Wednesday, March 31, 2010

Mama demam pulak

31 Mac 2010 (Rabu) - Hari nie ayah terpaksa EL untuk jaga mama yang telah demam agak teruk sejak semalam...sakit sendi-sendi katanya dan tak larat nak jalan.. petang semalam pergi jumpa doktor kat klinik panel, memang suhu badan tinggi dan keadaan yang lemah..Doktor tanya nak masuk wad hospital tak, bleh buat surat refer mana2 hospital panel.. tapi memandangkan 2 anak hero dan heroin ayah, mama cakap nak bertahan dulu kat rumah..dan makan ubat yang diberikan..

Kalau hari nie tak berubah, ayah akan hantar mama pergi hospital...sekarang ni bahaya macam2 penyakit ada dan kita pun kena berhati2 sebelum melarat tu baik kita check betul2...dah laa sekarang musim demam panas, ayah pun rasa macam tak sihat..biasa la ayah ni kalau orang lain tak sihat, cepat benar terkena sekali...

Tapi yang ayah risau ni anak-anak ayah terutama sarah yang masih menyusu badan...mama kena makan ubat dan bagi pulak susu kat sarah, kesian tak pasal2 dia pun meragam jugak..So hari ni ayah akan take over tugas-tugas kat rumah nie...jaga ameer dan sarah sekali...baru je tadi Sarah dan ameer bergaduh pasal sarah kacau abang dia punya permainan..sarah ni bukan boleh tgk abang dia nak main2 dengan senang hati, mesti sarah akan tumpang bermain tapi abang dia tak nak bagi pasal srah suka tabur2kan mainan yang abang dia dah susun. Terutama sekali permainan kegemaran ameer iaitu puzzle...semalam hilang 3..hari ni dah hilang 12 keping puzzle gambar tue...habis la camne nak siapkan gambar-gambar bianatang tue...

Hopefully mama cepat-cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa..Anak-anak bermanja dengan awak tue..kesian pulak, ayah tgk pasal ayah terpaksa letak anak kat luar utk bagi mama rehat kat dalam bilik...pusing2 pastu cari mama....sarah pun dah tidur, so aman sikit la pasal ameer pun tengah layan citer Cars dia tue...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...