Isnin 28 Julai 2008..ameer macam biasa dengan keletah dan kerajinan dia menolong mengemas rumah….habis semua dikemasnya dari ruang tamu, dalam bilik hingga ke dapur…sekarang dah pandai bukak laci cabinet dapur….aduyaiii…so terjadilah satu kejadian yg sangat memenatkan antara ayah dan mama dia…. Ameer ada projek besar…petang tu ameer menolong ayah dan mama dia di dapur..sedang asyik mama memasak, rupa2nya ameer dah bukak cabinet dapur tue…dia susun segala macam barang dapur sehingga Berjaya mengalihkan sebotol budu baru ke lantai…
Prangggg….berderai botol budu…memercik ke seluruh dapur hingga membasahi seluar panjang merah dia…alamak..ayah cepat2 ambil takut2 terkena kaca…ameer dah cuak dan nak nangis..dia tau dia salah…dan rasa bersalah… mula la buat muka tak keruan… Mama dia dah muka warna hijau…dah nak jadi Hulk dah…merenung tajam kea rah ameer….ayah pun tarik ameer semula …pap…kena jugak laa kat kaki dia…pastu ameer pun pukul diri dia balik…pap..pap…pap…geram kat ayah dia yg pukul kaki dia…tak nak pandang muka ayah….tapi mama cepat2 pujuk… geram gak ayah dengan keletah ameer nie,.. dah laa penat nie…mana nak masak lagi…jadi satu kerja nak bersihkan budu yg dah meleleh ke semua tempat…tau laa bau budu nie…semerbak harum daaa….
Mama basuh..lap dengan tisu..pastu basuh dengan sabun…pastu mop dengan pewangi lavender…bilas dengan air biasa..baru laa hilang skit bau… mama dah muncung pasal budu dia dah pecah…dah habis stok…dah laa baru makan sekali minggu lepas…banyak lagi..that why penat nak mengelap budu tue..banyak tuee….bau harummmmm…. Ayah bawak ameer ke depan..main dalam playgym..mengamuk ameer tak dapat join mama dan ayah…
Buat Ameer…ayah dan mama bukan tak nak ameer duduk dapur tolong ayah dan mama tapi ameer kecik lagi nak buat kerja2 tue semua…ayah tak nak ameer cedera..macam2 ada kat dapur..pisau…barang panas…minyak panas dan macam2 lagi… Nanti bila ameer dah besar, baru laa ameer bleh tolong ayah dan mama… ameer akan faham kenapa ayah selalu larang ameer main barang yang bukan utk dijadikan permainan….fikir2kanlah….
No comments:
Post a Comment