Monday, May 25, 2009

Futsal Tournament - PERKASA

Dato' Zaleha Hamzah :Penasihat Kastam meluangkan masa untuk sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Zainal, Mazuki dan saifitry berposing manja di depan kamera


Keputusan perlawanan futsal anjuran PERKASA di Sport Planet (Keputusan yang direct dari meja urusetia ni)


Zainal dan ayah berehat sebentar setelah mengharungi perlawanan

23Hb Mei 2009 (Sabtu) - Bertempat di Sport Planet (Platinum) di Bandar Sunway berlangsunglah satu kejohanan futsal yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai-Pagawai Kanan Kastam (PERKASA). Kejohanan kali ini dianjurkan dengan penuh meriah dan mendapat sokongan yang baik dengan penglibatan hampir 8 pasukan yang terdiri dari pelbagai bahagian dari KDRM WPKL dan juga IbuPejabat Putrajaya.

Unit GST telah menghantar 2 pasukan yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan yang muda sehinggakan ke senior...penganjuran ini adalah lebih kepada untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai2 kastam di semua bahagian / unit.

Daripada 3 game pusingan awal..team kitaorang kalah 0-1 dengan PERTEK, sebelum menang bergaya 2-1 dengan Korperat dan melengkap kecemerlangan dengan kemenangan besar 4-1 ke atas CD WPKL.. Lebih manis ayah dapat score sebijik dalam game last tue...(tu yg kena bgtau awal2 tue, kire sejarah la ayah score game tue ) Dengan sokongan Dato' Zaleha ( penasihat kastam ) telah memberikan sentuhan keramat kepada pasukan GST untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir..

Atas faktor kepenatan, kami tewas 0-1 kepada pasukan yang menjadi juara pada temasya kali nie (Pengurusan HQ)..Penat woooo main futsal nie...sorang aje player reserve,..tak larat la...yg senior2 tentu la pancit, yang muda pun separuh nyawa dah kat dlm gelanggang tue...hehehhe...

Balik aje rumah, dengan stokin dah koyak, seluat panjang dah bocor kat lutut, kaki dah luka kat buku lali dan lutut..bengkak sana sini...urat macam dah berpintal2...sakitnya la nak gerak...terutama masa nak tahiyyat akhir masa solat tue....nak lipat kaki tu kemain la sakitnya....ni padahnya jarang main bola pastu main tak hengat2 punye....hehehe..sememangnya ayah tak pandai main bola pun, tapi saja buat2 pandai....kah kah kah...

Apapun dengan medal no3 nie..kira berbaloilah perjuangan ayah di arena futsal kali nie...lain kali kita training betul2...hehehhe....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...