringat yg yayah puasa..."yayah tak leh makan la, yayah puasa..ameer bleh makan..ameer makankan utk yayah yea"...perghhh berbulu je dengar....hahahha

Sejak akhir2 ni mama rajin masak kat rumah, sampai gas habis la semalam...nasib baik mamak rahim tu hantar cepat tong gas baru, kalu tak memang berbuka dengan buah kurma yusuf taiyob je laa..hehehe...semalam tom yam, sedap..tapi perut ni memang ada skit problem la bila masuk tom yam...mula la rasa macam-macam perut nie,,..

hari ini tak tau la menu apa pulak...dah lama tak ke pasar ramadhan...hehehe ;p meriah memang meriah sampai tak tahu nak beli apa...tengok sana nak beli sini, tengok sini nak beli sana...rambang mata, last sekali jalan dari hujung sini sampai hujung sana dan patah balik tak tau nak beli apa...yang untung gerai yg hujung sekali pasal dah malas nak patah balik...apapun ameer la peneman yayah yang setia ke pasar ramadhan..upahnya adalah air...mesti kena beli air...kalau tak sepanjang jalan tu kang, merengek nak air..bukan nak minum pun tapi nak pegang ajer...

Sarah pulak tlg mama kat rumah..hahaha..selamat bertolong menolong yea mama... mama kemas sini, sarah "kemas" sana..tu yang kekadang berperang tue,..belum sempat mama ambik dia dah kebas dulu...anak dara yayah ni rajin betul...tak cukup baju yang baru angkat dari jemuran yang dalam bakul dia punggah, yang dah siap lipat dalam almari baju pun dia bawak turun sekali.. memang menguji kesabaran mama la jawabnya...

Kesimpulan memang letih bila duk rumah dalam bulan puasa nie..kalu kat opis tu sedap jer sejuk air-cond sampai tak sedar kat luar panas berdenting...

Moral: Dibulan puasa ni Allah turun pelbagai dugaan dan kepayahan kepada kita untuk menguji kita sejauh mana kita taat dan patuh kepada perintahNya..Bersabarlah wahai orang yang berpuasa, sesungguhnya Allah sudah menjanjikan sesuatu buat mereka yang taat dan patuh kepada perintahnya.

Sedih melihat beberapa anak muda kita yang makan dikhalayak ramai semasa di Midvalley tempohari.tiada rasa malu langsung, malu kepada orang ramai yang lalang dan yang paling penting malu kepada Allah...entah laa, semoga anak-anak kita semua dilindungi dan dipelihara dan anasir yang tidak sihat ini.. Jadikanlah mereka ini khalifah yang taat kepada perintahMu Ya Allah...

Kejadian yang tidak dapat yayah dan mama lupakan..

Setiap manusia ada tanggungjawab masing-masing..tak kira muda atau tua, masing-masing kena jalankan tanggungjawabnya, barulah semuanya akan moving forward...perasaan tanggungjawab itu hadir dari lahirkan perasaan sayangkan sesuatu..kalau kita, kita sayangkan kerja kita dan kita akan bertanggungjawab ke atas apa yang kita buat...kita akan pertahankan sebaik mungkin..kalau kita tak sayang kerja yang diamanahkan, dimana tanggungjawab kita untuk menjalankannya..

Dari situ yayah belajar sesuatu dari ameer yusuf..walaupun dia baru berumur 3 tahun tapi ada sesuatu yang yayah nak kongsi bersama anda semua...iaitu tanggungjawab abang kepada adiknya...walaupun di dalam usianya yang masih kecil dan tidak tahu apa itu tanggungjawab tapi dia telah melakukannya dengan terbaik pada mata yayah...walau ianya kecil tapi pada yayah ia memberikan suatu sumbangan yang bermakna untuk yayah dan mama..

Mereka berdua memang tidak boleh dipisahkan. Dimana ada ameer, disitu ada sarah, begitu juga sebaliknya..bagai belangkas bak kata bidalan dulu2..kalau sorang hilang, pasti ada bertanya..si adik akan mencari-cari abangnya..ke hulur ke hilir dengan mulut bok bek bok bek...kalau dah jumpa tu, senyum kemain panjang....

Hendak dijadikan cerita kejadian ini berlaku di rumah tok mek ameer di kelantan..masa tu yayah dan mama berehat di bahagian depan rumah di tepi tingkap...masa tu ameer dan sarah sedang melayan cerita kartun kat ceria@astro... tiba-tiba terbang seekor mentadak yang sederhana saiznya dan hinggap pada hujung kerusi di ruang tamu.. yayah pun memanggil ameer yusuf untuk tujuan mengenalkan binatang tue kepadanya..ye laa, asyik kenal ayam, cicak, kambing, burung dan yang biasa2 jumpa..so binatang ni jarang dapat jumpa...so ameer pun excited la nak kenal binatang nie...dan mencuit dengan jarinya...dah memang resmi mentadak ni akan bergoyang-goyang seolah hendak menggigit walaupun sebenarnya hanya nak bergerak ajer...

So ameer pun terkejut, mungkin sangkaannya nak gigit tangan dia...lepas tu dia hanya memerhatkan sahaja mentadak tu bergerak sambil tergoyang-goyang yang membuatkan ameer lebih berhati-hati..sedang leka layan binatang tu, sarah pun datang dari belakang, masa tu sarah masih tak perasan mentadak tue..so yayah pun tunjukkan la kat sarah...

Dan Sarah dengan selamba nak pegang mentadak tu dengan tangan kanannya dan dengan pantas jugak ameer tepis tangan sarah sambil menjerit..."jangaaannnnnn....araahhhhh..jangaaannnnn"...sarah tidak melayan abangnya dan masih nak memegang jugak dan menyebabkan ameer bertambah marah dan menjerit sehinggakan muka merah padam kerana tidak mahu adiknya memegang mentadak itu kerana takut kena gigit...sarah hulur tangan kanan, ameer paut kemas dan sarah hulur pulak tangan kiri , ameer tepis lagi dengan tangan yang lagi satu...sarah tolak badannya ke arah mentadak, ameer tahan dengan badan dia sambil kaki menahan ke arah kerusi yang hampir dengan mentadak itu..

Sambil merah padam dan menangis ameer cakap..."jangaaannnnn, araahhhh...jangaaannnnnn"lagi kuat abang dia jerit, lagi kuat sarah nak ke arah mentadak...drama ini berlaku hampir 2 minit lebih sambil yayah dan mama hanya memerhatikan sahaja gelagat 2 beradik ini....dan sehinggakan mentadak itu terbang semula ke luar tingkap barulah ameer lepaskan sarah...selepas tu ameer pandang sarah macam tak berkelip mata seolah-olah macam memberitahu jangan buat macam tue... sayang juga ameer kat sarahnya itu walaupun setiap masa mesti nak bergaduhkan sesuatu.. dalam konteks ni ameer telah menjalankan tanggungjawab sebagai abang untuk melindungi adiknya..walaupun kekadang dia sendiri pun tak pandai sepenuhnya untuk berdikari..

Apapun yayah dan mama bangga melihat reaksi ameer "menyelamatkan" sarah dari "digigit" mentadak itu...kesungguhan dia mempertahankan badan adiknya dari menghampiri mentadak tu adalah antara babak yang paling emosi yang pernah yayah tengok...bagaimana seorang anak kecil yang memerah keringat menyelamatkan adiknya...alangkah bagusnya yayah sempat rakamkan detik-detik itu, untuk yayah tunjukkan kat adik nanti bila dah besar kelak...supaya nanti dia tahu betapa suasah payahnya abang menyelematkan adiknya yang besar ini....apapun semua ini yayah dan mama akan simpan sebagai antara kenangan yang indah..

Moral : Setiap usaha dan apa jua yang dilakukan oleh anak kita, berilah mereka sedikit kata-kata pujian supaya menjadi motivasi untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan..tapi kalau apa yang dilakukan adalah salah, pandai-pandailah menegurkan dari awal kerana melentur buluh itu biarlah dari rebungnya!

Monday, August 23, 2010

Shopping raya

22 Ogos 2010 - Hari minggu yang mendamaikan..setelah cancel untuk balik Batang Kali pada minggu nie, so beralih arah untuk membeli baju-baju buat 2 orang permata hati yayah: ameer dan sarah...So planning antara Midvalley atau OneUtama..so last sekali pilih midvalley pasal dah tau mana nak pergi lokasi baju2 pilihan...OneUtama ni tak biasa sangat, nanti buang masa tercari sana sini...

Pagi rileks rumah dlu,dalam pukul 11.30 baru gerak ke KL..ameer dan sarah kena siap2kan dulu..nanti susah pulak takut ada yang tertinggal... check list:
  • susu siap bancuh...
  • susu tambahan..
  • stroller nazaria ( pasal apa pangggil stroller nazaria, pasal dia besar pastu bleh muat 2 org terus)..termasuk bawak barang2 yg dibeli sekali.
  • pampers tambahan.
  • kipas mudah alih.
  • kain tuala kecil.
  • biskut tigers ( emergency kalau budak2 lapar )
  • baju spare
Sampai sana parking kat The garden..port biasalaa...malas nak berebut-berebut kat dalam parking Midvalley tue..tambahan plak nak bawak "nazaria" tue..

Berbelanja kena berhemah, so bajet rm150 sahaja utk anak2...so mula-mula sekali tengok sandle kat clark..cantik pulak untuk sarah..rm68 jer..sekali ameer pun nak sekali...so mula2 yayah suh tengok yg ade kaler kelip2 tue..sekali harga dia mak aii rm148..sandle je bukan kasut pun...so ambil sama mcm sarah la..kaler biru..kaler yg ameer pilih sendiri...

So part baju ni yang pening skit, penat memilih mana yng sesuai mana yang reasonable skit...baru nak ukur, dah lari sana sini...penat sungguh...sarah pulak pun sama, saja campak botol suruh orang ambikkan...macam-macam la..

Lepas shopping baju anak-anak, giliran baju yayah dan mama pulak...mana yang berkenan tu kira sambar je la..pejam mata, bayar....sekali sekala setahun sekali..

Sedar tak sedar dah pukul 3.30 petang, so balik la segera kat rumah..sebelum tue singgah beli bubur mcD untuk budak2..konpem diaorang lapar..

Sampai rumah, memang letih..sarah dan ameer pun keletihan..tapi dalam keletihan tu masih sempat lagi berpossing dengan baju-baju baru mereka...sarah yang paling suka kalau dipuji, siap jalan ke hulu ke hilir nak tayang baju..abang ameer pun sama jugak, bawak ke mana sahaja sandle barunya itu...sampai tertidur pun tangan masih pegang paper beg kasut tue...

Moralnya: Kalau shopping bersama budak-budak nie kita kena berhati-hati..salah sorang ke jaga-jaga anak nie pasal mereka ni terlalu cepat 'hilang' di dalam kesesakan orang ramai tue..dan kalau mereka panik, mereka akan lari tak tentu hala dan kita susah nak mencarinya..Untuk itu yayah yang kena jaga tanggungjawab tue..tapi kalau rasa susah dan tak larat nak jaga, baik letak kat rumah pengasuh atau tinggalkan kat rumah mak..baru la aman skit nak shopping...

Saturday, August 21, 2010

Bila nak shopping raya?

Macam orang lain juga, masa ni pun keluarga kami pun sibuk jugak bershopping raya..alhamdulillah dapat sikit dana tambahan, bolehlah ayah dan mama sama-sama membeli belah serba sedikit untuk persediaan hari raya. Antara perancangan untuk raya kali nie:

  • Duit raya untuk tayar kereta..memandang cik vi punya tayar depan sudah mula agak botak pulak..so mungkin 2 tayar depan kena tukar dulu...walaumacammanapun keselamatan perlu diutamakan juga...kang layan 120-140, tayar tak cukup bunga nanti, merbahaya...
  • Duit raya untuk motor kecepai..yang ini memang banyak bajet sikit..nak tukar tayar depan belakang dan juga termasuk baterinya sekali...waduh2 tadi check tayar depan dan juga bateri motor tu digunakan sejak masa beli dlu lagi...pergghhhh..biar betul...beli tahun 2002 sampai sekarang tue....tu yang sampai mekanik cakap, "aiyaaa kawan, lu punya tayar manyak lama loo...tawun 2001 punya laa.. ini tayaaa aaa talak kula lagi loorr..." so dengan kuasa veto, memang WAJIB tukar...
  • Duit raya untuk external hardisk - ni kira hajat ayah la nak beli sendiri...setelah hardisk jabatan dah kong dan akan dipulangkan..so payah la nak backup movie2 citer korea mama...hehehhe..nanto boleh download sampai lebam...
  • Duit raya untuk baju anak-anak..yang ni confirm kena beli laa...macam tahun2 lepas..nak beli apa eik?ameer nak beli baju t-shirt comel2,hensem2...ala-ala ben10...hahaha...untuk cik nur sarah amelyn pulak, baju gugurl yg nmpak ayu sikit...tapi kena cari saiz besar sikit laa..nnt tak muat..untuk baju kurung, dah siap 3 pasang untuk raya ni,...baju melayu ameer pun dah siap..sama kaler dengan yayah...kaler kuning..
  • Duit raya untuk mama- baju raya tak sempat nak tempah..3 pasang ambil lepas raya..kesian mama baju tak siap, tu laa sapa suruh lewat hantar..mana ada orang nak lagi...tapi dah beli sepasang kaler sama ngan yayah -beli yang dah siap..
  • Duit raya untuk langsir-tahun ni tukar langsir tapi harap maklum..3 panel sahaja yang kat depan tu..hahahhaa..kaler merah meroon...yang sliding door tak beli lagi...hikhikhik...yg rambu2 tu macam yayah nak beli tapi sekali tgk harga rm200...ermmmm baik beli yg sliding door terus...
Masalahnya , bila la nak beli belahnya nie?

Moral: Berbelanjalah dengan berkhemah....Opppp silap..berhemah..kalau berkhemah kena pergi ulu yam...ok selamat berbelanja sakan dan selamat beramal...

Operasi 3S di rumah.

Demam 5S di pejabat telah menular sampai ke rumah...cuma guna 3 dari 5 tu..sisih, susun dan sapu ajer..yang lagi dua iaitu seragam dan sentiasa amal tu...lain kali la diamalkan..hehehe..

Tugas Ayah:
  • Sidai kain yang telah dibasuh semasa sahur tadi... ( bisa di atur )
  • Kemas stor rumah dan mengasingkan barang-barang yang tidak perlu lagi ke dalam plastik sampah untuk dibuang.
  • Menyusun semula kotak-kotak yang berada di dalam stor yang telah tunggang langgang itu, gara-gara hari itu mencari barang, pastu habis puas selongkar sana sini.
  • FB....(wakakkaka...lariiiikkkkkkkkk)
Tugas Mama:
  • Sapu sampah dan vakum habuk-habuk yang memang dah berabuk. Nak pijak lantai pun dah tak best...huhuhuhu
  • Mengemas almari baju budak-budak pasal nak bercampur aduk antara baju dan seluar yang disebabkan kekadang bebudak ni ambil sendiri baju mereka.
  • Pantau budak-budak sambil marah-marah...(wakakaka....)

Tugas Ameer Yusuf:
  • Tolong kemas mainan dia di dalam bekas mainan yang dah berlori-lori..tapi semuanya dah hancur berkecai sana sini...pastu puas suruh orang cari balik..
  • Lepas masukkan dalam bekas tu, dia tonggengkan balik dan semuanya bersepah semula di bilik belakang...
  • Menyanyikan lagu burung kakak tuanya sambil ada bau busuk di kawasan persekitarannya..( berak la pulak )->menambah kerja ayah nie..huhuhuhu
  • Bermain bola sepak diruang tamu...

Tugas Sarah Amelyn:
  • Tolong ikut punggung mama sana sini...tak boleh dipisahkan...
  • Menangis kalau kena tinggal..dah macam alarm kereta ajer..tinggal nangis..duduk diam, ok je dia...
  • Suka kacau permainan abang dia...pastu bawak lari ke depan..pastu kena kejar dan akhirnya kena rampas balik...dan muktamadnya dia menangis..dan akan repeat semula tugasan ini sampai rumah huru hara...( adoi pening2)

Akhirnya semua telah bekerjasama untuk menjayakan misi 3S ini dirumah, walaupun ada lagi yang tak sempat nak disettlekan..penatnya dibulan puasa nie,..

Moralnya: Kalau ada kelapangan setiap hari ambil masa 5-10 minit untuk mengemas rumah..kalau dah pakej macam nie sekali harung, perghhhh memang letih laa... selamat berkemas dan selamat beramal.. :)

Berbuka puasa

18 Ogos 2010 - Hari ini ayah dan mama planning nak berbuka diluar.. Selalunya memang makan kat rumah -tu pun hasil membeli belah di pasar ramadhan kelana jaya.. nak masak pun sekadar nasi dan lauk-lauknya pula cari dipasar ramadhan...kalau terasa nak makan ikan bakar, macam-macam ada dijual diluar sana.

So nak jadikan ianya spesel sikit, konon-kononya nak berbuka la di Jom Priok, Giant Kelana Jaya.. Setelah menyiapkan ameer dan sarah,dalam pukull 6.30 petang pun gerak la ke sana.. 1st time nak pergi tempat tue...so tengok pakej berbuka dia rm34++ untuk dewasa..untuk ameer dan sarah free..budak 6 tahun ke atas baru kena caj..

Disebabkan dah lama tak makan makanan laut ni, mama dengan penuh seleranya memakannya...dengan ketamnya, kepah, lala, lili, lulu dan segala jenis yg boleh dimakan yang dihidangkan kat kaunter tue...ayah layan fish ball dan seangkatannya..sambil tu makan juga makanan laut yg mama ambil...

Kira ok la tempat tu pasal tak sibuk sangat dan yang penting surau paling dekat..so takde la nak terkejar sana sini...

Ameer pulak, berebut nak letak dan ambik lauk dalam bekas tue...semua nak try tapi semuanya tak habis...harap pinggan lengkung lengkang ajer...Sarah pulak yang paling popular..pasal jatuhkan pinggan dekat 5-6 kali termasuk gelas plastik...mujur la kedai tu tak pakai pinggan kaca, kalau tak puas plak nak mengganti..sampai tokey kedai pun cakap, "takpe2, memang dah biasa dengan budak2 nie...tu yang tak pakai pinggan kaca"..malu betul la budak-budak nie..

Habis ajer makan dalam pukul 9 malam, kami bergerak nak ke dalam giant pulak..tapi mama tetiba sakit perut..memang pakej kali ni betul2 aktive5 laa...terus merengat...so kami terus balik laa..samapi rumah pulak, ayah pulak yang sakit perut...aduyai passing botton pulak...sama-sama sakit la malam tue...

Esoknya dua-dua pergi klinik dan ambil injection untuk control rasa memulas sakit perut nie..memandangkan masih meneruskan puasa, so lepas berbuka baru dapat makan ubat..tapi memang seksa laa...so doktor kata, perut kita ni kosong, pastu kita pulak bagi makanan laut yang macam2 jenis, so kadang-kadang perut jadi terkejut laa..kena pulak kuah tom yam dia lagi..so menjadi-jadi laa...

Kami tak salah kedai tu tapi perut ni je yang tak tahan dalam musim puasa nie..kalau bukan bulan puasa ok kot...hahaha...

Moralnya kalau nak berbuka tu, pilih la makanan yang sesuai untuk perut kita yang sedang kosong itu, kalau tak takut dia terkejut..tu yang merengat nanti...So berhati-hati memilih juadah berbuka tau.. selamat berbuka puasa dan selamat beramal.. :)

Wednesday, August 18, 2010

Kisah berpuasa di bulan ramadhan

Salam semua,

Telah lama tak update blog nie dan ada yang bertanya...hehehe bukan apa hilang semangat nak updatekan cerita2 terbaru, bukan takde cerita dan memang banyak yang hendak diceritakan...tapi apakan daya kesuntukan masa mengekang hobi berblogging nie..

Tibalah bulan Ramadhan dan menjengah hari ke-8 hari..cepatnya masa berlalu... teringat mula-mula puasa dlu, setiap saat dan detik bagaikan satu jangkamasa yang terlalu panjang lamanya...hendak menghabiskan masa sehari pun amat terasa...terkenang zaman kanak-kanak kita semua berpuasa, macam-macam ragam dan kerenah semasa melalui saat berpuasa nie... ada saja helah untuk ponteng puasa...mujur emak dan abah banyak bagi nasihat dan kata-kata semangat untuk meneruskan puasa...dari darjah 1 dah mula puasa penuh...ganjarannya sehari seringgit...hehehe...ye laa budak-budak dapat seringgit ni dah besar dah..so salam masa pagi raya pasti ditunggu2..

Bercerita pasal puasa nie, teringat masa kecil2 time petang tu memang mencabar, sudah la sekolah kebangsaan disebelah pagi, habis sekolah balik rumah dan rehat lebih kurang setengah jam sebelum ke sekolah rendah agama pula hingga 5.30 petang...aduhai..rasa letih bangat terutama bulan puasa..selalunya balik aje rumah, aku akan tidur bawah katil... bukan atas katil...pasal apa? pasal kat bawah katil tu sejuk skit, jauh dari cahaya matahari... ada kipas pun belum dapat menghilangkan rasa letih dan dahaga...tu yang kekadang puas emak cari aku untuk berbuka pasal dah "hilang" bawah katil.. tabiat betul laa..

Tu belum kira kain basah yang sentiasa membasahi dahi dan kepala...kadang2 sampai lencun baju seluar kena air sekali,...bila dah kering, masuk balik bilik air basah balik...kalau boleh rasa nak minum ajer air dalam kolah tue..tapi emak selalu pesan, "walaupun emak tak nampak, tapi Allah nampak" tu yang aku takut tue...

Itu puasa zaman dolu2 katakan, akan sekarang pun nak tidur bawah katil lagi.. petik suis aircond tidur je laa...hahaha...

Moralnya, kita kenalah didik anak-anak kita berpuasa sejak kecil lagi apa erti puasa sebenarnya..dan secara tak langsung kita dah memberi input untuk memberikan penerangan tentang tanggungjawab kita sebagai orang islam.. tak dapat sehari, kita mulakan dengan separuh hari..lama2 menjadi kebiasaan dan akan boleh berpuasa penuh setiap tahun..kepada ibu2 yang bercuti puasa, harap jangan la makan depan anak2 di bulan puasa pasal anak2 pun jadi konpius pulak...

Oleh itu, selamat berpuasa buat keluarga, sahabat handai dan juga semua pengunjung blog ini dan semoga semua amal ibadah kita dibulan ramadhan ini akan diberkatiNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...